Nuffnang Advertisement

Friday, April 27, 2012

Kiddos...

Semenjak aku sakit ni perangai budak2 ni bukan main nakal tak ingat. Tak terkata aku....sampai tahap aku tengok jer mulut terkunci. Tak tahu duduk diam seminit pun.

Balik sekolah sampai rumah dalam pukul 7pm...kelam kabut cari nasi atas meja kelaparan....mana tak nyer duit belanja aku bagi buat beli eraser ngan mainan kecik2 kat book shop. Lepas tu tukar2 ngan adik dia.Tengah makan mulut bukan main bising bercakap berdua lepas tu tergelak terbahak2. Puas aku nasihat jgn berckp waktu makan tak peduli langsung....5 minit jer senyap lepas tu sambung balik memekak.

Lepas makan rehat 15 minit aku suruh mandi....aku tgh basuh pinggang kat bawah boleh dengar diorg terjerit2 dalam bilik air kat atas....kang aku dengar si adik menjerit "Mama....Yaya tak gosok gigi". Aku sabar lagi....kang dengar pulak si kakak menjerit "mama adik syampu sekerat kepala jer". Kadang2 aku buat bodoh jer....tiba2 kang aku dengar jeritan kuat pulak sbb main simbah2 air. Aku start lah naik hantu....naik atas sorang2 kena bantai kat bontot. Terdiam 15 minit...tak berani tgk muka mama dia menjadi singa jadian.

Lepas mandi lagi satu hal....mesti jerit lagi "mama nak pakai baju tidur ker baju jalan" dah tahu malam lagi nak tanya baju apa nak pakai. Badan & rambut tak lap kering2 terus pakai baju....lepas tu konpiden turun bawah kata dah siap. Dengan rambut tak bersikat menitik basah lagi....korang kata dah siap. Sekali lagi amukan berlaku. Kadang2 naik letih aku nak berckp and nasihat. Dua tiga hari jer ikut lepas tu jadi balik. Ini semua sbb diorang berdua combine kalau kakak ikut peraturan adik tak ikut itu yang jadi kucar kacir...adik mama x lap kering...yaya lap. Macam tu lah sebaliknyer.

Pukul 9 mlm semua depan meja buat kerja sekolah...aku akan check satu2 buku tengok homework ada ker tak. Time mengajar tak ada main2....kalau tak ada homework diorang kena buat latihan. Aku mmg x ada kesabaran time mengajar. Aku blh ajar sampai 3 kali jer masuk kali keempat tak faham jugak memang jeritan aku mengalahkan ning baizura. Sampai baling buku pun pernah aku buat....belum lagi tunjal kepala diorg ngan pencil. Korang angin tak....kalau lagu tu bukan main boleh hafal. Tapi bila suruh hafal kali mulut terkulat nak jawab. Menitik2 air mata apa aku pedulik.

Belajar habis dlm pukul 10pm.....tadi melalak kan time belajar....itu semua pura2 mintak simpati. Habis belajar jer bukak computer pasang you tube dengar lagu Big Time Rush lepas tu terkinja2 menari. Boleh pulak menari step sama dlm you tube. Mendidih tak korang. Dah puas menari.....boleh pulak aku dengar suara mengaji ...bila aku intai....mak ai siap pakai telekung bagai. Habis mengaji sambung menyanyi balik sampai pukul 11 mlm. Tak tahu letih langsung....esok pukul 6.30 pagi dah bangun. Itu belum lagi kalau datang kreativti melukis pulak habis kertas A4 paper berselerak atas lantai...tak cantik jer campak...wah! kuli korang ada kan nak kutip.

Aku sekarang malas nak menjerit lagi....tau2 zassss rotan kena bontot. Nak suruh tidur pun bergaduh "mama....adik tak tutup mata"......"mama.....yaya bercakap adik tak boleh tidur". Aduan demi aduan aku kena dengar. Tapi kalau difirkan balik masa cepat betul berlalu....esok masing2 dah besar mesti dah tak ada kerenah macam ni....kerenah remaja pulak pulak diorang bawak.


"Mama.....sayang both of you so much.....meh sini mama peluk korang ketat"



Danea Irfan



Ameera Danii


Thursday, April 26, 2012

Cantik....

