Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 15, 2013

Yaya Birthday!!


Actually Yaya punya birthday on May 2 tapi baru sekarang aku berpeluang up entry pasal birthday ni…maklum lah banyak sangat cite aku nak riak kan kat korang….muahahaha (gelak sambil nganga mulut besar2).
Lagi sebulan tarikh birthday dia nak sampai dah start membebel2 kat telinga aku suruh order cake Justin Bieber. Tapi make sure kena letak gambar yang rambut sekarang tak nak gambar rambut Justin yang dulu2…eh! banyak ko punya hal ya bagi arahan kat mak kau ni. Lepas tu kau megah2 kan gambar orang lain kat cake tu …. Itu pun kalau mood aku elok kalau buat hal dalam masa sebulan ni aku order cake gaks tapi letak gambar kawin aku dulu2 yang jambul tinggi tu baru tahu….hahahaha.

Yaya dah 10 tahun. Cepat betul masa berlalu…tetiba jer dah darjah 4…..macam rasa baru jer aku gelak2 tengok Yaya jalan2 jatuh. Yaya rapat dengan En Win…maklum lah muka aku dengan Yaya kan sama jadi ada sedikit panas di situ. Dia lebih selesa berborak dengan En Win berbanding aku…sbb aku singa jadian dirumah dengar jer dia buat kesalahan laju jer aku bontang2 kan mata sambil mulut membebel2. Tapi time nak shopping, time nak belajar, time nak borak2 pasal wanita dia akan datang dekat aku. “Mama kenapa ketiak yaya sekarang selalu berpeluh”……."nak tumbuh bulu ketiak lah tu"…hahaha nanti dia tersenyum2 malu. Masuk 10 tahun banyak sangat perubahan kat diri Yaya….dia dah mula segan…dah pandai malu bila nak kiss or hugs En Win. Kalau dulu tidur berpeluk dengan En Win memanjang jer terselit bawak ketiak…..sekarang kalau En Win ajak duduk dekat2 pun malu2 kucing jer. OMG!!! Yaya dah besar….dah hampir remaja.

Seorang Ibu tak akan kecewa kan harapan anak2 puas lah aku google cake Justin Bieber nasib baik ada….maka si ibu ni order lah seperti yang di minta oleh anaknya. Esok kalau aku dah remaja tua mintak cake gambar Rohana Jalil jangan kau hampa kan pulak harapan ibumu ini. Ingat! Jangan kecewakan ibumu ini walaupun muka moden tetapi jiwa tetap tradisional.

Seperti biasa malam tu celebrate kat Concorde Hote jer. Malas aku nak fikir tempat2 lain. Lagipun waktu tu tengah busy wedding SIL. Jadi tempat selamat dan makanan dah tentu sedap jadi pilihan yang tepat ke Concorde Hotel.




Birthday Girl!


Yaya with Adik


Yaya with mama.

Waktu ni Yaya tak tahu lagi aku dah siapkan cake Justin Bieber untuk dia. Awal2 aku dah pass kan kat counter suruh diorang sorok kan dulu. Bila pergi Concorde dengan tangan kosong tanpa bawa Cake boleh nampak muka Yaya agak upset tapi dia tak berani tanya aku pasal cake. Berbisik2 dia dengan adik macam nak suruh tanya....hahaha aku cekalkan hati buat tak tahu jer. En Win dah tolak2 aku suruh kasi tahu ada cake sebenarnya. Mana bolehkan kata kezutan!!


Aku buat makan macam biasa. Alahai tak sampai hati tengok muka Yaya sedih...sampai tak lalu makan lah. Last2 aku mengalah suruh waiter tu keluarkan cake


Ta daaaaaa



Especially for you darling!! Justin Bieber in the house



Baru nampak ceria....kalau tak bonyok jer


Snap picture dulu sebelum potong cake!!


Kebetulan ada band "Bergema 5" kat situ....ok jom nyanyi ramai2 lagu birthday. Lepas tu request suruh nyanyikan lagu Justin Bieber.



Kalau Yaya happy mama lagi happy!!


Blow the candle


Peminat tegar Justin Bieber. Kadang2 sambil tidur aku nampak dia tersenyum2. Esok bila aku tanya kenapa Yaya senyum dalam tidur semalam. "Yaya berangan buat concert dengan Justin Bieber"....la sama dengan mak nko rupanya suka berangan....hahahaha



Bila adik nampak cake adik terus bisik kat telinga aku dia pun nak cake macam ni bila birthday nanti tapi nak gambar lain. Iyolah nak!!



Yaya dengan "Bergema 5"


Waktu ni belum kawin lagi masih dara...sekarang nando!!


With Nen. Atuk tak dapat join sbb tak berapa sihat


Us!!


Happy Birthday Sayang!!


We Love u so much!!





6 comments:

Anonymous said...

Hahahaha. Kek gmbar rohana jalil tak boleh blah. Tegelak2 aku bace kak oiiii.

intandayani said...

aah mmg sebijik pun muka Yaya dgn kak Elly..happy belated birthday Yaya

cikji said...

hahaha kek rohana jalil pun bolehhh kak elly.

btw,happy belated birthday to yaya. dia memang kopipes kak elly lah. suka tengok dia,lawaaaa.hihi

Ct Lalola said...

epi belated besday Yaya... cantk bj Yaya

Anne mahli said...

cantiknya yaya.... :)
happy belated birthday yaya...

Anonymous said...

Salam Kak Elly,

blh saya tau mane order kek tu?