Nuffnang Advertisement

Monday, December 31, 2012

Phuket - Day 1

I'm back!!!! korang rasa sunyi tak i tak ada....korang mesti x ceria kan minggu lepas...hahahaha. Tapi aku ceria jer sikit pun x teringat kat korang.....muahahahaha.

We having so much fun giler kat Phuket. Hapening tahap gaban. Tapi aku rasa kalau dibandingkan Phuket ngan Bali utk yang nak pergi holiday bersama keluarga Bali lebih sesuai kot. Phuket mmg tempat anak2 muda yang baru nak meningkat remaja macam aku jugak. Sana sini penuh dengan tempat clubbing. Sana sini penuh dengan mat salih yang seksi maut....sangatlah tak sesuai utk percutian keluarga disini. Tapi utk melihat dan cari pengalaman boleh jer kalau nak datang, AMARAN!! jangan benarkan suami anda datang seorang diri or bersama teman2 mereka ke sini....tahap bahaya adalah MAXIMUM...muahahaha.

Aku bertolak pada hari Ahad pukul 6.55 pagi. Pukul 4.30am aku ngan En Win dah terpacak kat airport. Alang n wife sampai dalam pukul 5.00 pagi. Lepas dah check in settled letak beg semua baru kitaorang gi bekpes. Perjalanan mengambil masa cuma 1 jam 20 minit. Takdan pun nak tidur baru nak lentuk tau2 dah sampai. Melambak giler gambar nak aku riak kan tapi kalau seksi haraplah dimaafkan...aku mmg macam ni!! hahahaha...tapi ada jugak gambar 18 SX yg aku sorok  kalau tunjuk aku akan jadi topik gossip hangat pulak....takmo ya tahun baru ni jgn ngumpat2 tau.



Honeymoon time!! Bye2 Malaysia....



Eh! terbalik pulak gambar ni patutnya kat atas....lantak lah janji tepek kan. Macam nilah muka aku diawal pagi...suci kan....muahahahaha!!


Sampai airport Phuket dalam pukul 8.30am. Terus gi kaunter cari transportation utk ke Hotel.



Dari airport ke Hotel mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Charge yang dikenakan dalam RM25.00 per person.


Pacific Light Hotel...area Bangla Road. Hotel a bit expensive dalam RM220.00 semalam bilik kecil giler almari baju pun tak ada. Kalau hari biasa tak adalah mahal sangat hotel ni disebabkan aku gi waktu peak itu yang harga melambung tinggi.



Aku mmg cari location yang banyak tempat clubbing senang malam2 nak merayau. Area Bangla Road ni jugak dekat dengan Pantai dan melambak makanan seafood yang halal.



Nice kan!! Patong Beach. Disebabkan aku sampai awal pagi bilik tak ready lagi. Sementara tu jalan2 dulu kat tepi pantai...piling2 jadi omputih sekejap.



Bekpes sambil menghirup udara segar kat tepi pantai.


 Kiri kanan pakai swimming suit kat pantai aku jer segan2 kat sini. Segan ker???


Pengantin Lama vs Pengantin Baru


Dapt check in dalam pukul 11am jer. Room...kecik giler. Bathroom tak ada pintu guna curtain jer kalau tak guna curtain nak lebih seksi biarkan macam tu jer tak yah tutup2. Kata honeymoon....hahahaha.



Bantai tidur sampai pukul 3 petang...lepas tu baru keluar jalan2 cuci mata.


Tempat yang penuh dengan mat salih...konpius sekejap.



Kat Phuket aku kurang shopping aku prefer barang2 di Guangzhou lagi.



Tomoi...mula2 dah plan nak gi tgk ramai mlm tu. Tapi bila tanya harga RM170.00 per person langsung tak jadi. Giler setakat tengok orang bertumbuk aku nak bayar mahal2 baik massage lagi bagus.



Hari pertama sampai En WIn tak berapa sihat...demam pulak. Gi pharmacy cari ubat telan 2 biji settled.



Seronok kan sayang!! Macam rasa bercinta jer balik...borak2, gelak2, lepak2 sampai ke pagi. The best honeymoon aku rasa. Kitaorang mmg enjoy kat sini.



Tiger Pub...siang2 pun dah hapening.



Tu sebab dari awal aku cakap tadi tempat ni mmg x sesuai utk family yang nak bawak anak2. Enviroment yang tak berapa sihat dan tak bagus utk dilihat budak2.



