Amboi korang tak sabar yer nak baca kisah seterusnya....hahahaha. I busy uolls minggu ni...anak2 start sekolah. Maklumlah ibu mithali harus menjaga kebajikan anak2. Hari ni baru start kerja...jadi boleh lah update cepat2 entry ni.
Day 2 takde apa yang interesting sangat sbb kitaorang akan start aktiviti snorkeling selepas Christmas jer. Harus malam christmas eve nak berjimba jadi day time just jalan cuci2 mata jer.
Disebabkan malam penuh dengan aktiviti berjimba so pagi bangun agak lewat sikit. Dalam pukul 10 am baru keluar cari bekpes. Kat Phuker melambak restaurant halal so tak yah risau2 nak cari makanan halal dekat sini.
Semua muka blur...muka keletihan sbb malam tadi menari tak hinggat. Goyang Inul 360 darjah. Itu harus aku...bukan senang nak tunjuk kepakaran menari depan kengkawan....muahahahaha. Berpusing2 badan aku En Win tolak tarik....wah! siap slow dance lagi....aaaaaauuuuwwww. Suka tau nari peluk2 ni.
Cute kan buah nenas ni!! besar buah epal.
Alang: Sayang! u jangan makan buah ni nanti keguguran. Penat jer memalam I bekerja keras.
Muahahaha...wei! belum ngandung lagi takpe lah makan buah nenas. Sampai kesudah dia tak bagi bini dia makan buah ni...entah petua mana dia ikut pun aku tak tahu.
Aku dengan Alang beriya makan macam tak pernah jumpa buah nenas....hujung2 sakit perut kelam kabut balik hotel.
Lepak ka lobby sementara menunggu kawan gi "BANK"
Jom kita jalan2 sekitar Bangla Road, Phuket
Helmet mmg cantik2 tapi kalau bawak balik memang kena tahan polis sbb tak ada cop SIRIM. Kalau berani beli helmet tengkorak tu aku rasa terus masuk lokap kot.
Tak dapat beli helmet beli topi cowboy jadilah
Alang ni nama betul dia Khairudin....jadi haruslah bergambar dekat huruf K.
Aku: Alang, pandai camera boleh tak?
Alang: Candid! tak yah pandang camera, baru lagi cun
Cun ke benda...nyampah aku mamat ni sepanjang di Phuket macam nak terburai isi perut aku gelak dengan lawak bodoh yang direka sendiri.
Nampak tak Night Club kat belakang tu....itulah tempat i slow dance malam tadi...muahahahaha.
Shopping Complex kat sani agak besar jugak...tapi aku jenjalan jer lah. Ntah kat Phuket ni tak rasa pulak nak shopping. Aku lebih kepada makan dan massage jer kat sini.
Dalam shopping complex barang lebih mahal sikit berbanding diluar.
HALAL dan sedap giler!! makanan goreng2. Fried Chicken lebih sedap dari KFC. 2 ketul berjaya aku habiskan...berminyak2 mulut...hahahaha
Pukul 3 petang aku dah arrange aktiviti naik gajah n melawat Big Buddha. Orang jantan mana suka aktiviti bodoh2 macam ni kan....peduli apa aku...kata Thailand kalau tak naik gajah rugi tu...
Alang: Apa kata U dengan Kim pergi naik gajah. I dengan Yazwin pusing2 kat town
Aku: Jgn mengada...korang nak tgk pondan kan...aku x peduli korang ikut gak
Alang: Kitaorang jujur...kalau pondan kacau kitaorang halau...kitaorang cakap kitaorang ada bini...yang cantik
Aku: Boleh....boleh blah
Jangan harap korang boleh jalan berdua....kat sini kawasan merbahaya utk lelaki bujang....muahahaha
Perjalanan dari town ketempat Big Buddha ni mengambil masa dalam 30 minit. Kitaorang ambik package RM80.00 per person. Cost termasuk transportation, fees utk naik gajah dan ketempat Big Buddha.
Bestkan!!
Padan muka kau Lang....gigil nak naik gajah. Penakut rupanya!!
Gajah ni round2 bawak naik atas bukit supaya kitaorang dapat tengok view sekitar Phuket
Cantik kan!
Tercapai gak cita2 aku nak naik gajah...sempat berlakon atas atas gajah ni jadi jadi Pemaisuri Maharani.
