Nuffnang Advertisement

Wednesday, September 19, 2012

Blog cuti 2 minggu....

Wah! announce bukan main blog cuti 2 minggu....kau ingat orang heran sangat kau tak ada 2 minggu. Hahaha...biar arr i kan perasan retis harus peminat2 i menanti...Haktuiiii.

Kalau aku free tak ada buat apa2 ngan En Win kat sana...eh! aku buat lintas langsung kat korang yer. Tapi aku rasa benda tu tak akan terjadi sbb aku kan kelam kelibut sikit harus tak ada masa kot. Ramai yang tanya aku nak gi mana?? Aaauuuuwwww suka tau buat I riak....hahaha. Kitaorang nak gi Europe (Rome). Macam nak mampus kumpul duit kerja siang malam akhirnya tercapai cita2 kami. Hadiah anniversary yang ke 10 tahun utk kami berdua.

Kitaorang tak adalah banyak duit nak bayar semua sederap...selalunya aku akan survey ticket flight murah2 dulu. Kalau berbaloi dan murah harga ticket tu baru book. Lepas tu dua tiga bulan baru book Hotel tgk2 package yang sesuai...kalau berpatutan bayar deposit dulu nak dekat2 pergi baru bayar full payment. Jadi sementara nak bayar full payment kerjalah rajin2 yer..hahaha. Kalau nak berjalan jauh ni kena lah share2 duit jgnlah berkira sangat dengan suami. Kalau kita ada lebih kita dulukan dulu...kalau suami ada duit lebih dia bayarlah semua...muahahahaha.

Kenapa Europe?? Gitu sendiri tulis sendiri tanya...kau mampu. Kalau aku cite mesti korang kata aku giler tapi aku nak cite gak. Dulukan masa aku kecik2 aku selalu berangan jadi anak orang kaya bercuti tempat2 sejuk....pakai baju lawa2. Bila dah meningkat remaja lagi lah membuak angan2 aku nak naik gendola lah, jln2 berpegang tangan lah dengan penuh romantik dengan suami, kopi2 di tepi jalan...hahahaha. Aku selalu ceritakan dekat En Win impian aku ni dan dia selalu cakap aku giler suka berangan. Tapi sebenarnya aku tahu dia pun giler macam aku gaks suka berangan...dia siap janji nak bawak aku gi honeymoon kat Europe nanti. Lagi giler poyo berjanji macam dia anak Sultan. Jawabnya lepas kawin nan do ok!!! mana ada duit nasib baik dia bawak aku gi Sarawak sbb nak capaikan impian aku naik kapal terbang berdua2an itupun aku dah cukup bangga.

Selepas 10 tahun...akhirnya......Yahoooo!! So tuan belog nak bercuti  2 minggu dari menulis...agak2 korang rindu tak kat akak....ahaks!!! nanti balik i tulis bebanyak yer....bye2 uollllsssss....I Lap U



Kalau rindu tgk gambar i tau....hahahaha....

Tuesday, September 18, 2012

Preparation sebelum bercuti...

Giler excited nak bercuti Khamis ni...adalah dekat setahun aku book tiket ni. InsyaAllah hari Khamis ni harap semua berjalan dengan lancar (sambil taip sambil senyum). Surat utk cikgu dan pihak sekolah dah  hantar last week. Budak2 ponteng 2 minggu. Cuti aku dan En Win dah approved. Duit dah tukar, passport ready, Flight ticket dah ambik, baju2 dah hantar gosok lipat.

Ahad lepas awal pagi dah keluar gi KLCC nak cari barang2 keperluan lain. Tak mampu aku nak beli kat sana. Setakat berjalan tengok2 barang boleh berbelanja pun tengok keadaan kalau murah. Pukul 10 pagi En Win ajak bekpes dulu kat Dome discuss benda2 yang nak bawak dan beli barang2 utk budak2. Hahaha...pening gak buat budget2 ni. Takpe janji tempat idaman kita sejak bercinta dulu akan tercapai...ahaks!