Sementara menunggu pengantin baru yang tak bangun2 aku ngan En Win gi massage dulu. Bagi En Win rehat sekejap sbb baru telan pil demam 2 biji. Giler murah kan...oil massage 1 jam baru RM35.00. Aku pilih thai massage....perrggghhh habis tulang aku dipatah2 kan nyer. Meletop2 badan aku dikerjakan.



Habis massage baru pengantin baru bangun...apa korang buat lelama dalam bilik?? bangun2 terus lapar ehem2. Ketam, udang, ikan semua besar2 giler. Aku mmg pulun kaw2 kat phuket. Itu jer lah kerja aku laki bini kat sana...massage lepas tu makan.


Sweet Sour crab, Morning Glory, Steam Fish.


Dry Chili Prawn and Manggo dessert.


Teksi kat Phuket.


Kat Phuket mmg melambak kedai buat Tatto. Ngeri giler!! Aku rasa mesti dia menanggis disebalik topeng Osama tu....hahahaha.



Kalau berani tinggal lah laki korang kat sini. Mmg x balik hotel lah jawabnya...ntah2 korang jumpa laki korang kat airport bila nak balik jer nanti...hahaha. Perempuan ngan Pondan kat sini mmg korang x dapat bezakan. Cun tahap gaban.


Ini perempuan tulen....aaaauuuwww.


Kiri kanan pub!!


Me n Kim


"Sawadeekap"


En Win....holloh3 sukanya dia.


Best Friend sejak dibangku sekolah.



Swimming suit kat sini murah giler dalam RM30.00 jer. Pilih2 utk bawak gi snorkeling nanti.



Jln2 cuci mata kat Bangla Road


Dah tak larat nak berjalan...mlm tu keletihan...tak lepak lama pun kat open pub dlm kul 12.00 semua mata tak boleh bukak. Takpe banyak hari lagi...let's balik membuta dulu.


Aku tunjuk sikit jer...nampak tak perempuan kat atas tu yang tengah berdiri...pondan ok!!! cantik giler body...berpeluh aku tgk!! nanti aku sambung lagi ya...

Thursday, December 20, 2012

Honeymoon...

Esok blog cuti seminggu...tak dapatlah korang baca lawak bodoh aku  ni. Aku yang tulis aku sendiri gelak terbahak2. Orang sikit pun tak kelakar baca lawak aku. Tapi aku suka jer perasan jadi macam Maharaja Lawak...hahaha. Gelak sekali lagi dengan hasil tulisan sendiri. Giler!!!

Next  week kan kita nak honeymoon dengan suami. Percutian tanpa anak. Nak bermadu kasih lah katakan. Last aku bercuti ngan En Win dekat Sepang Gold Coast...Annivesary last year. Giler lama. Mmg sejak kawin setahun sekali  kitaorang mesti kena ada percutian berdua2an dengan kata kasarnya bercutian tanpa gangguan anak2.

Waktu bercuti berdua ni bolehlah jalan peluk2 pinggang, lentuk2 kepala kat bahu, mandi peluk2 kat swimming. Kalau tidak jgn harap asal nak peluk jer anak no.2 aku tu mencelah tengah2. Asal nak lentuk kepala kat bahu nanti sibuk jer nak selit duduk tengah2.Nak bercakap ngan En Win pun tak tenang. Aku nak bercerita...diorang pun sibuk sama nak bercerita. Redha jer lah...macam ni lah kehidupan kalau anak2 masih kecik. Esok diorang dah remaja dah tak peduli pun kat mak kau yang vogue ni...tetap nak vogue.

Aku ngan En Win mmg suka muzik...that way kalau bercuti kitaorang akan cari tempat yang happening sikit. Kali ni kitaorang pilih Phuket pulak. Percutian kali ni bukan pergi berdua tapi berempat. Pergi dengan kawan baik En Win si Alang tu...kitaorang sponsor couple ni as a wedding gift hari tu. Dah lama giler rasanya tak bercuti ngan kawan2 yang satu kepala....dah lama giler rasanya tak lepak minum2 sampai ke pagi...dah lama giler rasanya tak borak2 tahap gelak guling2 atas lantai. Really miss that moment...berkumpul dan bercuti ngan kawan2 sekepala.

