Nuffnang Advertisement

Friday, March 30, 2012

Selesaikan segala urusan....

Hari ni last day aku bekerja. Minggu depan dah start cuti...mungkin 2 minggu atau 3 minggu aku akan diberi cuti. Kena siapkan note2 utk diberikan kepada orang yang mengantikan tempat aku. Sian dia terpaksa gantikan tempat aku secara mengejut....mesti dia takut kan. Aku faham mesti dia merungut dalam hati sbb aku dulu2 pun macam tu gaks tak suka gantikan tempat orang.

Aku ada satu perangai yang sangat buruk (satu jer ker macam tipu jer kan!). Aku suka buat kerja sorang2 tak suka share kerja tapi kerja orang lain aku sibuk nak tahu dan sibuk nak tolong. Tapi kerja aku....aku suka buat sendiri, aku tak suka menyusahkan orang. Jadi kalau apa2 pun terjadi biar aku yang tanggung sendiri. Bila ada perkara2 yang emergency macam ni aku jadi susah hati sbb takut orang tak boleh ikut cara aku. 

Begitu juga dengan hal rumah dan anak2. Aku lebih selesa uruskan sendiri tanpa pertolongan orang lain. Jadi bila aku nak operate ni MIL aku kena jaga anak aku sepenuhnya aku jadi susah hati pulak. Bukan kata MIL tak pandai jaga....MIL the best dia selalu ringankan tugas aku cuma aku yang bangang ni suka risau benda2 yang kecil dan bodoh. Macam mana homework anak aku nanti, siapa nak siap kan diorg gi tuisyen, mengaji, susun buku, siapkan diorg gi sekolah. Anak2 aku ni kalau tak ada aku semua benda jadi lambat...aku kang kalau tak siap jer buat homework mmg jeritan singa akan kedengaran. Korang tahulah duduk ngan nenek ngan atuk ni manja dia jadi lain macam. Semua ok....semua takpe...itu yang naik lemak anak2 aku  nanti.

Macam kes semalam sepatutnya Yaya kena pergi tuisyen...tak sempat balik rumah jadi kena mandi rumah inlaw aku.....eh! tiba2 dia boleh melalak sekuat hati tak nak gi tuisyen. Mengada depan inlaw aku sbb dia tahu nanti atuk ngan nenek dia boleh pujuk. Aku apa lagi naik hantulah. Lagi aku marah lagi kuat melalak dia. Lama2 aku fade up terus bawak dia balik rumah dalam kereta dengarlah syarahan aku mengalahkan Ustaz Ismail Kamus. Lagi satu bab homework pulak...kalau tanya dua beradik ni ada homework ker tidak.....memanjang jer jawapan dia tak ada. Bila check satu2 buku.....hambek ko melambak homework. Korang faham tak maksud aku sekarang....benda2 mcm ni lah buat aku risau nanti. Memanjang kena kelentong jer lah Inlaw aku nanti ngan budak2 ni.

Itu sebab aku selalu kena bebel ngan En Win....semua nak buat sendiri hujung2 aku penat lepas tu mengamuk kat dia balik. Hahahaha....marilah kita salah kan hormon sekali lagi. Aku rasa kali ni aku kena lepaskan sikap ego aku ni....bagi kepercayaan kat orang lain utk membantu aku dan lebih bersikap terbuka. Jgn risau x tentu pasal....manalah benda dalam perut aku ni tak cepat besar....sbb aku suka risau benda yang kocik2. Kemon Elly u can do it!!. TAPI AKU TETAP RISAU GAKS.....hahahahaha hormon2. Eh!

Thursday, March 29, 2012

Symptoms2 penyakit Endo ni

Ramai tanya aku soalan pasal symptom2 penyakit aku ni. Kenapa aku tak boleh rasa sbb cyst ni dah membesar.....dah sampai stage 4. Jawapan dia senang aku penakut nak jumpa doktor....sakit sikit2 aku tahan jer. Satu lagi pengajaran buat aku jangan ambik mudah lain kali.

Sympton2 Endo ni:

1. Sebelum period aku akan mengalami sakit pinggang sebelah kiri (depend Endo ni tumbuh kat bahagian mana) yang teramat sangat...sampai kalau nak tunduk ambik barang pun tak boleh. Tapi aku kan blur ingat sebab kerja banyak sangat sampai pinggang terpeliuk....jadi pergilah lah urut.....dan paling bodoh nya aku boleh tak perasan sakit pinggang aku ni cuma muncul time period jer. Bila aku ingat2 balik "Eh betul lah Pa dia sakit bila nak period jer"....jelingan maut dari En Win di depan doktor.