Sepatutnya trip ni cuma aku berdua jer pergi. Tapi bila tengok muka budak2 kesian pulak. Diorang dah besar dan tak menyusahkan pun...rezeki pun ada jomlah sama2 berkongsi kegembiraan. Tapi bilik tak kongsi yer...Yaya ngan adik tidur bilik sebelah...mama ngan papa nak ehem2.


Isi perut dulu


Semangat awal pagi bangun nak cari barang


Bekpes set






Aku punya


Kiddos punya!

Baju utk budak2, En Win dan aku top up sikit2. Tapi yang paling penting aku kena beli ubat2an dan barangan makanan. Giler mahal makanan kat sana aku dengar coffee pun dekat RM40.00 secawan. tak mampu nyah.


En Win angin jer bila aku nak beli periuk nasi dan pelas air. Dia kata aku orang kampung!!

Aku: Pa nanti singgah Pudu kedai Elektrik...I dah cari periuk nasi kecik dan pelas air

En Win: Kenapa u kampung sangat Ma...malunya I. Makan jer lah pizza kat sana

Aku: Biar arr...i boleh mati tau tak makan nasi. Ok i bawak jgn harap u boleh share dengan I

En Win berlagak tak ingat...siap berlagak cakap dia tekak omputih pizza & salad mmg makanan harian. Ok takpe aku ingat...memalam kau merengek suruh aku masak nasi aku bagi kerak nasi jer nanti.

Aku mmg kampung korang. Pizza, salad2 ni tekak aku tak boleh terima. Sehari dua boleh lah kalau hari2 makan benda alah tu mau menangis aku. Ingat lagi waktu gi Australia seminggu tak silap aku...aku tak jumpa nasi 3 hari tak bersemangat aku nak berjalan muka bonyok giler. Asal singgah makan restoran nak menitik air mata aku tgk vegetarian pizza tu. Malam ke 4 aku jumpa restoran melayu kat sana rasa nak cium tokey kedai tu. Aku melantak macam tak ingat dunia. Hambek kau bill sampai RM700 makan cuma 3 lauk. Lantak lah janji aku dapat nasi....berbulu jer En Win.

Now aku dah berlajar dari kesilapan....lantak lah kau nak malu janji perut aku kat sana kenyang. Bukan dia pun yang bawak periuk tu...aku yer!!!



Maggi Cup, Biskut, Milo & nescafe 3 in 1angkut sekali.



Beras aku bawak 10 pot. Rasanya cukup kot utk 13 hari.


Toiletries, Ubat2an panadol, minyak kapak, cold fever, ubat deman semua aku beli takut apa2 hal kat anak2 aku nanti. Mak2 kalau berjalan macam ni lah jadi nya.


Mak aku dah buatkan dendeng daging, Rendang ayam masak kering2 dan sambal ikan bilis. Sedap giler makan dengan nasi panas2 lepas tu aku nak tiup bau makanan tu dekat muka En Win. Kalau berani mintak....mmg kena kutuk lah dengan aku.



Baju budak2 dah pack. Aku ngan En Win punya barang pun dah selesai berkemas malam tadi. Sekarang tengah menghitung hari. Tak sabar uollssssss!!!


Friday, September 14, 2012

Makan lagi..

Semalam jer aku masak hari ni En Win ajak makan luar lagi! Tak sedap ker aku masak atau dia sayang tangan bini ni kasar.....muahahahaha.

