Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 2, 2013

Oooo pasal benda ni lah!!

En Win buat perangai lagi....dia beli drum set pulak. Kenapa dia suka kusutkan kepala aku. Drum set tu besar...rumah aku bukan  banglo ok.....aku tak ada bilik sound proof pun. Cuba kau fikir mana nak letak benda alah ni. Senyap2 je dia beli. Aku mmg dengar dia nak beli drum set aku dah tentang habis2an kata buat menyemak rumah lah...mana nak letak lah....aku ingat dia dengar lah cakap aku sebab dia senyap je bila aku membebel waktu tu. Rupanya nando ok...dia degil. Semalam call suruh aku ambik anak2 kat sekolah dia kata ada hal kena follow up....hahaha follow up lah sangat kan!!

Waktu dia balik aku kat atas tengah tengok tv...aku hairan kenapa dia tak naik2...selalunya kalau balik mesti dia sibuk cari aku kat atas...semalam senyap je kat bawah. Mati2 aku ingat dia tengah masak maggi...eh! apa hal laki aku ni dah dekat 1/2 jam tak naik2...bila aku turn....aku rasa nak pitam sebab nampak drum set kat tengah2 hall.  Besar gedabak...dah giler agaknya letak drum kat tengah hall...lari konsep rumah aku.Tak terkata aku...rasa terbakar jantung aku menahan marah. Dia boleh buat muka selamba tolak sofa set aku letak drum set dia pulak. Korang aku TENSION!!

Aku tak kisah kalau dia pandai main drum...ini baca note pun tak tahu ok!

Aku: Pa kenapa u beli drum

En Win: I suka jer...macam u suka handbeg gak

Terbakar tak dengar jawapan dia

Aku: Tapi u tak tahu main kan

En Win: I dah register masuk class drum...join anak2. Oh ya u nak hanbeg kan...beli lah!

Pandai kau kan dah dapat barang yang idamkan baru luluskan aku punya permintaan. Aku tak happy langsung ok!!!




Cuba korang tengok kena tak letak drum kat hall....ini rumah ok bukan studio.



Dia buat bodoh jer bila aku jeling2.  Sofa kat tingkap tu semua dia tolak letak tepi.



Lepas tu ketuk2...berdentum dentam rumah aku. Muka bangga giler....matilah lepas ni aku dapat notis suruh pindah rumah sbb jiran sebelah tak sanggup berjiran dgn keluarga giler.




Rumah aku ni dah macam studio...semua alat muzik ada. Tak lama lagi mesti dia beli gitar pulak.



Karaoke Set


Organ

Kenapa.....kenapa....kenapa

Setiap kali aku turun nampak drum set tu hati aku terbakar...."Pa oooiiii knp drumset letak kat hall"

Malam tu jugak aku whatapp Radie suruh dia nasihatkan laki aku...Radie kan ID so blh lah komen2 sikit cakap tak sesuai letak drum kat situ...tapi jawapan dia lagi menyakitkan hati aku!!








See jantan tetap sokong jantan!


Macam mana ni korang!!!!

21 comments:

mama leen said...

hihi lawak la... memang dah berkomplot la tu..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hahaha..bertabah jelah kak. Nasib baik approve nak beli handbag, pejam mata jelah.. !

monamie said...

hehe.. taktau apasal.. mona baca sambil imagine, comel ja akak.. takpa kak..betul tu cakap pak radie.. buka ja satu corner untuk buat bilik muzik! heee dah minat ke arah tu kak.. at least, dalam rumah, depan mata *_____^ heeee

Anonymous said...

Cantik la umah kak elly..kemas je..suke tengok

-orang shah alam

Norasiah Nasir said...

ololo..elly, aku syorkan ko megandung je.. lepas tu ko buat2 lah alah dengan drum tu..mesti en win jual ...
kalau dia tak jual pun..

lepas ko besalin sure, dia takleh main jugak drum tu..takut anak terjaga..bernas tak..kira selamatalah ko buat sementara waktu...

hehehehe

Anonymous said...

tak pe...dah dapat green light beli handbag...so cool kan diri & bayangkan handbag dior merah...*tarik nafas*...

Anonymous said...

boys will b boys, u pi la beli saxophone atau violin , lagi best pi blaja bellydance, masa dia drum, awakpun bellydance skali,tengokla reaksi kahkahkah

Irfa said...

dia bagi lampu hijau beli hbeg tuh
tunggu apa lagi ;)

Nadila azhar said...

hahahaa..lawak betul...drum vc handbeg...heee..bertabahlah yer kak..

Anonymous said...

Huhuhu. Yg x thn tu pak radie p sokong lak tu. ishhhh org laki ni mmg mcm tu la, pyh sikit nk dgr ckp bini. Tapi yg best tu, en win bg green light beli handbag. Apa lg elly.......

Cik Puan Rara said...

tp akk dh boleh beli handbang.so akk kena happy =)

Anonymous said...

klakar tu mmg klakar,tp ikutkan aje la kak,tp serius umah akak cantik,blind tu cantik,gambar cantik,sofa cantik..cer buat satu entry pasal ID umah akak..:-)

chemso said...

sabo jer la. nak buek camno. dah minat dia ke situ...nasib baik beli bawa balik rumah..kalo dia gi club lagi susah..hahahahah. dah kemerapuan ni.

Anonymous said...

My husband pun beli drum set, order senyap2 pastu suh i pegi pick up kat kedai (pasal dia kerja). Dah sampai rumah, terpaksa la nego. Suruh dia beli karpet tebal utk absorb bunyi and wajib guna headphone bila main. So dengar dia ketuk2 je, takde music.Still bising gak la.

ann

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

rumah sy pulak penuh ngan basikal ...stresssss..karang jual basikal dia diam2 marah pulakkk..huhu

mama maman aka yana said...

aduhai.. kelakar sgt si laki filla nih.. aduhai

Anonymous said...

Sabar r kak, my husband pon sama, kena beli barang yg dia nak dlu baru lulus pe yg i nk, pagi2 buta lepas subuh dah bperang sbb dia main piano yg besar gedabak tuh..xke haru jadinya,

MAMALOVEYOU said...

bykkan sabor je la elly :D

Anonymous said...

Elly, aku leh bayangkan perasaan ko.. mesti emo to the max kan? So apa kata ko gi beli handbag dua tiga ketul..nngk apa reaksi en.win hahaha
Pak radie pun x membantu hahah menambahkan stress je!!!! Fillanie, cer bygkan set drum klu en.win jual dgn pak radie..ko nak letak mana nnt? Hahahaha
@watieshaharin

mrs kayrul said...

hahahha...otak giler2 jugak pak radie nie...

fazyana rrm said...

Dah dapat green light beli handbag baru. apa lg tunggu. huhu