Nuffnang Advertisement

Friday, June 14, 2013

Bangkok...Day 2

Day 2 aktiviti kami bermula melawat tempat2 menarik sekitar Bangkok. So hari ni kita boikot Tutut kita cuba naik BTS. Korang boleh naik Tutut tapi yang tahan di tepi jalan...jangan naik tutut yang lepak2 depan hotel tu mmg korang kena tipu lah jawabnya. Ntah mana2 tapak lawatan dia bawak korang nanti.

Tour mmg melambak kat sana korang boleh pilih nak naik teksi atau van. Sambil naik teksi sambil tanya tempat2 menarik so diorang boleh suggestkan dan akan beri harga yang berpatutan. Tak payah risau nak arrange dari KL kat sana melambak agent tour tinggal korang pilih tempat mana nak pergi jer. Ada faham anak2.

Hari ini aktiviti aku dan keluarga melawat sekitar bandar Bangkok dan untuk anak2 dan termasuk ibu riang seperti aku kita pergi ker Madam Tassauds. Yaya sebelum pergi dah survey apa ada dalam Madam Tassauds boleh pulak patung Justin Bieber diorang baru buat...apa lagi melonjak2 lah kat rumah.


Us! Last kitaorang bercuti anak beranak bulan 9 tahun lepas...Europe Trip. InsyaAllah kalau ada rezeki setahun kitaorang nak pergi 2 trip. Satu negara Asia...satu lagi kalau cukup duit ingat nak pergi over the seas. Kalau cukup duit lah....kalau tak cukup kita simpan sampai jadi cukup!!



Hotel yang kitaorang duduk memang dekat giler dengan BTS. So sebelum pergi kitaorang dah tanya kat reception hotel stesen2 mana yang kita orang kena ambik. Sangat2 mudah dan senang!!



En Win mmg cepat belajar kalau benda2 macam...kalau aku mmg tak faham nak pulak mata wang yang banyak kosong2 ni...aku kena fikir lama baru boleh faham...sangat2 lembab otak aku ni.



Bergambar dulu di stesen BTS


Disebabkan anak2 tidak mempunyai kesabaran yang tinggi tempat pertama yang kita orang nak tuju ialah ke Madam Tassaud...tetapi hari tu rupanya hari sembahyang Buddha semua shopping complex buka pada pukul 1 tenghari saja. Holloh2 terus muka mencuka. Ok kita jalan tempat lain dulu ya.



Kitaorang decide naik sampan laju melawat sekitar bandar Bangkok. Tengok keindahan temple2, bangunan dan tempat2 bersejarah di Bangkok. Ok kat sini aku nak bagi tips sikit kat korang...pakaian, makanan, transportation di Bangkok mmg murah tetapi entrance fees nak masuk kesesuatu tempat or melawat ke sesuatu tempat agak mahal ya. Macam naik sampan laju ni per person RM100.00 adult and children sama harga ya. Perjalanan mengambil masa 2 jam. So kalau pergi tujuh orang cuba korang kali kan sendiri. Sila prepare duit awal2 kalau nak ketempat pelancongan mereka.

Satu lagi untuk kesesuatu tempat selalu perjalanan mengambil masa selama 1 hingga ke 2 jam. Tempat2 yang menarik bukan terletak dibandar ya semua kena menggunakan kenderaan dan perjalanan mengambil masa yang lama...so korang kena sediakan duit transportion plus duit entrance fees. Tapi kalau dah sampai Bangkok ni tak pergi tempat2 menarik rugi lah wei!! so sila prepare duit awal2 ya.

Tapi bila sampai kesesuatu tempat aku percaya korang sure puas hati pengalaman yang kita tak akan dapat dimana2.


Seronok wei!!


Pengalaman berharga untuk kami dan anak2


Holloh3...lomantiknya


Kiddos!!


Temple...kitaorang tengok dari luar jer. Di Bangkok mmg banyak temple yang ukiran sangat unik dan cantik. Macam Wow...terrornya diorang buat bagunan ni...hahaha. Itu hati aku yang berkata ya!!



Temple lagi


Rumah air. Kat sini  anak2 boleh lihat cari kehidupan orang kat sana. Rumah diatas air yang jarang diorang boleh tengok kat negara kita.


Hambek kau ikan patin besar lengan En Win. Campak jer roti kerumun datang!!


Yaya in d house


Me n Hubby


Singah jap kat satu temple yang terkenal di Bangkok....Angkor watt. Tengok kat luar jer sebab kat dalam diorang tempat adakan upacara sembahyang. Takut jugak kalau budak2 lemah semangat so kitaorang tak nak ambik risiko. Melawat kat luar pun dah mencukupi.



Bagi2 budak merasa pakai pakaian tradisional orang Thailand. Murah ya cuma RM10.00.


Yaya and Adik


macam anak orang siam nko dik!!


Kap..pung...kap



Me and kiddos


Nak jugak jadi pengantin siam. Sporting lah both of u. I and En Win malu tapi mahu....hahaha


Keluarga di Raja Siam kurun ke 18


Di apit pelancong dari Tehran...muahahaha

Ok selesai upacara melawat tapak...anak2 dah bising nak pergi ke Madam Tassaud



Hooooyeeeee

Sekali lagi Entrance Fees yang di kenakan agak mahal ya...RM136.00 untuk Adult dan RM104.00 untuk kids. harga ni termasuk melawat Madam Tassaud and Siam Ocean World



Sila bayar ya En Win!!


Amboi2...mentang aku pegang camera...suka2 hati korang jer bagi arahan. "Sini Ma....Ma Yaya dulu...Ma ambik gambar I"...pening ok  jadi cameraman merangkap Tour secretary.



Princess Yaya


Iyolah pa...


Band dari Malaysia


Yaya again...macam retis pulak aku tengok Yaya ni


Tu dia Justin Bieber in d house


Thumb up


Kuat nko dik


Oprah...siapa interview siap ni?


Over!!


Ini baru cool...


Macam kengkawan korang jer ya!!


Jackie Chan

Actually banyak gambar yang aku snap sebenarnya...nanti aku upload kat FB ya. Actually lepas ke Madam tassaud kitaorang kena sambung ke Siam Ocean World tetapi semua dah keletihan kita datang esok2 jer lah ya. Melawat time letih2 dah tak enjoy pulak kan. So let's makan dan membuta dulu. Malam tu kitaorang sambung shopping lagi di Platinuim Mall.

Day 3 next entry ya!!

7 comments:

cikji said...

xsbr nk tggu next entry. suka baca entry next trip camnih,terus feeling duk bangkok jgk,haha *over*

yaya tu semakin beso semakin kopipes muka k'elly.cantik!

Irfa said...

pelancong dr tehran?
sakit perut aku gelak :)
oo banyak jugak patung retis kat sana ye.aku ada gak ambik gambar ngan patung lilin lady Diana dulu (kat amsterdam)hehe

Filla said...

kuat la adik.. muka lek jer patahkan batu.. haha

GOLD FINGER said...

bestnya yaya dapat jumpa justin..if anak i tahu ni..sure nangis2 nk pergi jgk..

hazlina azmi said...

hai..

very nice blog....penuh dengan warna warni kehidupan
free2 jemputla ke blog saya ye..:)

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


NURUL NADIA ABD KUDUS said...

seronok la singgah blog ini. penuh warna perjalanan Puan sekeluarga. tq sharing pengalaman di Bangkok