Aku suka tgk orang cantik.....lepas tu aku perasan orang tu aku. Itu lah kerja aku asyik berangan jer. Nak buat rambut macam tu lah.....nak colour macam tu lah.....nak cari baju sama lah. Ini lah kerja aku kalau tengah boring.

Lately ni aku suka sangat tengok Scha.....dia makin kurus... rambut dia cantik giler. Perangai dia pun aku suka tak hiprokrit....kekasaran dia sangat teserlah. Eh! sebijik lah macam aku (nak jugak sama). Aku dah tahu mana tempat dia buat rambut....kalau korang tak percaya tak lama lagi rambut aku mesti panjang macam Scha...giler tak....giler kan!!! Itu angan2 aku jer lah. Hidup kena ada angan2 baru kita akan berusaha kearah tu.....betul tak. Korang layan jer lah perangai aku yang tak berapa betul ni yer!

Aku kalau suka tengok seseorang tu....aku akan tengok jer. Jadikan wall paper....bukak internet cari cite pasal dia....beli magazine. Agak2 aku dah puas hati aku minat orang lain pulak.....hahahaha. Lepas tu aku akan study betul2 apa dia pakai, style rambut, handbeg dia....wah! giler teliti kan. Lepas tu aku meroyan sorang2....senyum sorang2.

Perangai aku ni turun kat Yaya....dia pun suka tengok orang cantik. Lepas tu cari kat internet...berjam2 tgk gambar orang tu. Dulu dia giler Hana Montana....melambak magazine. Sekarang Selena Gomez.....nak meningkat remaja lah kata kan! Sekarang tak main beli baju GIRLS....imej dah bertukar kepada Miss What Ever....wah! melampau kau kan!!



Comeikan! Colour baju dia cantik sangat...simple jer. Rambut gulung2 anjer, Suka3. Raya nak buat fesyen ni lah.....jangan tiru aku ok....nanti sama. Aku tiru orang takpe.



Baju  ni pun cantik...ada reben kat pinggang. Holloh...holloh....hollloh vogue nyer.


Kenapa lah waktu aku kawin...diorg tak design baju aku macam ni....kalau tak mesti aku jelita...hahahahaha.



Colour lipstik dia cantik kan...jap2 aku tweet dia tanya  colour apa...nanti aku sebarkan kat korang!


Tapi kan korang ada satu lagi yang aku angan2 kan....entah beli lah dapat pikul kat bahu ni. Tengah berusaha kumpul duit secara senyap....dapat benda ni setahun tak beli lain!





Nak tahu tak.....



























sabar2



























OMG cantik nyer!































Handbeg lah apa lagi. Kerengga Kurus oooiiiiiii.....copetlah.....mak tak sabar ni nak buat sistem Bater ni!!!!!!


Tuesday, April 24, 2012

Ubat Perancang....

Last week gi hospital lagi buat check up....scan isi perut utk konpem kan sekali lagi semua nyer dah clear. Alhamdullilah....so far so good. So doktor tanya bila aku nak start mengandung....sbb penyakit Endo ni kalau mengandung dia akan mengecut. Kalau tak mengandung kemungkinan besar ia akan tumbuh dan aktif kembali. Takut tak dengar!! Penyakit ni mmg nak suruh aku beranak 10 agaknya....rezeki2!!

Disebabkan aku baru lepas operation badan belum cukup pulih sepenuhnya....aku ngan En Win decide utk mengandung tahun depan jer. So doktor nasihat aku makan pil perancang sbb pil ni pun dapat membantu mengecutkan Endo ni. Aku tak boleh rancang sendiri tanpa makan apa2 ubat sbb Endo ni akan bergerak aktif semula. Lagi satu doktor nasihatkan aku supaya jgn stress sbb penyakit ni suka hinggap kat org2 yang suka berfikir dan stress tak tentu hala.

Itulah perangai aku sebenarnya....pasal kain tak lipat pun aku boleh stress. Aku suka fikir sesuatu kerja sampai kadang2 tak boleh tidur. Nasib baik aku tak jadi Menteri kalau tak 10 kali kot aku kena potong perut.....hahahahaha. Aku suka ketawa aku suka buat orang ketawa tapi dalam happy2 sebenarnya otak aku selalu pikir benda lain....lepas tu tetiba aku tension. Aku suka fikir future...apa aku nak jadi dalam masa 5 tahun lagi. En Win selalu kata aku giler...."ma kita pikir tahun ni punya hal yg u nak fikir 5 tahun akan datang buat apa".  Jadi sekarang bila aku start fikir atau stress sesuatu benda aku akan sematkan kat kepala otak aku ni "jangan fikir nanti ada benda dlm perut marah dan akan meletup bila2 masa". nampak macam mujarab tektik ni.

