Nuffnang Advertisement

Friday, April 19, 2013

Terubat rindu....

 Sejak Hazel berhenti kerja dah tak dapat lagi aku gelak sampai terduduk2 kat lantai...sekarang gelak control jer...gelak sopan jer. Aku dengan Hazel ni jenis suka merapu...suka tambah2 kan cerita jadi kelakar pada hal cite tu basic jer tapi kitaorang boleh create jadi lawak bebenor. Orang keliling mmg tak faham perangai kitaorang...cite biasa jer tapi boleh gelak sampai nangis2...giler!!!

Oh ya...tentang percutian kami ke Phuket...aku masih tidak dapat memujuk En Win. Aku baru cakap "Pa boleh tak"...En Win dah suara macam tertelan mic balas balik "Tak Boleh". Nyampah tau tak sporting....wife u ni cuma nak lihat alam sekitar bersama teman tapi mesra itu pun tak boleh. Takpe2 jangan harap u boleh keluar dengan Alang rambut Kpop tu. Korang ingat tak Alang kawan En Win yang sama2 kitaorang bercuti kat Phuket haritu tu....hahahaha. Dia baru balik dari Korea tapi kan bila aku jumpa dia tanjat beruk aku sebab buat rambut Kpop....tak sesuai dowh!!!! dah macam indon jawa aku tengok....muahahaha.

Rabu lepas sempatlah aku jumpa buah hati aku ni Hazel dekat Publika Mon't Kiara sebab dia kerja kat situ. Terubat rindu nak dengar gelak tawa dia...tapi hari tu tak banyak pulak gelak. Banyak bincang tentang kehidupan harian...so serius sikit. Lepas dah balik boleh pulak dia whatapp "kak knp kita tak banyak gelak tadi"...hahahah boleh ker tanya soalan macam tu!! "ok nanti kita jumpa lagi aku kasi kau gelak kaw2. Eh! nko ingat aku clown ker??



Lepak kat Restaurant Mee Jawa. Harus lah order Mee Jawa kang aku order Nasi Gorang dah tak sama pulak dengan nama restaurant ni!! Kita harus sokong dengan memesan menu mengikut nama restaurant. Tapikan  tak sedap langsung...kuah masin. Berani letak nama restaurant Mee Jawa tapi Mee Jawa tak sedap makanan lain yang sedap....camna tu!! patut aku sorang jer order makanan ni.



Tekak aku tak pernah cukup dengan order satu makanan. Tambahan lain cucur udang.....yg ni ok2 jer!!



Bila aku sua camera...laju2 pose! "Cepat kak orang pandang ....saya malu". Takut orang pandang tapi senyum bukan main lebar lagi. Hazel sekarang dah join Amway...nanti aku buat special entry untuk produk kau ya nok!!



Tuan belog!!\

Berani komen gambar aku!! Pujian ok...kutukan tak diterima....muahahaha.


6 comments:

Penyapu Lidi Sdn Bhd said...

baiklah, pujian untuk tuan belog :makin anggun bila keluar yer.



balik umh sure stress..bunyi2 drum..roll..hahahhaa

Irfa said...

lawa hazel :)
yelah..ko pun lawa jugak
tak puji kang sentap.hehe

La Cocca Di Papa' said...

cantiknye hazel

mrs kayrul said...

lebor benar senyuman kak elly....

Anonymous said...

Salam, Elly agaknya Elly ngan Hazel ni spesis akak ngan kawan akak. Gelak guling2, citer pendek kita orang jadikan panjang, tambah2 sikit dialog. Boleh ketawa sampai keluar2 airmata. Elly kata hari tu Hazel further study? cepatnya habis bajau.


p/s : Elly memang cun tapi kalo x de tahi lalat kat tepi hidung tu lagi lawa tau. Cer tengok pembaca berita Norazlia A'ala tu dulu2 kan dia ada tahi lalat besar kat dagunya pas di buang.Skang hari2 pandang dia pun x jemu, cantik bangat.

Nurhayati Mohd said...

tuan belog semustinya gojes selalu!