Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 14, 2013

Abah ke Tanah Suci..

Alhamdullilah semalam Abah selamat berlepas ke Tanah Suci. Sepatutnya abah pergi dengan mak tapi atas nasihat doktor kesihatan mak tidak mengizin mak pergi kesana...terpaksa redha. InsyaAllah kalau ada rezeki akan sampai jua nanti.

2 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci aku dan adik beradik ada buat doa selamat untuk abah. Tugas aku seperti biasa book dan order catering ....seperti biasa makanan yang diorder mengikut tekak aku bukan tekak tetamu. Bila abah tanya aku order makanan apa selamba jer aku cakap biar lah rahsia....hahaha. Kang kalau aku cakap menu apa yang aku order nanti ada jer pertukaran lepas tu mesti banyak kali tukar2. So aku cakap abah tak yah pening2 biar aku uruskan,



Seawal pukul 10 pagi catering dah sampai. Kakak2 aku uruskan segala kuih muih dan panggil ustaz. Walaupun aku ada sorang adik lelaki tetapi tak boleh diharap sebab kerja dia asyik merempit jer. Bila makan laju jer datang...buat kerja pemalas!!



Sayur campur, Sambal tumis Udang, Ayam Goreng Rempah dan Gulai lemak daging salai. Perggggghhh! hebat giler menu aku pilih...lepas tu semua orang makan menangis siap keluar air hidung...hahaha. Pedas giler!! tapi sedap (nak jugak puji)



Ulam2...Buah2an dan kuih muih.



Tak jemput ramai pun adik beradik bapak aku dan adik beradik sebelah mak aku. Tak sampai pun 50 orang.


Tetamu perempuan. Dah lama rasanya rumah ni tak buat kenduri...last kenduri adik aku no.4 kawin dah dekat 5 tahun kot. Aku selalu bising suruh adik aku no.5 ni kawin cepat2...tapi macam mana nak kawin boipren pun tak ada.



Selesai bacaan doa selamat...jemput makan semua ya!!



waktu ni semua tangan pegang tisu...untuk kesat air hidung. Tapi pedas2 pun tambah dua tiga lah jugak.



Selesai kenduri baru kitaorang makan...ialah kenduri kat rumah ni banyak kerja sikit walaupun catering mak aku tetap nak buat kopi sendiri...tetap nak potong2 kuih....tetap nak bungkuskan lauk utk tetamu bawak balik.



Sibling

Semalam hari yang abah aku nanti2 kan. Ini kali pertama abah aku ke Tanah Suci...seperti yang aku ceritakan dulu...kami orang susah abah bertungkus lumus membesarkan kami 6 beradik sehingga berjaya. Selesai semua tanggungjawab barulah senang hati abah untuk keSana.

Seawal pukul 8.00 pagi kami adik beradik serta menantu berkumpul rumah abah. Saat yang paling menyedihkan bila bersalaman dan cium kaki abah. Rasa banyak sangat dosa aku dekat abah...rasanya tak terbalas budi abah selama ini. Pesanan abah untuk aku dan keluarga "Abah doakan kau bahagia sehingga akhir hayat...jangan lupa solat....jaga mak kau ya sepanjang abah tak ada...mak kau bukannya sihat sangat....elok2 jaga keluarga tu". Berjujuran air mata aku rasa macam tak nak lepaskan pelukan abah.

Aku: Abah maaf kan Elly ya....ampun dosa Elly dan halalkan makan minum Elly Ya. Semoga Abah selamat pergi dan balik. Minta abah doa kan yang baik2 untuk Elly dan ya.

Sampai sekarang aku teringat2 pesan abah...memang susah nak tengok abah menanggis...tapi semalam baru aku boleh nampak betapa abah sangat sayangkan anak2nya. Orang lelaki mmg susah kan nak tunjuk kasih sayang...especially orang dulu2.



Doa sebelum berangkat


Selamat jalan Abah!!


Azan dari abang yang sulung


kami adik beradik semua hantar abah dekat airport


Sebelum tu jemaah berkumpul di Masjid KLIA untuk mendengar taklimat dari Travel Agent.



Sayang Mak! Sepanjang abah tak ada mak akan duduk dengan Kak Long...InsyaAllah hujung minggu nanti aku akan ambik Mak pulak. Mak jarang berjauhan dengan abah so kitaorang anak2 kena sentiasa ada dengan mak.



Sayang Abah ketat2.


Selesai urusan Check in sebelum abah berangkat kitaorang sempat makan2 di Mc D.



Terima kasih kerana melahirkan aku kedunia ini. Selagi ada kudrat ni...InsyaAllah aku akan berikan yang terbaik untuk mereka. Ini janji aku!!



Sebenarnya semalam tarikh pernikahan mak dan abah. Sudah 46 tahun mereka hidup bersama. Semoga mak dan abah diberikan kesihatan yang baik.



Bye2 abah...nanti kita calling ya!!


We love u so much!!!



10 comments:

SueGinola said...

Salam singgah kak Elly...
Syahdu pulak baca...huuu..(terus teringat kat arwah Abah saya)...
Apapun saya doakan Abah kat Elly selamat pergi dan balik ye...amin...^_^

Aien said...

Hai Elly,

I baru jadi follower u..Suka baca all your write up..telus..kdg2 I gelak sorang2...paling kagum tgk kesungguhan Elly & husband bina perniagaan..I doakan U terus berjaya

Keep on blogging k!

Izzan Y Rosdin said...

perasaan mesti bertukar jd sedihkan bila cerita pasal org tua kita...

suhaila said...

elly, semuga Allah mempermudahkan segala urusan abah elly disana..amin so touched plak baca cerita ni..

Anonymous said...

Salam Kak Elly,

Sy ni silent reader blog akak..tp bila baca entry ttg abah akak ni x dpt kontrol utk letak komen..semoga abah kak elly mendapat umrah mabrur dan dipermudahkan urusan di sana dan di sini..ai nangis kak baca entry u..huhuhuh :)
~sarah

Anonymous said...

Salam kak elly.sy SR akk n suka gila bace blog akk.alhamdullilah.semoga Allah permudahkan urusan ayah akk pergi dan balik..
Ikut TA wira saujana ye?alhamdullilah insyaallah TA yg bagus and mutawif terbaik d madinah n makkah...

ShaDon said...

kak elly syahdunyaa...
saya masa mak ayah p haji tahun 2008 pun rasa looose gilaaaa...sunyia gila..rasa worry since doang x penah abroad...bunyi je telefon, berkejar2 nak jawab..nanges..solat sampai nk pengsan nanges sedih..hahahha....

bagus kak elly ni...
mcmmana dh ada family pun,still sayang mak ayah ketat2...

moga bapa akak slamat pergi..slamat kembali...

MISS DIVA said...

i pun turut sedih baca entry nih..

Wani Raduan said...

Awet muda la mak kak elly. Semoga abah kak elly sentiasa sihat untuk melaksanakan ibadah di sana. In shaa Allah.

Anonymous said...

kak elly, saya rasa sebak baca entri ni.. semoga abah kak elly dipermudahkan urusannya. aminn...