Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 22, 2013

Aktiviti Hujung Minggu!!

Kadang2 bila hujung minggu rasa bosan pulak nak keluar...balik2 window shopping, tgk movie, karaoke, lepas tu lepak2 tak tentu hala. Jemu pulak buat aktiviti yang sama hujung minggu. Nak melalak kat karaoke En Win ngan anak2 semuanya nyanyi lagu latest...part aku semua lagu lama2....hahahaha korang tahu lah lagu lama kan jenis yang mendayu2 ....boring jer anak aku nak tunggu lagu aku habis. Mana lah aku tahu lagu baru dengar radio pun waktu pagi itupun sejam nak hafal lagu baru pun tak sempat.

Setiap kali gi karaoke aku pulak yg mengamuk2 tak tahu nak pilih lagu apa....En Win ngan budak2 lagu dah penuh kat screen. Bila aku menyanyi jer diorang berborak ech other kecik hati i tau...bila diorang nyanyi aku sokong jer sambil menari2 kat tengah tu...sungguh kejam korang kan.

Sabtu lepas rasa malas nak keluar duduk rumah jer kita main games reramai lagi seronok....kalau penat boleh bukak Fridge tuang air sendiri. Kalau lapar boleh masak maggi mee. Terjerit lah korang sampai anak tekak nak keluar tak ada siapa nak marah pun....kalau tension pun jiran sebelah tapi korang tak nampak pun dia mengamuk kan....hahahahah.




Twister.

Aku rasa ramai tahu pasal mainan ni kan....yang tak tahu meh aku tolong explain kan. Korang kena pusing jarum ni tengok dia berhenti kat mana...contoh dia berhenti kat Left Hand colour merah so korang kena letak tangan kiri kat bulatan merah lepas tu pusing lagi jarum tu dan ikut arahan seterusnya



So aku tukang pusing anak2 dan En Win kena ikut arahan...berpusing2 lah badan korang siapa terduduk atau terjatuh kira kalah ya



Permainan dimulakan En Win lawan Ameera. Cute jer....kaki adik pendek tak sampai nak letak kat colour hijau...so En Win menang utk pusingan pertama.



Perlawanan Suami Isteri...abaikan seluar tidur aku ya...ini lah rupanya pakaian aku bila tidur malam jumaat jer ada kelainan sikit....hahahahaha



Berpintal2 tangan aku...En Win main tipu saja dia silang2 kan badan dia kat aku. En Win menang sekali lagi!!



Kalah lawan dengan kalah...Adik dan Aku....Ishhh bukan main budak kecik ni ya jgn harap boleh menang!!



Cuba korang tengok tangan aku terkehel ok!! aku pun tak tahu apa yang aku cuba lakukan...aku kalah dengan budak kecik sbb kaki aku tak boleh pusing ke colour hijau....kemenangan berpihak kepada Ameera.


Yaya n En Win...utk menentukan siapa juara minggu ni...


Hahaha...lantaklah korang tertonggeng2 nak menang...En Win seperti biasa suka main taktik kotor sengaja silang2 kan badan dia supaya pihak lawan senang jatuh dan akhirnya...



Juara bertahan 2 minggu berturut2...kau tunggu aku praktis  hari2 sampai jadi juara selama setahun.



Dah tergelak2 macam nak mampus...dah bergaduh2 tanda tak puas hati dengan permainan En Win tadi boleh pulak sambung Monoply waktu ni dah pukul 12 malam....tetapi permainan tetap di teruskan..



En Win banker....aku sempat tangkap dia mencuri duit utk membeli hotel dan rumah...Hahahaha permainan di bubarkan tanda protes!!



Having so much fun....sekali sekali seronok gak lepak rumah camni. Minggu depan kita cari aktiviti lain pulak.

Itu jer i nak cerita hari ni...hahahaha


14 comments:

MRS. K said...

cantiknya deco umah...

genuine1224 said...

best gak sekali sekala buat aktiviti camni. leh rapatkan hubungan kan? tapi smua kena sporting la. hehe

genuine1224 said...

best gak sekali sekala buat aktiviti gini. leh rapatkan hubungan and duit pun xhabis.. eheh.. tapi smua kena sporting la kan?

Halimaton Hanafee said...

tunggu anak besar lah dpt main cmni..hehe

Anonymous said...

ingatkan adik saya jer suka curi duit bila jadi banker, siap sorok bawah carpet lagi, pastu lupa nak amik.hehee rupa2nyer sumer banker mencuri eh! adoyaiiii

Irfa said...

bagus utk xtvt keluarga
next tunjuk gambar pakaian malam jumaat ye ;)

nana said...

aku tension main monopoly dgn anak buah. tak leh terima kekalahan langsung dia. baya adik le dia. kalo kalah protes mcm ape je.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

cantik nya rumah dia.. eh, akak cite pasal game eh?

sayazakiah said...

kat mana gamne twister ni?
saya dh lama cari

hope kak elly dapat share

IdaShazana said...

Mmg comel pakai seluar kotak2 d waktu malam

IdaShazana said...

Mmg comel pakai seluar kotak2 d waktu malam

Filla ~ Kasihs said...

ini kalau Ani datang join.. habis laaaaaaaaaaa... hahaha

kukukata.blogspot.com said...

alahai seronoknya wat aktiviti cam ni sesama family

PASANGAN GAY BERSAMA DENGAN ANAK-ANAK MEREKA

Nor Azlin Abd Rashid said...

akak..mana nk beli games yang kaki berpusing2 tu kak..suker la game tu..