Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 31, 2012

Nasi Lomak....

Tak ingat aku puasa ke berapa buat nasi lemak ni. Permintaan anak2 aku gigih lah buat kesian pulak diorang puasa mengharap jer nak makan nasi lemak. So masak simple jer hari tu Nasi lemak dan ayam goreng panas2. Goreng ayam waktu nak dekat2 buka jer baru lah power....hahaha. Sendiri buat sendiri cakap power nak harap korang puji nando kan!!.

Macam ni lah jadi ibu2 kan...tak sampai hati pulak kalau anak2 buat permintaan. Bila ingat balik dulu kesian kat mak aku gigih lah masak paberet food anak2 dia. Mcm2 permintaan "Mak nak cucur udang tapi nak udang besar"......"mak nak ayam cili tapi buat sambal lebih yer"....."mak sahur nanti mak masak nasi goreng yer lepas tu letak telur mata". Bila ingat kan balik kejam sungguh anak2 mu itu. Tapi sampai sekarang perangai keji aku ada lagi...."mak esok orang datang sana nak makan tengahari....mak masak ayam sambal yer" nak buat macam mana air tangan ibu tersedap, terlazat dalam dunia.



Ikan bilis, timun, telur


Sambal ikan bilis.


Ayam goreng panas2.


Nasi lemak 3 pot licin. Bangga sekejap aku!!!



Dessert Ice Cream.

Baju raya tak muat pakai jer lah jubah tahun ni!


Monday, July 30, 2012

Shopping Raya

Sabtu lepas En Win ajak beli baju budak2 kat Pavillion. Gi satu tempat jer tak kuasa aku nak jalan ker merata-rata tempat. Bila En Win cakap nak beli baju jer aku yang girang...hahaha sbb aku pun nak baju sama.

Ingat lagi dahulu kala....ahaks!. Bila bapak aku ajak beli baju raya jer wah melompat-lompat aku adik beradik gembira. Maklumlah baju ni kitaorang akan dapat beli setahun sekali jer . Kasut pun setahun sekali jer. Jadi bila ajak beli baju raya jer tak tidur malam kitaorang tak sabar tunggu hari esok. Esok pepagi reramailah naik bus pergi ke Globe. Bapak aku akan limitkan seorang anak RM200.00. Kalau aku beli yang murah makna nya banyak lah baju raya aku dapat. Kalau beli yang mahal sepasang lah jawabnya. Dengan berbekal RM200 aku dapat beli 3 pasang baju, baju tidur dan spender...wah! pandai giler aku budgetkan. Duit kasut tak termasuk dalam RM200 tu. So budget utk kasut raya bapak aku bagi RM50.00. Laju2 menuju ke Bata cari kasut tinggi. Bulan puasa mmg aku nanti2 kan sbb tak sabar nak beli baju dan kasut. Aku bukan orang senang...jadi bila tiba nak shopping terasa diri sungguh kaya waktu tu.

Berlainan dengan keluarga laki aku. Diorang macam pelik kenapa bila tiba bulan puasa aku kena tukar dan beli benda baru. Iyolah Bang adik beradik u 2 orang jer bila2 masa bapak u boleh belikan...so raya tak raya bagi u sama jer bila2 boleh beli. Orang anak ramai macam bapak I ni kena lah berjimat-cermat. Raya jer lah dapat beli benda yang baru utk anak2.

Bila dah terbiasa dengan keadaan macam ni dari kecik...benda ni aku serapkan kat anak2 cuma beli baju di Hari Raya Sahaja....tak ada makna nya aku nak beli baju korang 24jam melainkan kalau aku ada duit lebih bulan tu. Jadi bila aku cakap Sabtu ni Papa ajak beli baju raya aku boleh nampak muka anak2 aku ceria lepas tu jln sambil lompat2. See.....seronok kan suasana macam ni!



Cuma aku dan anak2 faham betapa seronok nya nak shopping raya. En Win masih blur dengan keadaan dan suasana ini. Biar arrrrrrr!!. Bagus pakai dress dan seluar pendek senang aku bogelkan nanti kat fitting room.



Tukang bayar....setahun sekali jer Pa.


Ibu yang sangat memahami perasaan anak2.


