Nuffnang Advertisement

Monday, April 22, 2013

Guangzhou Business Trip - April Month (Day 1)

Hari ni aku nak share dengan korang semua pasal entry Business Trip ke Guangzhou pada bulan April. Jadi korang boleh  lihat dengan lebih jelas lagi apa aktiviti kami disana. Kami kesana pada 11th April selama 5 hari 4 malam. Seramai 15 orang telah kami bawa untuk mempelajari selok belok tentang dunia perniagaan di Guangzhou, China.

Aku dan En Win dah stand by dekat aiport LCCT pada pukul 3.30 pagi utk menyerahkan passport dan visa...untuk pengetahuan korang group kali ini kebanyakanya luar dari KL. Ada yang datang dari Terengganu, Perlis, Penang, Johor dan Kedah. Ada pergi berpasangan Suami Isteri, Kawan2 dan ada juga yang single. Majoriti lelaki...wife baca blog aku lepas tu paksa suami diorang ikut tour ni...hahaha. Bagus korang...dan kebanyakan juga yang sudah berniaga dan ada juga baru ingin memulakan perniagaan. Alhamdullilah...masing2 tak sombong dan senang beramah mesra antara satu sama lain.




Pukul 3.30 pagi. Waktu ni tunggu dengan penuh excited sbb first time dapat tengok muka2 yang join group ni. Selama ni cuma berbalas email jer. Previous trip aku dengan En Win tak dapat join so tak dapatlah nak explain dengan korang bagaimana suasana waktu tu. Bulan Mac lepas jugak seramai 15 orang telah sertai Business Trip ni. Alhamdullilah....nampaknya semua berpuas hati.



En Win tengah beramah mesra dan berkenalan dengan kawan2 baru.



Alhamdullilah...pada pukul 10 pagi kami selamat sampai di Guangzhou, China. Waktu ni semua berkumpul untuk mendengar briefing dari En Joe (agent dari China).



Everyone nampak excited sangat waktu ni tak sabar untuk memulakan kerja masing2 mencari barang dan mencari pengalaman. Suka sangat bila dapat tengok orang melayu yang bersemangat macam ni. Suami support isteri, kawan2 support each other. Mak dan anak berbincang utk masa depan keluarga. I'm so happy dapat membantu diorang kat sini.




Pelajaran pertama pagi tu...bagaimana cara menaiki public transport untuk ke Hotel. Tempat menunggu, harga tiket, nama tempat semua akan kami ajar nanti. Untuk menjadi seorang peniaga korang kena pandai berjimat sbb semua kos pengakutan yang korang naik nanti kena masuk dalam harga modal so cara yang paling jimat adalah dengan menaiki public transport.



Pagi tu bus agak kosong... mmg kami je lah kuasai tempat ni!!


Kawasan Hotel. Korang tak perlu risau makanan disini.... makanan halal dan hotel sangat2 dekat dan beroperasi 24 jam. Jalan beberapa langkah saja dari hotel korang dah boleh kenyangkan perut.



Semua hotel dan bilik di China agak kurang selesa. Jangan lah korang letak harapan tinggi pasal penginapan di sini. Bagi aku kita kesini bukan utk bercuti tapi untuk bekerja dapat tempat macam ni pun dah kira ok lah kan....janji bersih.



Toilet


Shower

Kitaorang tiba di Hotel dalam pukul 12 tengahari. Rehat sekejap...mandi2 pukul 12.30pm semua diminta turun untuk makan tengahari. Jadual hari tu agak tergendala sedikit kerana hujan turun agak lebat.




Waktu makan tengahari...sessi berkenalan dan masing2 berkongsi pengalaman diantara satu sama lain. Kebanyakan yang join group kali ni masing2 dah ada pengalaman berniaga dan tujuan diorang kesini untuk mencari pengalaman dan mencari barang baru untuk mereka cuba. Selama ni diorang mengambil barang dari supplier kali ni diorang hendak cuba ambik terus dari pemborong. Satu pendekatan dan pemikiran yang sangguh bagus!!



Group wanita2 yang semangat mengalahkan lelaki. Bila aku tanya cari barang apa?? semua tak dapat jawab...hahaha. Takpe2 kita cari sama2 ya. Kita kongsi sama2 apa yang patut.



Kita makan dulu...perut dah berbunyi tahap gaban!!


Group lelaki


Group Wanita


 Selesai makan...sekali lagi briefing diberikan. Peserta diajar cara bagaimana hendak berurusan dengan pemborong2 di china. Cara2 bagaimana hendak order barang, beli barang, langkah seterusnya bila barang di order apa yang harus dilakukan, berapa deposit perlu dibayar dan bermacam2 lagi. Nak tahu lebih lanjut meh lah join next trip kami!!! sempat promote



Waktu ni sessi soal jawab dilakukan. Kami akan terangkan sehingga peserta betul2 faham. Berurusan dengan pemborong China bukan perkara mudah...mereka tidak pandai langsung berbahasa Inggeris. Jadi form yang diberikan kepada peserta disertakan dengan tulisan cina bagi memudahkan urusan pembelian. Nampak complicated kan...tetapi sebenarnya sonang jer.



