Nuffnang Advertisement

Monday, May 27, 2013

BBQ

Sabtu lepas aku dengan En Win buat BBQ kat rumah. Tak jemput ramai cuma kengkawan sekolah En Win, inlaw aku dan Filla jer...Hahaha. Seketul jer kawan aku. Bukan tak nak jemput kengkawan aku cuma aku tak reti jemput reramai nanti tak terlayan. Pengajaran dari Hari Raya open house hari tu punyalah ramai aku jemput hujung2 sorang pun aku tak layan. Aku berdiri jer tengok orang datang. Tak tahu nak layan mana satu. Aku salam2... senyum2 lepas tu aku sibuk kehulur kehilir tanpa arah tujuan...bengong!!. Insyaallah next... turn aku jemput kawan2 sekolah pulak. Kali ni kita bagi peluang En Win bergelak sakan.

Tapi tak ada hal kengkawan sekolah En Win pun aku dah lama kenal...ialah kan geng satu bas sekolah. Kadang2 diorang buli aku lebih teruk dari diorang buli En Win..."aku rasa nak suruh win cari bini lain dah lama sangat muka yang sama jer...kitaorang pun naik fade up tengok kau ni Ly"....kurang ajar tak lepas tu gelak terbahak2....bahabi betul!! tapi ada aku kesah....muahahahaha.



Jemputan tak sampai pun 15 orang so cukup lah 2 table. BBQ sepatutunya mula pukul 6.30 petang tapi korang tahulah jantan2 mana boleh ikut masa...ikut suka hati mak bapak diorang jer kan...hujung2 pukul 8.00 baru sampai.  Memasing aku dah arahkan bawak satu makanan. Kau mampu jemput orang lepas tu paksa bawak makanan sendiri...hahaha. Berani kau bersuara mmg aku kutuk kedekut tahi hidung masin nanti.



Ini aku sediakan...salad, mashed patato and Lasagna. Berpeluh ketiak aku masak....hahahaha itu tifu aku cuma tahu order jer. Nak masak2 aku malas aku banyak benda kena handle...hantar budak2 tuisyen, hantar baju dobi, kemas rumah, beli barang2 utk BBQ...ini bukan alasan ini kenyataan....muahaha. Aku kalau sediakan benda2 kat atas ni mesti En Win terperanjat giler dan aku tak akan join BBQ ni sebab keletihan memotong sayur dan memotong kentang. Jadi jangan mengambil risiko cepat2 telefon dan order sahaja...Muahaha!!



Daging T-Bone katanya


Udang


Ayam!!


Ayam ni Alang yang bawak. Alang ni bila aku suruh bawak makanan mmg ada cuak sikit sbb diakan orang yang tak ada perasaan... otak asyik fikir pekerjaan jer benda lain semua dia anggap remeh so aku ada sikit keraguaan disitu. Hari Rabu laki aku dah start call remind kan dia pasal ayam jgn lupa marinade ayam.

En Win: Lang! kau jangan lupa bawak ayam Sabtu ni

Alang: Ini Alang lah!! semalam aku dah marinade tau

En Win: Apa pasal kau marinade awal2

Alang: Kau mana tahu lagi lama lah sedap dow!!

Ok takpe2 aku percaya kau kali ni. Hari Sabtu korang tahu tak apa terjadi dia cuma beli ayam yang dah marinade kat tesco lepas tu ayam cuma 15 ketul jer sbb dah habis dijual. 15 ketul untuk 15 orang bagus seorang makan seketul. Lepas tu takut nak keluar kereta sbb rasa bersalah.. Tapi ayam tu mmg sedap sbb Kim's marinade balik bagi tambah perisa...kalau harapkan Alang...nando!!

Alang: Aku mana tahu kau jemput ramai, ingat kau jemput 4 orang jer!!

Masuk akal tak jawapan dia...4 orang maknanya aku ngan En Win....dia dengan Kim. Habis anak2 aku pandang jer!! alasan tak diterima mari reramai kita kutuk. Hambek kau!!



