Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 29, 2012

Sihir...

Jom borak2 kosong....hari ni nak jadi wartawan pulak. Bagilah aku peluang jadi penulis pencen hari ni. Esok2 aku jadi pembaca berita pulak. Nanti aku videokan...hahahaha. Hebat sangatkan macam2 aku nak jadi.

Korang percaya tak bomoh? korang percaya tak sihir dizaman moden ni. Ada ke lagi manusia berperangai sekejam tu sanggup menggunakan syirik supaya cita2 diorang tercapai. Errmmmm....aku percaya. Benda ni banyak terjadi depan mata aku. Tapi kenapa yer orang sanggup buat perkara terkutuk tu. Tak boleh ker pikir secara positif bukan rezeki aku jadi aku redha.

Sampai bila nak minta bantuan bomoh....sampai bila nak percaya syaitan. Selalu kes yang aku dengan sanggup menggunakan khidmat bomoh contoh

1. Utk memikat hati wanita atau lelaki supaya tunduk dengan arahan mereka.

2.Utk mencapai kekayaan dengan jalan yang mudah

3. Berdendam, Sakit Hati

4. Utk tundukan isteri atau suami supaya mendengar kata

5. Meruntuhkan rumah tanggan orang demi kepuasan diri

6. Untuk mencuba ilmu yang dipelajari dan tujukan kepada orang yang tidak bersalah

dan macam2 lagi lah tak sanggup aku nak tulis.Mana yer pergi akal korang sanggup menyakiti sesama insan. Balasan bukan korang yang tentukan. Itu kerja Tuhan. Aku mmg takut benda2 halus ni. Kesian orang yang terkena sengsara hidup dia. Apa yang korang dapat cuma kepuasan.

Santau, guna patung, nasi kangkang, Minyak Dagu....YaAllah tak takut ker dengan tuhan. Korang tak rasa takut ker? Lebih baik kita Redha jer dari buat benda2 haram ni. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Segala yang terjadi ada sebabnya. Fikir sebelum bertindak.

Renung2 kan dan selamat beramal....

Ustazah Izzah....Aaaauuuwwww!

Tuesday, August 28, 2012

Malang tak berbau..


Hari Rabu lepas aku anak beranak jalan KLCC. Lepak2 makan kat sana sampai pukul 11 malam. Seperti biasa sebelum anak2 aku masuk tidur aku akan suruh diorang wash up dan gosok gigi dulu.

Waktu diorang tgh wash up aku boleh dengar suara bergaduh-gaduh dalam bilik air. Aku rasa jiran sebelah aku mesti tension dapat jiran yang kecoh macam ni. Diorang kalau tak bergaduh dalam bilik air tak sah. Kalau melampau sangat bising kerja aku senang jer....ambik hanger sorang kena 2 zass kat kaki. Baru senyap.

Sekejap kang aku dengar adik menjerit....sekejap kang gelak terbahak2. Stok yang gelak bagi aku tension. Menjerit2 aku suruh cepat. Tiba2 aku dengar bunyi macam kaca pecah kuat giler....lepas tu aku dengar diorang gaduh lagi "Yaya yang buat"...."adik yang buat". Aku ngan En Win dah berlari tgk apa yang pecah.

YaAllah....korang tahu tak apa yang jatuh.....SINKI ok! jatuh berderai. Terbeliak biji mata aku dengan En Win. Waktu tu darah dah penuh kat lantai...diorang boleh tak perasan sbb ketakutan takut En Win marah.



Ini rupa sinki yang jatuh tu. Cuma adik jer tercedera. Tangan dia luka. Check kaki semua ok. Aku ingat luka biasa cepat2 cuci dan balut dengan towel. Tak sampai 5 minit towel dah lencun dengan darah. Aku dah nak pitam mengigil tepi pintu. En Win terus angkat anak aku gi Clinic. Disebablan En Win tengok aku lemah selamba jer di tinggalkan aku kat rumah.

Tak sampai 15 minit En Win called cakap luka anak aku teruk. Bukan luka yer....tapak tangan terkoyak....terbelah macam tu. So diorang suruh hantar hospital. Lagi lah aku lembik. En Win suruh aku bawak Card Insurance datang kat Ampang Medical Centre.