2. Darah period yang banyak giler. Satu hari aku akan tukar 3 hingga 4 kali. Tapi aku anggap normal sbb mmg aku dari remaja darah banyak keluar waktu period. Kalau darah sikit aku risau kalau banyak aku tak risau. Tapi tak lama 3 hari jer lepas tu sikit2 jer tinggal. Sekali lagi doktor ngan En Win geleng kepala dengar jawapan aku. Muahahahahaha

3. Ini sensitive sikit tapi nak share jugak. Bila aku "bersama" ngan En Win akan terasa sakit. Sakit tapi sedap....Hahahaha (sila tutup mulut dan telinga). Tak lah sakit sangat tapi cuma tak selesa. Disebabkan aku pakai IUD aku buat andaian sendiri mungkin bila aku ON benda tu terkena IUD itu yg kadang2 terasa sakit. Andaian yang sangat bodoh...dan sebenarnya aku takut nak jumpa doktor jadi sengaja lupakan apa yang terjadi. Tolong jangan ikut perangai aku. Kali ni En Win tenung jer muka aku sbb malu tengok muka doktor takut dikatakan ganas.....hahahahahahaha.

4. Aku cepat stress....sebab penyakit ni menganggu hormon aku. Jadi jangan salahkan aku tiba2 aku gelak, tiba2 aku loncat2 depan korang. Aku bukan giler hormon tu yang buat aku jadi macam ni. Jadi aku tak salah.

So far itu symptom2 yang sama ngan aku yang lain aku x nak dengar sbb tak lama lagi aku dah nak kena potong. Korang mesti nak tahu macam mana perasaan aku sekarang....aku pun tak tahu. Macam tak ada perasaan yer gaks . Sebenarnya aku tak nak fikir kan benda ni sebab bila aku fikir tiba2 aku boleh rasa sakit sebelah kiri pinggang aku kalau aku tak fikir tak sakit pun. Giler lah penyakit ni.

Cuma aku tahu... aku nak makan puas2 sebelum operate....aku dah list kan restaurant yang kena pergi dan juga baju2 yang akan dibeli di ZARA dan tidak ketinggalan membeli handbeg juga. Pada waktu ini segala permintaan akan ditunaikan....muahahahah. Semalam bukan main melalak hari ni perangai keji aku dah datang....marilah kita salah kan hormon.

KORANG SEBENARNYA AKU TAKUT DAN RISAU JADI LAYAN JER LAH AKU YER!! ASYIK TERBAYANG2 ORG TGH TOLAK AKU MASUK LABOUR ROOM!
TAKUTTTTTTTTT!! huhuhuhuhu

Wednesday, March 28, 2012

Second opinion from the doktor...

Thanks korang....bila baca komen yg diberikan rasa  diri ini sangat disayangi. Aku baru balik dari 2nd opinion from another doktor. After scan Doktor memberikan penerangan secara terperinci. After discuss with my hubby and doktor we all decide utk buang ketumbuhan tu sahaja and we will see and monitor from now onward and buat check up 3 bulan sekali utk monitor sama ada ketumbuhan yang lain akan tumbuh dan membesar. According to the doktor untuk ketumbuhan lain membesar akan mengambil masa yang lama jadi dari situ doktor akan monitor. Kalau ada ketumbuhan yang masih active dan membesar kita akan fikir cara seterusnya.

Doktor tak advise utk remove kan womb....melainkan jika aku tak nak anak lagi then baru boleh decide nak buang womb atau  tidak.We all still young kalau buang rahim or peranakan banyak penyakit lain pulak akan datang sbb horman estrogen dalam badan dah tak ada. Bila operation nanti doktor akan remove ketumbuhan dan matikan kesemua akar2 yang active supaya cancer dapat dielakan. After discuss and dapat support dari keluarga and friend aku rasa semakin kuat semangat. Thanks to one reader jugak yang suggest benda yang sama dan buat minda aku lebih terbuka. Tak tahu ur name but thank you so much.

Demi anak2 dan keluarga aku kena kuat semangat. Tapi semalam aku mmg rasa down sesangat waktu doktor bagitau rupa anak2 aku keluar secara tiba2 depan mata. I don't know how to explain tapi rasa sayu sangat. En Win tak lepaskan aku dari peluk kan sentiasa beri kata2 semangat utk aku dan aku selalu percaya Allah akan duga perkara yang kita mampu tanggung.

