Nuffnang Advertisement

Monday, March 25, 2013

Grand Lexis ntah kali ke berapa..

Tajuk ada sedikit berlagak...padahal baru pergi 3 - 4 kali dah tak boleh kira...hahahaha. Suka jer bagi korang angin.

2 bulan kebelakangan ni aku dengan En Win mmg terlalu busy. Weekday sibuk dengan kerja dan anak2. Weekend pulak macam2 benda kena buat. Dari pagi sambil ke malam kerja tak pernah habis. Ada jer hal..itu pun kadang2 curi masa utk lepak ngan anak2. Macam ni lah nasib kalau laki kerja sendiri...kena bertungkus lumus sikit...kalau tak kerja kuat macam mana pulak nak bayar sewa office dan gaji pekerja. So aku kena sekali turun padang bantu En Win. Buat masa sekarang tak mampu lagi nak ambik banyak2 staff admin.

Sampailah last week aku jatuh sakit....badan dah  tak kuat lagi. So aku cakap ngan En Win aku nak berehat cuti sekolah ni...bawak anak2 jalan. Sekejap pun jadik lah. Aku nak membuta...aku nak bangun lewat. Ini tiap2 hari bangun pukul 6 pagi...rasa dah tak larat badan ni. Aku nak makan banyak2 lepas tu membuta sepanjang hari.


Kenapa aku pilih tempat yang sama?

* Sbb pilihan anak2
* sbb kat rumah tak ada swimming pool...bila ambik bilik yang ada swimming pool terasa macam orang kaya sekejap
* I sangat pemalu nak mandi depan orang ramai
* Anak2 boleh berendam 80 jam..aku pulak blh membuta
* PD tempat yang paling dekat



Kitaorang bertolak Jumaat malam lepas habis kerja...kalau check in hari Sabtu rasa macam rushing pulak lepas tu pukul 2 baru blh masuk bilik...bila pulak aku nak membuta. Takpe bayar lebih sikit so hari Sabtu blh berehat dengan aman seharian.



Yaya demam pulak...mungkin berjangkit dengan aku kot. Entah lately ni ada manja terlebih sikit dengan aku. Memalam datang tahu2 tidur sebelah aku jer berpeluk2.

Kali ni aku tak ada nak tunjuk2 gambar bilik or aktiviti...sbb mmg tak ada aktiviti pun. Aku ngan En Win seharian tidur...anak2 pun ikut sekali tidur. Mandi pun sekejap2...lepas tu sambung balik tidur. Waktu aku pack baju pun semua stok seluar pendek jer tak ada beriya2 pun pakai dress or seluar jeans.

So kali ni aku kasi korang tgk gambar makanan jer lah ya...



Kangkung belacan


Asam Sotong



Butter Prawn



Hari Sabtu kitaorang bantai tidur sampai kul 11 pagi. Sedap giler rasa macam tak nak bangun jer. First time kitaorang tak join buffet breakfast kat hotel. Kalau tak pukul 8 pagi aku En Win dah terpacak kat restaurant hotel.

Itupun bangun sbb perut dah berkeroncong...paksa gak diri bangun utk cari makanan. Nasib baik ada lagi nasik lemak kat gerai depan hotel tu. Heaven...minuman pulak ngan kopi o...perggghhh bahagianya hidup



Dah kenyang baru kitaorang bermandi-manda. Itu pun tak lama sebab Yaya tak berapa sihat.



Cute jer aku tgk En Win Hair Dryer rambut anak perempuan dia. Risau sangat anak nanti kena selsema.
"Pa lepas ni I pulak ya....I nak buat curl2 bahagian hujung"

Hahaha...ambik kau kena jelingan maut.



Berehat lah nak!!



Mmg aku jadi "Mem" besar hari tu. En Win yang uruskan anak2...suap kan makan, bagi ubat...aku membongkang tengok tv. Kejam tak? mana kejam sekali sekali kan...apa salah nyaaaaaaaa



Kitaorang tidur sampai terlajak mkn tengahari...petang baru sibuk keluar cari makanan.

Mee Bandung satu!!!

Lepas tu balik hotel berendam lagi ngan anak2.



Malam keluar balik cari makanan. Itu jer lah kerja kitaorang. Makan, mandi, tidur.



Lee Chee Kang


Sate for Kiddos!!


Adik


Mee Hailam


Sup Sayur


Balik sambung lagi makan KFC...beli 12 ketul makan dalam bilik. Licin!!



Esok sambung lepak Kopi Bin...sampai rumah sambung tidur lagi. Puas hati aku dapat membuta berkali2.

Huaaaaaa....hari ni rutin seperti biasa balik!!


7 comments:

mama leen said...

bestnya.. nak sgt bercuti kat sini.. nak bilik yang sama dgn Elly.. hehe.. boleh ke nak tanya ni.. berapa ratus???? nak kumpul duit.. hehe

Anonymous said...

bestnya grand lexis..leh share rate hotel ni..tq

Elly said...

Mama & Anony : RM600++ per room per night

ibuhebat said...

Biasa elly gi holiday kat PD, tempat makan mana yang sedap n recommended? tq...

sharifah rosidah said...

Elly best kan grand lexis ni.

Amboi orang sakit....makan tetap gak berselera ya...hahaha.

Anonymous said...

kak elly...kite nak kaki kurus cam kaki kak elly..ade tips x??

Anonymous said...

kak elly, x try amik bilik lain2 ke? i think the biggest bilik grand garden kot..tp i mmg suka hols kt sini..dtg mmg utk duk bilik je, since dh byr mahal kan? hehe..tp secret recipe dia horror la..