Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 31, 2012

Hati Seorang Wanita....

Khas buat semua wanita....

Tiba2 rasa emo bila baca nurkilan ni. Mari kita  kongsi kesedihan bersama kesedihan hati seorang wanita.





Hati wanita terlalu lembut. Zahirnya wanita nampak berbeza. Tapi batinnya, wanita cuma punya HATI yang sama. Iatu kuat dan tabah.

Wanita adalah insan yang paling kuat
Dia masih mampu berkata, "saya ok" walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu tersenyum walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu menolak egonya demi orang yang mereka sayang

Allah telah mencipta hati kita diselaputi dengan sifat yang lembut
Di sebalik degil kita, Allah salutkan dengan kesabaran,
Di sebalik ego kita, Allah salutkan dengan ketabahan,
Di sebalik rasa sedih dan luka, Allah salutkan dengan kekuatan dan bila disakiti
Di sebalik 'nakal' kita, Allah salutkan dengan sifat setia dan taat
Itulah keindahan kejadian wanita

Oleh itu, dengan kelembutan hati wanita ini boleh mententeramkan jiwa lelaki yang bernama suami
Dengan kesabaran hati wanita inilah dapat mendidik anak2 hingga dewasa
Dengan hati wanita sebeginilah dapat menahan kerenah anak2 dan juga suami walaupun hatinya disakiti
Dengan hati wanita sebeginilah dia mencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan hanya utk suami

Kadang2 kita terlupa yang fitrahnya Allah mencipta hati kita yang cukup kuat
Bila emosi kita lebih menguasai hati, kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita di sebalik kekuatan hati masih terselit sifat kelembutan
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita jika kita bijak mengawal segalanya rasa fitrah kita dan bijaksana

Untuk kaum sejenisku di luar sana
Jika kita sedar yang Allah ciptakan betapa kuatnya hati kita
Jadi tak perlulah kita jatuh jika ditimpa ujian2 yang menyakitkan
Memang tak dinafikan, emosi kita terkadang melebihi rasa ingin jatuh, rapuh bila ditimpa ujian

Tapi fikirlah, setiap ujian yang Allah bagi itu bersebab
Allah beri ujian atas kemampuan kita atas ketabahan kita
Jika nak menangis, menangislah sepuas hati
Tapi yakinlah, di sebalik ujian itu ada rahmat yang cukup besar

Jika kita jatuh ditimpa ujian, cepat2lah kita bangun
Jangan tunjukan yang kita lemah, jangan tunjukan kesedihan kita depan orang
Bangun, kuat dan tabah menghadapi apa saja jenis ujian
Sentiasalah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang Allah turunkan
Seindahan hiasan adalah wanita solehah

Hari ini kita jatuh sbb dilukai, rasa dikianati, rasa terkilan, rasa sedih, sakit
Tapi dengan rasa 'sakit' dan 'luka' itulah mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar-benarnya
Jangan kesal dan jangan merungut. Jangan berkata.."Aku tak kuat"..Jangan!!
Pengalaman yang kita lalui dalam hidup kita adalah persediaan agar kita lebih bersedia dan lebih mengingati Allah

Ujian itu datang dari Allah, kebahagian juga datang dari Allah. Indahnya wanita Allah ciptakan sekeping hati yang kuat. Sentiasalah REDHA dan IKHLAS menghadapi  segala jenis ujian.

Hati yang semuanya sama. Walaupun zahir setiap wanita itu kelihatan berbeza. Tapi mereka punya rasa yang sama. Hati yang sama. Naluri yang sama. Hati wanita merasa yang sama dengan wanita lain. Wanitalah yang memahami sesama wanita. Dan sama-samalah menjadi wanita yang cantik di mata Allah.

Jika hati tenang, pasti keimanan akan datang. Bersihkan hati dari sifat benci, marah, sombong, bongkak. Sulamilah diri dengan sifat2 yang dicintai Allah.

Cintailah Allah, maka cintailah suami dan tempatkan utk wanita solehah adalah syurga nan abadi.




Tuesday, October 30, 2012

Grand Lexis, PD

Petang Raya Haji tu kitaorang satu keluarga sebelah inlaw bertolak ke PD. Dah lama tak bercuti bersama sekali sekala macam ni rasa seronok pulak. Keluarga En Win ni kecik sangat...adik beradik 2 orang anak aku 2 orang macam tak berkembang jer...hahaha. Berbanding ngan keluarga aku setiap tahun mesti ada penambahan ahli keluarga. En Win berbulu jer bila aku kata baka aku subur...muahahahaha.