Wah! dah remaja anak mama...cari baju belang2.  Waktu membeli aku ngan En Win bagi kebebasan anak2 memilih....sbb diorang yang akan pakai nanti. Buatnya aku pilih tak berkenan kang...dah duduk jer dalam alamari tu tak berpakai. Tahun ni anak2 aku tak nak dress tak suka katanya....iyolah nak kita beli seluar jer tahun ni.



Raya cannot sexy2...letak balik.



Orang sibuk cari baju raya...En Win sibuk nak punk kan anak dia.



Geram nyer aku...sanggup dia duduk tepi jalan nak pakai kan rambut punk ni.



Ok! dah cantik


Aku ingat dapatlah shopping sekali...tak dapat En Win suruh aku guna duit sendiri. Sangat kejam! Takpe u tak kasi kan....i pun tak kasi memalam nanti...hahaha



Takpe Pa setahun sekali jer. Tempat yang aku shopping ni semua ada Sale. Contoh Guess diskaun 40% uolls. Kalau tak sale jalan terus jer yer jgn ada hati nak masuk dalam. Ini baru ada anak perempuan 2 orang kalau 8...bankrup bapak kau kan.



FIL ikut sama...tapi tak larat nak jalan tunggu kitaorang kat food court jer.



Polo pun sale 40% - 70%.  So sesiapa nak shopping baik beli sekarang tengah sale giler2 ni. Dalam masa 3 jam settled beli barang anak2 aku.

Baju kurung - Settled
Kasut - Settled
Baju - Settled.

Baru boleh tidur dengan aman...lepas ni pikir kuih raya pulak....perempuan2!!

Thursday, July 26, 2012

Mee


Semalam bila En Win tanya masak apa hari ni! Aku jawab nak goreng Mee jer.... dengan harapan bila dia dengar perkataan "Mee" dia akan ajak makan luar sekali lagi....muahahahaha.

Tak ada makna ok! Dia buat bodoh jer. Dengan harapan yang punah marilah kita keluarkan bahan2 utk mengoreng mee. Aku sediakan bahan2 jer dulu. Pukul 7.00pm  baru masak. Sedap sikit tekak budak2 tu bila makan panas2 nanti.

Tambahan makanan En Win beli kuih muih di PARAM. En Win ngan budak2 kurang makanan pedas2 so Mee aku ni tak berani lah nak letak cili banyak2. Taugeh tak suka, sayur letak sikit jer nanti tak makan budak2 ni nanti. Tension mak kau ni semua  benda tak suka. Kalau fast food tu licin korang makan yer.



Bahan2 nya


Dah Siap!


Selamat berbuka uolls!


Rindu tabiat aku...

Sejak aku kawin dan ada anak ni banyak tabiat or kegemaran aku terpaksa aku tinggal kan. Aku pun tak tahu apa yang aku sibuk kan sangat sampai benda2 ni semua aku tak dapat buat.

1. Dulu dalam sebulan aku akan beli tiga novel sekali...tapi sekarang pegang pun tak dapat. Melambak dalam laci novel baru tapi semua aku tak sempat baca lagi

2. Majalah hiburan pun macam tu gak aku beli tapi tak sempat baca.

3. Window shopping sorang2. Tak ada makna ok asal aku pakai baju cantik jer anak aku dah bising nak ikut

4. Colour rambut. Dulu 3 bulan sekali aku mesti gi colour rambut. Sekarang setahun sekali pun susah

5. Facial. Dulu sebulan sekali. Sekarang ni 3 bulan sekali pun belum tentu.

6.  Lepak ngan kawan pun dah jarang. Selalu buat plan lepas tu mesti diam macam tu jer. Memasing pun busy ngan anak2.

7. Make up. Aku dulu kalau gi kedai dekat pun rajin make up...sekarang asal dan jer muka aku keluar sampaikan En Win pun terperanjat kat bini dia sendiri.

8. Aku dulu rajin gi buat benda2 kecantikan ni macam padicure manicure, SPA, Massage tapi sekarang tak tahu kenapa macam tak ada masa utk tu semua. Apa yang aku buat ek sampai busy macam tu sekali!!

9. Dulu suka lepak2 ngan En Win dan anak2 waktu malam. Sekarang aku tahu lepas kul 10 jer kena tidur kan budak2 lepas dengan aku sekali hanyut dibuai mimpi.

