Nuffnang Advertisement

Tuesday, February 26, 2013

Guangzhou Trip utk bulan APRIL!!

Ada beberapa jer lagi kekosongan seat utk Guangzhou trip bulan April. Bagi sesiapa yang cari barang utk berniaga di Hari Raya bulan ni adalah masa sesuai utk membeli secara borong di Guangzhou. Untuk pengetahuan korang aku ngan Filla dah cari barang dari bulan satu lagi sbb senang kerja nanti. Barang dah sampai boleh siap2 buat label, fikirkan marketing dan price. Barang dah order kalau tak ada stock boleh tunggu sbb banyak masa lagi... tak payah risau kalau kastam lambat buat clearance janji bila nak jual benda dah ada depan mata.

Dalam perniagaan ni kita kena sentiasa berfikir kedepan...jgnlah lagi sebulan nak berniaga korang baru sibuk2 nak beli. Pengantaran barang dari Guangzhou ke Malaysia mengambil masa 2 minggu. Kalau ada masalah dengan kastam kena tunggu lagi seminggu. Kat situ jer masa dah terbuang...dlm sebulan baru barang berada ditangan. So sesiapa yang nak berniaga selalu kena fikir 2 atau 3 bulan kehadapan.

Selalu ramai yang takut dan tak berani utk mengeluarkan modal atau takut kegagalan kerana ini semua melibatkan wang ringgit. Aku faham bukan senang nak cari duit zaman sekarang. Tapi dalam perniagaan korang kena berani...setiap perniagaan mesti ada risiko yang korang kena hadapi. Mana ada perniagaan terus untung ribu2...slowly dapat pulangan modal dan keuntungan sedikit itupun dah kira bagus...dari situ korang dapat tahu cara bagaimana berniaga dengan betul. Pengalaman sangatlah penting utk seseorang itu maju. Dah maju sikit korang boleh start buat pinjaman dekat Tekun banyak kan lagi barang perniagaan.

Berniaga ni korang kena rajin, markerting kena bagus....insyaAllah kalau rajin adalah rezeki yang korang dapat nanti. Aku mmg dari dulu suka tengok anak2 muda berniaga. Aku suka orang yang kuat semangat. Kalau tak berani terduduk kalau tak berani bersedih  kalau tak suka mengeluh jangan berniaga ya. Berniaga ni mmg memeningkan kepala tetapi sekali korang berjaya insyaAllah rezeki akan bertambah dan semakin bertambah. Percayalah permulaan jer korang menghadapi kesusahan...bila dah mahir nanti korang akan jadi teruja...kalau boleh semua benda korang nak jual nanti...hahaha. Jom kita tambah rezeki keluarga!!!

JADI SESIPA YANG BERMINAT SILA CLIK LINK GUANGZHOU UTK MENGETAHUI INFO LEBIH LANJUT. TARIKH TUTUP UTK PENDAFTARAN TRIP BULAN APRIL ADALAH JUMAAT INI 1 MARCH 2013.
 
 
Sebarang pertanyaan boleh emai kepada saya ellychina77@gmail.com .
 
CEPAT2 SEBELUM TERLAMBAT!!

1 comment:

Anonymous said...

Kalo nk gi sna ade group or kite yg kna handle?