Nuffnang Advertisement

Thursday, November 29, 2012

Hidup utk makan ker atau makan utk hidup

Korang pilihlah sendiri tagline mana yang korang nak. Aku dua2 tagline boleh janji makan malas aku nak fikir mana lebih tepat dan betul....janji kenyang. Jgn ikut aku sbb aku mmg malas nak fikir ini semua dari ajaran En Win benda remeh temeh jangan fikir buat serabut otak jer. Padahal otak dia sorang jer serabut tapi babitkan otak orang lain...hahaha.

En Win punya tagline lagi best "Kerja utk makan...bukan utk beg". Kenapa nak sanggup pautkan aku dalam tagline tu sengaja jer nak bakar kasi panaskan. Bang ooi....buatlah tagline macam mana pun beg tetap dihati I...ahaks!!!.

Keluarga kitaorang mmg suka makan...pantang ada restaurant best jer mesti nak cuba. Kadang2 balik kerja kelam kabut aku masak sbb kitaorang makan dinner awal pukul 7.00pm . Kalau dah dinner awal mesti pukul 10 mlm lapar balik kan jadi merayap lah kitaorang 4 beranak cari makanan lagi. En Win mmg rajin drive kadang2 sampai Kampung Baru dia bawak. Kalau hari Jumaat konpem tengah malam lepak depan Pavillion makan cake.

Dulu kitaorang ada satu tabiat buruk asal pukul 12 mlm jer keluar gi Kampung Baru cari Nasi Minyak or Nasi Dagang. Gerai start bukak pukul 12 mlm sampai 3 pagi. Mmg sedap giler sbb nasi panas2 makan pulak tengah malam sampai rumah terus membuta lepas tu meroyan perut buncit. Nasib baik perangai ni dapat di bendung. Laki aku ni kan!!!!

Jom kita intai2 bulan ni aku makan apa...ini pun separuh jer aku sempat tangkap yang lain maknanya aku tengah gigil2 masuk makanan kat mulut so tak sempat snap gambar.Aku kalau nampak makanan sedap mmg x sedar diri sikit...perasaan membuak2 nak cepat rasa...so mmg ada gelojoh disitu. Aku ngan En Win mmg pantang kalau makan dengan orang lembab2 ni. suap kat mulut slow jer...lepas tu kunyah sambil berfikir lagi 5 minit suap lagi....pergggghhh terbakar wei!! makan jerlah yang nak fikir tu apa pasal!!! Satu lagi makan sambil tengok tv kat kedai...alahai macam kat rumah tak ada tv tgk bukan main kusyuk nak kena tunggu pulak sampai cite tu habis baru  nak makan balik. Aku ngan En Win mmg sakit jiwa dengan orang macam ni.

 

TGI Friday



Concorde Hotel...Buffet

Coffe Club..Bukit Bintang


Redbox...Karaoke buffet

Japanese....Great Eastern Mall


Coffee Bean...Ampang Point

Kopitiam...Muar


Kenny Rogers...The Curve


Japanese....Ampang Point

Ok aku dah lapar balik!!! Camne tu....


Kepada sesiapa yang belum order Tsugoi Peplum...cepat2 email ya stock tak banyak lagi yang tinggal.

Interested please email :



Thanks korang sbb supoort Tsugoi Team. Luv u babeh!!!


Wednesday, November 28, 2012

MIL Birthday!!

Sabtu lepas 24th November birthday Mother in Law seperti biasa 12 malam aku  anak beranak akan called MIL utk wish and disusuli dengan nyanyian lagu birthday. Dah menjadi kebiasan tak ada party terkejut2 kau tunggu jer lah pukul 12 malam mesti anak menantu akan call punya.

MIL aku cuma ada 2 orang anak jer cucu pun 2 orang campur menantu yang meroyan ni sorang total keluarga Inlaw aku cuma ada 7 jer ahlinya. Apa ker sikit bebenor. Hahahah aku ckp macam anak aku sekarang ada sepuluh padahal 2 jugak macam inlaw aku. Boleh rasa perbezaan keriangan orang anak ramai dan sikit ni. Tapi apa kan daya pintu hati aku belum terbuka lagi utk mengandung. Rasa macam malas jer nak start semuanya balik mengandung, berpantang, berjaga malam, pam tetek....malas3. Nanti2 lah yer kalau datang semangat nak mengandung akan aku lakukan...hahahaha.

