Nuffnang Advertisement

Monday, February 4, 2013

Extra Class

Yaya n Ameera dari dulu aku masuk kan class ballet. Waktu tu Ameera 4 tahun Yaya 6 tahun so maknanya dah 4 tahun diorang join ballet class ni. Yaya dah gred 3 adik gred 2. Dah boleh kangkang yg lurus tu...hahaha. Badan dah melentik bontot dah tongek. Ingatkan tahun ni nak continue lagi sbb ballet ni sampai gred 8 so kalau lepas gred 8 ni kira terror giler lah. Tiap2 tahun akan ada exam nanti cikgu dari UK datang so kalau lulus baru boleh naik gred.

Tiba2 tahun ni Yaya n Adik decide tak nak join class ni lagi....bosan katanya. Cewah2 sedap mulut korang yer cakap tak nak.... habis yang 4 tahun belajar tu nak buat apa?? aku paksa diorang bangun pagi kena gak gi class ballet berjujuran air mata 2 beradik ni dalam perjalanan. Hati aku kan kering buat tak tahu jer. Holloh3 En Win dah start tunjuk  hero....tunjuk kat anak2 dia bapak yang perihatin. Fuh! sengaja menampak kan aku emak yang kejam.

En Win: Yaya dah bosan ya...Yaya dah tak nak masuk lagi class ballet ya

Yaya: Asyik nari benda yang sama...yang dah tak minat

En Win: Yaya nak masuk class apa... cakap Papa?

Yaya: Nak masuk vocal class

Adik: Adik nak masuk kelas ukele

Pergghhh....tak agak2 permintaan. Menyirap jer aku. 4 tahun ok bangun pepagi hantar diorang...senang2 ckp tak suka.

En Win: Budak tak minat boleh tak u jgn paksa

Aku: Tak payah dengar sangat cakap budak2, I penat 4 tahun hantar diorang...ni masuk class vokal pun sekejap jer

En Win: Takpe2 kita bagi diorang peluang (sambil cium dahi aku...hahah itu tifu)



So Sabtu lepas gi Yamaha Music register kan Yaya Vocal Class n Adik Ukelele Class (Ukelele - Giter kecil). Tanjat jugak aku Yaya nak ambik vocal class. Aku kan suka benda2 glamer ni terus rasa esok anak aku mesti fofular macam Siti Nurhaliza.

Tapi bila sampai jer depan pintu Yamaha tu boleh pulak dia 2 beradik tukar fikiran nak masuk piano class. Mmg nak kena budak2 ni...aku baru jer berangan nak jadi mak artis popular senang2 jer musnahkan angan2 mak kau ni ha!!!

Ini yang aku lagi tak percaya ngan budak2 ni cepat sangat ubah fikiran kang tak seronok suka hati jer nak berhenti. Apa lagi aku racun lah En Win

Aku: U tengok sekejap jer diorang dah tukar fikiran, esok tak minat nak berhenti jugak

En Win: Tak apa biar I handle...berani buatlah.

Cewah!! tahu takut....ok2 u handle ya.



Class Seminggu sekali selama 45 minit. RM150.00 per person. Ok! sila register sila bayar. I tukang hantar jer. Berani tak pergi nak tgk mak tiri jadi hantu buatlah....



Sukalah tu...


Seperti biasa En Win mmg over...lepas jer register gi tgk peralatan music nak cari second hand piano. Aku tentang habis2an selagi tak belajar setahun jgn harap boleh beli. "Tgk Yaya mama x bagi beli...bukan papa x nak beli...mama tak kasi"

Ada aku kesah!! Dia kalau buruk kan aku depan anak2 mmg pandai.



 Korang tak belajar siap!!!



Ketua Kumpulan.


Lepas settled semua ronda2 chow kit cari mainan utk budak2 sbb kat situ banyak pilihan dan giler murah. Barang sama jer dengan Toy R Us...tapi harga jauh lebih murah. Korang bayangkan kan Skate Board ni baru RM15.00 jer cuba beli kat Toy R Us... mesti RM50.00 keatas.



Tak sampai RM20.00 dapat dua set make up...suka2 murah giler. Tak caya gi lah Chow Kit "pemborong mainan kanak2"


Remote Control baru RM90.00. Macam2 mainan ada tak nak keluar rasa dari tempat tu. Pergilah korang boleh lah berjimat sikit.


Beli 2 set nak lawan2 katanya. Aku tak dapat apa2...redha jer lah!!


11 comments:

mrs kayrul said...

alahai ruginya dah separuh jalan belajar..klu paksa tak guna gak kak klu dah tak minat kang belajar ala kadar jer

Anonymous said...

Kak Elly ,ni yg dekat dengan pwtc tuh ke?

Halimaton Hanafee said...

CANTIK YAYA..HEHE..ADIK PUN COMEL

neini said...

salam, bole tau tak mane kedai borong ni?

Elly said...

Annoy: Apa yang depan PWTC kelas music ker tempat mainan

Neini: Sebelum nak masuk jalan ker Yoahan The Mall tu cuba u tgk kiri kanan penuh kedai mainan

Anonymous said...

Hi Elly,

En Win is correct...kalau anak tak suka jangan paksa. nanti mrk tak sepenuh hati or enjoy class.

sally

Anonymous said...

Elly, kelas piono tu ...rm 150 per person utk one month ke tiap kali dtg rm 150?

Anonymous said...

akk piano kalau belajar betul2 boleh buat duit....boleh buat persembahan dekat mana2...haa nanti lagi glamour dari ct hihi......
husbnd pun hantar ank2 ke kelas piano katanya nanti otak kiri n kanana akan berfungsi dengan baik hihih......

Anonymous said...

huhuhu kak elly, saya tanya pasal tempat mainan... owhhhh betul la tu yg dekat the mall tuh yer... ada perasan kedai mainan tapi tak pernah singgah.. nak pergi la nanti

alia said...

untungnya berbapak kan En.Win ni...

Anonymous said...

Kat mana kedai music 2?