Sebelum bertolak singgah dulu makan kat Ampang femes Yong Tau Foo. Mmg terbaik makanan kat sini. Ini salah satu tempat makan paberet aku. Kalau rasa2 hujung minggu nak mkn ringan2 kitaorang akan singgah kat sini.


Keluarga kecil saya!!



Nampak2...sedapkan. Belum lagi rasa kat lidah masuk mulut...hahaha sedap wei!!




Yummy!!! Dah kenyang baru bertolak...nasib baik jalan clear so sampai PD ngam2 pukul 4 petang. Ini kali kedua aku duduk kat Grand Lexis. Mmg permintaan anak2...suka sangat tempat ni sbb swimming pool dalam bilik. Aku nak membuta pun senang korang boleh berendam sampai kecut.



Kalau tak silap aku bilik ni Garden deluxe. So sesiapa yang ada family besar aku sarankan ambik bilik ni. 2 king size bed. Anak2 jgn ngada2 nak share satu katil ngan mak kau ni ha...



Pantry..ada microwave so senang nak panaskan lauk kalau bawak dari rumah.



Bathroom


Private swimming pool.


Tak sampai 15 minutes masuk bilik dah terjerit2 mintak baju swimming termasuk En Win sekali. Aku tak faham lah laki aku ni nampak swimming pool teruju giler dia pulak lebih dari budak2.



Lompatlah korang...sambil lompat sambil menjerit macam tarzan. Nasib baik bilik sebelah inlaw aku kalau tak mesti dah kena complain.



En Win mmg rajin melayan budak2. Diorang paksa aku mandi...malas ok! I kan diva harus mandi sorang2 sambil nyanyi2...haha. Aku malas nak join diorang sbb mmg confirmed aku kena bully ngan En Win habis kepala aku dia benam2 kan nanti lepas tu suka suruh aku duduk tengah2 jadi monyet. Dia anak beranak dia senang hati campak2 bola sengaja kena kan kat badan aku.



Ok2 adik lompat papa sambut ya...tapi kena lompat tinggi2.



Berjaya!!!


Lantak lah korang terjerit2...lepas tu angan2 tak ingat "Ma nanti rumah kita buat swimming pool nak?" "Iyolah Darling rumah kita kan Banglo...mmg banyak tanah kosong". Kalau berckp boleh tak berfikir. Aku ingat aku jer suka berangan laki I pun sama rupanya....muahahahaha!!



Cuba korang tengok siapa budak2 sekarang!!


U doa apa pa depan katak!! ada jer perangai tak senonoh u buat yer



Yaya tepi Papa nak lompat....tak faham lah aku. Dari pukul 4.30pm sampai pukul 8 malam baru nak naik. Lapar lah tu!!



Tak boleh tgk gambar ni...tak boleh terima anak dah besar.



Sayang korang!!


Aku berjaya kuruskan badan dari 53kg sekarang dah 49kg tapi En Win kata kurus sangat. Oklah mari kita melantak balik sampai 51kg.


Sama tapi x serupa!!!

Dinner time apalagi cari seafood lah.


Order mmg melambak giler tapi ini yang terbaik...Asam fish!!



Kam Heong Crab


Selesai dalam masa 1/2jam.

Day 2

Seawal pagi budak2 dah berendam kat swimming pool sampai kul 12 tengahari. Sanggup tak nak makan bekpes sbb nak berendam. Tengahari tahu korang kebuluran.



Cewah!! I luv green



aaaauuuwww!!


Lunch FIL and SIL tak join sbb nak tidur kat bilik. Kitaorang gi Lunch kat Avillion  sbb burger kat sini sedap giler



Kesayangan Nen!!



Lepas makan sambung lagi mandi...lantak korang lah.




Tengah lepak2 nampak hantu ni berjalan...rupanya diorang invite utk party mlm ni "Holloween Nite"



Cantik kan!!


Mlm tu rasa boring pulak...so pergi lah sekejap tempat party tu. Best giler ada games and nari2. Budak2 siap nari lagu Oppa Gangnam Style.



En Win n anak2 menari together2. Serenok jer aku tengok.



Time aku pulak tunjuk kan bakat....terpelanting2 aku En Win pusing2 kan. Pertanding Cha2...ahaks terror mak nyah laki bini!!



Rasa2 nyer menang tak??



Tsugoi Shawl 2nd Batch

*please scroll down for new entry*

Tsugoi 2nd batch shawl ....sorry uolls website still under proses so kita jalankan perniagaan kat blog jer dulu. Kali ni Shawl corak2 pulak....kasi penuh korang punya almari sikit ada plain ada corak2...hahaha barulah vogue.