Penyakit ni mmg betul beri aku kesedaran utk mengutamakan kesihatan, jaga pemakanan kalau tak aku belasah makan ikut tekak aku jer....cili padi kalau tak ada tak boleh makan. Minum air sejuk jer tak main panas2 ni. Sekarang teguk lah air suam 24jam. Inilah manusiakan kena bagi kesedaran sikit baru berubah. Syukur Tuhan memberi kesedaran utk aku.


So sekarang ini lah rutin aku tiap2 hari makan pil.


Ada pesanan sikit : Kepada reader yang kerja asyik caci maki aku cukup2 lah...kalau rasa tak suka blog ni jangan baca...aku tak paksa pun ko baca. Siap tanya sama ada En Win agama hindu ker Islam....ko siapa nak tanya soalan macam tu?. Allah sengaja turun kan aku bala sebab aku tak tutup aurat. Sedap mulut kau kan...kalau perangai kau tu elok sangat kau tak kutuk orang macam tu....nasihat elok2...insyaAllah orang terima. Nampak sangat ko suka aku sebenarnya tapi dalam hati ko ada tersemat rasa cemburu itu yang 24jam baca dan cuba cari kesalahan aku. Bila dapat kutuk kau rasa puas sbb dapat sakitkan hati aku. Tapi aku macam ni jugak.....tak tergugat langsung. Tapi kalau ko rasa caci maki ni jer dapat menyedarkan aku....ok lah aku terima....suka hatilah Labu.

Monday, April 23, 2012

The Ship...

Sabtu lepas gi makan kat The Ship...ingat tak sebelum operate En Win bawak aku kat sini tapi waktu tu aku tak lalu makan ala2 risau. So sekarang selera tu dah datang balik dengan pantas idea mengajak ker The Ship terlintas kat kepala aku. Memang sepanjang berpantang otak aku tak pikir benda lain....makan3. Budak2 opis ni sengaja pedajal aku tak habis2 update pasal makanan. Venchi tau. Tapi kan korang budak opis ni sebelum operate sempat lagi masak kan aku tempoyak patin. Thanks Jas....I Lap u lah.



Berat badan aku turun 3kg....tak suka sbb aku rasa sekarang badan kecik tapi tetek besar mcm tak balance pulak.



Style rambut terbaru En Win. Tak habis2 tgk you tube cara2 macam mana nak stylo kan rambut. Tapi aku tengok macam tu jugak....hahahahaha. Sejak pandai bertwitter ni bukan main handphone kat tangan 24 jam. Dulu memekak kat aku sekarang dia lagi teruk. Tak agak2 kawan ngan Azwan Ali....hahahah kaki gosip jugak laki aku ni yer.



Fuyoo! ada cahaya.....sekali lagi dik!


Barulah merpati dua sejoli.....aaauuuuuwwwwww!


Sejak aku sakit perangai menjadi-jadi nakal...En Win melayan jer nak marah anak jangan harap. Aku pandang jer nak jerit takut perut terburai....aku penjam jer mata kalau aku bukak mata tengok perangai diorang memang boleh jadi singa jadian. Kertas bersepah2....wah! lepas lukis jer baling bawah katil. Nak mandi kat situ bukak baju kat situ dia biarkan. Kalau aku sihat mmg seorang2 kena tarik telinga. Itu belum mandi terjerit2....berjam2 dalam bilik air. Macam mak ko ni tokey sabun habis lantai diorg syanpukan. Bila aku suruh En Win tengok dia boleh jawab "Biarlah ma...u pun dulu macam tu gak". Terbakar telinga aku dengar. 


Tapi kalau diorg tak ada sunyi pulak rumah. Kejap2 kang aku boleh dengar ketawa terbahak2....kejap2 kang berdetum pintu bilik bergaduh tak nak kawan. Kejap2 kang datang kat aku mengadu Yaya lempang adik.....adik yang cucuk mata Yaya dulu. Poning den!