Aku jarang bersedih dan tak mahu bersedih tapi kali ini tuhan benar2 menguji aku dan suami. Anak2 masih kecil diorang pembakar semangat aku. Duit bukan segala-galanya....kasih sayang dari keluarga dan kawan2 adalah benda yang paling berharga buat masa ini. Aku harap perempuan2 diluar sana buat lah ujian pap smear jgn takut kemungkinan korang dapat mencegah dari penyakit macam aku. Aku akan update kat korang dari masa ke semasa....doa kan aku yer

Sekarang aku dah ceria kembali.....Alhamdullilah


Elly in Wonderland.....muahahahahahaha

Tuesday, March 27, 2012

Bad News....I'm so sad

Macam mana nak start yek? I'm really sad now tapi kena luahkan bagi rasa beban ni ringan sikit. Hari ni genap 5 tahun aku pakai IUD dah masa untuk aku remove benda ni kat dalam perut aku. En Win decide tak payah pakai lagi sbb ada perancangan utk pregnant tahun depan.

Gambar sebelum kami dapat tahu bad news! En Win gembira sbb aku akan pregnant lagi aku tengah takut giler.


Tiba giliran aku untuk berjumpa ngan doktor seperti biasa aku memang takut kalau benda2 yang masuk dalam pepek ni....tangan dah seram sejuk. After explain ngan doktor kata kitaorang nak remove IUD....doktor suruh aku baring dan kangkang macam nak beranak tu....tak sampai 10 saat benda tu dah berjaya dikeluarkan.

So doktor continue dengan pap smear pulak. After semua tu selesai dilakukan last sekali doktor scan perut utk melihat sama ada perut aku clear atau tidak....kat sinilah bad news itu diketahui. YaAllah....aku ada ketumbuhan di dalam perut dan benda itu semakin membesar. Mula2 aku ingat fibroids tapi according to the doktor ini bukan fibroids tapi lebih merbahaya penyakit ini di panggil "Endometrosis".



Penyakit ni dah stage ke 4 dan semakin membesar. Kalau korang nampak arrow yang dalam gambar tu...itulah besarnya ketumbuhan yang berada kat perut aku.

Doktor bagi penerangan secara terperinci tentang ketumbuhan ni tapi kalau korang nak tahu lebih details kalau aku kuat nanti aku akan ceritakan. Doktor suggest aku buat operation secepat mungkin. Kalau aku nak mengandung lagi doktor akan remove ketumbuhan itu saja dan keburukannya ketumbuhan ini akan membesar semula dan lama kelamaan ini boleh mengakibatkan cancer.

Cadangan kedua doktor suruh aku buang semua termasuk peranakan aku supaya ketumbuhan ini tak akan tumbuh di dalam perut aku lagi. Ini  bermakna aku tak boleh mengandung and no period anymore. Ya allah....tak terkata aku laki bini....berat sungguh dugaan mu Ya Allah.

Aku diminta membuat operation pada selasa depan dan aku suami isteri masih tidak boleh berfikir jalan terbaik untuk kami berdua.

Harap korang doakan aku supaya diberi kekuatan utk menghadapi dugaan ini. Sebagai wanita ini keputusan yang amat berat utk aku lakukan. Membuang peranakan terasa diri ini bukan wanita yang sempurna lagi. YaAllah.....Ya Allah.....Ya Allah.

Monday, March 26, 2012

IKEA

Sebelum pindah sampailah dah pindah.....asal masa terluang jer laju jer kepala otak aku teringatkan Ikea. Sekali dua boleh lah aku ajak En Win masuk kali ketiga aku baru bersuara Pa jom pergi....dia dah jawab "U nak cari apa lagi"....sentap aku. Untuk tidak memeningkan kepala dan tak payah tengok muka masam En Win tolak trolley baik aku pergi sendiri....aku tak ada hal En Win gi kedai jer aku angkut anak2 gi Ikea tak pun balik office aku singgah ikea sekejap. Aku dan Ikea tidak dapat dipisahkan.....cewah!!!

