Nuffnang Advertisement

Monday, June 25, 2012

Laki bini busy....

Hari Jumaat lepas produk sincare tabita dari Indon yang korang order dah sampai. Tak sangka pulak dapat sambutan hangat....alhamdullilah. Rezeki anak2....terima kasih kat korang jugak. Sunday baru aku start packing sbb Saturday aku busy sikit ngan aktiviti anak2. Tapi awal2 aku dah siap ambik form poslaju & beli envelope....print nama pun dah siap awal2. Jadi Sunday tu masuk kan barang dalam envelope je lah.





Ini yang siapa nak ambik hand carry



Petang aku baru start buat...ingatkan sekejap jer siap...hambek ko sampai mlm. Nak patah pinggang aku. Korang nampak tak betapa ayu nyer aku..buat kerja pun sopan jer kan....muahahahahah


Tengok muka aku dah malas masa ni...mencuka jer.


En Win pun busy gaks seluar jeans dah sampai utk stock raya...kat tepi aku gaks dia nak buat kerja. Lepas tu kira kuat2...angin aku satu badan.


Kalau mak bapak busy anak konpem terbiar. Habis aku dilanggarnya tanda protes! Ma...adik lapar. Ma...adik mandi yer....Ma...nak pakai baju jalan ker baju tidur.


Ini baru sikit ada banyak lagi kena buat....takpe2. Sebelum outsation aku kena habiskan...kalau dah hantar baru senang sikit hati aku.

Ok pada sesiapa nak order tabita lagi....stock baru akan sampai 30th June. Interested email me ya ellyirfan@gmail.com

Sesiapa yang tanya pasal barangan China....InsyaAllah akan sampai minggu. Nanti aku buzz korang yer thru email.


Berdua-duaan....romantiklah konon!!

Jumaat lepas aku ngan En Win punya anebesari yang ke 10 tahun...alhamdullilah dipanjangkan jodoh kami berdua. Semoga kekal bahagia hingga keakhirnya hayat. Selalunya kalau anibesari aku ngan En Win akan bercuti pergi tempat yang dekat2 just spend time together2...konon2 macam nak loving2 tanpa di ganggu oleh anak2...ahaks! paham2 jer lah.

Tapi tahun ni tak pergi mana2 pun sbb bulan 9 nanti nak bercuti jadi pergi makan2 jer lah. Anak awal2 dah hantar rumah mak mertua...bengang giler budak2 tu. Kalau diorg ada jangan harap aku boleh peluk En Win asyik kena tolak jer.



Tak sangka percintaan selama 8 tahun dan berkawin selama 10 tahun.
18 tahun aku ngan En Win bersama. Perangai dia aku dah masak sangat...jgn harap dia boleh menipu aku....gerak geri dia aku dah boleh baca. Kalau cakap sambil hidung kembang2 tu menipu lah jawabnya...muahahaha.



Sekali sekala keluar tanpa anak2 alangkah cerianya hidup. Senang sikit mak kau ni nak berkepit. Tak payah tengah2 makan kang ada jer salah seorg nak gi toilet, tak payah waktu jalan kang dengar korang merengek nak mainan. Kang aku borak ngan En Win diorang pun sama sibuk nak bercakap. Padahal cuma nak cakap "Yaya makan banyak tadi kat sekolah papa".

Dah licin kan muka aku "sempat lagi promote tabita"....hahaha



Aku nak cerita sikit pasal bunga yang En Win bagi ni. Lepas makan tengahari hari Jumaat tu ada orang hantar bunga kat opis....aku macam heran kenapa En Win  bagi aku Bunga Matahari tak pernah dibuat2 nya bagi aku bunga matahari..... ker ada makna disebalik bunga matahari tapi mmg pelik. So aku pun call "Thank you Darling bagi i bunga...cantik bunga matahari ni" sengaja aku tekan suara part bunga matahari tu. En Win "Bunga matahari....tadi i pilih bunga Lily lah". Apalagi macam nak mampus lah ketawa rupaya bunga aku dah tertukar dengan orang lain...called mintak hantar balik bunga Lily aku. Aku bukan apa tak boleh tengok bunga matahari mesti teringat Japar on...muahahahaha.

Kalau dulu waktu sekolah kalau dapat bunga mesti tayang2...lepas tu hidung kembang2.....eksyen sbb dapat bunga...hahahaha korang pun sama gak kan.



Malam tu dinner kat Japanese Restaurant jer (Great Eastern Mall). Bosan candle light dinner ni...nanti makan tak kenyang. Zaman bertentangan mata dah berlalu sekarang zaman makan lebih penting tak ada nak gelak cover2....kalau boleh terguling sambil gelak pun aku mampu buat.



Yummy! Sedap giler Wahyu beef ni


    
Ni set salmon aku. 


Licin ok....bukan setakat licin order lagi daging ni satu pinggan lagi. Giler kuat melantak laki bini. Ada aku kesah!!


Comel lah konon....
 