10. Kalau dulu pergi kerja rajin tukar2 beg....sekarang setengah tahun pun pakai beg yang sama.

Banyak dah berubahkan...sekarang mmg x ada masa utk diri sendiri semuanya utk suami dan anak2. Jadual harian aku padat....pagi gi kerja, balik masak, mengemas, lepas tu kelam kabut hantar dan ambik anak tuisyen, tengok homework, prepare utk hari esok.

Hari Sabtu....pagi2 dah ke pasar tani, cuci baju dan kasut sekolah, masak, hantar anak2 kelas tambahan

Hari Ahad jer aku boleh berehat sebab aku akan habiskan semua kerja pada hari sabtu. Jadi hari Ahad jer lah hari aku bersama anak2 itupun kalau aku dengan En Win takde appointment. So bila masa aku nak buat rambut, bila masa aku nak buat facial cuba korang cite sikit.

Mungkin jugak bila dah semakin semakin matang dan semakin dewasa benda2 macam tu dah tak penting untuk aku. Apa yang ada kat kepala otak kerja keras cari duit lebih utk berikan keselesaan keluarga. kalau nak rehat...rehat cukup2 setahun sekali holiday lah puas2. Perasan tak kaum cina selalu ada tabiat macam ni kerja keras2 setahun sekali baru kita enjoy cuti puas2.

Tapi huhuhuhuhu......aku rindu nak buat semua tu balik.


Wednesday, July 25, 2012

Berbuka di The Ship


Semalam mmg aku malas nak masak...tiap2 hari asyik makan nasi jer sampai aku pun tak tahu nak masak lauk apa....cewah cakap tak agak2 macam semua lauk lah aku masak. Anak2 aku ni susah sikit masing2 ada lauk paberet sendiri. Yaya tak habis2 ngan kari daging atau ayam...kalau tak ada tak nak makan. Adik Ayam goreng kunyit atau telur mata. En Win Oat. Naik kembang tekak aku masak hari2 benda yg sama. Kalau aku nak makan gulai lemak ker, udang petai ker, asam pedas ker...mmg aku makan sorang jer makanan tu tiada sokongan dari mana2 ahli keluarga yang lain. Buat berpeluh ketiak aku jer masak yang makan nya balik2 aku...aku...aku. Yang gemuk aku...aku...aku. Kalau aku  bising2 barulah En Win ambik 2 sudu cicah ngan roti arab. Sakit hatikan!!! Diet tak kena tempat meyampah aku.

So decide semalam nak masak mee hailam jer....tanya budak2 diorang kata ok. Kalau mee2 ni pun boleh tahan jugak diorang suka.

EnWin:   Buka ni u masak apa

Aku: Mee Hailam

En Win: Mee Hailam jer...tak kesian ker budak2 penat berpuasa u masak mee hailam jer

Aku: Budak2 ok apa (Nyampah tau kalau aku masak mcm2 pun bukan korang makan pun)

En Win: Takpelah u tak yah masak hari ni. Esok jer masak mee tu. Hari ni I belanja The Ship.


Muahahahaha....lain kali aku nak pura2 cakap masak mee....mesti lepas tu dapat makan sedap.



Semalam tak ramai kat The Ship. Kitaorang sampai kul 7.15pm. Pukul 7.30 makanan dah sampai.



Kalau korang perasan...separuh dari gambar En Win semua dia kenyit mata. Perasan cute lah tu.



Yeah! Adik bertahan...dah 3 hari puasa penuh. Hari pertama buka pukul 3 petang. Hari Kedua buka pukul 4 petang. Lepas tu dia dapat bertahan puasa penuh sampai hari ni. Bagus sayang mama...walaupun badan dah semakin halus aku tengok. hari tu beli jeans semua part pinggang longgar. Terpaksa ambik saiz budak kecik 4 - 5 tahun. Macam mana tu dik!!!!



Starter...Roti and salad. Aku punya lah tu. Ngada stater bagai. Kelas sgt kau kan!!!



Adik ngan Yaya Chicken Chop


Aku Sizzling Beef Steak. En Win seperti biasa cuma Salad n mushroom soup. Nyampah kan!!! Buat apa kurus2 Pa...peluk tak best...Eh! puasa lupa laks.



Lapar yer sayang!!



Habiskan sikit jer lagi nak ooi!!