Maka dengan itu rumah aku dipenuhi barang2 Ikea... yang aku tunjuk kat korang ni baru separuh lagi separuh tak sempat tangkap gambar sbb En Win dah balik nanti dia bising....sangat tak memahami, asyik nak melenting jer bila aku pegang camera...*sentapkalikelapan*. "Nak letak kat blog lah tu".....biar arr!! Tapi bila dah beli pandai pulak dia puji "Cantik bekas ni Ma mana u beli".....mana tak berasap kepala aku ni.

Kenapa aku suka Ikea.....sendiri tanya sendiri jawab....sbb container barang2 kat ikea cute2 rasa nak gigit2. Semua lah cantik.....duit jer tak cantik....hahahahaha. Jom cuci mata....wah! berangan artis sekejap ajak orang tgk barang ko kan!.

Jam


Jam dinding...benda ni memang wajib kena beli kat Ikea. Aku rasa semua orang ada jam ni kat rumah


Container

Bekas make up....actually bukan bekas make up aku jer pandai2 transform kan jadi bekas make up senang nak tengok dan nak ambik. Kalau dalam beg make up alamat nyer mmg aku tak pakai colour2 mata ni.  Aku beli dua set satu bekas utk letak lipstik and eye liner satu bekas yang dlm gambar tu. Tapi bahaya nya anak2 aku tak boleh tgk benda2 ni nanti diam2 diaorg kunci bilik aku and transform diri diorang jadi clown.


Barang2 yang aku kurang guna dan letak barang2 stock seperti ubat gigi, syampu, lotion2, pantie liner, pad, peralatan camera dan macam2 lagi aku prefer letak dlm clear container ni sbb senang nak tgk dan cari.


Kalau beli serbuk kari or kunyit dah letak dalam bekas tapi still ada balance so aku letak kat sini jadi tak ada lah bersepah drawer tu nanti dan senang ingat mana aku letak dan senang nak cari jugak.


Container utk letak minuman 3 in 1 senang anak2 nak ambik dan cari. Milo tu kena letak dalam bekas plastik sbb tu anak2 aku punya minuman diorang dah lah kelam kabut jadi bekas plastik kalau jatuh pun x sakit hati. Stock maggi kena ada kalau tahap kemalasan aku memuncak jadi maggi adalah sangat berguna.


Bekas utk bahan kering. Letak satu tempat....kalau tidak mulut En Win membebel "Ma mana u letak bawang"....."Ma mana u letak cili". Kalau macam ni pun tak nampak lagi tak tahu lah aku.


Quilt/Duvets Cover





Waktu tengah sale hari tu aku mmg beli banyak2 quilt cover ni....suka sangat design n colour2 quilt cover kat ikea ni.


Rak

Rak ni aku mmg rekemen korang beli tak rugi. Sangat sesuai utk letak2 barang dan nampak teratur. Aku suka letak tempat yang senang nak tgk atau cari. Kalau letak dalam drawer mmg aku tak akan bukak dan barang2 tu akan berkurun tak digunakan nanti.


Rak utk letak buku2 dan mainan. Tak nampak lah bersepah bilik budak2. Aku jenis yang tak boleh tgk semua buku kat atas meja macam nampak berselerak so prefer lepas baca simpan balik kat drawer ni.


Tong sampah kecik....semua bilik kena ada.


Frame gambar. Pemalas tak aku dah gantung tapi gambar tak letak lagi.


Sangat suka kotak ni utk letak CD and PS3 budak2.


Benda ni mesti ada kat rumah korang kan. 




Pinggan dan bekas2 utk kegunaan harian.


Meja kecik utk letak Fridge kecik. Pemalas nak turun jadi fridge kocik ni sangat berguna di malam hari.


Bakul laundry


Rak towel...semua kena beli dua set....satu untuk Yaya dan satu lagi utk adik. Apa yang ada kat bilik Yaya mesti ada kat bilik adik kalau tidak bergaduh lepas tu tuduh aku tak sayang diorang. Nasib baik dua kalau empat aku yang menangis kat tepi katil.


Nanti kalau ada masa aku riak kat korang lagi...En Win ada kena layan dia dulu...Eh!

Thursday, March 22, 2012

Matta Fair!!!

Last week ada Matta Fair....so aku tak lepas kan peluang utk belikan tiket utk anak2 aku. Haritu waktu MAS promotion aku cuma beli ticket utk aku ngan En Win jer (konon nak honeymoon katanya) tapi hati En Win lebih lembut dari aku x sanggup meninggalkan anak2. Ok lah percutian keluarga katanya.

