Nuffnang Advertisement

Thursday, May 23, 2013

Tun M in d house!!

Orang nak tanyang Keek...aku pun sibuk nak ikut jugak baru gempak ikut zaman IT....walaupun aku tak berapa IT sangat tapi kalau ada Keek ni kira terror lah...hahaha.

Selasa baru2 ni aku agak sibuk sikit sbb kena arrange boss aku punya lunch dengan Tun. Korang nampak tak aku tulis nama siapa tu...Tun!!! Tun Mahathir bekas perdana menteri Malaysia. Giler bangga aku...hahaha!! Ada business talk sikit dengan penguasaha dari Indonesia. Kerja aku kena pastikan book tempat makan yang selesa dan pastikan makanan bersih dan sedap.

Aku kena bercomunicate dengan Tun M punya boduguard ...pukul berapa Tun sampai...ikut arah mana so senang kitaorang nak sambut Tun nanti. Aku juga kena bercomunicate dengan orang hotel tentang persediaan tempat dan makanan. Tak lah susah sangat aku buat2 jer kelam kabut jadi semua orang pun akan kelam kabut termasuk boss aku....hahahaha.

Lunch bermula pukul 1.30 pm...aku kena pergi awal dalam pukul 12.00 tengahari untuk pastikan semuanya ok...bila semua benda dah ok dan laporan kat boss telah dilakukan barulah boleh berkeek....untuk menunjukan betapa eksyen nya aku dapat jumpa Tun...hahahaha.







May 21, 2013 | Tun M in d house! by ellyirfan on Keek.com



Nampak tak korang...aku tak berani nak video kan dekat2...protokol kena ikut...walaupun hati aku melonjat2 nak pergi kat Tun salam dan peluk sekuat hati tanda terima kasih aku kat dia. Tapi aku masih boleh berfikiran waras....hanya senyum dan lambai dari jauh yang dapat aku lakukan!!





Sebelah Tun M tu lah boss aku Tan Sri Rahmat...waktu ni aku laju2 snap walaupun jantung debar2. Aku tak join diorang lunch tapi aku kena stand by dekat2 dengan boss aku so senang dia nak signal kalau nak suruh buat apa2.




Lepas borak2 lebih kurang dalam 10 minit boss aku dah signal suruh diorang start ambik order. "Baik Boss". Mata aku ni bukan sibuk tengok boss aku tapi tengok muka Tun M...macam rasa tenang jer. Suka lah...rasa bangga sangat dapat arrange lunch untuk Tun walaupun kecik jer pertolongan aku cuma arrangekan tempat tapi aku tetap bangga. Tak dapat bayangkan kalau aku duduk satu meja kat situ sambil borak2 dengan Tun...rasa 3 malam kot aku tak dapat lelap kan mata. Hahaha






Menu kitaorang hari tu..Stater Bread n butter. Sedap nak mampus walaupun hanya bread sahaja.



Asparagus Soup.

Lupa pulak bagi tahu...lunch hari tu bertempat di Mandarin Oriental,




Tak mampu nak tersenyum walaupun hati sangat gembira




Abang Mazli...bodyguard Tun M. Aku dengan abang mazli boleh lah katakan rapat jugak....sbb kalau nak tahu apa2 info pasal jadual Tun M aku kena refer dengan Abang Mazli. Waktu duduk sebelah Abang Mazli haritu banyak lah rahsia aku dapat korek pasal Tun...tapi bukan pasal politik ya...pasal keluarga dan kegemaran Tun M di masa lapang.




Puan Liza...cantik dah bertudung sekarang...ayu jer.



Wagyu Beef....walawei sedap nak mampus. Juicy giler bila masuk dalam mulut...yummy!!! Waktu beef ni sampai aku eh mana makanan lain...takan bayar mahal2 seketul daging jer....hahaha. Nampak sangat kampung disitu...rupanya side order diaorang asingkan  




Side order utk makan dengan beef



Dessert....holloh 3 biji jer...macam ni makanan orang2 kaya ya!! semua sikit2...kalau anak aku tak cukup dessert ni







Sambil makan2 diorang kat dalam borak2 sambil discuss pasal perniagaan untuk dapatkan pendapat dan pandangan dari Tun M. Perniagaan diantara penguasaha Malaysia dan Indonesia. Lunch selesai dalam pukul 3pm...alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar!!

 

10 comments:

Capt Lalok said...

aku ada dua kejelesan..pertama

ko jumpa TUN M..aku xdpt jumpa lg..

kedua...


ko makan sedap..!!

nak mampusss aku tgk..

LurvlyTruly said...

Bestnye dapat jumpa Tun M in real.. :)

Adams Ayens said...

untungnyaa sis..
beshkan tgk Tun M.
Saya pernah bekerja dgn beliau semasa bertugas di MOF. Sangat sempoi laa Tun M ni.. baik sangat.
Sedapp sis tgk roti bangang tu..

Nadila azhar said...

bestnya sis..:)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

wah, dpt tgok gambar sambil baca ni pun dah seronok. lagi jumpa depan2

La Cocca Di Papa' said...

pernah jumpa tun....
i pun rase nak peluk dia jgk..hehehe over sgt... tp bila jumpa i rasa mcm banyak benda nak cakap tapi terus terkelu lidah ni...

nifalnin... said...

kak elly,

nxt time klu jumpa akak request jer nak amik gambor ngan TDM...

untung la kak elly kan.. hiks...


amboi tuan mazli pun ade skali ke... untung la tuan mazli dpt mkn sedap... lalalala

Kathy Rospin said...

ni nak share 1 cerita. masa tahun 2011, Tun M datang UPSI untuk penganugerahan za'ba ke apa ntah UPSI bagi. untung masa tu lecturer saya bagi habis kuliah awal sebab dia pun nak tengok Tun M. masa Tun M lalu karpet merah nak gi tempat makan (beliau makan bawah khemah, bukan bilik VIP), ramai orang serbu nak salam, nak amek gambar etc. tapi masa dia tengah makan, takde sape berani gi dekat. yelah orang tengah makan kan. tapi xlama lepas tu, ada 1 kumpulan budak sekolah ni datang dekat Tun M nak amek gambar. Tun M layan je. kitorang bebudak UPSI ni macam.. pergghhhh.. untunglaaa..jeles gilaaaa.. xlama pastu Tun M balik, lalu karpet merah gak. sepanjang jalan tu ada je student beranikan diri selitkan diri kat karpet merah tu dan bergambar dengan Tun. Tun layan je. siap berhenti lagi semata-mata nak bagi peluang kat student yang nak bergambar dengan dia. masa tu saya berpeluang amek gambar dengan Tun. sayangnya bateri hp dah habis. dapat salam je. kecewa betul. huhuuu.. tapi tu pengalaman paling best. lagi best dari jumpa retis. hehehe

nahdzatul hasanah said...

Nak bagi hadiah untuk family atau kawan2 yang baru dapat baby? Atau nak cari hadiah untuk birthday boys/girls?

Lupakan hamper, gantikan dengan diaper cake kami!

Diaper cake ni adalah lampin pakai buang yg dihias dengan barang2 baby yg lain seperti rompers,tshirt,pants,pre walker shoes, socks,blanket,wash clothes,feeding bottles,baby mugs, soother, and lain2 lagi.

Like page kami di www.facebook.com/DiaperCakeMalaysia

Irfa said...

TUDIA..PATUTLAH ORG KATA
'ORG KAYA MAKAN PINGGAN BESAR TP MAKANAN CENONET JE'

KALAU AKU PUN BANGGA DPT FACE TO FACE DGN TUN M ;)