Hari tu waktu aku jual seluar colour2 ramai mintak aku pakai seluar oren sebagai contoh diorang nak tgk...sbb ramai reader tak konpiden pakai seluar oren. Tapi aku tak sempat buat. Semalam aku keluar sempat aku snap gambar pakai seluar oren utk tatapan korang....aaauuuwwwww.



Jgn tengok muka aku...tgk seluar jer.

Seluar ni pun balance dah tak banyak kalau korang nak cepat2 email yer ellyirfan@gmail.com . Harga RM89.90 (postage free).


Size: 28 balance 1

Size 30: Balance 3

Size 32: Balance 1

Green Size 30: Balance 1

Siapa cepat dia dapat!!!!

Tuesday, July 24, 2012

Dah nak gaji kan apa kata.....


Hahaha...sungguh keji perangai aku ni kan suruh korang berbelanja pulak. Tapi tak salah setahun sekali beli untuk adik2 dan ibu tercinta. Diana Green Apple ada keluarkan koleksi shawl cantik tertarik kau mmg debom. So sesiapa nak nampak sweet dihari raya nanti aku mmg rekemen shawl Diana ni... tapi aku tak cakap yer tudung lain tak sweet...hahahahah 



Ini salah satu contoh shawl yang ada kat blog Diana. Ada macam2 colour semuanya sweet2.

Jom visit blog Green Apple aku gerenti mmg korang akan tertarik nanti.


Pengumuman


PERHATIAN!! kepada reader yang email aku nak ambik kasut dan baju secara borong dan nak beli satu dua utk pakai raya...Sila hubungi laki aku En Win (012-3559085) utk berjumpa dan bertanya alamat kedai.

Make sure kalau nak beli nanti korang kasitau korang ni reader Elly in Wonderland nanti laki aku bagi 10% diskaun...suka tak! Ok yer apa2 call jer laki aku kalau nak buat sebarang pertanyaan dan pembelian jgn email aku yer aku dah pening.



T-Shirt

Seluar Colour2 utk Lelaki pun ada.


contoh mcm laki aku pakai ni. Kasut semua dah ada kat kedai yer korang.

Ok bai

Monday, July 23, 2012

1st Day Puasa


Dah menjadi kebiasaan hari pertama berbuka puasa kitaorang adik beradik akan berkumpul rumah mak. Ini mmg saat di nanti2kan. Nanti cucu2 semua duduk bawah beralas kan tikar....aku harus duduk atas supaya senang nak sambar makanan....Muahahahaha.

Azan berkumandang jer dengar cucu2 semua baca doa buka puasa ramai2. Suka sangat suasana mcm ni. Bila tengok susana macam ni baru terasa seronoknya anak ramai ni....meriah jer. Tapi aku pemalas dua pun dah buat aku pening.

Mak akan masak makanan kesukaan anak2nya.. Tapi yang bagus nya kitaorang ada satu jer makanan kegemaran termasuk menantu dan cucu pun dipaksa makan makanan ni.

 

Ayam cili. Terbaik, tersedap, terlazat dalam dunia. Walaupun aku dah cuba banyak kali masak ayam cili ni tapi tak sama macam mak punya. Ayam cili mak aku ni bukan jer anak2 suka sepupu, sedara, kawan2 kalau raya mesti cari ayam cili mak aku. Hari Raya harus ayam cili ni mak aku akan masak 5 - 6 ekor.



Kari Daging


Udang goreng...utk cucu yang tak makan pedas. Bukan cucu yer aku pun melantak sekali


Sampingan Meehoon goreng.


Laici menu wajib Bapak aku bila berbuka. Tiba bulan puasa jer bapak aku akan pergi Tesco beli bertin2 air laici.

Sebenarnya banyak lagi mak aku masak...tapi aku tak sabar kang aku sibuk bergambar makanan habis baik tutup camera duduk diam2 atas meja.

Kerabu Taugeh, Terubuk gorang cicah air asam dan ulam2.


Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa


Pejam celik pejam celik esok dah puasa kan korang. Baru lagi rasanya tukar duit raya utk budak2...haha itu jer aku ingatkan. Marilah kita sama2 bermaafan sempena ramadhan ini. Buang yang keruh ambik yang jernih bersihkan hati sempena menyambut bulan yang mulia ini. Mintak maaflah kat reader kalau ada ayat2 atau penulisan aku ni buat korang muntah hijau dan tersinggung. Aku juga manusia tidak lari dari kesilapan....huhuhuhu.

