Nuffnang Advertisement

Monday, April 29, 2013

Guangzhou Business Trip - April Month (Day 3)

Sorry lah lembab pulak aku nak habiskan entry business trip ni...maklumlah pilihan raya dah nak dekat...aku kena pancing undi kalau tak menang orang persalahkan aku....muahahaha. Tapi betul lah aku sibuk sbb pilihan raya tak caya tanya PM.

Hari ketiga...semangat peserta masih membara untuk meneruskan perjuangan mencari pengalaman di tempat orang. Sebelum ketempat borong kita bekpes dulu mee buatan sendiri (halal) restaurant bertempat di depan hotel sahaja


Selesai bekpes peserta di bawa ketempat borong beg yang pelbagi grade...dari grade A sampai ke grade C. Pelbagai2 jenis beg boleh didapati di sini...beg travel, beg shopping, beg dinner, beg sekolah dan bermacam2 jenis beg lagi.

Selain itu peserta juga dibawa ketempat borong stokin


Hari ketiga ialah hari di mana peserta diberi pelepasan utk mencari barangan sendiri dan pergi ketempat2 yang mereka inginkan. Selama 2 hari kita telah melatih peserta bagaimana cara utk berdepan dengan supplier, bagaimana cara utk order barang dan bagaimana cara payment dibuat. Jika peserta mengalami kesukaran peserta boleh menghubungi kami untuk meminta bantuan. So far alhamdullilah...semua peserta tidak mempunyai masalah berdepan dengan supplier di China.

Ada yang pergi ketempat borong kain, ke tempat borong jean, borong pakaian wanita, borong kasut ...lega rasanya mereka dapat lakukan sendiri tanpa perlu merujuk kami. InyaAllah next trip ke China mereka dapat pergi dengan sendiri tanpa perlu bantuan kami. Inilah tujuan Trip Tsugoi membantu peserta sehingga berjaya.



Tempat borong beg.


Tempat borong pakaian wanita. Mmg tidak dinafikan tempat borong di sini agak sibuk...korang bayangkan lah satu dunia datang ke sini untuk mencari barang berniaga...so redha je lah kalau korang ditolak2.


Waktu ni aku dengan En Win cari pakaian wanita utk dibawa pulang....untuk buat jualan borong. Test market sbb banyak permintaan. Alhamdullilah banyak baju dah sold out. Click Baju Borong Tsugoi untuk pembelian borong dan retail. So ada juga peserta mengikut aku dengan En Win ketempat borong pakaian wanita ni.


Cuba korang tgk berapa ramainya manusia disini. Semua mempunyai tujuan yang sama.


Malam ni aku dan En Win berangkat pulang. Aku cuma boleh temankan peserta sehingga hari ketiga sahaja. Selebihnya En Joe akan meneruskan trip ini hingga hari yang terakhir.

Pada hari ke empat peserta sekali lagi di berikan peluang utk mencari barangan perniagaan mereka sendiri sehingga petang. Pada waktu malamnya pula peserta diajar proses packing dan pembungkusan untuk dihantar ke tempat kargo.

Hari terakhir iatu hari kelima semua peserta akan berkumpul di lobby pada pukul 7 am pagi untuk check out dan sekali lagi mereka diajar menaiki bus utk ke Airport.

Note: Sesiapa yang ingin mengikut trip kami bolehlah clik Business Trip Guangzhou untuk more info. Untuk trip bulan Mei telah pun penuh...so sesiapa yang nak join trip bulan 6 masih terbuka lagi untuk pendaftaran  tetapi hanya tinggal 4 seat sahaja....cepat2 sebelum terlambat.

2 comments:

alla fonte said...

Sis...apa kata sis update link bloggers or seller yg join business trip ke guangzhou...heheheh...mana tau ada brg2 yg berminat nk beli...ngeeee

Anonymous said...

kak elly....law nk pg tp bkn busnness trip bole ker...saje nk jln2 shoping tok dr sndri.....heheheee