Aku: Beta...amat berpuasa hati dengan keadaan kampung kita sekarang. Penduduknya aman dan damai. Bagaimana Kanda rasa.
En Win berbulu jer dengan aku.
Bercium pulak gajah ni!! Aku pun bukan berani sangat.
En Win tiba2 datang berani duduk kat kepala gajah. Aku dah cuak...buatnya dia angguk2 kepala tu tercampak pulak laki aku kang.
Yeeeeehaaaa!!!
Anak Gajah bila aku datang beriya2 dia menari. Buatnya belalai terlibas aku kang mampus tercampak
Bagi makan timun. Sekali sedup 4 dia telan.
Korang ingat aku berani ker nak pegang2 belai2 gajah tu....ini semua paksaan dari jantan dua orang tu....sbb dia kata aku sibuk sangat nak dtg sini so aku kena pegang anak gajah ni. Lepas tu paksa aku cium sekali badan anak gajah ni....Boleh....Boleh blah.
Lepas selesai diorang buli aku kat tempat gajah tu...kita teruskan perjalanan kat Big Buddha.
Hampir 6 tahun diorang bina Big Buddha ni tapi masih belum selesai siap sepenuhnya.
Takpe lah dah siap ker belum siap ker janji gambar tetap ada depan Big Buddha
Cowboy sesat
Dekat bawah patung Big Buddha tu ada upacara sembahyang. Sami2 tu mmg menetap kat tempat ni.
Gold Buddha. Tapi bukan lah gold betul.
Kau jgn over boleh tak Lang!!
pokok2 yang dipenuhi dengan loceng2. So bila angin bertiup loceng akan berbunyi.
Selesai melawat dalam 6.00 ptg jer. Ambik transport yang sama utk balik ke hotel. Dalam perjalanan balik ternampak pasar malam...apalagi turun kita jalan2 cari makan pulak.
Macam aku cakap diawal tadi...makanan halal memang melambak. Jadi tak susah nak makan kat Phuket ni
Mee yang fames kat sini...tapi nama aku tak ingat...Sorry ya
Coconut Ice Cream. Ice Cream tu dia letak atas tempurung kelapa yang masih ada isi kelapa lagi. Sedap wei!!! lemak bercream
Hmmmmm....sedapnya
Lepak makan Mee Hoon Tom Yam...yang sedap terangkat.
Lepas semua kekenyangan....pengantin baru balik hotel. Aku ngan En Win continue merayau2 sekitar phuket sampai kul 2 pagi. Lepak satu pub ke satu pun dah puas hati baru balik.
Minggu depan kita sambung Day 3 yer.
12 comments:
hehehe..good info..am going to phuket this coming 28 Jan 2013
ui lamanyan tunggu sambungan ;)
tp xpe..aku sudi je baca
sib baik gajah tu x naik minyak.kalau aku pun pk banyak kali nak naik ke tak gajah tu..
nanti stori pasal anak masuk skolah ye..daaaaa
best nyaaaaaaaaaaa
aku plak yg geli perut baca script nko di atas gajah hahahhahah
Maharani elly .........auwwwwwwww
hee hee hee..best..best..lawak..lawak...acik konan kat spec itam elly tuh...:))))...
Elly oo elly.... Best btl baca story elly ni. Sakit perut akak bc blog elly ni. X sabar nk baca day seterusnya.......
tgk coconut ice cream tu teringat bangkok!
sedap gilerrr!
Berjanggut kt elly tggu sambungan ni..huhu..hope cpt2 update entry ke-3 =)..
best nmpk coconut eskrem tu...tercapai jua nk naik gajah ye tp tk gayat ke time dok atas gajah tu??
sis elly kurus la skang..nanti wat entry camna diet nak kurus eh!hehehee
-sue-
Kak elly, next pls..... ;)
kak elly.. nak tanya.. macam mana akak taw semua kedai tu halal.. sebab saya pergi thailand takut gila nak makan tepi2 jalan, walaupun dia kata halal kaa tapi msih ragu2..
salam kak elly,
tumpang tanya.. haha naik gajah and and pegi big buddha akak book online ke or hotel yg arrange kan? ada link x sebab saya pergi may ni!
tq :)
Post a Comment