Aku: Kenapa asyik makan luar jer. Membazir lah

En Win: I penat cari duit apa salahnyer belanja anak2 i dan isteri kesayangan I (part kesayangan aku tifu aku tambah sendiri)

Itulah perangai sebenar En Win. Dia boros... pandai cari duit dan pandai menghabiskannya dengan cepat. Bila duit tinggal hujung2 dia duduk diam2 baca suratkabar. Tiap2 bulan aku dah peruntukan berapa dia kena bagi utk settlekan hutang bank, utk simpanan, barangan dapur dan bil2. Lepas tu terpulang apa dia nak buat dengan duit dia aku tak pernah kongkong. Begitu jugak dengan aku selalunya urusan anak2 aku akan settledkan belanja sekolah, buku, bas sekolah apa sahaja tentang anak2 aku akan uruskan dan selebihnya beli handbeg.....hahahahaha.

Setahun sekali kitaorang akan ketepikan duit untuk holiday. Awal tahun dah bincang destinasi nak pergi dapatkan info lepas tu kumpul duit sikit2. Kalau tak buat macam ni mmg tak merasa lah jawabnya. En Win akan handle duit belanja, makan dan hotel selalunya part aku beli ticket kapal terbang dan keperluan barang2 utk holiday. Selalunya kitaorang akan pergi 2 destinasi. Satu destinasi bersama anak2 dan satu lagi destinasi utk kami berdua sahaja.

Semalan En Win ajak makan TGI Friday teringin katanya nak makan steak. Pelik lah asyik teringin jer...ada apa2 ker kat perut aku...hahahaha jgn nganda I makan pil perancang tau. Kalau ada rezeki adalah yer pa..

Actually kitaorang dah holiday mood. Tak sabar nak holiday bersama. Last holiday ngan anak2 gi Beijing last year. Next week kitaorang berangkut lagi anak beranak kali ni jauh sikit tempat yang kami idam2kan sejak sebelum berkawin lagi. Excited wei!!!! yang itu next aku cerita...muahahaha riak sekali lagi. Maafkan saya...



My Nyawa.

Thursday, September 13, 2012

Opis makan2 raya

Siapa yang dah lama follow blog aku mesti tahu yang opis aku ni mmg suka makan. Asal berkumpul borak2 jer cite pasal makan. Lepas tu set date sorang bawak satu makan lepas tu makan ramai2. Tiap2 bulan mesti ada jer makan2 lepas tu ada konsep korang...makanan western lah...makanan melayu asli kampung lah....makanan Indialah. Meletup pulak tu lauk memasing. Orang yang macam aku yang tak berapa pandai benor memasak ni order jer lah tapi harus meletup kalau tidak diaorang keji aku nanti.

Isnin lepas buat makan2 utk raya pulak...kali ni satu department join termasuk boss sekali. Dari minggu lepas dah keluarkan list suruh  bagi tahu menu pilihan. Aku laju jer kepala otak nak bawak air...kena keji uolls tak dibenarkan katanya tak meletup. Nyampah tau sukahati I lah....suka tau paksa2.Akhirnya aku dipaksa mengsponsor kuih tradisional katanya....ia hamba bersetuju.


Dessert!!


Hambek! Sedap kan ckp nak makan apa semua ada atas meja ni.

Laksa Johor, Satay, Nasi Beriyani, Meehon Soup Utara, Ayam Golek, Rojak buah, Lontong, Lemang, Rendang...macam2 lah. Kan! dah meleleh air liur aku balik.


Air


Perghhhh...gigil nak taip ni.




Chef Nyonya Elly...asal lalu jer pandang makanan sendiri.


Gigih buat tag2 nama.


Nampak tak baju purple yang aku pakai....hahahaha itu baju yang tempah kat Melaka hari tu. Suka sangat kena lah dengan makanan yang bawak....ada kena mengena ker tak kan...itu bermakna aku riak. Maafkan saya....muahahaha


Siap pakai apron tu....gigih korang ni kan!!


Setakat tampal2 kertas. Selebihnya aku duduk dan pandang lepas tu senyum2 pandang camera. Mmg kena kutuk lah. Tak baik tau korang asyik marah I jer....


Me n Reahan. Sengajalah tu pakai baju longgar...sorok perut kan! Minah ni badan jer kecik tapi nafsu makan besar. Perut dah kenyang tapi tak puas hati nak rasa gak semua...last2 makan sambil baring kat sofa sambil tangan sumbat dessert kat mulut. Makan Yan makan....



