Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 30, 2012

Designer katanya....


Yaya bila meningkat usia aku dah boleh nampak kecendurangan dia dalam berfesyen. Usia dia seawal 5 tahun dia dah pandai bergaya *matilahpujianaksendiri*. So aku sebagai ibu just support jer minat anak2. Dia suka baca buka fesyen, kalau bukak youtube pun cari ttg fesyen, main games berunsurkan fesyen so minat dia memang kearah fesyen. Dia pengkritik aku...kalau aku pakai tak sesuai nanti dia cakap "ma baju ni tak lawa"..."baiklah nak mama tukar".

So kerja aku tak habis2 beli buku art, bermacam2 jenis colour pencil, A4 paper, colour paper dan mcm2 lagi lah. Dia boleh duduk berjam2 atas meja design baju, kasut dan handbeg. Seperti biasa adik suka sibuk walaupun hakikatnya dia tak pandai melukis langsung sebijik macam perangai aku. Sampai sekarang aku tak pandai lukis rumah dan gambar orang. Setakat orang lidi itu lah yang paling cantik aku dapat lakukan....muahahahaha.

Selain melukis Yaya suka buat krafttangan macam cekak rambut, buat rantai n gelang manik, reben rambut.  Kerja gentel mengental bukan aku yer. Tak ada makna aku nak duduk berjam2 gentel manik tu....paling lama aku boleh gentel pun  1/2 jam lebih dari tu nanti aku menguap jer. Cuti sekolah ini lah kerja dia kat rumah.







macam idup jer mata ni kan. kalau aku harus mata tu sebelah kecik sebelah besar.



Dia suka lukis kasut...tak faham aku bila dia start jer pegang pencil laju jer tangan tu...tau2 benda tu dah siap cantik.


Ni gambar dia lukis malam tadi...mama doa kan semoga berjaya yer nak! sibuk sangat nak jadi designer besar nanti. InsyaAllah...Mama n Papa will support u sampai berjaya. Amin.




"mama ni asyik ambik gambar Yaya jer...adik pun lukis cantik gak"



Wah! meletup dik...

Tuesday, May 29, 2012

Adik beradik....


Ahaks! Kembar siam...tapi x seiras. Muahahahahaha

Dah beli......*matakedip2*

Aku kan tak meyempat...kalau nak dan2 tu jugak berusaha cari. Sangat tak bagus perangai ni. Tu sebab kalau orang cerita pasal benda2 cantik or  barang2 latest aku tak nak ambik tahu atau dengar. Once aku  dapat tahu habis nanti aku tak boleh tidur malam asyik terbayang jer benda tu. Benda2 macam ni aku tak berani mintak kat En Win dia pun malas nak layan permintaan aku yang remeh temeh ni. So aku beli sendiri senyap2 lepas tu sorak kat bonet kereta...dia tak ada rumah jer aku cepat2 keluarkan. Tau2 dah pakai jer...lepas tu dia menjeling kat aku....muahahahaha.

Kelemahan aku yang paling ketara korang pun tahu kan apalagi handbeg lah! Aku boleh jadi separuh giler kalau minat sesuatu handbeg...itu sbb aku peruntukan duit kutu beli handbeg. Kalau tak sabar aku pakai credit card En Win lepas tu bergaduh besar...muahahahaha. Kronik kan...ker bukan aku jer perangai macam ni. Dia macam satu kepuasan kalau korang dapat memiliki sesuatu barang yang diimpikan...korang terpaksa kerja keras so bila dapat *goyang2bontot*.

So hari tu aku sibuk sangat colour block....ptg tu jugak kaki aku cepat jer melangkah gi shopping complex cari suar colour2 ni. Sampai jer rumah bila tengok balik rasa segan pulak nak pakai....muahahaha. Biar ahh gi ambik anak sekolah pun aku pakai seluar ni nanti.





Hijau, Kuning Biru (aku rasa aku dah giler lah....budak2 muda pun x sanggup pakai...ini pulak perempuan beranak 2 yang tak sedar diri. Kata trend mesti orang kata aku mama vogue ikut trend terkini (sedapkan hati cakap sorang2).


Kalau beli seluar kena beli baju sekali





Block sangattttttt !!!

