Nuffnang Advertisement

Friday, January 18, 2013

Sessi Persekolahan

Matilah....apa yang lembab sangat baru nak cerita pasal sessi persekolahan . Dah dekat sebulan sekolah bermula aku baru nak terhegeh2 strory mory. Mak busy nyah!!!!

Tahun ni dua2 anak aku sekolah petang. Lega sikit tak ada lah kelam kabut macam tahun lepas seorang pagi seorang petang. Seawal 6 pagi aku dah bagun bersiap2 nak ke office. Giler pagi kan ini semua nak mengelak kan jem kat Ukay Perdana tu...macam haram jer jem kat situ...lambat jer sikit keluar rumah 6.31 pagi korang hadap lah jem ngan roti kat jalan tu.

Aku mmg dah siap kan awal2 letak beg, baju , kasut semua dalam kereta. Bangun jer siap2, kejutkan budak2 terus zass hantar diorang rumah in law aku. Tak sempat make up pun sbb nak kejar masa. Selalunya aku akan bersiap make up, gulung2 rambut kat office jer...hahaha. Kalau banyak masa lagi aku boleh bantai tidur sampai air liur meleleh2.

Sampai jer rumah In law aku....budak2 tu akan sambung tidur balik sampai kul 9.30am. Lepas tu baru siap2 mandi, makan, tgk tv semua. Dalam pukul 12.15 pm baru teksi ambik. Ngadakan naik teksi sbb atoknya tak bagi cucu naik bas sekolah kesian tgk cucu berebut nanti tak ada tempat duduk...boleh ker macam tu. Ialah kan cucu dua orang....cuba macam mak aku cucu 14 orang mmg tak ada lah naik teksi bagai. Anak aku tak masuk kelas KAFA...En Win panggil ustaz datang rumah mengajar. Ajar mengaji, sembahyang, Bahasa Arab semuanya lah.

Tahun ni anak aku dah stop kelas ballet...diorang nak join Art Class pulak. Layan kan jer lah tgh minat diorang membuak2 kita kasi diorang peluang utk mencuba. Hari Sabtu dan Ahad diorang ada kelas tuisyen belah petang pulak...ini pun aku arrange cikgu datang rumah. Anak aku kalau belajar ramai  tak focus biar cikgu ajar one by one bagi takut sikit....kalau belajar ngan aku main2 depan cikgu tuisyen laju jer boleh hafal kali sampai sifir 12....rasakan korang.

So bila orang tanya aku kenapa tak nak tambah anak lagi.....jawapan aku tak boleh handle ramai2. Dua ni pun expenses utk diorang Ya Rabbi.....berhempas pulas aku laki bini nak cari duit utk pelajaran diorang sbb ini jer lah harta yang aku boleh bekalkan diorang nanti. Belajar setinggi mana korang nak...InsyaAllah aku ngan En Win akan usahakan. Yes anak itu rezeki....tapi korang kena usahakan keras utk capai rezeki tu. Betul tak?? duit tak datang bergolek...kena gak cari.



Yaya dah darjah 4 tahun ni. Dah besar sangat aku tengok anak aku sekarang. Dah tak banyak bercakap macam dulu2. Lagak dah macam remaja sekarang ni. Masa banyak dihabiskan duduk dalam bilik. Mama tak suka tau...lagak remaja mcm ni.



Adik tahun ni darjah 2. Masih kecik lagi tapi berlagak dewasa sebab terikut2 perangai Yaya. Diorang berdua ni sangat rapat...ada jer benda yang diorang borak kan. Punyai minat yang sama...so tak susah aku kalau nak masuk kan kelas mana2. Dari bawah aku boleh dengar diorang berdua gelak terkekek2. Rupanya tgh praktis menari...fuh giler hebat korang ya! Lantak nak janji korang happy



Bila nak besar macam terasa pulak diorang semakin jauh dengan kami sbb masing2 busy dengan tugas masing2. Jadi aku ngan En Win akan pastikan makan malam bersama, lepas buat homewok keluar supper bersama, hujung minggu gi karaoke, tengok wayang dan bercuti bersama2. Sambil makan2 boleh korek2, borak2 tanya life diorang kat sekolah.