Sebut jer Phuket otak dah set nak gi massage yang letop2 kan tulang tu, nak ronda2 naik motor berdua, nak gi PI PI Island, nak gi jln2 malam yang road dia giler happening tu....giler x sabar nak menari ngan En Win aktiviti yang dah lama kitaorang x buat. Aku mmg nak pulun makan seafood kaw2 kat sana nanti...hahaha makan jer aku ingatkan.

Aku rasa percutian berdua2an kena ada utk setiap pasangan yang berkawin. Setahun kita busy dengan anak2, tugas kat opis lah, tugas kat rumah jadi tak salah kot mintak cuti kat anak2 dalam 5 hari utk korang semarak kan cinta bersama suami...cewah!!

Ok2 korang doakan semuanya berjalan lancar kat sana nanti ya. Nanti balik aku story2 kat korang yer. Ta ta....

Wednesday, December 19, 2012

My paberet product

Kalau En Win baca entry ni mesti dia kutuk aku kata mengelabah! Suka hati i lah....ni blog i yang u sibuk baca kenapa....biar arrrrr. 24 jam mengutuk blog aku tapi bila baca senyum sorang2 suka lah maknanya  kan....hahahaha. U kan peminat tegar I lagi tak nak mengaku.

Just nak share ngan korang paberet product yang aku pakai. Aku ni jenis setia pada product...kalau aku rasa sesuai memang sampai bila2 aku akan setia. Aku jenis tak berani cuba atau campur2 dengan produk baru melainkan aku nampak kesan kaw2 dekat pengguna baru aku akan cuba.




Ini set penjagaan muka Dermalogica. Aku selalu buat facial kat dermalogica ni jadi senang harung sekali beli produk dia. Produk ni aku memang dah pakai lama tapi dulu stop sekejap sebab pakai Tabita. Since pakai tabita kulit aku dah ok dan warna kulit dah jadi sekata. Tabita ni agak kuat sikit bahan2 dia so x blh pakai selalu. Bila betul2 dah puas hati dengan produck tabita dah capai kepuasan aku ambil keputusan stop tabita n continue produck dermalogica. Aku akan continue tabita bila tgk kulit menjadi kusam balik.



Umur dah meningkat jadi kena lah ambik cream ni utk hilangkan garisan2 halus di muka. Kang bersepah line2 kat muka tak vogue lah pulak. Kecantikan bukan sahaja utk suami tapi juga untuk kepuasan diri. Tak kisah produk mahal atau murah janji barangan yang digunakan sesuai utk kita. Produk ni aku baru cuba 2 bulan tapi kesan agak ketara especially garisan kat hidung, tepi mata dan mulut.



Make up

Kalau dulu waktu remaja make up paberet aku MAC dan Bobby Brown. Tapi bila dah remaja dewasa ni aku rasa Chanel lebih sesuai kot untuk aku. Chanel foundation ni giler smooth. Banyak2 produk kecantikan the best foundation aku rasa chanel kot (bagi aku lah) sebab tak sticky kalau berpeluh macam mana pun kulit korang tetap smooth. Pakai foundation chanel ni macam tak nampak pun korang pakai foundation sbb betul2 masuk dalam kulit nampak sekata jer....cewah!!

Since dah sesuai pakai foundation chanel jadi  aku beli sekali barang2 lain senang kerja sikit. Malas aku nak merayau sana sini untuk mix n match kan.



Product kesihatan.

Sekarang tengah cari2 vitamin yang sesuai utk dimakan. Dah terlalu banyak kat pasaran sampai tak tahu nak pilih mana satu. Masih survey...kalau korang rasa ada vitamin yang betul bagus share ngan aku ya. For the being aku cuma maka Kinohimitsu dan Monavie.

Kinohimitsu ni collegen utk penjagaan kulit. Movanie yang aku ambik ni pulak utk sendi2. Orang yang dah beranak ni badan rasa lain macam sikit sakit sana sikit. So far bila makan monavie tak lah rasa sakit2 sendi dan letih badan.



Penjagaan Rambut.

Dulu aku banyak Dandruff. Kalau pakai baju hitam amat memalukan. Gugur jer salji putih atas baju. Tokei saloon rambut aku nasihatkan tukar ker syampu Redken. Aku tak boleh pakai syampu biasa nanti dandruff kembali menyerang. Syampu ni kalau beli kat saloon mahal sikit. Terpaksa lah rajinkan diri pergi Sungei Wang tingkat 3 ada banyak kedai  produk rambut. Harga jauh lebih murah dan boleh  beli botol yang bersaiz besar. Berbulan tak habis2.