Sejak tukar sekolah ni.....Yaya jadi pendiam. Dia tak suka sekolah baru sbb bercampur ngan budak lelaki. Dia kata budak2 kelas semua tak nak kawan Yaya....diaorang kata Yaya sombong. Anak aku ni mmg diva sikit selagi orang tak tegur jgn harap dia nak bercakap. Korang percaya tak dah 3 bulan sekolah kawan dia 2 orang jer. Aku yang risau...tapi dia selamba jer. "Tak ada kawan lagi bagus....boleh makan dan belajar ngan aman tak payah borak" boleh jawab macam tu.

Adik lain pulak....dia yang jadi ketua kumpulan. Hantar kat sekolah bila kawan2 nampak jer muka dia siap berlari2....Ameera2 kita nak cop kan tempat awak. Wah! diva ko yer. Hari tu balik  mengadu cikgu suruh ketuk ketampi....bila aku tanya kenapa? "adik bercakap dalam kelas lepas tu ketua darjah tulis nama adik", Berapa orang kena? " Empat orang....adik dah cakap ngan semua org jgn kawan ketua darjah tu". Fuyooo! bukan main samseng ko kan....macam perangai aku jer....hahahahaha


FIL n MIL ikut sekali.


Makanan orang sakit Salmon jer....nak makan Steak En Win tak bagi dia kata luka aku tak baik lagi.


Yaya....Chicken Chop


MIL ~ Nasi Goreng


Adik ~ Meehoon goreng. Makan En Win dan FIL aku tak sempat ambik sbb dah kelaparan.


Tengah bodek suruh beli mainan.


Aauuuuwwww sila lihat kaki......ahaks! Kasut baru.

Thursday, April 19, 2012

Horman gedik sedang bertindak.....ahaks!

Sekarang badan rasa semakin sihat.....suara dah start macam tertelan mic balik. Dah start mengajar anak2. YaAllah sejak aku sakit tak dapat nak tengok homework memasing....main suka mak bapak diorg jer tulisan kecik besar macam cakar ayam. Naik hantu lah sekejap....terbuntang-buntang biji mata aku.

Aku rasa kalau aku mengandung aku akan cuba sedaya upaya beranak secara normal seperti yang sebelum nyer. Senang jaga pepek ni.....seminggu dah kering. Kalau operate macam giler nak jaga. Terbatuk macam nak terburai isi perut. Seminggu perut aku kembung susah nak kentut...kalau tak pagi2 berlawan2 aku ngan En Win siapa punya kentut paling panjang ngan kuat. Itu belum lagi susah berak. Jalan dah macam robot tak boleh terentak. Luka dalam luar kena jaga. Kena keringkan betul2 kipas dekat 15 minit baru pakai panties. Seksa korang. Aku dah lah tak tahu duduk diam.....bila terlentang 24jam angin meroyan aku datang lah. Asyik fikir makanan jer. Aku mmg serik...pengajaran buat aku betul.

Next week dah start kerja so kena ringan2 kan badan ni sikit....kena banyak bergerak. Jadi marilah kita ke KLCC mencuci mata. En Win tak pergi so jalan2 ngan kawan aku Liza. Ingat nak cari baju kerja sikit....tapikan korang dah terbeli benda.......jap lagi aku tunjuk.



Muka gembira dapat keluar....dah lama tak pegang camera. Macam ni lah jadi nyer. Layan jer lah aku yer sebab waktu ni hormon gedik aku tengah meningkat...ahaks! Best nyer salah kan hormon.



Terasa nak ikut budak2 remaja bergambar. Aku pun heran knp budak2 sekarang suka sangat bila tangkap gambar kembung2kan pipi.


Hormon kata buat macam ni nampak sporting....betul lah nampak sporting!! muahahahaha



Kpop style.....

Mmg asal nyer aku nak pergi KLCC nak cari baju kerja. Nak cari suara palazo yang bergetah sbb baju office aku semua sendat2...takut kalau pakai dia terkena jahitan. Tapikan korang bila aku masuk kedai ni aku ternampak sesuatu benda yang sangat cantik.....kromoson dan hormon menguasai diri...kaki melangkah laju ker ATM Machine tanpa memikirkan pembaziran. Syaitan menguasai diri "beli lah hadiah utk diri sendiri sempena berjaya mengharungi keperitan" wah! jahatnyer syaitan. Aku pun jahat jugak sbb termakan kata2 itu....dengan redha membeli dan membayar dikaunter dan sangat puas hati. Baju tak jadi beli....sbbb duit dah tak cukup.


