Nuffnang Advertisement

Monday, April 1, 2013

En Win dan Lorry

Hello...saya giler ber"keek" sekarang... jadi blog terlupa sekejap sbb i rasa Keek lebih glamer blh cakap2 dan nyanyi2....hahahaha. Blog cuma tulis jer tanpa dapat mendengar suara I yang lemak merdu itu. Asyik ambik video muka sendiri jer lepas tu senyum sorang2....hahaha. Puas hati upload nampak macam sengal jer delete. Tapi lebih banyak delete dari upload sbb itu mmg syok sendiri namanya.

Ok marilah kita kembali ke dunia asal saya...dunia blogging! Untuk pengetahuan korang semua En Win dah tak berniaga lagi...kami dah jual ketiga-tiga kedai di Sungai Wang dan Bukit Bintang dari tahun lepas lagi. En Win nak cuba something yang baru. Sekarang kami cuma buat pakej ke Guangzhou jer...bawak dan tunjuk ke tempat2 perniagaan borong utk orang yang minat berniaga.

 En Win sekarang buka bisnes tranportation lorry. Hasil jualan kedai dan pakaian dapatlah En Win membeli 2 biji lorry 1 tan dan 3 tan. Inilah perniagaan kami sekarang. Hasil usaha kami bersama. Kena start dari bawah  balik. Staff pun tak ramai...2 driver lorry dan 4 kelindan. So far alhamdullilah cuma pening sikit dengan perangai pekerja...bukan senang rupanya nak handle pekerja ni macam2 kerenah. Stress aku tgk.... En Win pagi2 dah tension dengan staff tak bangun2 tidur lagi tapi barang nak kena hantar. Driver lorry pulak bila tanya minyak lorry cukup tak..."cukup boss" tapi bila tengah berjalan lorry mati tak ada minyak...bila tanya balik "tadi u cakap cukup"..."tak tahu boss"....eeeeee benda2 macam ni lah buat darah naik. Belum lagi 10 kali mintak advance... kerja tak jalan gaji nak dulu. Mmg kena banyak bersabar...kena pandai handle pekerja ni...ialah level pemikiran diorang kadang2 tak sama dengan kita.

Tiap2 malam aku kena jadi pendengar yang baik...En Win akan mengadu segala masalah yang dihadapai. Kadang2 dia sama turun padang bantu2 pekerja buat packing. Alhamdullilah berkat usaha En Win kami dapat menambah satu lagi lorry muatan 3 tan. Ahad lepas kitaorang pergi survey2 lorry 2nd hand. Kali ni En Win suruh aku campur tangan lebih sikit dalam urusan account dan admin dia dah tak dapat nak handle semua...so maknanya tugas aku pun semakin berat. Handle gaji pekerja, bayar overtime, EPF, jaga schedule lorry dan macam2 lah kerja admin lagi. Siang aku bekerja macam biasa...malam lepas settle anak2 baru boleh buat2 kerja admin utk bisnes En Win pulak. Takpe lah rezeki anak2...kena kerja lebih sikit tahun ni.



Tak mampu lagi nak beli lorry baru...2nd hand pun jadi lah. Janji barang customer boleh hantar.



Lorry ni actually kepunyaan bapak mertua Alang...so dapat lah discount sikit hasil bantuan Alang.



Check enjin...eh! pandai ker korang ni!


Discussion!!


Tengok sekali lagi!!


Lorry 3 tan


Kitaorang takde lah decide waktu tu jugak kena tengok jugak kewangan syarikat. Malam tadi aku ngan En Win seat and discuss about budget. Sebenarnya aku mmg tak boleh bekerja dengan laki sendiri...dari dulu lagi sbb aku ni jenis nak menang jer....En Win pun sama dia je betul. Itu sbb kalau berniaga berasingan. Dia jual baju lelaki aku jual baju perempuan. Sama2 lawan siapa lagi terror...hahaha

Tapi sekarang kena lebih bersikap terbuka...siapa lagi nak bantu suami kalau bukan isteri sendiri kan. Kalau En Win tgh menegak kan benang yang basah...hahaha...aku kena ketip lidah ni sikit supaya tak menjawab balik. Terbakar jer hati aku....hahaha. Kalau business trip ke Guangzhou En Win bagi aku handle semua dia cuma bantu aku sikit2...macam tu jugak dengan business lorry ni aku kena bagi dia peluang.

Ok lah sesiapa yang nak pindah rumah, nak pindah office, nak angkut barang korang gi mana2...boleh email En Win yazwinirfan@yahoo.com . Location tidak terhad. Penghantaran di seluruh negeri.

Oklah itu jer nak cerita hari ni!!


6 comments:

Irfa said...

smoga bisnes makin baju
suka tgk org berjaya
hehe

Miss Moon said...

wey elly aku pun skrg dah jd penonton keek nko ....suka aku tgkkkkkkkk


auwwwwww kak ellyyyyyyyyyy saya minat kak ellllllllyyyyyyyyy gitew terus tarik2 shawllllll sebab teruja punya pasaiiiiiiiiii

ahahahhaha keek bnanyak lagi kayyyyyyyyyyy ai likeeeeeeeee

Norazlinr Azmi said...

Semoga maju jaya yea kak

MISS DIVA said...

gud luck utk kak elly ku syg dgn en win..semoga berjaya

NenetPenne (NP) said...

good luck... :)

anna hashim said...

salam, kak elly..opis ana selalu nak guna lori untuk hantar barang area kemaman supply base, telok kalong. klu boleh, kak elly boleh email ana tak no contact utk call.

email anna : anna@shapadu.com.my