Nuffnang Advertisement

Thursday, February 28, 2013

Moody...

Hari ni mood ada sedikit kelaut...masuk opis terus merempan sorang2 dalam bilik. Tutup pintu bilik menung depan computer lepas tu mata layu2 macam nak tidur.  Ntah apa yang aku moody pun tak tahu. Mungkin terlalu penat kot...kerja tak pernah habis. Bila bebel2 manja ngan En Win nanti dia bebel kat aku balik..."yang u kerja teruk2 tu siapa suruh". "I kerja untuk keluarga kita darling (sambil air mata berkumpul di kelopak (itu tifu)"...hahaha.

Tengah moody2 ni tetiba teringat zaman kanak2 dulu....bahagia jer aku rahsia dunia ni. Tak payah fikir tentang masalah, pasal duit, pasal nak bayar hutang dan macam2 lah. Tahu2 bangun pagi mak dah sediakan sarapan (zaman belum bersekolah lagi lah), lepas tu main, makan tengahari, main lagi, tidur, minum petang sambil tengok Oshin, main kat padang, makan malam, tgk drama opah lepas tu baru tidur. See...tak ada masalah pun nak fikir...cuma susah hati je kalau hujan lebat sbb tak boleh main kat luar.

Bila masuk alam persekolahan dah mula masalah kecil datang...itupun sbb exam jer takut gagal...lepas tu takut report card kena baling keluar rumah yang lain still boleh seronok2 lagi. Bila masuk sekolah menengah pulak dah start masuk alam percintaan...gaduh2, majuk2, masalah duit mula datang sbb nak keluar ngan kawan2. Start gaduh2 kawan tak puas hati, boipren kena curi, risau boipren tak call...hahaha itu dah consider masalah berat sampai nak hantuk kepala kat dinding.

Alam pekerjaan...beban masalah semakin besar sbb dah pandai guna credit card, ambik loan kereta, dah pandai bergaya beli alat make up, beli baju cantik2, makan tempat mahal...punca masalah apa lagi duit lah kan!! Emmm...selalu terover budget, gaji RM1000 perbelanjaan RM1500.00 camno tu..

Masuk pulak alam perkawinan....sebelum kawin orang tua selalu berpesan "kau dah pikir masak2 nak kawin ni...berat tanggungjawab kau nanti". Tengah hangat bercinta mana ada fikir masalah mendatang..semua benda nampak cantik...semua benda bau wangi. Setahun...dua tahun masuk 3 tahun masalah mula datang...kita nak kehidupan yang lebih selesa...pinjaman bank semakin banyak, rumah, kereta, personal loan, bil api, bil air semua kena bayar...kerja kena lebih kuat. Anak dah 2...lagi berat tanggung jawab nak bayar sekolah, tuisyen, duit belanja...itu belum masuk cuti2 malaysia.

Kadang2 buat aku terfikir mana datang kekuatan aku laki bini cari duit untuk semua tu ...giler pandai kitaorang pusing2 duit utk cukupkan tiap2 bulan...hahaha. Bila badan jadi letih mulalah fikir yang bukan2 ...tambahan kerja semakin banyak ini lah jadinya moody tak tentu pasal. Aku terlalu busy sampai anak aku yang filla jaga pun...eh!...hahahaha. Anak Filla yang baru lahir pun tak sempat lawat. Sorry laling Filla.

Hari ni muka masam tanpa sebab secara tiba2...rasa macam tak nak borak ngan sesiapa ...rehat kan kepala....minum kopi panas mengadap computer lepas tu luahkan perasaan kat korang....sila lah dengar ya bebelan aku.

Bila aku masam orang keliling jadi pelik...sbb aku suka gelak...aku suka bercakap. So bila aku senyap En Win jadi risau...call 80 kali tanya kenapa aku senyap, kenapa aku tak gelak (boleh ker tanya soalan macam tu), kawan2 terkedu tak berani tanya aku. Kalau aku tutup pintu bilik diaorang jeling2 jer aku dari luar. Tapi selalunya moody aku tak lama...korang letak asam pedas depan mata aku...settle lah moody aku nanti. Ok nak gi cari asam pedas...

Terima kasih sbb layan tulisan merapu aku hari ni....

7 comments:

Miss Moon said...

oloooo loooo napa nih Elly meh sini aku pelok ...sambil tepok2 blakang nko ...........

hahhahah weyyyyyyyyyy aku pun ting tong beberapa hari lepas ntah napa ...

aku harap nko cepat2 neutral n kembali menjadi Elly yg ceria lagi glam the vasssssssssssssss

zara zalani said...

hihihi....moody punya psl, typing error pun byk.bawak bertenang kak elly!biaso lah tuh, mmg kita akan lalui mood mcm tu sekali sekala. kadang tu mai mood xnak ckp ng org pun ada, rasa berat jerr mulut.
segalanyacantik.blogspot.com

Mila@Rimbun said...

suka dengar dengar motivasi Prof Muhaya bila time moody... mcm fine tune negative jadi positive gitu..

sharifah rosidah said...

Elly

Orang macam kita ni sekali sekala moody memang pelik....maklumlah hari2 orang tengok kita gelak tergolek....ada masalah pun kita boleh ketawa terbahak bahak kan...sama je dengan aunty kalau sesekali ku naik hantu memang husband aunty pun jadi serba tak kena.

Tunggu bila anak Elly berumur 20 tahun keatas...lagi pening...nak di biar kan salah nak di tegur pun salah..lama lama makan hati sendiri....tungguuuu lah kalau tak percaya cakap aunty.

IdaShazana said...

Biasa la tu. Kadang2 mood hilang tak tentu pasal

Anonymous said...

Kak elly,

sy dulu klau moody pembawakan. Pregnant. Kot2 pregnant kot. Tuh nak asam pedas. Ada maknaaaa.

hihuhuhu

azdra-azdra said...

biasalah tuh.. aku rasa mood ke laut tuh mmg selalu terjadi kat semua orang especially kat kaum perempuan nih. org pompuan punya otak selalu berpk jer kejer dia.. bila dah selalu berpk, mulalah down tak pasal2 sbb risau..

take a break k. ambik masa utk diri sendiri.. macam aku pun macam tuh, ngan workloads yang merapu kepunden, then semalam la to be precise aku gi kl.. spend time for myself.. takder sesaper bawa diri berkubang di kl bersama2 kawan.. balik umah terus ceria balik..

take care beb.. jgn lupa turunkan signature kat dada ai tau.. hihihihihi