 

Waktu ni bukan anak jer melalak...aku dengan Yaya melalak sekali. Kesian anak aku dah lah halus. Lepas nurse dah balut diorang suruh tunggu doktor pakar datang. Adalah dekat 1/2 jam tunggu. Bila doktor pakar datang check tangan adik rasa jari adik lepas tu dia geling2 kepala. Takut kan!!

Jari yang bahagian luka tu dah sejuk macam ais...ini bermakna darah dah tak sampai kat jari tu. Kemungkinan besar salur darah terputus....sekali lagi aku nak pitam. Doktor kata kena buat operation utk sambungkan salur darah tu balik.Tapi.........boleh pulak doktor pakar tu bercuti raya.  Waktu tu dah pukul 1.30 pagi. Kelam kabut diaorang call semua hospital cari doktor pakar yang lagi. Alhamdullilah ada satu doktor pakar kat Glenagles Ampang...operation kena buat malam tu jugak sbb darah non stop keluar.

Lepas dah konpem semua bergegas gi Glenagles pulak...nasib baik dekat dalam 10 minit jer. Sign semua document...just tunggu doktor datang.



Waktu ni tgh call nenek dia mengadu. Alahai! anak aku.


Dah ok sikit....waktu ni pukul 3.00 pagi.


Pukul 3.30 daoktor sampai...check tangan adik terus masuk Operation Room. En Win teman kan sampai adik kena bius. Lepas tu kena keluar. Aku mmg dah tak boleh berdiri waktu ni....takut giler.

Operation start pukul 3.30 pagi habis pukul 6.00 pagi jer. Lama giler kan. Tak sanggup nak tutup mata pun. Asal bunyi pintu terbuka jer aku intai. Alhamdulillah semua ok. Doktor cakap bahagian luka tu mmg dalam dan ada salur darah yang terputus. Tapi sekarang semua dah ok.


Lepas operation. Aloooo kesian anak mama. Nak nakal lagi tak???

Sampai sekarang aku laki bini tertanya2 macam mana sinki tu boleh terjatuh. Bila tanya diorang berdua dia ckp tak tahu. Aku syak mesti diorang selalu bergayut kat sinki tu...betul tak??? korang rasa???


Monday, August 27, 2012

Raya bersama Elly...

Gitu kan tajuk macam show kat TV tetap nak berangan jadi fofular. Tahun ni aku rasa sedikit penat sbb banyak benda yang kena buat. Hari Jumaat sebelum raya pepagi dah pergi Pasar beli bawang, kacang, serai, lengkuas mcm2 lagi lah dan utk pengetahuan korang aku pergi seorang diri sbb tak sampai hati nak kejutkan En Win bangun. En Win balik dari berniaga sampai rumah pun pukul 4 pagi. Tak sampai hati pulak aku nak kejutkan. Tidur lah sayangku....aaaaauuuuwwwww.

Jadi....berangkat lah aku sorang2 ke pasar belikan barang utk Mak dan Mak Mertua. Nak ajak diaorang pergi pun kesian gaks sbb dua2 mak aku ni lutut sakit. Troli penuh sampai nak terkeluar plastik....belum lagi tangan kiri kanan pun pegang plastic...dengan handbag lagi. Berpeluh2 ketiak aku. Nasib baik dapat parking cun2 depan pasar...itupun main parking jer....walaupun aku tahu salah disisi undang2 tapi apa aku pedulik janji kerja aku senang.

Settled hantar barang kat rumah memasing....balik rumah baru aku start berkemas. Bersungguh2 lah aku basuh bekas kuih raya, tukar alas meja, tukar cadar bilik...perghhh macam ramai bebenor orang nak datang rumah aku kan. Kuih tak kalah penuh lah meja bulat...tapi yang makan En Win dan anak2 orang lain nan do.