OMG.....apa yang telah aku lakukan! Nak tengok tak....










telan air liur













pejamkan mata










1















2















3











bukak balik mata

















tadaaaaa





OH MY GUCCI!

Sekian....ok bai!

Monday, April 16, 2012

I luv u Darling....aaaauuuwwwww!

Aaaaauuuwwwww....matilah topik puji laki hari ni. Harap jangan muntah darah sbb aku mmg nak puji En Win hari ni. En Win orang dia mmg simple sangat....tak suka fikir problem langsung. Kalau ada masalah pun dia cool jer. Dia sentiasa ceria & pandai menjaga hati semua orang. Satu benda jer dalam hidup En Win dia tak suka bila dia balik rumah aku buat muka masam atau boikot tak bercakap . Mmg pantang datuk nenek dia. Dia tak suka aku susah hati, dia tak suka bila aku senyap. Dia tahu wife dia ni kuat membebel. Kalau senyap maknanya adalah yang aku tak puas hati. Dia tak suka bergaduh....dia tak suka tengok aku merajuk. Mmg kami jarang bergaduh kalau bergaduh pun mesti sbb aku yang suka cari pasal.

So bila doktor kata aku ada ketumbuhan aku melalak bukan main tapi dia tetap cool. Dia tak nak cakap atau pun buat keputusan apa2 pun pada masa itu. Dibiarkan aku luah kan segala2nya. Dia biarkan aku menangis sepuasnya. Lagi lah aku tensi tengok muka dia macam tak ada hal jer. Esok nyer baru dia nasihatkan aku. "Ma benda dah terjadi u menangis pun kita still kena hadapi....tak payah risau2 doktor tau apa yang dia kena buat...u susah hati...u menangis.....u mengamuk itu semua kerja syaitan....u patut bersyukur sbb kita dapat selesaikan masalah ni sebelum terlambat". "Just believe in yourself, pray to Allah, everything will be fine". Cool kan dia....hahahahaha.

Sepatutnya selepas aku operate...anak2 semua akan dihantar rumah MIL. Tapi En Win tak nak....dia kata susah senang biar kita anak beranak hadapi....jgn susahkan orang lain. Sepanjang kat hospital waktu pagi selepas hantar anak2 kesekolah En Win akan melawat aku....dia akan suapkan aku makan....dia akan lapkan badan aku. Tak tahu macam mana nak luahan tapi aku betul2 tersentuh. Dia sentiasa ada sisi aku bila aku memerlukan.

Sekembalinya aku dirumah....semua tugas aku En Win ambil alih. Pagi dia akan siapkan adik, mandikan, ikatkan rambut, siapkan bekal dan sarapan. Lepas hantar adik kesekolah dia akan siapkan sarapan utk aku pulak.. Lepas aku dah sarapan dia start basuh kain, kemas rumah. Sediakan utk makan tengahari. Siapkan Yaya...bg makan...hantar sekolah....ambik adik....sediakan makan utk aku dan adik.....semua selesai dia akan ke kedai. Kelam kabut balik sediakan minum ptg....ambik Yaya....beli makanan utk dinner.....check kerja sekolah....dan akhirnya sampailah budak2 dia tidurkan.

Dia menjaga aku seperti seorang pemaisuri....kata En Win inilah masa dia nak manjakan aku .Mandikan aku, syampukan dan sikatkan rambut aku Aku pulak yang tersipu2 malu...aaauuuuuwwww. Dia akan make sure yang aku sentiasa tersenyum dan happy. Dia tak pandai meluahkan dengan perkataan tapi dengan perbuataannya aku tahu dia sangat mencintai aku. I luv u toooo Pa.

