Nuffnang Advertisement

Monday, March 11, 2013

Perangai

"Kita tak akan tahu perangai seseorang sampailah kita duduk serumah dengan dia"

Setuju 100%. Korang kawan lah brp lama pun tapi bila dah duduk serumah baru tahu perangai sebenar seseorang itu. Tak payah cite benda2 yang jauh contoh terdekat suami sendiri...muahahaha. Macam sessi mengumpat jer.

Walaupun aku bercinta bukan main lama dengan En Win tapi bila dah kawin baru tahu perangai sebenar...macam tu jugak dia tengok aku agaknya. Dalam diam mesti geleng2 kepala tgk aku. Jadi dua2 kenalah bersabar kata dah jadi laki bini kan. Terima lah kekurangan sesama sendiri.

Dalam percintaan semuanya indah tak ada yang buruk pun dekat pasangan masing2. Dia lah terhebat, dia lah terhensem, dia lah terpandai di dunia. Di dunia ok tak ada sedikit pun kekurangan kat pasangan masing2 bila time bercintalah....semua terbagus jer ya!! berani kutuk boipren aku waktu tu...mati aku kerjakan....hahaha. Nak pulak kalau ada kawan yg kutuk2 perangai boipren kau waktu tu mmg putus kawan lah jawabnya.

Kalau dulu bila jumpa pasangan masing2 bukan main semerbak wanginya...lepas kawin rupanya pemalas mandi ok...eh! macam kena batang hidung sendiri jer..hahaha. Kalau dulu bukan main sayang2... naik escalator bukan main peluk..nak tunjuk kat semua orang aku lah pasangan yang paling romantik  lepas kawin rupanya panas baran..hahaha yang ni bukan laki aku ya.

Perempuan pulak time bercinta lah bukan main tunjuk kepakaran memasak, berhias diri sentiasa, menjaga kebersihan tip top ok...cuba dah kawin tgk...hahaha. Baju kelawar 24 jam ok...lagi sedap pakai kalau yg dah tak bercolour dan koyak2 kat leher. Jgn nafikan korang tak hiprokrit waktu bercinta...hahaha sebab aku pun hiprokrit jugak...giler nak tunjuk benda tak elok...malu lah I. Tapi tak ada lah menipu yang besar2 yang kecik2 sudah lah kan.

Aku kalau tgk budak zaman sekarang berjalan bukan main mesra alam...sampai handbeg pun boipren tolong bawak kan. Nak tunjuk kat satu dunia aku pasangan paling bahagia...hahaha. Cuba kawin tengok.!!
"Ma i tgk baju I...U pergi tgk baju u sendiri nanti pukul 1.00 pm kita jumpa balik kat sini". Apa senyum2 betul kan benda ni terjadi...hahaha.

Semua orang akan lalui benda ni...indah di alam percintaan tapi di alam perkawinan semuanya jadi berlainan. Berlainan dari segi perangai dan sikap. Disini lah kesabaran penting bagi setiap pasangan. Cuba terima dan pelajari sikap pasangan masing2 ini lah sikap pasangan anda sebenarnya. Lepas kawin baru lah tahu rupanya suami panas baran, suami kedekut, isteri pemalas, isteri pengotor..jadi cuba terima pasangan dgn redha itulah pasangan yang kita pilih. Cuba berbincang dan cuba ubah sikap negatif masing2...sebab kita akan hidup sehingga akhir hayat dengan pasangan yang kita ini. Tak ada orang yang perfect kat dunia...kalau semua perfect tak enjoy pulak hidup. Hidup kena ada cabaran baru lah best...ya dak!


6 comments:

Mimy Hamid said...

100 percent betul elly..serumah baru kenal....cth macam laki aku dulu masa bercinta muka shave rajin je..dah kawen pemalas shave muka..asik la berjambang ..hishhh

munirah said...

setuju kak :)
tajuk menarik hari ini hahaha

Irfa said...

hoh setuju sesangat
maka bertabahlah hati ;)
sbb kita pun bukan sempurna sgt

sharifah rosidah said...

Nak bagi 'thumbs Up' kat entry ni....gila ko tak setuju...mesti lah setuju ye dak....kalau dulu cakap suara pun slow2 je sekarang nah ko buntang suara aku je...adat lah tu, kalau dah kawin pun asyik nak control2 ayu bila pulak kita nak kenal perangai masing2 kan....tapi yang penting cik abang kita tak kedekut dari sebelum kawin sampai lah sekarang...jadi perangai lain yang tak berapa nak best sila lah buat2 tak nampak.....lagi pun kita orang tahun ni bulan july dah 30 tahun berkahwin......Amin.

nurlita rustam said...

yup stuju gak..mula mula kawen memang ader x kener sana sini..tp lelama boleh lar trima..bab kedekut lepas kawen ader lar cause duit dh abish masa buat kenduri hehehehe..skarang dah masuk tahun ker 8 dah..brani lar dier nak kedekot..kang aku tak masak kemas umah kang..padan muka!!!..hehhe..:)))))...

mrs kayrul said...

setuju kak elly...sama la...