Nuffnang Advertisement

Tuesday, April 23, 2013

Guangzhou Business Trip - April Month (Day 2)

Tarik nafas panjang2.....hembus balik.....dan tarik sekali lagi....dan hembus perlahan2.....hahaha

Meh lah kita sambung balik cerita perjalanan kami pada  hari kedua di Guangzhou. Seawal 10 pagi semua sudah berkumpul di Hotel Lobby...cuma seorang peserta tak muncul2 terpaksalah En Win ketuk bilik takut ada apa2 hal terjadi...rupanya dia tertidur. Selalu kalau kat rumah ada orang kejut ni bila pergi sorang itu yang tak bangun2. So pesan kat dia tak yah mandi cuci muka jer...hahaha! yang bestnya dia ikut jer arahan aku...aku siap cakap takpe kat sini sejuk badan tak berpeluh so tak yah mandi orang tak perasan cuma aku ngan En Win jer tahu. Tak sampai lima minit dia turun dengan muka segar...muahaha. Rahsia anda disimpan jangan risau. Nur Munirah...itu laki hang....hahaha.



Sebelum menruskan perjalanan kita take picture dulu...untuk kenangan di hari tua...muahaha

Abaikan rambut aku yang macam perempuan giler tu...jacket tu aku beli sbb terpengaruh dengan gambar Rita Rudaini tapi bila aku pakai tak nampak langsung kejelitaan nya. Ok! stop merepek meh kita sambung cite balik..


Hotel tempat kami tinggal sangat2 strategik...dekat dengan bus station, dekat dengan train, dekat dengan masjid, tempat makanan halal dan paling penting sangat dekat dengan tempat borong. So pagi ni itenarary kita ke tempat borong kain...jom kita belajar naik train pulak.


Dari hotel ketempat Subway cuma 10 minit jer. En Joe tengah bagi penerangan macam mana cara nak naik train dan pergi ke tempat2 borong. Mula2 agak konpius sikit sbb bukan naik satu train saja kita kena bertukar2 train untuk kesatu tempat....tapi bila dah cuba rupanya senang giler.


Sessi soal jawab!!


Kita belajar pulak macam mana nak guna mesin ni....kang salah tekan pergi rumah urut pulak ...macam mana tu. Suka lah korang kan!!


Suasana di dalam Subway....sangat2 bersih!


Mengunakan sistem yang sama seperti LRT di Malaysia. Suka korang ya!!


Kalau korang pandai baca map ni mmg tak sesat...cari tempat mana korang nak pergi. Colour merah tu tanda trend tu bergerak dan dekat situ jugak ada arahan mana nak berhenti untuk pertukaran train. Tak faham jugak tak tahu lah aku....cewah! mentang2 dah pandai eksyen aku.


Dalam Subway!!


Kalau korang masih tak faham sentiasa boleh refer map yang disediakan.


Sangat pantas dan cepat...tak sampat 15 minit dah sampai kat tempat borong kain. Ceria jer aku tengok muka budak2 perempuan.


Tak keruan korang ya...ni cantik....tu cantik. Ini buat baju kurung mesti lawa...ini buat tudung pun lawa. Cik adik ooi baru tengok luaran dalaman tak terokai lagi. Ok tempat yang kami bawa bukan saja untuk borong kain...tapi tempat borong butang, zip, manik dan semua peralatan untuk jahitan.


Bayangkan sepanjang2 ni tempat borong kain...sampai juling lah mata nak memilih.


Sila2 melawat tapak


Dah lah kawasan besar lepas tu 7 tingkat pulak tu. Memang pergi 10 kali pun belum tentu boleh habis berjalan.



So apa yang diorang buat...ambik contoh2 kain yang berkenan discuss bila balik hotel nanti. Hari ketiga baru start order barang!!

Good Job Moon!!


Selesai ke kawasan borong kain....time for Friday Prayer pulak. So peserta semua dibawa ke Masjid Merah di Guangzhou supaya peserta lelaki boleh solat Jumaat disana.


Kaum wanita boleh lah menjamu selera...sambil bertukar2 pandangan dan pendapat.

Suasana di persekitaran Masjid.


Masing2 dah mula rindu anak, isteri, boipren dan suami. Meh lah kita cari prepaid card.


Sempat!!! pantang aku halakan camera laju jer pose


Selesai solat Jumaat perjalanan diteruskan ketempat borong mainan, kasut, barangan rumah, accesories wanita dan elektronik. Bagi peluang utk diorang shopping utk diri sendiri jugak...hambek berbeg2 mainan untuk anak2.


