Nuffnang Advertisement

Monday, February 25, 2013

Wedding....Melaka (Day 1)

Thank ya....kepada sesiapa yang wished birthday i Sabtu lepas. Itu pun setelah aku paksa korang...hahaha. nampaklah banyak sikit comment kat FB. Nampaklah lah macam banyak peminat...muahahaha. Aci ke macam tu...boleh jer kan!!

Aku dah cakap Aaron Aziz dengan aku mmg tak dapat dipisahkan...see birthday pun sama (23rd Feb)...jodoh kalau dah bersatu padu tak akan kemana...cewah!! Kau ado!!

Minggu lepas ada wedding kat Melaka...sepupu En Win. Pendapat aku lah kan macam mana gah nya perkawinan kat KL...macam mana meletup dan mahal nya kawin kat KL tapi aku rasa dekat kampung jugak happening. Kemeriahan tu tak dapat cari kat sini. Gotong royong masak memasak, buat pelamin sama2, hantaran tak payah tempah Pak Abu, bilik tidur di hias bersama....pendek kata semua buat sendiri sama2 mencurahkan idea. Belum lagi ada tarian, silat, joget lambak...mmg tabik spring seronok habis korang.



Hari pernikahan. Mak ngan Abah. Korang jgn konpius ya sbb aku terlalu rapat dengan family ni aku dah anggap diorang seperti parents aku. Pelamin ni bukan tempah ya...mak buat sendiri. Kelassss kan!! kalau kat KL tak ada makna ya...semua call and sewa jer. Jimat masa dan tenaga katanya.



Theme hari pernikahan Orange Colour. Ceria gitu....kalau kat bandar semua warna tanah...warna sweet tapi kat sikit nando ya...colour kena ceria. Kalau dulu baru kawin dengan En Win aku mmg gak sensitive bila datang sikit. Bahasa diorang agak kasar...aku buat kerja sikit dah kena sound "apa ke lembab bini kau ni ha...tak tahu buat kerjo ker" tanjat aku...hahahaha. Rupanya bahasa orang Melaka mmg macam tu agak kasar sedikit. Lama2 aku yang over ok!! kasar tak bertempat...muahahahaa.



Me n Mak.


Lelaki tak ada theme colour hari tu. Warna bebas!!



aaauuuwww..suka over2 kalau ada wedding!!



Kelasss kau Rosnah. Sweet kan pengantin ni. Mak Andam mak sendiri ok. Dari pelamin, hiasan bilik, hantaran dan make up semua dari air tangan mak. Anak perempuan tunggal lah kata kan...kesayangan keluarga. I also lap u lah!!



Waktu ni agak sedih...pertanyaan Ayah kepada anakanda tercinta "Rosnah sudikah kau berkawin dengan Harun" (dalam nada yang terlalu sebak). "Kalau kau sudi Ayah akan lepaskan kau nak". Aku dengan mak pengantin dah bertakung air kat mata tinggal kelip jer confirmed gugur. Bukan senang kan korang nak lepaskan tanggungjawab kita sebagai ibubapa kepada orang lain...kita besarkan dia...kita masak dengan perangai anak kita....mampu ker suami anak kita nanti menjaga bagaimana kita menjaga anak kita. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik kerana perkawinan ini direstu keluarga.



Ayah nikah kan sendiri. Dua kali lafaz....alhamdullilah mereka sah menjadi suami isteri.



Ini lah nyawa saya.



My family

"Rosnah dan Harun...Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal hinggal akhir hayat. Kitaorang doakan semoga diberikan kebahagian yang berpanjangan". Amin



So sweet....



Batal air sembahyang...seutas rantai sebagai hadiah.



Mas Kawin!


Selamat Pengantin Baru


Family Pengantin Perempuan.



Us!!

Selesai Majlis Akad Nikah...malam tu pulak ada Majlis Berinai Besar



Pakaian Jawa


Pihak lelaki. Eh! macam mana anak aku blh jadi sebelah lelaki pulak ni..haha. Lupa nak cite korang yang membuatkan perkawinan ni  bertambah meriah sebab diorang ni sepupu itu yang bertambah kecoh. Siapa nak jadi wakil sebelah lelaki ni...siapa nak jadi wakil sebelah perempuan...hahaha. Itu yang anak aku suka2 jer nak berarak ikut pengantin.



Orang Melaka kalau tak ada bunga api untuk sambut pengantin tak sah.



Malam tu tak jemput ramai...cuma sedara terdekat jer. Tapi tetap meriah tetap kecoh.



Merenjis


Settled merenjis...settled makan. Apa lagi karaoke lah. Sporting giler abang pengantin menyanyi...bapak pengantin menari. Badan aku pun dah goyang2 ni cuba tak berani jer kedepan. Cuba kalau ada orang tarik mmg over lah aku kat tengah2 tu.

ok! esok bersanding lagi meriah nanti sambung lagi yek..





12 comments:

Miss Moon said...

pengantin pompuan sangat cantek
pengantin lelaki pun sangat handsome

elly suka la aku tgk baju nko

Anonymous said...

kak elly, yup, wedding dekat kmpg mmg best... ehh nk tnya sikit, xphm la family en.Win... kenapa mak mertua kak elly lain ek dri gmbr2 yg selalu kat elly upload..

Anonymous said...

kak elly, yup, wedding dekat kmpg mmg best... ehh nk tnya sikit, xphm la family en.Win... kenapa mak mertua kak elly lain ek dri gmbr2 yg selalu kat elly upload..

Anonymous said...

kak elly, knp mak mertua kak elly lain ek dri gmbr yg sebelum ni kak elly pos??

Elly said...

Anony: Itu bukan inlaw I. Auntie n uncle En Win

FaRah Baharom said...

cntiknya baju ur gals. readymade? baju u pun cantik juge..:)

Anonymous said...

wah kat melaka mana ni// joget lambak ada tak?

rene

mrs kayrul said...

saya dulu pun ada kenal senior org melaka..first time dengar cara dia bercakap memang makan dalam jer la....bila lama2 baru tau org melaka memang cara macam tue...

Anonymous said...

hahaha sy pn kawin dgn 2 pupu sy jg.. sdare mare yg len sume pning nk ekt b'arak kt pngntin laki k pmpuan.. tp sronok j...

Anonymous said...

elly u pregnant eh?

Anonymous said...

akak, sblm ni tak pernah pun nak komen, tp kali ni sbb suka sangatttttt dng baju akak yang kaler oren masa kad nikah tu..bleh tak akak preview sket, fesyen dia ngan kain dia....suka sgt sbb cantikkkkk

sharifah rosidah said...

Elly

Melaka kat mana? Sedara mara suami aunty ramai di tangga batu.