Seperti biasa aku yang akan menguruskan segala tiket2 ni....En Win tak akan ambik tahu....yang dia tahu hari nak pergi bawak beg jer....kalau aku silap buat....mata dia nanti bulat2 marahkan aku. Senang yer hidup u Pa! Takpe asal u bayar I akan uruskan segala2nya.

Matta Fair hari tu aku tak gi pun kat PWTC....giler korang jem nak mampus lepas tu ramai giler. So awal2 aku pesan kat budak travel agent check kan promotion price kalau ikut budget aku dia boleh proceed jer terus tanpa tanya aku. Senangkan!. Dasar pemalas.

Aku beli flight ticket ngan Rome package kat Triways Travel dekat Taman Tun. Senang dekat ngan opis aku. Lag ipun dah biasa dgn staff kat sini....tak pening kepala.



Sementara tunggu diorang settledkan benda2 aku...meh kita tgk promotion negara2 lain. Kepada sesiapa nak melancong or ada perancangkan utk ke luar negara aku cadangkan korang tunggulah Matta Fair sebab harga yang ditawarkan sangat2 berbaloi. Boleh save banyak duit terutama flight ticket.



After discuss ngan En Win utk ke Rome nanti kitaorang prefer ambik package jer sbb rasanya tak pandai nak drive kesana-sini takut buang2 masa nak mencari tempat....walaupun lebih murah dan senang tapi kita orang lebih prefer ikut package jer. So tak yah pikir2 nak tgk map bagai....sbb aku sgt lembab. Package yang kita orang ambik ialah package "TRAFAGAR" selama 10 hari. Package termasuk Accomodation, bekpes, dinner n  tour ke Rome, Assisi, Florence, Pisa, Bologna, Venice and kalau sempat nak singgah Switzerland. The best part hari nak balik nanti package ni siap ada Farewell party lagi....ahaks! aku kalau party2 ni mmg suka. Package ni anak2 punya aku cuma bayar deposit dulu balance payment lagi sebulan nak pergi baru bayar. Aku punya ngan En Win dah settled.




Flight ticket budak2 pun dah settled bayar. So sekarang tinggal nak fikir utk duit belanja kat sana ngan balance package. Seperti  biasa aku tak habis2 main kutu so dengan cara itu jer ada simpanan sikit....yang lain kena kerja lebih keras lagi nak push bisnes kaw2....doa kan yer korang.



orang2 yang paling gembira sbb nama sudah ada dalam list adalah :-



Dua monsters yang comel dan rasa nak gigit2. Aku mulut jer tak bagi pergi tapi hati aku lembut sebenarnya. Tempat yang indah mesti nak kongsi bersama anak2 kan. Ini pun rezeki diorg jugak.


Terima kasih Tuan!!!! hahahaha Kadet konon.

Tuesday, March 20, 2012

Makan2

Senang giler tajuk entry ni kan makan2.....kelasssss kau kan! nampak sangat idea semakin tipis. Dulu bukan main panjang tajuk......sekarang kalau boleh aku nak letak huruf jer. "Ini saya tahu cikgu huruf M".....muahahahaha (bagus sendiri tulis sendiri gelak). Ada aku kesah!

Dah seminggu aku duduk rumah baru....aaaauuuuwwww (sambil lompat bintang). Ingat minggu ni nak panggil budak2 tahfiz datang mengaji kat rumah ni. Sebelum ni aku cuma pasang CD ngaji jer. Ialah korang rumah ni dah lah dikelilingi hutan lepas tu dah lama orang tak duduk jadi kita orang Islam ni buatlah apa yang patut....ya dak! Walaupun aku ni jahil tapi benda2 macam ni kita kena buat gaks.

Sempat jugak last week gi Kampung Baru cari Frame Allah, Muhamad dan ayat2 yang lain utk gantung kat rumah. Mmg rekemen tempat ni kat korang cantik2 diorang buat dan paling penting harga sangat berpatutan.



Aku beli Ayat Kursi, Ayat 4 Kul, Allah  Muhamad dan Surah Yasin.


Minggu ni nak cari lagi utk letak bilik bebudak laks


Ok berbalik cerita pasal makan2 tadi...Sunday lepas kitaorang gi beli Capati dalam 20 keping makan kat rumah reramai....since pindah haritu asyik makan 4 beranak jer....sangatlah boring. Ajak family aku tak dapat datang pulak....abah kan wakil rakyat busy memanjang.

Meriah kan!