Mungkin bagi korang ini perkara biasa....perkara yang semua suami akan buat bila isteri dia sakit. Tapi macam mana aku nak luahkan yer...benda2 kecil macam ni menyedarkan aku betapa bersyukurnya aku menjadi isteri kepada Muhamad Yazwin Irfan. Dia bekerja kuat utk keluarga....mula2 berkawin selama 3 tahun aku duduk denagn inlaw tapi dengan kerja kuat En Win dia mampu menyediakan rumah yang selesa utk aku dan anak2. Alhamdulilah.




Pa....I luv u so much dan betapa bersyukur nya I dapat menjadi isteri u...harap kasih sayang kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat....Amin.

Friday, April 13, 2012

I'm Back....

Hi korang......windunyer. Alhamdullilah aku almost 60% dah sihat selebihnya 40% terlentang jer atas katil.... tak suka ok! Rindu tak kat I.....banyak email masuk tanya kenapa aku senyap jer tak update blog. I berehat uolls kalau duduk lelama pedih pulak part jahit tu. Sekarang baru ada rasa ok sikit tu yang cepat2 update utk korang yang ternanti2 #budgetretis#. 

Banyak cerita yang aku nak share dengan korang kita mulakan dengan hari operation. Malam sebelum operation tu En Win bawak aku makan kat The Ship.....konon nyer nak mengembirakan hati aku. Tak ada makna ok...kepala otak aku ni terpikir perut aku dah kena potong esok....selamat ker tak aku ni. Tahap sampai macam tu sekali....padahal tak ada apa2 tapi aku seperti biasa drama queen jer lebih. Sampai rumah dalam pukul 11 malam aku tak boleh tidur tapi pejam kan jugak mata. Ubat tidur yang doktor bagi aku tak ambik pun....risau tak boleh bangun nanti.

Seawal pukul 5 pagi...En Win dah kejutkan aku suruh bangun nak cucuk air kat bontot agar segala bahan2 kotoran didalam perut dapat dibuang. Aku start puasa dari kul 12 malam tadi. Tak sampat 5 saat ubat masuk terus lari kat toilet....hambek ko melambak tu. Hahahahahaha

Pukul 7 aku dah siap2 mandi....waktu ni drama aku dah start balik. Takut tak tentu pasal. Ambik phone called mak & abah aku nangis minta maaf. "Mak maafkan kan Elly yer...halal semua yer mak"...."Yelah mak maafkan...mak halalkan...mak doakan tak ada apa2 terjadi". Lagi lah aku melalak. Nak keluar rumah mintak ampun pulak kat En Win....peluk2 nangis2....giler emo dan penakut aku ni. Atleast aku puas hati.


Aku pergi hospitala berdua jer...tak nak susah orang lain. Aku cuma nak ngan En Win jer waktu tu.



Dah check in terus nurse bawak aku masuk ward check segala macam. Alhamdullilah semua ok...tinggal tunggu kena potong jer pukul 3 petang tu.





Waktu ni dah pukul 1 petang...lapar korang. Setitk air pun aku tak boleh minum.


Masih menunggu utk di operate...Waktu ni En Win kata nak keluar sekejap ada hal sebelum pukul 3 petang dia datang balik. So sementara tu aku layan lagu2 gembira kat Ipod. Giler drama betul aku ni!


Rupa2 nyer En Win ambik anak2 aku...diorg ponteng sekolah hari tu. Siap belikan aku bunga "Get Well soon Mama....We luv u so much" huahuahuahu.


Ya Allah takut giler waktu nurse datang suruh aku pakai baju ni. 



Kiss from both of my dotter before operate....mcam drama kan! Hahahahah


Kiss from my Darling....

Aku masuk operation pukul 3 petang selesai dalam 7 malam jer. Waktu nurse2 tolak katil aku utk masuk dalam operation room...semua doa aku baca....terkumat kamit mulut aku sampailah diorang enjek aku ubat bius....tau2 hilang jer pandangan aku.


Lepas operation....keadaan aku mmg teruk. Pedih & sakit bila aku tersedar. Tiba2 aku mengigil kesejukan...bergoyang kuat badan aku. Nurse dan doktor cepat2 selimutkan aku ngan warm blanket. After aku dah stabil diorang bagi aku ubat tahan sakit...picit jer nanti ubat tu dgn sendiri mengalir dalam badan aku.