Gambar sebelah tu product utk hair growth. Sejak anak kedua rambut aku banyak gugur. Dari tebal sekarang kalau ikat sejemput jer rambut aku. Since pakai product ni rambut aku dah kembali lebat balik. Produck L'oreal tu pulak utk diletak kan kat hujung2 rambut yang kering. Agak2 nampak ketara sangat kering kat rambut tu cepat2 letak minyak L'oreal ni.



Perfume

Aku tak suka tukar2 perfume. Kalau dah suka satu bau tu sampai ketua aku akan setia. Utk kepejabat aku suka wangian dari Gucci. Utk keluar bersuka ria aku suka wangian Davidof.  Malam sebelum tidur aku suka semburkan seluruh badan dengan wangi dari produk L'occitane.



Wangian dirumah.

Aku ni mmg suka kalau rumah sentiasa wangi. Memang aku mengaku banyak sikit berhabis duit beli wangian2 utk rumah. Bila balik penat2, badan letih pasang benda2 wangian rasa macam lega jer kepala otak ni.

Gambar yang ada api tu nama dia Lampe Berger. Ini mmg paberet aku ngan En Win sebelum masuk tidur aku akan pasang. Nyalakan api dalam 5 minit tiup api tu dan wangian tu akan keluar.Perggghhh! aku tak tipu kalau korang letih ker, pening kepala ker, ada masalah ker kalau  bau jer wangian Lamp berger ni rasa tenang jer tidur nyenyak jer. Ini aku tak tifu.Tapi ubat wangian ni agak mahal sikit. Aku ngan En Win akan pasang wangian ni bila kitaorang betul2 letih atau nak ON mlm tu....hahahaha. 


Utk setakat ni jer ya perkongsian aku nanti kalau free aku kongsi lagi ngan korang ya.

Tuesday, December 18, 2012

Dilamun Cinta...

No...No...No... bukan dengan En Win ya!! Dengan orang lain...hahahaha. Kalau En Win baca entry ni mesti balik rumah dia tunggu aku kat belakang pintu dengan tali pinggang. Ampun Darling bini u tetiba terminat dekat seseorang ni cinta pandang kedua. See u tetap cinta pandang pertama. I tak kejam...u tetap di tangga teratas.

Aku ni jarang suka kat orang orang jer suka kat aku....hahahah. Apa pasal muka korang kerut2 mulut muncung ke depan tgh kutuk aku dalam hatilah tu. Sportinglah sikit bagilah aku peluang sekali sekala nak perasan. Dah! buat muka normal balik tak moh muncung itik2 ni....Hahahaha.

Cerita dia macam ni tadi aku gi lunch asam pedas kat Mon't Kiara dengan geng2 gossip aku lah. Tetiba kawan aku cuit suruh pandang mamat kat belakang aku ni...dia kata hensem giler. So aku sepantas kilat toleh.... Walawei hensem nya sampai tercampak hati aku keluar kat mulut than aku tangkap baling kat dia...muahahahahahaha. Tapi ego i tinggi tak nak pandang sangat sampailah waktu nak balik pandang sipi2 jer kat mamat tu. Kawan aku dah terloncat2 nak tegur aku tak bagi. Malu wei perempuan tegur lelaki....ego kena tinggikan. Tapi aku sempat tangkap gambar mamat tu dari jauh nak tengok tak???? bayar3 hahahaha














Pejam mata dulu






































ok boleh bukak sekarang







































Adi Putra tu.......... macam nak mampus aku tahan nafsu dari tegur mamat ni. Kawan aku dah tolak2 suruh tegur. Hujung2 dia keluar kedai tu tanpa menoleh pun kat kitaorang. Tapi I suka jer..... Nasib baik kawan aku tu sempat tegur Abang Rosyam Nor suruh sampaikan salam kitaorang kat Adi Putra. Mesti Rosyam bengangkan sebab kitaorang langsung tak heran pun kat dia....nasiblah I nak tak minat u Abang Rosyam.

Sampai jer office aku dah start giler bayang...senyum sorang2.....hahahaha matilah seminggu penyakit ni tak hilang. Abang Adi....I Lap U....(lempang muka sendiri 80 boleh kali sedar diri).