Contoh form...siap ada alamat Warehouse utk dihantar bagi mereka yang ingin membeli dalam quantiti yang banyak.



Faham tak murid2???


Bangunan warna kuning tu lah hotel kami!!



Selepas briefing...lawatan pertama ke Masjid dan melawat makam Abi Waqqas (bapa saudara Nabi Muhamad S.A.W). Dari Hotel ke Masjid Abi Waqqas hanya mengambil masa 10 minit sahaja.



Sebelum kita memulakan perjalanan marilah kita sama2 berdoa agar perjalanan kami dilindungi dan dapat di permudahkan segala-galaNya...amin



Masjid Abi Waqqas. Peserta berkesempatan solat Asar disini.



Selesai bersolat...perjalanan di teruskan utk menerokai tempat2 borong yang berdekatan dengan hotel.  Pada hari pertama kami akan membawa peserta melawat kawasan2 borong seperti Aksesori Wanita, Pakaian, Kasut dan Jam. Kita bagi peluang utk peserta melihat kawasan sekeliling dulu dan  pada hari ketiga barulah peserta berpeluang mencari barang mereka sendiri.



Semua dipaksa berjalan kaki supaya dapat lihat tempat dengan lebih dekat lagi. Kalau naik transport macam mana nak belajarkan. So jangan malas...kaki kasi gerak sikit.



Diantara tempat2 borong disana. Bahagian dalam tempat borong...kami tidak dibenarkan bergambar.


Perjalanan masih diteruskan...hampir 2 jam kami berjalan untuk melihat kawasan sekeliling.



Sekali lagi penerangan dari En Joe tentang kawasan2 borong kat tempat ni!


Semua rambang mata dan tak boleh berfikir pada waktu ni. Baru korang tahu betapa besarnya dunia perniagaan kat sini. Kiri, kanan, depan, belakang semua tempat borong. Lepas tu bukan satu tingkat sampai tujuh tingkat. That way walaupun macam mana banyak kali pun aku pergi kat sini tapi masih belum habis terokai lagi kawasan borng disini.



Bermacam2 barang sampai korang tak boleh berfikir apa yang hendak di bawa pulang nanti. Macam rasa nak jual semua barang. Satu pesanan aku kalau korang nak datang sini...survey dulu barang perniagaan yang korang hendak beli...sbb once korang datang sini takut hilang focus je nanti. Berbincang bukan main lagi tapi bila sampai sini terbeli benda lain...itu mmg akan terjadi!!



 Waktu ni semua dah serek kaki...dari pukul 3 petang sampai 7 malam kami berjalan kaki. Semua mata dah kuyu keletihan. Ok2 jom balik hotel kita berehat dulu....esok sambung perjalanan lagi!!



Sebelum tidur kita makan dulu!!

Esok sambung day 2 punya entry pulak...sebelum tu just nak inform korang trip bulan 5 dah fully book. Trip bulan 6 tinggal beberapa seat sahaja lagi. Interested cepat2 register ya...more info please clik Business Trip Guangzhou

8 comments:

MurniWaty said...

salam elly,

Saya berminat la nk join trip ni.. I will let U know bila masa I can join next trip ya.

Anonymous said...

salam..kak elly,sy silent reader blog kak elly..
sorry ek,ni cerite lain sikit dr tajuk asal..sy baru lepas check news feed kat FB sy..tetibe hangin je sy bace 1 cerite yg di share oleh kawan kat FB psl gmbar ameera,anak kak elly di curi dulu tu..masih ade lg di FB yg menceritekan kononnye di dera tu..sy pulak yg panas hati bile bace..sy terus komen kat post tu psl kejadian sebenar yg gmbar tu sebenarnye di ambil tnpa izin n di reka cerite oleh org lain. geram betul saye..

farah liluniquecloset said...

interested la nak join. tp kumpul duit dulu. hu hu hu

http://www.uniquecloset.com.my/

farah liluniquecloset said...

Interested la nak join. tp nak kumpul duit dulu. hu hu hu

http://www.uniquecloset.com.my/

εïзmummyHazaεïз said...

nak join.. huhuhu tengah pujuk husband :)

Fazahra said...

bestnya!

awliya said...

kak elly kat sana ada jual english cotton or cotton vietnam x? mmg nak jual kain cotton secara borong ni.

KST said...

elly...tetiba i rsa glamer gambo ku di post merata2. lol....may/jun nanti pegi bila? nak join lah...boring lak rasa nak gi sensorang. btw readers...ikutlah elly ni ye...mmg best ikot trip ni!