Hari Sabtu...pergi pasar sekali lagi seorang diri. Kali ni ambik ketupat palas, lontong dan sedikit rendang tok yang aku order. Kesian kat kedua mak aku yang dah tak larat memasak. Awal2 aku dah pesan jgn masak sangat nanti jatuh sakit aku gak yang susah. Dah settled semua baru lega hati aku....so boleh duduk goyang kaki. Turn adik dan kakak2 aku pulak bantu mak kat rumah.

Malam Raya En Win still berniaga sampai pukul 4 pagi....tak sangka aku ada jugak rakyat Malaysia yang shopping last minutes...meriah uolls....semua terjerit2 lelong barang nak kasi habis. Selalunya kitaorang akan balik ke Melaka sehari sebelum Raya tapi kali ni En Win tak nak tutup kedai pulak dia still nak berniaga sampai ke Pagi...tapi alhamdullilah memang ramai pulak malam tu bershopping.

Lepas habis berniaga pukul 5 pagi baru kitaorang bertolak balik Melaka sampai sana pukul 7 pagi. Aku kena ambik alih jadi driver kesian tgk laki aku mata kuyu jer tak boleh bukak. Aman jugak bawak pepagi ni yer tak ada kereta langsung.

Seronok giler beraya kat Kampung...aku kan orang bandar sesekali merasa suasana kampung mmg teruja. kali ni inlaw aku tak ikut sbb FIL aku tak berapa sihat jadi cuma aku anak beranak jer balik. Lepas sembahyang Raya so reramai bermaaf2an. Adalah dekat 11 keluarga berkumpul dalam satu rumah....meriahkan.



Tu dia lemang....


Rendang Daging


Sambal Tempoyak


Laksa Lemak


Ayam goreng...Ayu nyer orang yang mengoreng tu yer.



Bergotong royong memotong lemang. Aku hanya melihat sahaja....muahahahaha


Jom makan!!! Serang......


Cantik nyer baju anak aku...hahahaha melampau puji anak sendiri. Korang ingat tak aku gi tempah baju ni kat Melaka dan ini lah hasilnya kurung nyonya. I like it so muchhhhh....thank you nyonya.



My Family.....Green colour. Bosan giler laki aku ngan colour ijau ni.... hahaha biar aaaaa



Mak n abah di Melaka. Lebiu....



Siblings....ahaks!!


En Win dan anaks


Cuba korang tgk muka laki aku macam tak bermaya jer kan.


Kiddos!!

Selesai beraya kat Melaka dalam pukul 10 pagi terus bertolak balik ke Puchong rumah mak dan bapak aku. Sekali lagi aku terpaksa drive tak  berani nak suruh laki aku bawak kang kemana pergi nya.



Kamaruddin dan anak2 nya. Mana lah bapak aku dapat songkok biru ni. Benda pelik2 mmg kegemaraan orang tua ni....kalau ada tarbus tinggi lagi dia suka.

Selesai beraya rumah keluarga aku....zoom pergi rumah inlaw pulak. Waktu ni aku mmg dah penat giler....first time lah beraya ketiak aku basah....hahahaha. Takpe lah uolls setahun sekali kan!



Family inlaw. Alahai sikit nyer anak. Hahahaha....cuba bandingkan dengan gambar di atas.



Aku pun sama lah....sikit jer anak....




Inlaw with cucus!!

Penat lah wei....nanti aku sambung lagi. Ada kejadian yang berlaku di Raya ke 5....jeng3. Kami beraya di Hospital selama 2 hari......tunggu!!


Selamat Hari Raya 2012

Diva sangat kan!! Raya ke-9 baru nak wish Selamat Hari Raya. Akak busy uolls...kehulu kehilir membantu mak dan ibu mertua...wah mithali sangat akak kan! Tak tifu sekarang pun tgh busy kerja opis melambak....kang kalau I free i tulis panjang2 sekarang bagi settle kerja yang melambak ni plus banyak hutang bank yang harus dibayar.



Tahun warna hijau kita yer.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dari

Irfan's Family

Wednesday, August 15, 2012

Lauk berbuka

Aku bukan rajin mana pun....kalau boleh tiap2 hari nak buka kat luar. Tapi disebabkan budget tahun ni harus diketepikan utk holiday nanti jadi marilah kita berjimat cermat di bulan puasa dan Hari Raya yang akan menjelang tiba nanti.