Masih sedar tak sedar waktu ni...tau2 En Win cium dahi aku tapi biji butir dia berckp aku x dengar langsung. Waktu ni cuma keluar dari mulut aku...SAKIT nyer YaAllah....HAUS pa....tapi jangan harap dapat minum sbb baru lepas operate kena biarkan dulu perut tu betul2 ok!



Aku cuma tersedar keesokan hari nyer. En Win lap kan badan aku...baru rasa segar sikit...tapi sakit tu still ada.

nanti sambung lagi yer korang....tak boleh duduk lama2. Aku nak share ngan korang pengorbanan En Win yang betul2 menyentuh hati aku.

Monday, April 2, 2012

Persediaan sebelum operation....

Ko ingat ko nak kawin sampai ada persediaan bagai....hahahahaa. Harus korang kang dah terlentang tak boleh bangun nak buat apa pun tak dapat....En Win dah semestinya busy jaga anak2 aku pulak asyik suruh dia kesini kesana kesian pulak. Jadi persediaaan awal sangat lah penting.



Hari Sabtu lepas seawal 9 pagi aku dah kena gi Hospital ambik blood test result....nak pergi ni pun takut jugak....mintak2 tadi penyakit lain pulak yang di kesan. Kalau korang nak tahu aku pernah buat medial check up 5 tahun yang lalu....aku ni penakut jarum sikit jadi nak jumpa doktor mmg liat sikit jadi aku rasa ini lah pengajaran berharga buat aku. Lepas ni aku berjanji akan buat medical check up setahun sekali.


Alhamdullilah blood test aku semua nya ok....kecuali part ketumbuhan tu.


Aku operate pada hari Selasa jam 2 petang....doktor suruh admit pagi tu jer. Pagi Selasa tu dlm pukul 5 doktor suruh masuk kan air yang dlm botol kat bontot aku.....bagi cuci perut keluarkan segala taik2 yang ada. Hahahahahaha. Aku kena puasa start pukul 12 malam. Lagi satu tu pulak ialah sebijik pil dia suruh aku makan Isnin malam supaya aku dapat tidur. Normally siapa tahu dia nak operate keesokan harinya mesti tak boleh tidur sebab risau so doktor dah bagi aku awal2 ubat tidur bagi aku tenang sampai keesokkan hari nya. Takutttttt.....lah wei!



En Win hadiahkan aku sofa bed.....dia kata senang sikit aku nak baring depan tv. Kesian kat aku boring pulak nanti kalau asyik duduk dalam bilik. Thanks Pa....I Luv u so much. Pa jaga anak kita elok2 tau....u jangan lembut hati sangat nanti diorg bully u suruh beli macam2.

Petang tu sempat lagi pergi facial....rest kan kepala ni sikit.


Ahad lepas gi cari ubat2 tambahan untuk makan pulak. Pati ikan haruan "Polleney" supaya luka kat dalam cepat sembuh. Lepas operate nanti baru En Win beli ikan haruan buat sup boleh makan ngan nasi nanti.


Jelly Gamat....ini pun untuk cepat sembuhkan luka kat dalam. Pagi makan jelly gamat....mlm pati ikan haruan.


Sempat jugak beli novel....takut boring duduk rumah nanti boleh baca novel....boleh jiwang2 sikit.


"Silicon Plaster". Plaster ni sangat bagus untuk kegunaan orang yang operate. Tampal jer dekat bahagian yang luka lepas tu korang boleh mandi boleh pakai seluar tanpa rasa sakit kat bahagian luka tu. Agak mahal harga plaster ni tapi boleh simpan lama.



Sebelum pakai plaster tu lap2 sikit bahagian parut tu bagi bersih baru tampal plaster tu. Wei! aku dah start takut!!!


Beli "Grandmother panties". Panties besar supaya kalau pakai tak terkena kesan jahit tu.


Beli seluar palazo.....selesa sikit duduk rumah. Aku tak pandai pakai kain batik 24 jam asyik terlucut jer.


Beli dress jugak utk pakai waktu siang.....sebab kat rumah semua baju aku yang sendat2 banyak seluar pendek so tak sesuai nak pakai time2 macam ni.


Barang2 nak bawak gi hospital nanti semua aku dah pack kan dan letak tepi. Setiap kali aku pandang beg tu mesti rasa nak nangis.

Ok lah korang doakan aku supaya cepat sembuh dan mudah2an semua berjalan dengan lancar yer.