Eh! aku dah gemuk balik lah...cuba tgk lengan aku.



Lepas makan2 ingat nak lepak Shangri La tgk live band. Waktu turun tu nampak ada show pulak kat Alexis...Ning Baizura buat persembahan. Boleh lah....



Ticket pun tak mahal RM35.00 per person. Belasah jer lah janji boleh goyang kaki dan badan. Dah tuo ni tak berani beriya-iya menari kang aku pulak over terkejut beruk pulak budak2 tu nanti. 






Jap nak bagi telinga korang menanah sikit...hahahaha. Dulukan waktu mula2 aku bercinta dengan En Win ...Ning Baizura tengah meletup dengan lagu Pasti. Lirik lagu tu macam ni "Sayang kehadiran mu disisi, indah dan bererti menyinari hidup ku kini" aaaauuuwwww...aku pun tuju lah lagu ni utk En Win "I tujukan lagu Pasti ni khas utk u" geli tak!!! So bila dengar lagu ni dalam kereta...beriya2 aku ngan En Win nyanyi.

So malam tu request lagu Pasti suruh Ning Baizura nyanyikan...permintaan dimakbulkan oleh Ning Baizura. Apalagi berpeluk2 aku ngan En Win kat situ....sedih pun ada gak sebab lagu tu ingatkan kembali percintaan kitaorang waktu tu..... dah 18 tahun kami berkawan...alhamdullilah syukur yaAllah temukan aku dengan En Win.




Aku duduk kat bahagian bar...sbb kerusi kat depan semua dah penuh. Tapi still boleh nampak Ning Baizura dari jauh. Suara Ning mmg terbaiklah...



I Luv u Pa....(muntah darah lah korang)...hahahah




Me & Hubby....PASTI


Friday, June 22, 2012

Happy Anniversary Darling!!

Happy Anniversary Darling! Its been the most awesome & beautiful 10 years of marriage & may union last a lifetime. I luv u so much....
                    






Actuallykan uollsss i banyak nak cite, nak gossip ngan korang tapi tengah busy tahap gaban sbb next week outstation...nanti kita borak lagi yer..

ta ta ti ti tu tu

Thursday, June 21, 2012

Tabita oh Tabita

Pengumuman kepada sesiapa yang order Tabita. Barang esok sampai...nanti aku email bagi details bank kat korang yang order. Tunggu yer.

"Kejelitaan adalah milik setiap insan"

Wednesday, June 20, 2012

Kiddos Karaoke

Aku sukan menyanyi...kiddos pun suka menyanyi. Walaupun suara kelaut tapi paksa jugak anak cakap sedap kalau tak mama tak nak belanja lagi. Rasa bersalah pulak hari tu gi karaoke ngan kengkawan....sambil nyanyi tu teringat kat anak2 sbb diorang mmg suka gi karaoke. Aku kan mak yang baik dan disayangi anak2 mana2 pergi teringat anak2...itu tipu. Aku kalau jumpa kawan tak sedar diri sikit laki aku pun aku tak ingat....muahahahahaha.

Anak aku ni memang kuat menyanyi...ikut siapa lah agaknya *matakeatas*. Habis jer belajar sorang bukak ipad sorang buka laptop cari lagu kat you tube....Big Time Rush lah, Selena Gomez lah, Justin lah lagi seorang yang diorang minat entah siapa tah nama budak tu ala yang berlakon Hana Montana tu. Lantaklah mak kau ni minat Uji Rasjid jer.

Hari Sabtu.... lepas mtg ngan budak2 blogger (aaauuuwww ni projek rahsia) aku bawak budak2 gi Wangsa Walk...kitaorang bertiga jer...En Win tak join sbb ada kerja kena settled. Bawak diorang gi makan dulu lepas tu tanya nak tengok wayang ker nak karaoke....laju2 jawab karaoke. Bertambah senang lah kerja mak kau ni. Marilah anak2 kita burgembira!!



Makan kat Box Office sebelah TGV kat Wangsa Walk....tak sedap. Korang jangan pergi tak berbaloi.



Alahai anak mama nak menyanyi yer....Dah besar ni senang sikit aku nak angkut kemana-mana. Encik Win tak ada hal punya bawak lah mana2 asal kan anak dia selamat. Ini lah masa aku boleh bawak diorang esok2 dah besar sikit mesti dah tak nak ikut. Dah besarlah kata kan!!



Hambek kau lagu tak agak2...ombak rindu lagu aku, kesetiaan pun lagu aku, who says lagu Yaya, Sampai menutup mata lagu aku, ketahuan lagu aku...hahahaha bila budak2 nak nyanyi....ok aku tipu ini semua anak2 aku yang pilih...hari tu aku tak nyanyi langsung bagi kat budak2 jer melalak aku dah letih.

Tapi x best lah Karaoke kat Wangsa Walk ni...tak silap aku nama tempat ni song box. Lagu very limited...tak banyak lagu latest...kesian anak2 aku nak nyanyi lagu English yg latest semua tak ada. Patutlah murah RM18 hinggit satu jam.



