Nuffnang Advertisement

Wednesday, January 16, 2013

Creativiti anak2

Kalau nak dibandingkan creativiti budak dulu dengan budak sekarang aku rasa budak dulu lagi creative kot. Budak2 sekarang minda tak bergerak langsung. Pergi lah mana2 korang boleh tgk situasi dimana emak bapak sibuk berborak kat kedai makan anak2 sorang satu tengah pegang Ipad. Kalau tanya soalan dia boleh buat dek jer sbb kusyuk sangat main benda alah ipad tu...angin jer aku.

Budak2 dulu tempurung kelapa, selipar, daun nipah, penutup botol semua benda terbuang ni boleh dijadikan permainan...boleh sampai bergaduh2 kalau kalah. Pukul 5 petang jer semua dah berkumpul depan rumah atau padang cuba reka macam2 mainan. Selagi mak tak menjerit suruh balik mandi selagi tu lah lelaki perempuan terkinja2 main kat padang. Budak zaman sekarang nak keluar rumah suruh berkenalan dengan anak jiran pun tak mahu...suruh main badminton depan rumah pun malas....duduk lah mengadap Laptop dengan Ipad. TV pun dah tak peduli semua benda dah boleh tgk kat You Tube. Nyampah pulak aku suasana macam ni...Dunia IT lah katakan!!

Kalau gi "Toy R Us" aku mmg akan cari benda2 yang boleh bagi menjana minda sikit...mainan yang diroang boleh duduk together2 berbincang dan main bersama2. Kalau Ipad kang sorang satu pegang lepas tu tak bercakap2. Selalunya aku akan bagi diorang main bila tgk diaorang stress atau penat buat kerja sekolah. Pukul 10pm nak main pun aku bagi biar bagi minda tu relax sikit.




Disebabkan aku x pandai buat cake jadi aku biar kan anak2 aku belajar dulu guna play doh



Pandai jugak diorang ni mix n match kan benda ni....bangga aku sekejap.



Aku pun teruja tgk benda2 macam ni. Zaman dulu mana lah ada benda2 macam ni. Paling creative pun aku guna pasir jer dulu2.



Lepas main kemas sama2....aku cuma bagi arahan jer dari jauh






Agak2 En Win kat mana waktu ni.....

Apalagi cari makanan bagi kitaorang makan...padahal pukul 7pm tadi makan nasi ok!! kesian konon anak2 penat buat kerja sekolah...dia ajak keluar kitaorang tak layan tau2 balik ada 2 bungkus plastic kat tangan En Win....hmmmmm gemok lah aku


Roti John


Anak2 dia beli kan burger ramly


Makan lah selagi termampu..


3 comments:

Syue Mustafa said...

Cutenya cake.......

Irfa said...

AKU IGT DULU MAIN PENUTUP BOTOL ;)

mama tisya said...

kalo anak gegurl sure minat kek2 tu...anak sy pegi toyrus pn soh bli gk yg mcm wat cupcake...sbb die ckp mama lama tk buat cupcake