Corak dan warna kali ni sangat menarik...korang boleh tengok sana sini sibuk nak pakai corak2 dan warna macam ni. Tsugoi tidak ketinggalkan mencari dan menjual kepada reader yang inginkan kelainan dan warna yang segar....marketing tak ingat kan...ahaks!!!

Serius korang kena berani cuba....barulah nampak kelainan....kalau tiap2 hari plain bosan pulak boss ngan En Somi nanti....JADI apa tunggu lagi!!!!


Material : 100% cotton
Size: 120cm x 95cm
Price: RM39.00

To order please email:  aveo757@yahoo.com



S21-1


S21-3


S21-2


S21-4


S21-5


S21-6


Klik here Make up by SUKMA

Monday, October 29, 2012

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha uollls....giler lambat ucapan tuan belog. Maklumlah i busy...hahahaha. Minggu ni kita stop jap entry Europe bagi aku berehat jap...banyak benda lain nak cerita kat korang. Harap bersabar yer.

Hari Raya Haji rutin aku macam biasa sehari sebelum raya aku akan sibuk beli barang2 dapur utk mak. Beraya rumah mak awal sehari sebab selalunya aku akan balik ke Melaka pagi raya. Tapi tahun ni ada kelainan sikit orang Melaka datang KL pulak jadi raya reramai rumah saudara kat Sunway USJ. Tapi tetap meriah sebab korang tahulah mmg budaya orang melaka jenis cakap jerit2 kena pulak dengan suara aku yang tertelan mic ni jadi walaupun tak ramai tapi keadaan tetap sama macam 50 orang....I like!!



Pepagi dah manja2 tangkap gambar. Anak aku berbulu jer jadi cameraman...hahaha. Gambar selepas selesai bermaaf2an. Aku kalau time maaf2 ni mmg sedih tak tentu hala rasa macam banyak jer dosa kat laki selama ni...rasa macam aku tak dapat sempurnakan tugas isteri dengan baik..jadi sedikit tersentuh disitu bila cium tangan suami di pagi raya. Laki aku selalu cakap "tak ma...u isteri yang baik u lengkapkan hidup I". Lagi lah meleleh2 air mata aku. Terus rasa Sayang mengunung tinggi....

Pa...I Luv u so much tau....(eh!! tetiba...maafkan saya sedekit emo disini)


Kalau seorang isteri tengok gambar macam ni sejuk jer hatikan. Cepatnya masa berlalu...anak2 dah semakin membesar. Kitaorang semakin tua. Yaya dah tinggi...adik dah semakin pandai menjawab. Tengok2 esok semua dah ada kerjaya sendiri tinggal lah mama ngan papa berdua jer...sobsobsob

*emo lagi*


Mak ngan Abah di Melaka. Gambar guna phone jer sbb tuan belog pemalas!!


My Family


Family di Melaka!!


Lontong!!

Tak sempat nak tangkap gambar makanan seperti biasa aku akan jadi tak tentu arah bila makanan bnyk didepan mata. Tak dapat lah korang cuci mata tgk makanan yang disediakan....ada aku kesah yang penting perut aku kenyang....hahahaha.

 

Disebabkan mak kau ni pemalas jadi satu pinggan share 2 orang yer. Duduk diam2 mak kau ni nak kenyangkan perut!!
Lepas selesai makan2 dan bermaafan kitaorang terus balik rumah memasing...rehat2 lepak2 tiba En Win keluarkan idea bernas ajak bercuti di PD...apalagi jom (cite nexy entry ya)

Sebelum terlupa Saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada penulisan saya menguris hati dan perasaan korang selama ni saya juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. MAAFKAN KAMI!!

Wednesday, October 24, 2012

Day 8 - Ferara & Bologna


Matilah entry tak habis2 lagi...hahaha. Aku dah muntah hijau ni tapi nak kena habiskan jugak sebelum ingatan aku hilang.

Day 8 - teruskan perjalanan lagi ke Ferara pulak. Pagi tu check out pukul 8.00 pagi...sedih giler nak tinggalkan Vanice. Yaya..."papa kenapa tak tinggal sini lama2 tempat ni best"....Iyolah nak tunggu mak kau ni bukak kilang cop duit lepas tu nak tinggal berapa lama pun boleh. Tapi korang Vanice ni mmg cantik giler korang tak akan jumpa tempat macam ni kat mana2.... relaks jer lepas tu semua benda cantik, semua benda nampak classic, semua benda nampak romantik...bestkan!!