Nasib baik kawan lagi sorang bawak makanan banyak


Orang bersalah kena bakar ayam sampai habis walaupun hanya 15 ketul...muahahaha


Orang lelaki mmg macam ni yek...tak ambik serius benda2 macam ni walaupun acara santai. Baju belang tu nama dia Mamat bawak udang tapi tak marinade lagi...hahaha. Rempah semua dah tersedia tapi sampai rumah aku yang tolong gaulkan.

Mamat: Ly... dalam plastic tu ada udang lagi satu tupperware ada rempah dia aku dah blend...kau gaul kan jer lah...aku tak sempat buat kat rumah tadi.

Sempoi jer jawapan kan...hahaha. Mamat ni bini dia dah meninggal jap lagi aku story pasal bini ya...sedih nko!!


Pukul 8.30pm baru start bakar...sementara menunggu makan mashed patato ngan salad dulu ya!!


Ini lah kawan seketul aku...hahaha. Disebabkan semua tak ready jadi Filla pun kena turun padang gaulkan udang. Tapi fun lah kan...bising2....kutuk2...bakar sama2.



Ok meh aku cite pasal kawan En Win yang pakai baju belang tu. Lepas habis form 5 tak silap aku mamat ni dia bergaduh dan merajuk ngan family so merantau lah sampai ke Naratiwat, Thailand. Bila dah bekerja kat sana maka bertemu jodoh pun dengan orang sana. Hampir 10 tahun dia tak balik ke Malaysia bertemu keluarga dan kawan2. Sampailah pada tahun 2010 wife dia telah meninggal dunia disebabkan terkena BOM di Golok. Aku ngan Filla bila dengar cite tu memasing mulut ternganga tak percaya.

Aku: Macam mana boleh kena Bom

Mamat: Dia pergi pasar...orang letak bom kat motor...nasib tak baik bini saya lalu kat tepi bom tu berkecai badan dia.

Mengucap aku ngan Filla. Lepas kejadian tu dia ambik keputusan pulang ke Malaysia dan sekarang dah menjadi peniaga daging yang sangat2 berjaya. So sesiapa yang berkenanan sila lah email kat aku...muahaha.

Sejak dia dah bekerja kat pasar ni hidup aku senang...Mamat nak daging sekilo batang pinang...lepas tu mintak tolong budak2 kau beli kan Ikan dengan Udang sekali...wah gitu bagi arahan harus dapat harga murah kan!!



Sambil bakar sampai gelak terguling2...Alang kalau bersuara mmg sakit perut aku tahan gelak.



Cite zaman sekolah...cite macam mana tackle awek...cite pasal gaduh2 berebut awek!! mmg seronok giler



Ini jer lah jemputan aku malam tu!!


InsyaAllah nak buat lagi sebelum bulan puasa ...seronok sekali sekala berjumpa macam ni.


adik


yaya and Shira


Sahabat baik...aku kalau En Win lambat balik pasal 2 orang ni lah...ntah apa yang borak lelama pun aku tak tahu. Asal call jer tengah meeting projek...tak ada mana meeting projek...jgn nak menipu yek!!



Yang pakai topi tu nama dia Wan. Dia lah orang tengah waktu aku bercinta ngan En Win...hahaha. Tolong sampaikan janji temu dan pukul berapa nak jumpa kat PJ old town....hahaha bila cite2 balik malu dow...betapa gediknya aku dulu majuk2 kat bus stand. Sekali lagi jadi bahan kutukan...Alang tu kalau kutuk aku bukan dia peduli mak mertua aku ada kat situ pun!


Diorang lepak kat rumah aku sampai pukul 3.30 pagi...rasa nak terburai isi perut aku denganr kisah silam diorang. Seronok sangat...nanti kita buat BBQ lagi ya!!


4 comments:

Capt Lalok said...

seronoknyerrr ko elly...

Anonymous said...

elly sy rasa la kan ly tu da mcm kurus sket ly

Irfa said...

SIANNYA KISAH KENA BOM TU
MCM X PERCAYA PULAK TP SBB KO YG CITER,MAKA AKU PUN PERCAYA.

farra8979 said...

wah bestnya makan2 sampai pagi... ^^