Korang ada satu malam tu tengah aku tidur aku macam dengar orang bercakap aku pandang muka En Win nak dengar apa biji butir dia membebel korang tau tak dia cakap apa....hahahah "Ma I nak anak ramai". OMG! dia mimpi ker atau pura2 mimpi supaya hint aku dalam tak sedar. Tapi tgk mata tutup rapat jer mcm betul2 tidur. Esok aku tanya "Sayang semalam kenapa u cakap nak anak ramai"...."Bila I cakap mana ada". Sah dia mimpi. "Aku tanya balik "Sayang u nak anak lagi ker"......"I tak kisah ada2 tak ada pun tak apa". Sekarang menjadi tanda tanya apakah motif mimpi itu.....ok kita biarkan benda itu berlalu tanpa perlu berfikir....muahahahahaha.

Apa pasal pulak merepek pasal mimpi ni...ok kita sambung cite birthday!!


Selalunya aku akan suruh anak2 buat birthday card utk nenek mereka menggunakan kreativiti sendiri. Kalau beli card tak touching sangat....kalau buat sendiri lagi bestkan!! Kat atas ni Yaya punya birthday Card!



Card Adik!!



Ok jom kita jumpa Nen...kiss2 n hugs.



Kesayangan Nen....inilah buah hati pengarang jantung In Law aku. Kalau dengan aku jangan harap boleh bully tapi kalau dengan nen dia siap jerit2 aku pulak yang angin.

"Nen nak sirap limau tapi yang sejuk2"....."Nen hari ni masak ayam rendang tapi tak nak pedas"...."Nen duduk sini main dengan kitaorang tak yah masak hari ni". Mak mertua ikut jer cakap anak2 aku. Cuti sekolah ni asyik nak tidur sana jer. Iyalah ingat mama tak tahu kat rumah nen korang bebaskan buat apa sahaja. Tak ada orang bebelkan. Buat sepah jer kerja korangkan!


MIL n FIL

Hari tu decide makan kat Kayu jer. MIL nak makan kari kepala ikan. Sejak pindah Keramat ni rasa lama bebenor tak makan kat sini. Oklah mari kita tunaikan permintaan birthday girl.


Keluarga kecil Inlaw aku.


Tu dia....Kari Kepala Ikan Merah....Sedap wei!!


Sotong Goreng


Papadum


Ayam Goreng


Ikan Bulus goreng!!

 

Sibbling!!

Setteled makan balik rumah membuta kejap...malam sambung makan lagi...hahahaha. Itu jerlah kerja kitaorang Birthday adalah hari untuk makan.


Chocolate dekat The Curve


Baru aku perasan cameraman selalu tak dapat bergambar ok kita kasi satu tepek kat sini. Kata tuan belog. Waktu ni rambut masih kerenting....hahahaha



Ice blended Chocolate



Hot Chocolate



Seafood Spagetti


Coklat Celup2...paling fames kat sini.


Waffles with Ice Cream


Beef Lasagnia
Really enjoy our food today....lepak2 borak2 sambung makan lagi. Tak selalu dapat berkumpul macam ni sekali sekala kita lepak cite2, gossip2, gelak2, kutuk2 barulah ceria hidupkan!!!


Holloh3 cutenya suapkan mak makan!!

Untuk mak yang tersayang...Happy Birthday!! Semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagian hingga keakhir hayat.

Dari

Anakmu Yazwin, Menantu kesayangan mu Elly dan Cucu2mu Danea n Ameera.

"We love u so much"

Peplum Sleeveless by Tsugoi!!

*sticky post*
*please scroll down for new entry*


PANAS!! PANAS!! Peplum kembali lagi. Hahaha asal jual barang jer panas...tak ada barang nak jual senyap jer.