Baju tahun ni pun utk anak2 dan mak ngan abah jer. Baju kurung aku cuma sepasang utk raya pertama nanti...yang lain kita pakai tahun lepas jer lah. Bazar ramadhan pun tahun ni aku pergi dua tiga kali jer. Makan luar pun tak ada sangat...berbanding dengan tahun lepas setiap hujung minggu jer buka puasa di luar. Aku mmg budget giler2 tahun ni. Kuih raya tetap banyak...hahahaha. Asal budak opis jual jer aku beli...tgk2 dekat 8 jenis kuih aku....siap nak makan tu.

Aku sampai rumah dalam pukul 5 petang jer...so wajib masak satu lauk yang berkuah, satu lauk bergoreng, satu sayur. Pukul 6 petang settled masak....mandi lepas tu membonkang tidur sekejap.



Kari Daging (paberet Yaya), Ayam Goreng (utk adik), Kobis Goreng



Sayur apa ntah nama, Ikan bulus, Sup Ayam


Daging masak lemak, Kobis goreng, Ikan masin & ayam goreng.

Senang kan lauk aku...dalam masa sejam siap. Hari ni repeat nak masak nasi lemak, Udang sambal dan Ayam rempah....Sedap2!....Hahahahah

Tuesday, August 14, 2012

Buka puasa dengan family


Hari tu dah bawak inlaw gi buka puasa...now turn keluarga aku pulak. Kenalah adil dan saksama yer dak!! This year kitaorang tak buka puasa kat hotel sbb rasa harga buffet kat hotel tak berbaloi langsung ada yang samapi RM130 per person. Kalau 4 orang dah berapa pulak kan baik beli barang kemas....hahaha mak2 sangaaattt.

So kita makan jer lah ala carte. Kitaorang makan kat Sharin Low Restaurant dekat Bukit Antarabangsa senang sikit dekat dengan rumah aku. Order awal2...sampai sana makanan dah ada. Ini semua idea aku....sbb aku mmg giler kuasa dari dulu. Cadangan aku jangan siapa berani membantah. Begitu juga dengan lauk semua aku yang decide ikut tekak aku. Kalau nak tunggu En Win atau kakak aku decide lambat..... sampai kesudah tak order nanti. Aku rimas orang lembab2 ni.



Tak semua dapat join. Kak Long sibuk berniaga popiah basah di bazar ramadhan. Adik aku yang no.4 sibuk berniaga kuih raya. Kalau korang nak tahu adik beradik aku ni mmg suka berniaga kecuali yang pegang camera tu sbb berat mulut sikit. Tu yang sampai sekarang tak ada boipren.



Penghulu Kampung. Suci jer muka aku kan di bulan yang mulia ini "PANG"


My ucuk acin....hehehe


Siakap 3 rasa....Yummy


Butter Prawn


Sayur campur


Kong Po Chicken


Tomyam Seafood


Serang!!!!

Penutup tak tahu nak tulis apa....tata

Monday, August 13, 2012

Berkemas baju...

Matilah...bulan puasa pemalas nak update blog.  Cerita melambak tapi lemah nak menaip....gigil2 tangan nak tekan keyboard. Cuba korang ajak aku shopping harus aku jadi gagah perkasa....muahahahaha.

Sabtu lepas aku bangun awal pagi dah set kat kepala ni nak kemas almari baju....yang elok nak sedekahkan kat orang...yang buruk kasi buang jauh2. Kerja berkemas ni aku suka buat sorang2 sbb kalau ada En Win ada mmg semua dia nak simpan....spender tak ada getah pun dia kata boleh pakai lagi. Baguslah sangat minggu tu dia outstation jadi aku boleh sesuka hati buang barang lama2.

Satu perangai buruk aku...kalau buang barang tak pikir panjang....semua benda aku nak sedekahkan kat orang...lepas tu bila aku nak pakai benda tu dah tak ada aku mengamuk sorang2....hahaha bodohkan. Beriya2 aku kemas pepagi bayangkan dekat lima almari aku nak kemas....almari aku jer 2....En Win punya 1.....anak2 satu sorang. Dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari baru selesai....berpeluh ketiak aku.