"SELAMAT BERPUASA UOLLS"




Ala2 dah ready nak terawih malam ni. Excited bebenor anak aku ni.

Thursday, July 19, 2012

Cousin nanunang....


Faham tak apa nanunang...itu ayat pelat anak aku waktu kecik dulu dan terbawa2 sampai sekarang. Actually bertunang. Dulu kalau anak aku nak wash hand dia akan cakap on on an....macam ajak on jer kan bunyi yer. So dah jadi rasa kod rahsia kita orang...mlm ni on on an tidur kan budak awal2....hahahaha.

Yang bertunang ni cousin laki aku...dia duduk dan bekerja kat London tunang dia jugak berlajar kat London...diorang balik sekejap nak uruskan majlis pertunang mereka. Harus lah aku kena membantu sbb aku kan suka benda2 menyibuk ni. Aku ditugaskan buat barang hantaran....dah giler agaknya suruh aku buat hantaran nak tengok aku jahanam kan nanti suruhlah. Tapi sbb laki aku merayu2 suruh aku tolong (itu tipu) aku usahakan jugak. Nasib baik office mate aku Jas ni pakar buat hantaran. So aku ngan Jas  duduk sekali bincang, beli bunga, beli buah, Sewa alas dulang, sewa dulang, cari bekas tepak sirih...semua settled baru aku bagi Jas decorate hantaran tu. Auntie laki aku ni Cina masuk Islam so dia tak berapa paham pasal benda2 hantaran ni...jadi marilah tukang sibuk ni membantu.





Cantik tak??? Sweet kan colour bunga tu. Tak sia2 aku memalam gi Petaling Street semata-mata dan bunga fresh. Pihak lelaki bagi 5 dulang plus tepak sirih so jadi 6 dulang.



Ini semua kawan2 cina dia yang belajar dan kerja di London. Disebabkan nak bagi diorang merasa adat melayu...kita suruh diorang bawa dulang hantaran nanti kerumah perempuan. Tapi 24jam asyik datang jer kat aku...mana kena jalan dulu, macam mana nak pegang, bunga tu arah mana?? Wah! kembang hidung aku terasa diri ini sangatlah penting disitu.


Asal ada majllis gedik aku datang...waktu tu lah nak melekat jer ngan laki. Anak2 harus tinggal sbb emak dan bapaknya sangatlah busy.



Laki aku and another cousin jadi ketua kumpulan utk guide cina2 tadi. Kang dia susun terbalik siapa nak jawab. Laki aku ditugaskan bawak cincin merisik. Follow by tepak sirih, cincin bertunang dan brg2 lain.


Beri laluan kat tuan belog bergambar sekejap yer...


Baju Pink tu lah cousin laki aku yang nanunang tu. Baju biru tu adik perempuan dia.



Aku suka tau sibuk2 macam ni.


Our side.


Majlis ni penuh dengan adat...berbalas2 pantun. Bercakap penuh dengan adat kemelayuan. " Apa tujuan datang kemari". " Kami ingin memetik bunga ditaman rumah ini". "Siapa kah gerangan nya sbb dirumah kita ada banyak bunga yang sedang mekar".

Aaauuuwwww aku pulak tersipu malu macam aku pulak yang nak dipinang. Entah lah jiwa aku memang sangat kemelayuan...aku mmg suka tengok benda2 yang penuh adat ni. Aku cukup pantang kalau orang datang Majlis merisik or bertunang ni pakai seluar jeans ngan t-shirt jer. Aku rasa macam tak hormat majlis yang indah ini...cewah!.


Bila dah dapat kata sepakat dan persetujuan...barulah dayang2 sepelah perempuan keluar membawa hantaran. Bestnya!! suka lah tengok.



Hantaran sebelah perempuan lagi meletup cantik! Takpe kitaorang punya sweettttt kan. Hahahaha!


Tu dia orang yang dah dipinang tadi. Majlis sarung cincin pertunangan pulak akan dilakukan.


Tak sempat ambik waktu tengah sarung cincin sbb cameraman melambak giler kat situ.


Selesai...Ibu kedua belah pihak.


Congrats to both of you!! Next week diorang dah terbang balik ke London.



Aaaaauuuuwww congrats to me also lah!! Lap u Darling.