Sebelum acara dimulakan...kita baca doa dulu!!


Jas (yg pegang kain merah tu) orang kuat Jurumuda. Tanpa dia tak akan terjadi makan2 ni.


Jemput2




Bagus boss makan kat luar. Sexyteri duduk meeting room. Fedulik apa kan!!


Wednesday, September 12, 2012

Karok with hubby n kiddos!!

Semalam sampai jer rumah tgk En Win dan anak2 tengah lepak2 kat hall tunggu aku balik. En Win kalau kat rumah dia pun jadi budak2 sekali...habis sugar glider dilepaskan lepas tu terjerit2 geli bila binatang tu naik atas badan. Tension jer aku. Anak aku Yaya sibuk ngan laptop...adik tengok tv....En Win melompat2. Bagus sangat!!! siapa yang budak pun aku tak tahu.

"Pa cepat simpan binatang tu balik...kang I pijak2 kang bagi penyek (wah! giler berani)" aku mmg sakit jiwa betul bila dia lepaskan binatang ni...geli lah wei....dah lah mata besar muncung pangjang pulak tu. Dia boleh gelak2 pulak bila aku terjerit. "Pa u ingat i buat lawak ker".

"Ma jom makan capati...i teringin lah...hari tu tak dapat makan" Hollo3 cutenya macam ngidam lak laki aku ni. Ini bermakna makan luar...kembang hidung aku...tak payah masak.....yahooooooo!!! Serius pemalas kan.

Melantak sorang dua keping...puas rasa hati. Hahaha....sendiri punya open house sendiri telan air liur. Takpe capati ni bila2 boleh makan...yang penting tetamu aku puas hati dan kenyang. "Ma lama lah tak nyanyi jom karok". Nak menyanyi pulak...anak2 aku apalagi meloncat2 lah mmg paberet diorang.



Tengok anak2 happy aku ngan En Win rasa senang hati sangat. Kadang2 kesian gak dengan diorang...aku ngan En win busy memanjang so borak2 gitu2 jer dengan anak2 time makan. Lepas tu hantar gi tuisyen atau suruh diorang buat revision. Kalau lepak2 pun saturday or sunday itupun kadang2 diorang buat hal sendiri. Jadi kalau ada waktu bersama2 macam ni mmg kitaorang akan enjoy puas2. Especially kalau gi holiday aku ngan En Win akan spend time giler2 ngan diorang.

Yaya: Mama ngan Papa pegang tangan and hugs. Yaya ngan Adik nak nyanyikan lagu ni utk papa ngan mama.

Aku : So sweeeettt....debar2 aku ngan En WIn tunggu lagu apa diorang nak  nyanyi.

"Ku pinang mu dengan Bismillah"



Serius giler sedih....bila dengar anak2 dah pandai nyanyi kan utk kami berdua. Lepas tu lagu tu penuh makna. Rasa kasih sayang bertambah erat. Pejam celik pejam celik dah 10 tahun kami berkawin pelbagai rintangan yang kami tempuhi dan anak2 semakin membesar. Tengah piling2 dgr lagu sekali En Win boleh bisik.....aaaaauuuwwww

En Win: Ma...next year kita tambah anak yer!!

Hahaha....adoyai

Malam tu aku tak nyanyi...aku cuma jadi penari. Asal lagu rancak jer "Ma bangun nari" iyolah utk korang mama sanggup goyang Inul.



Dia ni kalau nyanyi mmg over sampai panjat2 kerusi.

Dekat 2 jam lah kami melalak kat situ...balik mandi2 lepas tu semua pengsan.

Dekat FB aku ada link kan video anak2 aku tengah menyayi. Tanjat boboi lagu over bukan main...kalau mak kau yang diva ni.