Itu baru almari baju...belum lagi kasut....pinggan mangkuk semua nak kasi cuci yang tak pakai kita sedekahkan kat orang yang memerlukan. Tulah bila beli tak berfikir bila dah melambak kat rumah kepala aku yang pening.




Ini baru separuh yer korang...semua baju kat atas ni masih elok lagi... tak selalu pakai...baju kurung tu ada yang sekali pakai jer yang tak pernah pakai langsung pun ada. Tetiba bila pakai nampak tak cantik...dan2 pakai nampak gemuk hahaha...tak sanggup tengok diri sendiri...maka terperaplah baju itu di dalam almari.



Yang ini nak buang....bila aku check balik....kebanyakanya semua baju En Win aku buang sampai kosong almari dia aku kerjakan. Entah apa2 kata peniaga baju tapi baju yang dia pakai semua lama2 sayang bebenor kat baju...hambek kau dapat bini yang kejam suka hati jer buang baju laki. Lepas dah buang aku takut pulak tgk alamri dia togel....rasa bersalah menyelubngi diri....tengahari gi KLCC ganti dua tiga pasang baju En Win. Konon2 hadiahlah dari isteri tercinta...padahal aku dah takut. Nasib baik dia ok...tak terkata tgk almari togel...dikerjakan isteri....terus aku buat manja2....dah buruk sangat nanti kita ganti baju baru ek!



Kemas sikit...baju baru semu kita kasi gantung. Almari baju Danea.


Ini adik punya Almari. Kalau tidak berserabut aku tengok...bukan reti budak2 ni ambik elok2. Agak2 tak jadi pakai dia ronyok letak balik...tension mak kau ni nak susun balik. Sekarang dah togel...senang nak ambik kalau terburai gaks kena lah korang nanti.

Itu jer lah nak cerita kat korang hari ni....almari aku tak sempat nak tangkap sbb kepenatan dan ketakutan waktu tu....hahahaha. Esok kita cite lagi...ini pun tangan dah start haus...camner tu Johan!!!!


Wednesday, August 8, 2012

Jalan Alor


Hari Sabtu lepas setelah 2 minggu berpuasa baru aku dapat luangkan masa berbuka puasa dengan inlaw. Dah lama rasa nya tak keluar dengan diaorang lately ni kerja melambak2...selalu singgah rumah inlaw ambik anak2 jer nak borak lama pun tak dapat. Padahal jarak rumah aku dengan inlaw 10 minit jer.

En Win jgn cakap lah....tiap2 hari aku cuma jumpa dia time berbuka jer lepas tu dia dah lesap pergi kedai. Hidup jadi sikit tak teratur bulan puasa ni....masa aku habis dengan anak2 dan uruskan produk tabita & online business. Lepas satu....satu kena habiskan. Ishhh....tak baik merungut ini semua rezeki dari Allah kan.

InsyaAllah seminggu selepas raya aku dan group akan ke Guangzhou sekali lagi....banyak urusan kena buat di sana. Itu nanti2 lah aku cerita yer.



Tempat pilihan Jalan Alor....Yummy!!

Adik ngan Nen. Waktu kecik2 adik banyak dijaga olen MIL aku. So bila adik nak tidur jer mesti cari ketiak Nenek dia...duduk kat bawak tu. Hahaha...manja bebenor


Yaya...very close ngan Atuk. Asal nampak atuk jer "How are you Atok"...."Atok dah makan"..."Atok nak air".

 

En Win pulak close ngan aku....muahahaha

 Jom tgk menu pilihan



Ikan Stim Lemon....walawei terangkat!!



Tomyam Seafood


Butter Prawn...Paberet anak2

 

Cendawan Goreng Tepung...aku melantak sorang. En Win terpaksa order lagi satu pinggan


Asparus Belacan...kena pulak dengan nasi panas...meleleh air liur

Ok dah kesat balik...esok akku cite lagi