Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 3, 2013

Baru nak datang melawat!!

Kawan tak guna mmg macam ni...hahaha. Filla dah dekat habis pantang baru aku sempat datang melawat. Setiap kali Filla up gambar kat IG orang2 yang datang melawat aku pulak yang terkedu... rasa bersalah sangat sbb tak gi melawat adik manja i ni lagi. Tak dapat langsung nak curi masa gi melawat Filla...hujung minggu ada je hal. Dah set baik punya...tengok2 En Win ada pemindahan pulak.

Ahad lepas baru lah berkesempatan...bukan main bangga whatapp kata nak datang

Aku: Filla ahad ni aku datang kul 12

Filla: Ok...nanti blh keek sekali

Aku: Harussss

Nak glamer jer hidupkan

Aku: Filla aku tak tahu nak beli apa lah utk baby kau

Filla: Tak yah baju dah banyak...barang lain pun dah cukup

Aku: aku bagi duit je lah kau pandai2 beli sendiri

Hahaha...angin En Win dengar "Ma u nak bagi...bagi je lah yang pi tanya apa pasal"..."Biar arr dari salah beli kang". Nak marah jer En Win ni kan...buang drum baru tahu...ahaks!

Rindu giler ngan Filla sbb aku selalunya akan jumpa dia setiap 2 minggu sekali....whatapp jgn cakap lah tiap2 hari. So bila dia dalam pantang ni aku malas nak kacau...tapi hati memberontak nak gossip...muahaha.



Holloh3 sampai jer kat rumah si kenit mata bulat tu tak tidur lagi. Tunggu mama dia datang yer....aaaauuuwww. Rehat jap borak2 baru angkat baby Leecha. Olloh tomeinya. En Win dari jauh jeling2 jer  kat ku. Aku buat dek jer....hahaha. Nak hint lah tu nak anak lagi.



Filla pulak gatal mulut...tambah satu lagi lah Ly...best anak ramai. Eksyen kau ya mentang2 ada maid sekarang. Selalunya kalau En Win nampak baby tengah gelak2 nanti dia akan bisik kat aku suruh tambah anak satu lagi....tapi bila dia nampak baby tengah  menangis terus tukar fikiran "Ma tak yah lah...dua cukup lah kan...anak2 pun dah besar...dah senang dah kita nak gi mana2". Bila dia cakap macam tu terus aku angguk cepat2. Aku rasa buat masa ni 2 cukup kot....tak tak tahu lah kan kalau memalam asyik aktif jer tgk2 esok 4 anak aku....hahahaha.



Asal tangkap gambar jer....suruh aku tunjuk dulu. Kau dah kurus Filla lepas ni dah boleh jadi model Tsugoi...biarlah aku lipat baju pulak.



Ini budak sangat garang....siapa kau ikut nak ooiii. Dia kalau anak aku datang...walaupun Yaya tu dah besar...Amani tetap jadi ketua kumpulan. Relax jer dia kat bawah jerit nama anak2 aku suruh turun.

"Yaya...Ameera turun sekarang!!"

Bila anak2 aku dah turun Amani siap jeling lagi sebab lambat... dia dah tunggu lama kat bawah....haha



Hambek tidur macam kena tembak



Nak adik ya...tunggu ya Mama pun tak tahu bila. Main jer lah dengan anak Auntie Filla....nanti mama curik baby ni bawak balik ya.


5 comments:

yayang laling said...

elly u mesti tambah anak sbb anak u comei2:)

Cik Puan Rara said...

hehehehe boleh lg 1 kak.

Irfa said...

bila anak dar besar mmg gitu..teringin na ada baby tapi memikir nak membelek baby balik tu yg rasa malas.hihi

Filla ~ Kasihs said...

betul tu kak.. saya sokong akak tambah lagi 2... muahahaha

momnsofea said...

tambah jee ..ada baby buat kita rasa muda selalu tp bersilat ler klu x de pembantu...