Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 17, 2013

Boleh ker aku buat!!!

This year macam2 plan kat kepala otak ni....giler berlagak nak buat semua benda. Tapi tak cuba tak tahu kan. Serabut kepala otak ni fikir macam2 benda. Kadang2 kesian kat En Win bila bercakap dengan aku kepala jer angguk tapi pikiran aku kelain. Bila dia tanya balik aku mengelabah nak jawab...hahahaha.

Cita2 aku tinggi tapi kemampuan tak tau lagi. This year projek yang aku mesti lakukan sehingga berjaya..


1. Business trip ke Guangzhou - Projek Tsugoi

Ini aku lakukan demi cinta aku dan Filla kepada dunia perniagaan dan lebih tepat lagi kami ingin membantu orang melayu kita supaya maju dalam perniagaan. Bila aku bawak trip hari tu adalah dua tiga orang tanya kat aku kenapa baik hati sangat nak bagi tahu info pasal borong ni. Jawapan aku dengan En Win senang jer...kita pernah merasa susah....susah bagaimana dan masuk ke negara orang. Apa salahnya kita share dengan orang2 agar diorang tak mengalami kesusahan yang kitaorang alami. Rezeki perniagaan yang Allah bagi ini sangat luas tak salah kalau kita kongsi bersama...kalau korang rajin berusaha rezeki ada dimana2. Aku ngan Filla pun mempunyai pendapat yang sama...tak payah kedekut2 bukan dapat apa pun. Aku ngan Filla akan pastikan projek ini berjaya selain dapat membantu orang melayu kita. Doa dan sokongan dari reader amat kami perlukan.


2. Jualan Baju - Projek Tsugoi

Aku dan Filla dah bersepakat akan mengeluarkan design baju sebulan sekali utk reader2 semua. Kitaorang tak akan beli baju yang dah ready made tapi kitaorang akan keluarkan design kami sendiri...cewah!! berangan tak agak2. Harap korang sokong projek yang akan keluar pada bulan 6 ni. Sekarang dalam proses menjahit. Komen dan sokongan reader diperlukan supaya kami dapat perbaiki perniagaan Tsugoi. Aku mmg kecik2 dulu berangan nak jadi designer....cari kain sendiri, design sendiri, lepas tu jahit. Hope cita2 tercapai....dan aku rasa dah tercapai pun tapi masih diperingkat awal.

Alhamdullilah buat masa ni aku mempunyai rakan perniagaan yang sangat bertanggungjawab dan senang berbincang. Kau tak suka design aku....boleh kutuk kaw2. Macam tu jugak dengan design yang Filla tunjuk kalau aku tak berkenan aku kutuk giler2...sampai lah kami berdua puas hati. Cuma bangang kami sama iaitu kira2....dah kira 80 kali pun tetap lembab. Takpe pelan2...hahaha


3. Projek Pengangkutan Lorry - Projek aku dengan En Win

Buat masa ni kitaorang dah ada 3 buah lorry tapi masih berusaha pelan2 buat marketing utk memperkenalkan perniagaan kami. Bekerja dengan suami sendiri bukan perkara yang mudah....bergaduh jangan cakaplah masing2 nak tunjuk kepandaian. InsyaAllah bulan 5 ni nanti ada staff yang berpengalaman akan masuk untuk membantu kitaorang.... and u know what!!! dia ada lah READER aku. Syukur.....nanti aku introduce kat korang ya. Projek ni agak pening kepala sikit sbb menggunakan modal yang agak besar dan aku dan En Win berharap projek ni akan berjaya. Sekali lagi sesiapa nak menggunakan khidmat lorry kami please email: yazwinirfan@yahoo.com .