Aku: Yaya ada biopren kat sekolah

Yaya: Yaya ada minat budak lelaki tu tapi dia tak tahu Yaya suka kat dia

OMG!! hahahaha....sendiri tanya sendiri terkejut tapi aku ngan En Win berlagak cool jer

En Win: Yaya belajar dulu....kawan2 boleh papa tak marah...lebih dari tu Papa tak nak dengar

Cewah!! hahaha....tak sangka kan our turn pulak menasihatkan anak2.

Yaya: Yaya suka2 macam tu jer lah Pa...sbb muka dia cute sangat

OMG!! pitam sekali lagi....takut weiiii



Adik: Adik pun minat sorang budak tu tapi dia gemuk

Matilah....ini baru dua anak perempuan tapi aku dah sakit jantung dengar cerita diorang. Tapi kita kena lah nampak sporting depan diorang apa2 nanti senang diorang nak share benda yang berlaku kat sekolah. Kalau asyik mengamuk jer kang anak pun tak berani nak bercerita atau share benda ngan kita. Part2 nasihat ni aku past kat En Win aku tak boleh handle mula2 jer aku ckp pelan kang tak sampai 5 minit intonasi aku naik tinggi. So kita lepaskan tanggung jawab ni kat En Win aku tambah jer sikit2. En Win nanti panggil diorang duduk dekat2 buat lawak2 sambil tu nasihat.

Makin besar makin nampak banyak perubahan kat diorang berdua ni. So aku dah tak boleh jerit2 macam dulu...kena ikut rentak diorang kena guna sychology bila bercakap ngan diorang. Tapi kadang2 terlepas gak suara halus aku ni.



Buah Hati kami.

Banyak yang aku kena pelajari cara mendidik anak2. Aku bukan nya ibu yang perfect tapi aku cuba sedaya upaya utk menjadi ibu yang terhebat di mata anak2.

Mama n Papa luv both of u so much.....


18 comments:

yasmine said...

suka -suka baca hal ni...i pun ada 2 princess...takut gak depa besaq nanti...

Mally said...

Salam berkenalan kak elly
Cute je anak2 kak elly...
Suka baca blog kak elly sebab sporting dan enjoy....

ina khairina said...

comel lote la ank2 dara kak ely ni...si yaya mmg sebijik muka mama dia,adik lak mcm papa n atok dia....potostat hbs!

Anonymous said...

yaya cantik sangat!
suka tengok yaya
adik muka macam en win

im sure they will succeed and make u proud, elly.

Aimi Laili said...

cantik2 anak sis elly :) semoga dua2 menjadi anak yang pandai & solehah :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

budak skrg ni, kita tempik2 kang lai rumah plak... mintak dijauhkan

Anonymous said...

comel 2 beradik ni...xnak jadi model ke?

Anonymous said...

rasanya anak awak elly si yaya tu .. nanti bila besar cantik org nya...

nurlita rustam said...

Yea btul..cam haram jem kat bawah tuh..pelik acik..dlu tak truk sgt..skarang kener kuar lepas subuh...

alinrose said...

Selamat berkenalan kak elly,mmg jem gilo jln keluar dri ukay ni kan...tak saba nk tunggu anak pompuan kt besar gak hihi

alinrose said...

Omel budak berdua ni tau..btw mmg jem mengilo jln kua dri ukay perdana ni

Anonymous said...

Boleh tak share mcm mn cikgu tusyen tu ajar sifir sampai sifir 12..my son sifir 2 pun merangkak lg..dah darjah 4 tu..risau!

Anonymous said...

Kak... psikologi bkn sycholoi ..tpi entry ttp best..hihi

farhani said...

adik so comel.

Irfa said...

ye..jd mak bapak zaman skrg kena pandai.bak menarik benang dlm tepung.dalam sporting kena ada ketegasan jugak.aku pun potam kalau dia kata ada minat kat seseorang.huhu

Anonymous said...

comeynye la anak2 dara kak elly..mama pun cntik je..

Ezra Hidayah said...

Santeknyew... Yaya. X jemu tgk :-)

Cik Puan Rara said...

sob sob =) bst yaya and ameera dpt ibuu n papa yg best!