Nuffnang Advertisement

Thursday, January 17, 2013

RESOLUTION 2013

Bukan main aku tgk kengkawan aku berResolution tahun ni....hahaha baguslah tapi aku tgk benda yang sama tiap2 tahun. Nak kurus...tak nak makan nasi....nak make sure tahun ni kena pakai S size. Ini lah perempuan kalau perkataan diet tak ada dalam list resolution tak sah. Aku rasa ada lah dekat 3 tahun kot perkataan diet ni dalam list resolution aku. Tapi x menjadi2.....kuat makan lagi adalah.

Aku tak boleh lah diet2 ni....pernah tak makan nasi utk tempoh 3 hari, makan lauk jer sudahnya badan aku lembik, tak bermaya nak bercakap, muka sugul jer...hahahaha macam mana tu nak kurus tapi iman tak kuat. Hari ke-4 terus mengelupur cari nasi. Aku dengan makanan mmg tak dapat dipisahkan...lepas makan tak pernah menyesal tapi bila tengok perut ngan peha tangisan dalam hati jer lah.

Resolution aku tahun ni tak nak masuk kan diet dalam list sbb mmg tak menjadi punya sbb aku tak kuat iman pasal makan...pepagi jer aku dah fikir pasal makan tengahari dengan malam....hahaha macam mana tu nak diet... so kita fikir benda lain utk masukan dalam List Resolution tahun ni

1. Bekerja lebih keras lagi untuk perniagaan Tsugoi...mudah2an benda yang dirancang utk tahun ni akan berjalan lancar

2. Luangkan banyak masa sikit untuk mak ngan abah. Last year aku terlalu busy kesian mak yang terpaksa datang jenguk aku pulak.

3. Bercuti ke Disneyland Tokyo...jadi kena kerja lebih keras lagi supaya dapat pergi ngan anak2

4. Package Business Trip ke Guangzhou dapat dibuat secepat mungkin supaya dapat membantu peniaga2 kecil yang minat berniaga.

Cukup kot utk resolution tahun ni banyak2 kang bukannyer aku boleh handle. Hope semua nya dapat dilaksanakan tahun ni...YA pasti dapat laksana kan. Doa kan ya korang.

Tahun ni nak jadikan tahun ceria n tahun tak nak fikir masalah ...aku bagi tempoh kat diri aku settlekan semua masalah2 sampai hujung bulan ni. Lepas tu  boleh relax dan berusaha capai Resolution yg aku buat tahun ni. InsyaAllah semoga berjaya utk diri sendiri...hahaha.




 Ready tu ON button 2013.....

6 comments:

Irfa said...

hehe..mcm kena kat batang hidung aku je..diet mesti ada dlm list ;)

semoga berjaya mencapai semua yg dirancang

anna hashim said...

goodluck kak elly...:-) looking forward utk perkara ye ke-4 tu :-)

nurlita rustam said...

InsyaAllah...amin...:)))...

Madam Casper said...

package business tu mmg menarik hati hahahahaha

eidaidris.blogspot.com said...

kak yang package business tu kak jngan lupa kat saya eik!!..

Anonymous said...

gud luck elly...pestime baca blog u terhibur...ada umur boleh ke temu :)