Kiri, kanan, depan dan belakang tempat borong. So pilih jer mana tempat korang nak masuk. Harga mmg jauh lebih murah dari Jalan Kenanga.


Sementara menunggu diorang shopping aku bantai makan benda sampai 10 ekor. Giler sedap...oyster bakar atas oyster tu dia letak halia. Perggghhh! meleleh air dari huding aku keluar.
Bayangkan dari 10 pagi keluar hotel sampai 6 petang kami tak berhenti berjalan. Terokai tempat2 borong di Guangzhou....so sekarang masa utk berehat dan berhappy2. Kita naik cruise jom!!!


Aku kalau pergi China mmg kena beli botol air utk anak2. Tiap2 minggu botol air hilang...kalau tak hilang pecah. Tak faham aku. Satu lagi aku kena borong sepet rambut dan getah hitam. Asal balik sekolah jer campak...macam bapak dia cop duit. Korang pakailah getah cina satu 5 sen. Mmg aku beli berdozen2.


Aku dah pergi Guangzhou ni dekat 8 kali ada kot...tapi baru first time nak naik cruise ni. Cuba korang bayangkan betapa busy nya aku....cewah! hak tuiiii


Holloh3....gambar ni kitaorang paksa dia buat tangan bentuk love...malu sangat!! kitaorang tak kesah kak....kerja2 jugak berkasih boleh dimana2....cewah!!


Group Foto


Rasa penat berjalan dan penat bekerja serta merta hilang. Perasaan terharu, perasaan bangga kat diri sendiri tentu ada. Alhamdullilah rezeki yang Allah bagi ada dimana2 kita kena rajin mencari dan berdoa agar dapat permudahkan.


Bangga ngan korang semua berani sahut cabaran...berani merantau sampai ke negara China. Bangga dengan bangsa Melayu yang rajin bekerja. Semangat korang tinggi untuk menambahkan pendapatan keluarga. Waktu kapal ni bergerak masing2 melayan perasan. Masing2 mula bercerita tentang masa hadapan....Syabas!!!

Dari pihak Tsugoi sentisa doakan yang terbaik untuk anda semua. Kami akan bantu selagi termampu. Beri lah peluang dekat diri anda untuk mencuba. Atasi ketakutan...beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang anda pasti boleh melakukannya.


Cantik sangat!! Kitaorang dibawa keliling bandar Guangzhou. Masa yang diambil selama 1 jam 30 minit.


Restaurant jugak disediakan...sambil menikmati suasana boleh lah melantak jugak. Tapi tak halal ya.


Makan angin jer lah


Menara!!


Lepas dah berehat...kitaorang sambung lagi perjalanan ke tempah borong jubah. Sorry tak dapat nak share gambar sebab battery camera dah habis....day 2 habis dengan jayanya. Dari 10 pagi sampai 10 malam. Patah kaki aku....

Ok esok up entry day 3 pulak ya!!


Clik Guangzhou Business Trip for more info and registration for month of June.

10 comments:

Irfa said...

bagus..dh ada watermark
harap takde yg curi gambar lagi

mcm best pulak ikut rombongan elly cik kiah ni :)

awliya said...

k.elly ada tempat borong english cotton x?

munirah said...

kahkahkah...melampau la laki chek sampai ke sana org kena kejutkan asik tertido je...best katanya sejuk hahaha...kompom spray perfume sakan tue hehe...

Elly said...

awliya: Banyak laling English cotton kat sana.

Ezanin mohd iqbal said...

Elly,
kat mane tempat jubah ek?
tpt kain yg u pegi tu, ade brg jahitan tu kat mane ek?
mane nak carik paper bag?
cuaca skrg ni ok ker?
saya nak g holiday, bawak baby..
Tq in advance...
byk lak soalan kan.. hehehhe

Rini said...

Tengok gambar oyster tu teringat kesedapannya. Nak lagi!

eMptiNess............ said...

Hi dear,

Your next business trip on June ke.. Insyaallah i akan p sana on 20hb june.. Manalah tau kita terserempak ke kan :)

Fatin said...

SIS,
Kat mana nak shopping cotton eh?

AFFZAN JB CAR RENTAL said...

Sis, contoh2 kain tu mmg boleh amik je ke? free eh?
apa shipping company yang sis biasa guna ye?

Mohdf Fazelis said...

sis nak tanya kalau nak beli tudung kt mna ye, boleh share x... terima kasih