Atas permintaan ramai Tsugoi bawak masuk Peplum sekali lagi tapi kali ni sleeveless pulak. Harap korang tertarik kau mmg debom dengan peplum kali ni. Peplum kali ini MNG inspired tapi harga x sama...I kan sayang reader2 I harus price yang affordable. Harga2 kita tgk nanti2 ya...mari cuci mata, tangan dan kaki dulu.

Contoh2 baju peplum yang di gayakan oleh model2












Sekarang tibalah masanya model dari Tsugoi pula....ahaks!! jgn kutuk peringatan!!



Kau mampu nak bertanding dengan Marioncauter. Aku mampu...hahaha x agak2 ambik contoh gambar Marion lepas tu aku berdiri sebelah. Cuba kau tgk badan Marion dengan badan aku. Harus aku lagi hebat montok gitu.



Kalau nak nampak lebih sopan boleh digayakan dengan kain "A Line". Bagi yang bertudung korang boleh pakai jacket utk tutup lengan.


Ok kali ni kami bawak 4 warna utk korang pilih

RED
WHITE
CREAM
BLACK


RED






CREAM






BLACK




WHITE




Seperti biasa sebelum order check korang punya size dulu ya..taklah tersilap size nanti


Size M

Dada : 34 Inchi
Pinggang : 29 Inchi
Labuh : 22 Inchi
Bagu: 14 Inci

Size L

Dada : 36 Inchi
Pinggang : 31 Inchi
Labuh : 22 Inchi
Bagu: 15 Inci

Kalau dah puas hati dengan size dan colour boleh order sekarang!!


PRICE : RM85 (FREE POSTAGE)


Please email : tsugoi12@gmail.com


Please provide your FULL NAMEADDRESS and CONTACT NO.

"HAPPY SHOPPING"


Monday, November 26, 2012

I'm back...no more curl2

Amboi2 korang kutuk tak ingat....bagi peluang mintak pendapat laju jer kutuk akak ni...ahaks!!

Tak payah korang  ckp aku mmg tak suka dia rambut aku sekarang ni...nak pulak kalau x make up sah2 macam muka busuk. 2 hari aku aku menanggung derita....cewah!!! dan





Akhirnya














jeng2

















jgn kutuk i lagi....tak rela u


























Puas hati!!! ok tak kengkawan!!!


berani kutuk!!!

Rambut Curl...hmmmm

Matilah elok2 rambut lurus aku pandai2 gi kerentingkan....hambek kau!!!

Cerita dia macam ni....muahahahah. Jumaat lepas aku gi saloon nak colourkan rambut. Tengah lepak2 pilih colour sudah ternampak amoi kat depan tu buat digital perm cantik giler wei!! terus perasaan aku membuak2 nak jadi cantik macam amoi tu sampai lupa macam mana muka diri sendiri. Dalam kepala terbayang kejelitaan akan memancar seperti amoi itu nanti....hahahahaha.

Aku : Saya mahu buat rambut macam itu amoi

Hairdresser : Boleh2 banyak cantik wo kalau u buat macam superstar

Lagi lah aku teruja ayat superstar.....aku kan tak boleh dengar ayat puji2 terus terbayang yang indah2...hahahaha. Cipet betul lah...terus setuju tanpa memikirkan muka sendiri bila berambut kerenting.

3 jam aku tadah bontot kat kerusi tu dengan penuh debaran dan inilah hasilnya......





Aku terperanjat giler!!! Huaaaaawwaaaaaaa nasi telah menjadi bubur tak ada langsung persamaan dengan amoi yang cute itu!!! Aku pura2 senyum didalam gambar tapi hati hancur uolls...hahahaha.

Aku tak suka...En Win kata macam cina jinjang...lepas tu dia tarik ayat tu balik nak sedapkan hati isteri tercinta dia kata macam "Perempuan Jepun" sudahlah jgn nak sedapkan hati I.



24 jam tengok cermin...tangkap gambar diri sendiri. Hasilnya aku tetap tak suka. Tapi sedapkan hati takpe2 baru buat lama2 jelitalah kan!!



Cubaan buat mulut itik tapi hasil tetap serupa....hahahahaha

Aku redha!!!