Aku masak sardin jer...request En Win. Sengaja tau lauk dah banyak pun nak suruh bini mithali dia masak jugak.

Dah macam Hantu Kak Limah pulak aku tgk kau ni Shira....hahahahaha"cabut"

Gitu....tatang capati. En Win siap jeling kat aku...."Ishhhhh u ni kan Ma x habis2 ngan blog sibuk jer bergambat". Biar arrrrrr....

Adik! makan capati jer....kuah2 semua tak layan. Yaya lagi mengada tak makan capati...nak makan nasik pulak. Macam2 lah korang....tak boleh tgk mak ko ni senang kan. Terpaksa lah gorengkan ikan dan masak nasik utk anak tercinta.

Pinggang aku....bukan sekeping yer aku makan tapi 2 keping.

ok bai!

Monday, March 19, 2012

CHUP!!!

Korang nak prmote sikit my friend punya restaurant....giler unik nama restaurant ni senang nak sebut pulak tu..... CHUP! Last week kitaorang reramai serbu restaurant dia nak rasa kelazatan makan kat sini. Konsep makanan kedai ni ada persamaan macam Aseana KLCC tapi yang tu mahal yg Restaurant Chup ni harga dia sungguh berpatutan dan sedap.

Bukan sebab dia kawan aku.....aku kena promote kata sedap yek! Tapi korang mmg sedap. Siapa yang tak sempat balik kampung tapi nak rasa kuih2 tradisional dan lauk pauk kampung boleh datang sini. Meleleh air mata korang......kuih yang nenek aku masak boleh jumpa kat sini. Terubat rindu!

CHUP!

Cuba tengok harga kat black board tu....murahkan!. Aku pulak yang kecoh2....knp murah sangat Lynn. Balik modal ker? Mesti dia rasa nak lempang muka aku kan....pepandai jer suruh naik kan harga lepas tu tak ada orang datang siapa nak jawab. Dah lah tak pandai masak pandai cakap jer lagi nak bagi suggestion.....muhahahahahah. Bagus Lynn harga ni sangat berpatutan aku rasa dengan harga dan kelazatan masakan kat sini mesti ramai orang datang. Korang pun datang tau.....x rugi.


Tempat yang sangat cool utk lepak2 ngan member. Restaurant sangat santai!


Blogger mana boleh nampak decoration macam ni lagu jer kepala otak nak buat aksi2....tapi malu sebab ramai orang makan waktu tu. Kalu tak ada orang harus aku jadi model kat situ.


Kalau nak duduk luar pun boleh. Kerusi tu hanya orang yang kaki panjang or tinggi jer boleh duduk.....yang ketot sila duduk kat dalam.


Air Bandung! Wah Nok kau buat aksi ala2 K-PoP lah


Tahu Sumbat....lepas tu ada order cucur udang n cucur sayur tapi x sempat nak tangkap gambar....baru aku nak snap jer dah licin. Sebenarnya aku yang gabra nampak makanan aku dah tak keruan...badan gigil2. Baik aku makan cepat2 kang sibuk bergambar kawan aku habiskan....mana boleh!!!!


Perempuan ngandung order nasi lemak sambal sotong! Sedapnya....


Nasi aku

makan dengan Asam Pedas Johor.....Terbaik dan


Sup Tulang....juling mata aku sekejap. Ya Rabbi sedap ko!

macam-macam lagi menu kat sini dan paling mengimbau nostalgia sambil membuatkan air mata aku bercucuran dan kawan2 aku pelik kenapa aku sedih....sbb aku sangat rindukan makanan ni....atuk aku akan masak kuih ni pagi2 utk cucu kesayangan dia....tapi sekarang aku tak dapat rasai nya lagi walaupun benda ni senang nak mampus jer buat antara rajin ngan malas jer....ternyata aku pemalas tapi bila aku tgk  kat menu ada kuih ni ada dengan pantas aku order.....nak tahu tak apa dia.....
















1
















2

















3













ta daaaaa


Lempeng pisang.....hahahahahahaha. Perrggghhhhh terubat rindu.



CHUP! Yang pakai tudung putih tu lah taukeh kedai! Good Luck Lynn.!


Meh lah.....datang beramai-ramai di

CHUP
25-1 Jalan PJU8/5A
Bandar Damansara Perdana
Petaling Jaya

Kalau korang gi Ikea ker Curve ker....lepas tu boleh singgah makan kat sini.