Tuesday, September 11, 2012

Open House

Since berpindah ke rumah baru kitaorang masih belum berkesempatan lagi buat "House Warming". Aku ngan En Win decide buat sekali harung semalam Open House Raya, House Warming and Kenduri Kesyukuran. Hambek kau...3 sekali event...sangat bagus penjimatan dan perbelanjaan.

Event Start pukul 3 petang sehingga 8 malam. Adalah dekat 150 orang jemputan haritu. Kawan2, sedara mara semua aku jemput sekali. Makanan semua order jer tak reti aku nak masak berkawah2...kang cherry berry tetamu aku.


Cewah! macam kenduri kawin. Suka tau rumah ada khemah2 ni. Kalau dulu pasal makan2 ni bapak aku yang uruskan tapi sekarang aku dah boleh handle sendiri. Dah besarkan anak abah!!

Aku: Pa nak pakai sedondon tak open house nanti

En Win: U decide....I ikut jer

Aku: Tak yah lah...I nak pakai kain batik jer

En Win: U nak pakai songket pun boleh Ma....yg i tahu u sediakan full set baju melayu i nak pakai.

Overkan laki bini...padahal open house jer siapa bincang pakaian bagai. Suka tau buat2 kelam macam ni...nampaklah busy



Tugas dibahagikan kepada 2. En Win uruskan bahagian khemah aku uruskan bahagian makananan.



Guest yang paling awal sampai. Pukul 1.30pm diorang dah datang. Aku waktu tu tengah sibuk blow rambut.


Pukul 3pm ngam2 makanan ready orang pun dah start sampai.

Menu Pilihan
Nasi Tomato
Ayam Merah
Dalca
Acar

Mee Rebus
Soto Nasi Impit

Kuih Muih
Buah2an



Jemput2 malu lapar....


CAPATI. Menu ni En Win yang order sendiri. Senyap2 jer dia gi booking. Patutlah hari tu ada 2 meja kosong dia suruh letak tepi rupanya ada Capati. Nyampah itu pun nak rahsia dari bini. Tapi capati ni mmg terbaik. Sekejap jer licin...semua tetamu tertumpu kat makanan ni. Bertambah riak lah En Win.

Capati panas2...kuah dal....Sardin...sambal kobis. Aku tuan rumah tak dapat rasa sekeping pun....BAGUS!!


Orang datang non stop...tak tahu nak layan mana satu. Susah betul jadi artis ni kan! Nak jugak fofular. Dalam rumah lagi lah aku biarkan jer lah...korang buatlah macam rumah sendiri yer. kata open house kan!!



En Win ngan kawan2 niaga


Blogger Suraya....kelas kau baju oren. Comel jer perut. Aku gemuk kan sambil cakap sambil makanan masuk mulut. Macam mana tu??


Baju pink tu pun blogger jugak Ayien!! Dialah orang yang pertama perkenalkan aku perniagaan online ni. En Win gi ker China bersama2 laki Ayien sehelai sepinggang jer waktu tu. Main redah jer...tapi sekarang aku jer laki bini pulak yang over. Diorang stop sekejap sbb busy ngan anak2. Ayien ada anak kembar yang comel giler...tu yang tak ada masa nak online2 ni.


D, Filla n Hanim. Thanks korang sebab datang.

Tak banyak gambar dapat snap...maklumlah busy. Ini pun guna phone jer. Rasa rugi pulak sbb yang datang semua kawan2 lama aku ngan En Win. Best giler bila dapat berkumpul dan tak sangka pulak diorang dapat datang. Dari pukul 3 - 8 malam aku dengan En Win tak dapat jamah langsung makanan. Asal nak suap makanan kat mulut jer ada orang panggil....baiklah marilah kita melayan tetamu.