Aku memang berharap sangat.... ketiga2 projek ni berjaya. Semoga dapat dipermudahkan segala2nya. Masa mmg tak pernah cukup...Isnin hingga Jumaat bekerja seperti biasa menjadi seorang secretary, malam bersama anak2, memasak, membasuh rutin seorang ibu dan isteri kena dilaksanakan kang En Win tampar aku. Lepas kul 10 kerja settled baru buat paperwork or quatation utk projek pengangkutan. Saturday projek Tsugoi pulak. Hari Ahad aku dan En Win akan pastikan masa bersama Keluarga.

Kenapa aku kena buat semua ni???....sebabnya ialah aku nak mendapatkan keselesaan dalam hidup. Aku nak maju kehadapan...aku nak beri keselesaan utk keluarga termasuk adik beradik, ibu bapa dan inlaw aku. Aku tak nak susah macam dulu...itu pengalaman yang sangat berharga utk aku. Utk mencapai semua ni aku dengan En Win kena berusaha keras dan bila kami tua nanti kami dah ada kehidupan yang sangat2 selesa. Doakan kami ya....

18 comments:

genuine1224 said...

tahniah utk akak! kagum kejap. bl nak bule jadi mcm akak eh?

cikji said...

chaiyokk chaiyokk kak elly. btw,camne ngan tarian tu,dh start bljr ke? haha

Anonymous said...

amin...
elly doakan sy juge ye... supaya dpt hidup selesa dengan 2 org anak sy....

Nour Fieza said...

Suka baca blog kak elly...Bersemangat setiap masa...Nak berjaya cam kak elly gak...kita nak DUIT bukan utk belagak tp nak kelesaan & nak tlg org yg memerlukan...:)

AinNawwar said...

in shaa Allah akak boleh :)

jemput join segmen :)

http://thedreamgoddess.blogspot.com/2013/04/segment-tagging-time.html

Irfa said...

seronok baca perancangan hidup ko elly..smoga berjaya ye ;)

'bukan senang nak senang' org tua kata

[i.l.y.a] said...

You can do it kak, inshaAllah dengan izin Allah. Semoga akak sukses selalu. :)

Nissa Nasar said...

kak elly..cardigan dlm post sblm ni sgt sweet.. buat la yg mcm tu =)

Qiesh said...

Salam...sgt2 setuju dengan kata elly tue...kite kene berusaha keras untuk mencari kesenangan masa depan....sama2 kite doakan....amin....

mami said...

Wish you the best of luck...Ur lucky as you've the same interest as your hubby...wish i could do the same...

Anonymous said...

seronok bc..,memberi inspirasi pada sy!!! tq akak

Anonymous said...

InsyaAllah..yg akhirat jgn lupa..solat jgn tggal..minta pertolongan dr Allah s.w.t. Selain tu makan duit yg halal.

mrsaya said...

akak dah ber3 dah ke ngan kak di?

Twins said...

saya doakan akak berjaya dengan semua perancangan akak..rasa seronok je baca.saya pun teringin nak ber bisnes :)

Anonymous said...

Salam....
Semangat ko, filla dgn diana memang membanggakan.semoga Allah permudahkan segala urusan. All The Best Elly.....

Miss Moon said...

suka sangat entry neh

aku pun sonok kenal kowang nih rajin n panjang akal ...ive learned alot from bot of u

keep up the good work elly

Miss Nangada said...

Amin kak elly..insyaAllah semua akan berjalan lancar.

Filla ~ Kasihs said...

lambat skit baru baca entry nie.. yes semua orang nak berjaya.. tapi untuk berjaya kene berusaha.. bukan usaha sikit-sikit.. tapi all out!! aku dulu pon cita2 nak jadi designer.. kakahkah.. sebab tu kita perasan design baju.. hahaha.. alhamdulilah sokongan yang readers bagi memberangsangkan.. harapan aku, semoga tsugoi akan terus maju dan bakal design banyak lagi baju yang meletops dan mendapat sambutan hangat di pasaran.. puiiii.. hahahah.. and jangan lupa tips ke Guangzhou juga semakin menghampiri kejayaan.. first trip dah berjaya.. more trips to come.. sila register sekarang u olls!!!