Nuffnang Advertisement

Friday, May 10, 2013

Nikah.....

Ok hari ni aku bawak pen drive...so marilah kita sambung cite nikah. Pada hari Sabtu seawal pukul 9.00 pagi kitaorang semua diminta berkumpul di masjid kerana acara akan bermula pada pukul 9.30 pagi. Tak ada lah kelam kabut sangat sbb masjid dekat belakang rumah je pun...jalan kaki pun boleh. So pagi suasana sangat santai dan tenang yang kecoh nya aku je lah. Berpeluh-peluh siapkan anak.

Meh lah aku share pasal alam perkawinan ni sikit....nak jadi ustazah sekejap...hahaha. Dari pengalaman aku alam perkawinan betul2 akan bermula selepas setahun kita bernikah...kerana dalam jangka masa setahun tu semuanya manis...semuanya susah senang bersama...tidur berpeluk jer. Kalau u tak peluk I tanda u dah tak sayang I lagi....betul kan!!

Bila masuk alam perkawinan kehidupan kita almost 80% akan berubah...cabaran akan bermula...waktu ni lah keserasian antara satu sama lain dapat dilihat kerana kita telah tinggal bersama. Alam perkawinan bukan semudah yang kita sangka kan....untuk menjaga supaya ia berkekalan amat2 sukar sekali. Cabaran yang datang suka dan duka akan silih berganti. Disini lah tuhan menguji kesabaran kita. Jodoh ditentukan oleh Allah ini bermakna Allah telah memilih jodoh yang  terbaik untuk kita jadi jangan sia2 kan pegang amanat ini hingga ke akhir hayat (tapi kita tetap tak boleh elak kan penceraian kalau jodoh tak boleh bersama lagi dengan alasan yang munasabah). Perkataan Cerai jgn sekali2 menjadi bahan ugutan utk lelaki supaya wanita itu tunduk kepada mereka kalau boleh delete perkataan itu dalam kotak pemikiran kita. Macam mana sukar dan besar masalah rumah tangga harap korang bersabar dan selesaikan secara baik kerana bila kita Sah menjadi semua isteri itu tandanya kita telah membuat perjanjian kepada Allah.Tak berani nak cakap besar aku doakan kebahagian korang semua dan berharap korang doakan utk aku juga.

Aku pernah terbaca satu aktikel dan aktikel ini benar2 menyedarkan aku

"Ujian dalam hubungan perkawinan yang selama ini baik, lalu kita kurang berterima kasih kepada Allah dan mungkin kita menggantung rasa bahagia itu kepada suami terlalu tinggi dan rendah sikap bergantung kepada Allah. Maka Allah menegur kita bahawa yang membuat kita bahagia selama ini bukan suami tapi Allah SWT"

"Lalu Allah menegur mahu kita balik kepada Nya dan menggantungkan harapan bahagia seterusnya kepadaNya juga, bukan manusia. Percayalah bahawa hidup kita ini tidak akan kekal bahagia selamanya kerana kita hamba Allah SWT oleh kerana itu kita tidak akan dapat lepas daripanda ujianNya".

Ok stop emo2 kita kembali  kecerita yang asal.



Pengantin tengah bersiap2 utk ke masjid


Begitu juga dengan bapa pengantin. Kesian FIL  samping kena pakai tali pinggang sebab dah kurus sangat. Ini tanggungjawab suami aku siap2 kan FIL diawal pagi.



"Yaya...Adik...no more tidur atas katil Shira lagi"



Anak perempuan sorang!!


MIL n FIL


Jangan gelak kan aku....perasan sekejap macam CT Nurhaliza. Bila aku pakai selendang anak aku cakap kenapa muka aku petak..."Eh! aku baru nak perasan ayu korang dah kutuk2 muka aku...sabar2 ini ujian dari Nya". Pagi nikah tak ada thema colour boleh pakai colour apa korang suka.



Abang pengantin yang over busy. Anak pandang jer muka bapak sendiri sbb tahu En Win lakonan busy nyer mmg terbaik. Padahal semua dah tahu kereta masing2...lagi mau sibuk2 tanya...hahaha.



Suka lah tu nak nikah!! Sipa yang tak suka kan...perkenalan berakhir dengan sebuah perkawinan harus lah melonjat. Dah Sah dah boleh raba2 luar dan dalam...eh!



Jangan bercakap control ayu tu sikit.



Aku pulak yang excited..."terkenang sekejap saat aku ngan En Win....orang menanggis aku lepas menjadi isteri yang sah setitik air mata gatal pun tak keluar. Muka tersenggeh jer "..hahaha



Wali


tunggu dengan penuh kesabaran!!


Dah besar ko yer....waktu aku kenal Shira dia masih comot lagi...kalau makan KFC 3 ketul licin....lepas tu mulut berminyak2. Aku kalau gi makan dengan Shira waktu kecik mesti aku pening kepala sebab kalau dapat ayam dia makan laju jer...takut sangat orang lain habiskan...hahaha.

Kuat merajuk dan suka menanggis...hahahaha aku ngan En Win selalu gelak kan dia waktu dia kecik2. Kau redha jer lah nok dapat kakak ipar yang tak pandai pujuk.



Sebelah lelaki


Saat di nikahkan. Beriya En Win...aku dah awal2 pesan jangan memandai cakap tak sah...sengaja nak suruh orang tu ulang banyak kali. Laki aku ni bukan betul sangat!!



Muka cuak!!


Alhamdulilah...dengan sekali lafaz!


Doa seorang bapa.


Suka3


Mas kawin


Batal air sembahyang


Amboi bukan main kau cium ya..



Berbalas cincin


Suka lah tu!!


Aku kalau nikah tak berapa sedih sangat tapi part salam2 cium2 ni aku tak boleh tgk....



Berpelukan dengan MIL



Berpelukan dengan abang pulak. Bila part aku tak ada pulak orang nak snap picture. Aku menanggis bersungguh2 tau...lepas tu malu mata merah nyorok belakang langsir masjid. Laju2 kesat air hingus.



Alhamdullilah sah menjadi suami isteri.



Makan2


Kiddos!!




Family sebelah perempuan


Us!!!


Adik dapat bunga!!!

Selesai sudah semua majlis kita tunggu sebelah lelaki pulak ya!!

4 comments:

Irfa said...

xleh tgk acara akad nikah dan salam mak ayah..laju je air mata aku (teringat kisah 13tahun yg dulu)
nasihat itu mmg sesuai diguna pakai semua peringkat umur.tq ustajah elly
kepada pengantin baru..moga bahagia milik kamu berdua dan diberkati Allah selalu

Teena Tna said...

Seronok tgok org bina masjid..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

farah liluniquecloset said...

Selamat Pengantin Baru Shira & Hubby. Semoga b'bahagia ke anak cucu

http://www.uniquecloset.com.my/

Dee Yana Dee said...

Suka baca petikan yg akak post tu. Betul tu..Kebahagiaan bukan datang dari manusia tapi datangnya dari Allah. Always pray and hope May Allah always blessing the marriage. Thank you for sharing kak.