Monday, December 17, 2012

Weekend..

Weekend lepas aku ngan En Win mmg terkejar2 busy bebenor gamaknya. Aku kena settle kan banyak benda sebelum gi bercuti next week....sengaja jer nak kasi korang tahu aku ngan hubby nak bercuti nextweek. Nak eksyen sikit ngan korang....hahahahaha.

Sabtu pagi gi Sekolah beli buku budak2 yang tak ada stock hari tu. Actually aku dah beli awal bulan 12 haritu tapi banyak buku yang tak ada. Sabtu lepas pergi lagi. Lepas settled brg sekolah pergi pulak Jalan Kenanga beli barang utk packaging baju kimono. InsyaAllah baju akan sampai hari Rabu ni so Khamis dah boleh pos. Sabar ya korang. Lepas dah settled beli barang kat kenanga hantar pulak gambar yang Rome hari tu buat frame besar2 nak gantung kat rumah. Selesai tugas tu kelam kabut balik rumah sebab Adik Filla nak datang sambung buat kerja Website Tsugoi...susah giler rupanya buat website ni ya. Aku ngan Filla dah lah lembab IT asyik kena sound jer ngan Pak Radie. Giler gigih dari kul 4 ptg sampai kul 10 malam diorang kat rumah aku tapi tetap tak settle jugak...banyak giler kena tahu pasal online ni ya. Takpe DUGAAN.

Hari Ahad pepagi dah bangun...ok tipu bangun tak pagi sangat pukul 9 pagi laki bini masih tergolek-golek kat atas katil..memasing tolak each other suruh mandi dulu. Dasar pemalas...aku lah terpaksa mengalah sbb perut dah berbunyi mintak isi. Semua macam lemau jer malas bangun...tup2 pukul 12 jer baru keluar gi Pavillion.



Ajak En Win gi makan Teppanyaki kat food court pavillion. Ramai giler orang beratur. Tapi aku kalau nak makan beratur lama pun sanggup.





Sibbling!! hahahaha


Sorry gambar terbalik malas nak betulkan...pepandai lah korang lentuk2kan leher tu. Ini En Win punya Beef Teppanyaki


Aku ngan anak order chicken teppanyaki. Actually makanan ni belum siap lagi tapi aku dah mengelupur tangkap gambar sbb nak makan cepat.



Tujuan gi Pavillion sbb nak cari barang2 utk bawak gi holiday next week . En Win mmg tak faham perangai aku...kenapa setiap kali gi holiday nak kena beli baju baru. 

Ini mmg tabiat aku dari dulu kalau nak gi holiday aku kena ada satu  baju baru....barulah mood tu datang. En Win ni seperti biasa cakap tak serupa bikin aku beli dia pun beli siap topi bagai...over ok!!!



Nak jalan tepi pantai kena beli selipar...hahaha!

En Win: Ma jgn over boleh tak? Beli jer lah selipar jepun tu sudah bukan orang tgk pun kaki u.

Aku: Suka hatilah...bukan selalu tau i beli selipar...selipar ni  bagus susah putus...kalau letak kat api pun tak terbakar....hahahaha

Nak menipu laki tak agak2...bayar2 jgn bnyk cakap.



Eh! kenapa badan aku senget...hahahah. Jln tepi pantai kena pakai dress ngan topi besar baru mcm omputih. Giler berangan!! harus lawa2 kata honeymoon kenalah cantik depan suami. Next baju mandi pulak..yang dulu punya tak sanggup pakai sbb perut nak berlapis2 muntah darah pulak orang tengok nanti. Kita cari baju swimming yang tutup perut...ok jom!!

Lepas settled cari barang aku ngan En Win turn anak2 pulak. Bawak diorang gi potong rambut. Sekolah tak lama lagi nak bukak... bagi pendek sikit rambut tu. Senang sikit kerja nen nanti siapkan korang. Tahun ni dua2 sekolah petang tak adalah kelam kabut orang tua tu nanti.


"ma adik tak nak pendek sangat...adik nak ikat rambut pergi sekolah"...baik nak!!


"Mama...Yaya nak potong pendek sampai bahu...malas nak ikat rambut gi Sekolah"....baik nak!!



Inilah hasilnya...


Aaaauuuwww seksi anak mama.