Ferara

Sebuah pekan kecil...kalau kat Malaysia macam negeri Perak lah. Tapi banyak2 tempat yang kitaorang pergi En Win paling suka tempat ni....kenapa yek???jap gi aku cerita




Omputih ni mmg rajin melayan anak aku...sampai nak jadikan cucu angkat. Sila kan!! jgn seminngu kau call aku suruh ambik balik budak2 ni...sbb anak aku mmg pandai berpura2 depan orang tapi sebalik nya...YaRabbi.

 


Aku tak ingat samada kat belakang ni Church or Castle. Kitaorang tak masuk melawat tengok dari luar jer.


Motel ni comel jer kan tapi harga mahal. Semalam Euro 120 cuba korang darab 4....hahaha


Pekan ni pun nampak cool...sedap jer mata memandang.


*Aku dah kehilangan ayat tak tahu apa nak tulis...tgk jer lah gambar"


Kuih tradisional orang kat sana...semua manis2

 

Itu dia!!! Ini lah salah satu sebab kenapa En Win suka tempat ni. Barangan kat sini mmg murah...harga dari Euro 1 - Euro 30. Marilah bershopping dengan hati yang gumbira!!


Kasut!!



Bila murah macam ni...aku jadi tak keruan...mata jadi rambang...semua boot cantik. By end of the day aku tak beli apa pun sbb kelam kabut punya pasal sampai tak boleh buat keputusan. En Win kata aku bodoh sombong....biar arrrrr.



Bodoh2 aku pun kau peluk jugak kan!! Dekat tempat ni sempatlah beli barang2 utk family nak beli kat shopping complex tak mampu rasanya. Ini jer aku mampu marilah kita kongsi bersama kan!! Janji Iklas...kannnnn!


Baju kerja cuma Euro 10.




Euro 1 utk t-shirt basahan dirumah tapi made in Italy!! kelassss kau


Gelabah tak ingat...berpusing2 kepala aku cari barang. Mari kita keluarkan list nama adik beradik dan nama kengkawan. Kalau korang baca redha jer lagi aku beli kat sini...ingatttt MADE IN ITALY...hahaha
Diorang bagi masa utk shopping selama 2 jam...ishhh apa kejap sangat....baru jalan sekerat dah kena patah balik....ini yg nyampah ikut package. Tapi aku laki bini tak fedulik selamba badak jer lambar 1/2 jam...berbulu jer omputih tu tunggu dlm bus...hahaha ada aku kesah!!


Selesai shopping perjalanan di teruskan ke BOLOGNA. Dari Ferara ke Bologna mengambil masa 1 1/2jam dan kitaorang sempat membuta di dalam bus.




Pekan dia sama denga Ferara tapi kat sini semua kedai bukan macam kat Ferara tadi jual lambak2. So cuci mata jer lah. Kat Europe ni aku perasan banyak artis jalanan. Cool jer tiup trumpet tengah2 jalan raya...kalau kau Malaysia kena duduk dan bayar baru boleh dengar muzik2 macam ni.


Bandar Bologna. Kat sini banyak building2 lama yang penuh dgn sejarah. Disebabkan aku malas nak dengar tour guide tu berckp jadi aku tgk2 jer lah...angguk2 jer kepala. En Win sorang jer dengar lepas tu bila aku suruh ceritakan balik...dia kata tak tahu. Malas lah tu nak cerita...nak pandai sorang lah tu.


Selamba jer lepak tengah2 panas...


Tau Pa itu kedai LV


Aku colour blocking kan anak2 aku hari ni!!


Aku pulak putih sesuci embun pagi....haktuiiiii!!


Orang cari tempat panas....aku cari tempat tak ada matahari.


Lazatnya!!!


Nak kutuk lah tu.....
Korang aku dah kehilangan ayat...tgh  blur ni....korang tgk je lah gambar!!! bolehkan...






Ingat nak tapau cherry makan kat bilik sekali tanya 1/2 kilo Euro17....ok fine kita letak balik sambil telan air liur.



Akhirnya....setelah 8 hari di Europe berjaya jumpa kedai Asian Food...mari kita belasah bebanyak.


Aku siap promote kat omputih makan kat kedai ni...mcm bangga jer jumpa Asia food.

Utk pengetahuan korang nasi kat atas ni bukan aku punya tetapi di order oleh En Win...."pa kalau dah kampung tu mengaku jer lah".


Akhirnya permintaan anak2 nak mkn mee goreng dapat di tunaikan. Makan yer nak!!!

esok sambung ke Asisi pulak....lagi 2 entry jer nak abis sabar yer korang.