Monday, May 28, 2012

Grand Lexis PD

Hari ni banyak gambar aku nak riak kat korang...ini pun aku malas nak upload banyak2. Kalau aku rajin mau korang muntah darah tengok aku yang poyo ni. Malas2 pun aku rasa banyak giler aku tepek kan kat sini. Tak apalah cuci mata pepagi Isnin ni yer dak.

Cuti sekolah ni aku memang tak tahu nak bawak anak2 bercuti kat mana so aku decide gi tempat dekat2 jer. Nampak tak ayat aku decide...hahaha tak tanya laki langsung....terus buat keputusan sendiri. Aku dah masak dengan perangai En Win kalau tunggu dia yang organise mmg sampai kesudah tak gi mana2. Jadi aku yang arrange dia cuma bayar jer.

Tempat pilihan bercuti kat Grand Lexis PD ....nasib baik ada bilik sbb selalu kalau cuti sekolah jangan harap korang dapat bilik kalau last minit booking. Aku ambik bilik yang ada private pool senang aku anak beranak nak berkubang sampai tengah malam. Bertolak Jumaat malam sampai PD dalam pukul 11 malam. Mmg lah rugi tengah malam baru sampai tapi kalau check in saturday entah2 pukul 4pm baru dapat masuk kesian budak2 mandi sekejap jer. Ahad nak check out sbb Isnin kitaorag kerja. Lantak lah janji anak aku happy duit boleh carikan.




Bilik besar ada dua king size bed...memang selesa giler. Kalau tak silap aku bilik ni "Deluxe Suite".






Aku baru nak tangkap gambar pool...anak2 ngan laki aku dah terjun kat swimming pool. Very d jakun. Pukul 11pm korang dia berkubang anak beranak. Lantak korang lah. Aku ingat anak aku jer jakun rupanya bilik sebelah pun aku boleh dengar diorg berkubang jugak.


Aauuuwwww...sejuk kita touch2 guna kaki jer lah


Awal korang bangun yer...tak makan bekpes pun terus terjun kat pool.



Ini ketua kumpulan...kejap lagi korang tengok dia lebih dari budak2.



Tak boleh jadi ni...harus aku join.




Betul tak aku ckp!!!!


Dia lagi...


Habis terkeluar air dalam pool tu.


Anak2 aku mmg happy tahap maximum. Berendam dari pukul 10 pagi sampai 11 malam. naik bila time makan jer. Aku biar kan jer lantak korang lah berendam. Aku membuta kat bilik.


Dia lagi...terlompat2.


Nak buat apa pulak ni??



Aaaauuuwww main gigit 2telinga. Aku mmg kena bully asyik kena jadi monyet jer asal dapat pegang bola nanti En Win tarik kaki aku tercungap2 aku nak bernafas.



Aku tak berani mandi lelama takut jahit kembang...ahaks!



Bersiap utk makan tengahari


My Family...


Adik


Yaya










Dah tinggi anak aku ni!






Lepas lunch sambung pulak kat pool luar





Keluar minum petang pulak. Perempuan poyo kan!


Sempat singgah kat tempat ATV. Waktu main korang tak perasan pun tempat ni berlumpuh kan!


Bukan main korang yer!


Habis satu badan berlumpuh. Macam mana nak naik kereta ni!!!





Tak puas naik satu lagi round....kereta lain pulak






Duduk lah atas kertas. Jgn gerak2 keras kan badan!


Dinner




Tahu korang lapar yer!


Lepas dinner jalan2 taman....aaauuuwwww!




Setiap kali swimming mesti beli pelampung...tak faham aku!


En Win mmg rajin melayan kerenah budak2.


macam selalu bercuti kan....mcm2 dia angkut lepas tu nanti kat rumah benda ni bersepah.





Wajib beli sampai rumah benda ni korang campak.


Tak menyempat mlm tu jugak nak pasang dan main. Waktu ni pukul 10 malam ok....


Berkubang sampai kul 12pm. Naik kecut aku tengok badan korang.


We all really enjoy this time...seronok sekali sekali berehat satu keluarga. Rasa macam tak nak balik jer. Nanti kita gi lagi yer.