Wah! adik muka tak ada perasaan nyanyi lagu Ombak Rindu. Dia lah Hafiz...dialah Adira. Ambik mood dik....ambik mood...



Macam ni lah kena ceria...menghayati lagu! Tapi kena gali lagi lirik tu....muahahahaha



Yes!! semangat dah bangkit. Baru lah mama boleh loncat2 kat dalam bilik tu.



Mama...Yaya nak nyanyi sorang2 mama tak yah nyanyi...mama diam tau. Wah! kurang ajar ini anak...aku kan guru vokal...nyanyian harus dipimpin....kalau tidak kelaut nak ooi!



"Berdua lebih baik"



Waktu ni dah penat...mana tidaknya sorang nyanyi dekat 10 lagu...tahu korang bosan kan. Aku yang mendengar ni tanpa menyanyi lagi bosan!

Bulan depan jer kita gi lagi...kalau tiap2 minggu bankrup mak bapak ko ni.

Tuesday, June 19, 2012

Geng Budak College!!

Rindu2 giler kat kengkawan college....lama sangat tak jumpa diorang bukan tak jumpa jer call pun tak ada ok!! Memasing busy ngan Family dan kerja. So aku tak salahkan diorang sbb aku pun sama. Selalu kalau buat plan mesti cancel last minutes ada jer masalah sorang2.

Dekat College dulu kitaorang 5 sekawan...Aku, Hani, Ija, Pujy n Kak Nurul. Tapi Kak Nurul ni dia baik sikit so kawan dalam class jer tapi rapatlah. Lagi 3 orang ni mmg geng jahat aku...ada jer aktiviti jahat yang kitaorang buat. Pernah sekali tu tipu mak bapak kata gi lawatan sampai berlajar padahal kitaorang gi Langkawi berjimba kat sana....jahatkan. Rindu giler zaman tu tak payah pun pikir masalah...kehidupan tahu nak seronok jer.

Last week dengan tiba2 Pujy called aku ajak keluar...dia kata ada banyak benda dia nak share dengan kitaorang...dari suara dia aku rasa macam ada sesuatu...so Friday lepas berkumpul lah kami di depan Pavillion tapi pukul 10 malam jer selepas anak2 semua tidur barulah kitaorang keluar. Cuma aku Pujy dan Ija jer ada. Hani dah menetap kat LA  bersama suami nya. Serius Hani kalau kau baca blog ni kitaorang rindu giler kat kau sangat...rindu dengan sikap kau yang blur2 tu...hahahah.

Kitaorang berlima mmg rapat macam tak dapat dipisahkan....setiap hari ada jer benda digossipkan...buat assignment sama2. Makan sesama kalau tak cukup duit share....sepinggan makan ramai2. Rindu nya!!!!



Lepak kat Coffee Club depan Uniqlo.



Semua dah beranak pinak. Pujy nak ada 3 orang anak (sebelah Kiri), Ija dah ada 2 orang anak. Kalau dulu hujung minggu jer berjimba gelak2 macam nak mampus lepas tu nak balik rumah takut!! bodoh betul.



Pujy dan Ija...dua2 ketot...hahaha. Pujy dulu kat College famous giler ramai boipren budak ni sampai Abby Abadi pun jeles ngan dia. Mmg betul pun dulu cute jer Pujy ckp lemah lembut jer tapi cuma depan lelaki jer ya...sebenarnya dia brutal berani nak mampus. Kalau tipu muka selamba jer. Ija pulak consider kayalah dulu2 sbb dia seorang jer pakai handphone dekat group kitaorang so mmg asyik kena pinjam jer lah.


 
Banyak benda yang kitaorang bincangkan...suka dan duka kehidupan. Kau nasihat aku....aku nasihatkan kau. Semoga kau tabah ia Pujy...kehidupan kena teruskan. Kita orang ada utk menjadi pendengar yang baik dan akan selalu support kau dari belakang.



Tak makan heavy malam tu sbb dah malam bebenor



Spagetti....aku punya habis licin nko

Lepas dah makan2...lepas sessi luahkan perasaan baru lapang sikit dada. Barulah boleh ENJOY!!. Karaoke jom....Red Box Pavillion.



Me n Ija


Me n Pujy


Shila Hamzah....aaauuuwwwws! Kenapa lah suara kau ni sedap sangat...haktui!!



Nyanyi Pujy...lupakan masalah.



Ija yang cute...walaupun dah anak dua.



Aku lagi...ini kan blog aku harus gambar aku banyak.



Gelek jangan tak gelek.


Dah besar kan kita...tapi still terloncat-loncat kat dalam tu. Lupa sekejapa perut aku yg berjahit tu!!



tak tahu lah bila pulak next perjumpaan...balik hari tu almost pukul 2 pagi. Sekali sekala yer Pa u jaga anak bini u ni nak jugak perasan remaja. Hani kau balik Raya nanti kita jumpa yer...buat reunion balik. Kak Nurul join sekali yer.