Nuffnang Advertisement

Thursday, April 4, 2013

Nak berniaga apa yek???

Since aku bukak peluang untuk business trip ke Guangzhou....aku received banyak email bertanyakan bermacam2 soalan. Ada yang sempat aku jawab ada yang tidak. Sorry akak busy. So aku decide jawab kat sini je lah so reramai boleh baca soalan aku dan tak adalah dikemudian hari tanya soalan yang sama lagi...hahaha. Antara soalan yang aku terima...

1. Berapa modal yang diperlukan
2. Perlukah saya ke Guangzhou
3. Apa perniagaan yang sesuai utk saya
4. Nak akak mintak tunjuk ajar...boleh ker?
5. Boleh berkenalan..Eh! soalan apa ni ...hahahah....jawapan dia boleh tapi jumpa En Win dulu

Ada banyak lagi soalan so far ini jer aku ingat. Ok meh akak jawab kan

1. Berapa modal yang diperlukan?

Keputusan di tangan korang sebenarnya.. Kalau korang rasa nak start kecil2an RM1000.00 pun dah cukup. Cuba dulu kalau dapat keuntungan simpan jangan gunakan duit tu...buat rolling duit tu balik. Dalam masa 3 ke 6 bulan baru boleh  ambik keuntungan tu sedikit jer tau dalam 10% - 20% jer blh pakai. Berniaga ni yang paling penting modal. Kalau ada keuntungan top up modal tu bagi lagi banyak so boleh beli barang dalam quantiti yang lebih lagi. Ini aku tengok baru dapat keuntungan RM100 - RM200 dah beli macam2. Macam mana perniagaan nak berkembangkan. Satu lagi kalau kita mulakan dengan modal yang kecil jadi bila tak laku atau tak untung tak ada lah terasa sangat.

2. Perlukah saya ker Guangzhou?

Bagi yang betul2 minat berniaga untuk mencari pengalaman dan membuka minda lebih meluas lagi dalam perniagaan jawapannya YA. Dalam perniagaan ni kita tak boleh selesa dengan satu perniagaan or satu tempat sahaja. Dunia perniagaan semakin berkembangan so minda kita juga kena ikut sekali berkembang kalau kita mahu maju dan bersainglah. Kalau korang rajin dan tak putus asa InsyaAllah rezeki tu ada. Aku ngan En Win berapa kali terduduk...berapa kali kena tipu tapi sebabkan minat kami pada perniagaan bangun balik...alhamdullilah sekarang kami boleh nampak dunia perniagaan yang sebenar.

3. Apa perniagaan yang sesuai dengan saya

Ini yang paling penting...berniaga ikut yang korang minat. Jangan ikut orang sbb korang akan berasa tidak selesa dengan produk yang dijual nanti. Mungkin korang boleh berniaga ikut musim seperti Perayaan. Selalunya perniagaan mengikut msuim ada kelebihan disitu. Jangan sekali-kali berniaga barang yang korang tidak familiar penggunaan nya. Ini akan memudaratkan diri sendiri. Paling selamat berniaga baju, tudung dan pakaian kanak2 TETAPI saingan terlalu besar. Dalam perniagaan korang kena rajin berusaha...kena tebal muka jual barang kat customer...jangan cepat putus asa. InsyaAllah apa jenis perniagaan yang korang lakukan pastikan akan berjaya.


4. Nak mintak tunjuk ajar

Boleh kalau kena dengan masanya...aku pun busy gaks. Aku mmg suka tolong orang cuma masa tak mengizinkan. Boleh lah email aku kalau nak tanya serba sedikit tapi kalau aku tak reply harap bersabar ya.


Dalam dunia perniagaan ni kita kena RAJIN, BERUSAHA dan JANGAN BERHENTI BELAJAR. Kalau korang mulut jer cakap minat berniaga tapi bontot tak bergerak2, mulut tak keluar suara harapkan orang lain yang datang membantu mmg x berkembanglah jawabnya walaupun modal yang dikeluarkan beribu-ribu ringgit. Jangan cepat teruja dan cepat selesa dengan keuntungan yang kita dapat...cuba kembangkan lagi sehingga kita betul2 berpuas hati. Jangan sesekali bersikap tamak dan menjatuhkan orang lain demi kesenangan kita. Rezeki itu Allah bagi sama rata apa salahnya kita kongsi bersama kan.

Ok...nak keluar lunch ada masa kita sambung lagi ya!!

10 comments:

f.m.y said...

Thanks for the tips.. :)

Irfa said...

tq elly

Anonymous said...

tiap kali bukak blog elly, saya suka tgk gmbr anak elly si yaya... cantik...

genuine1224 said...

bagus sgt tips ni. teringin jugak tapi tulah... bukan berat bontot, tapi kekangan masa and modal of course.. hihi.. insyallah, nak cuba jugak 1 day

misz sheyla said...

baru2 ni ade orang ajak trip bisnes ke guangzhou ni..tapi fulus belum cukup kukuh

aziekz said...

Bagus akak,,,,

Tak kedekut ilmu share dgn org..


Siap ajr g cmnrr2, ape nk business...

Tp apepun aka kna hati2...byk org byk ragam,byk peel,byk helah..
Apapun niat baik,murni dipermudahkan oleh ALLAH...:-P

aziekz said...

Bagus akak,,,,

Tak kedekut ilmu share dgn org..


Siap ajr g cmnrr2, ape nk business...

Tp apepun aka kna hati2...byk org byk ragam,byk peel,byk helah..
Apapun niat baik,murni dipermudahkan oleh ALLAH...:-P

alin said...

kak elly,jumpa lg gmbar anak kak elly kat fb...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=503143569751146&set=a.371663342899170.90542.325172570881581&type=1&theater

munirah said...

kak elly,
thanks utk tips nie :)
setuju sangat...paling penting berniaga mengikut minat...ini la yg suami moon selalu bebelkan bila moon mengada2 ajak niaga yang lain hahaha....dia selalu cakap,dia akan berniaga benda yang dia minat dan tahu kehendak pasaran :)

kak zee said...

salam semua..

Tkasih utk tips ...Buat masa ni saya mulakan dengan produk yang telah sedia ada dipasaran dan senang untuk dijual.

burberi.blogspot.com