Selesai majlis lauk semua habis...balance makanan aku bagi kat maid2 yang tolong bersihkan rumah...kesian kat diorang letih gak hari tu. Jadi tuan rumah jawabnya makan kedai lorrrr



Anak2 yang keletihan dan kelaparan seharian tak makan


En Win masih bersemangat memakai baju melayu


Ini lah makanan kami. Menu kat atas bukan main hebat. Tuan rumah makan tom yam....kau mampu!!! hahaha


Steak!!!

Monday, September 10, 2012

Lepaking with hubby n kiddos!!

Dari bulan puasa berniaga siang dan malam, beraya, anak masuk hospital, ke china dan pelbagai masalah aku ngan En Win kena tempuhi sekarang alhamdullilah....berkat kesabaran semuanya kami dapat hadapi satu persatu....Allah permudahkan segalanya. Dalam hidup aku...aku sangat percaya pekara ni...kalau kita berbuat baik kepada ibu bapa tidak melukakan hati mereka...Allah akan sentiasa memberi ganjaran dan permudahkan segalanya kepada kita. Aku tak cakap aku baik ataupun anak soleha tapi aku pegang pepatah ini. Jgn sesekali kita meninggi suara atau melukakan hati mereka....dan paling penting jgn sesekali kita membuang mereka didalam hati kita. Ini yang banyak berlaku sekarang...YaAllah jauhkan aku dari perbuatan seumpana ini. Aku akan menjadi emo pada waktu hujan maafkan saya...ahaks!!

Last week En Win ajak dinner dekat Concorde....merehatkan minda penat giler sebulan ni so marilah kita lepak2....kopi2 bersama. Tak sabar rasanya nak bercuti sekeluarga tempat yang kami tunggu2 selami ni. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar. Kawan2 pun dah start kirim2 barang...kelassss korangkan nak beli barang kat over the sea jer. Kirim tu dengan duit yer bukan dengan air liur...kalau dengan air liur aku bawak balik pun air liur jer lah.



Tuan belog bergambar ala2 70an...kabur2 gitu. Kelasssss kan!!!

Pukul 7.30pm aku dah suruh budak2 mandi dan bersiap. Kali ni no more mandi sama2 kena berasingan kang ada yang patah tangan lagi...tension aku. Lepas mandi suruh diorang bersiap sendiri. Senangkan anak2 dah besar kasi arahan jer. Aku boleh bersiap dengan senang hati.



 Ini lah hasilnya....overkan anak2 aku. Padahal gi Concorde jer...pollow perangai siapa lah korang ni





Malam tu cuma En Win dan anak2 jer makan buffet...aku ambik ala carte rasa macam tak boleh nak masuk banyak2 makanan kat tekak ni lagi. Dua tiga minggu ni asyik makan jer kerja aku. Korang mesti perasan aku kalau gi hotel mesti pilih concorde kan sbbnya anak2 aku suka sangat dengan band "Bergema 5" kat sini. Diorang akan dtg dr table ke table menyanyi lagu pilihan pelanggan. Malam tu request dari En Win lagu "ku pinangmu dengan Bismillah"....pilihan anak2 "Kosong...lagi Nadjwa latif". Sorry tak sempat bergambar sbb suara penyanyi tu terlalu sedap sampai aku terkesima.



Me n Hubby.

Ramai dalam comment tanya En Win pakai rantai dan gelang emas ker? Jawapan nya iya....dia mmg suka barang perhiasan...aku tahu apa yang korang cuba maksudkan dan kitaorang tahu hukum hakam lelaki dan barang perhiasan. Tapi tak perlulah aku terangkan lebih lanjut kat sini sbb aku bukan ustazah...kang tersalah jawab korang hentam aku pulak kan. Itu biarlah En Win uruskan yer.



Borak2.....bincang2 ttg our family. Tak ada makna nak borak pasal business mlm tu. Otak aku dah letih tak habis2 pasal kasut, baju, seluar. Muntah hijau aku dengar. Bulan ni bulan rehat yer Pa...kita kembali bekerja bulan 10 jer nanti. Let's together2....hugs2....kiss2 this month.