Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 31, 2012

Haagen Dazs

Hari Sabtu hari tu kitaorg lepak2 kat Lot10 dah lama tak gi sana....asyik2 KLCC jer.... kali ni kita ubah angin sikit. Seperti biasa kalau dah keluar tu x sah kalau tak makan luar. Part ni aku mmg menyampah....asal nak makan jer pandang muka aku. Macam lah aku ni terror sangat suggest tempat2 menarik......dah tahu menantu ni tekak kampung lagi mau tanya.

Lepas bergaduh, bertumbuk-tumbuk, hentak2 kaki, masam2 muka akhirnya sebulat suara decide gi makan ice cream ajer....hambek ko buat penat aku suggest makanan arablah, westen lah...tgk2 ice cream jer diorg nak makan. Ok kita follow jer.....

Journey lah sgt.......


Aku ni bukan pengemar ice cream sangat....tapi sekali sekala tu boleh lah. Tapi En Win punya family ni mmg giler ice cream kalau pergi Tesco 3 kotak dah tentu dalam trolley.


Wah! ala2 Siti Nurhaliza gitu...main celup2 chocolate. Tapi ni mmg sedap giler!


Share ramai2....makan berlumba2....5 min settled


Ice cream....fuh meleleh tgk tu.....nak pulak celup coklat! Perggggghhhhh


Next....ice cream with waffle ( 3 pinggan licin)


Next....Waffle, Ice cream and fruit


Tak cukup lagi Ice Cream Cone sorang satu!


Oreo ice cream.....yummy!


Ketua kumpulan....jeling org sebelah punya ice cream. Stop it Papa!!


Duduk jauh2 takut org mintak....


 
Ada aku kesah!!


Monday, January 30, 2012

Hadiah....

Hahaha....sengaja nak riak kat korang. Last week boss aku baru balik dari London....setelah bercuti panjang kat sana selama 2 minggu. Walaupun pun boss tak ada....aku tetap rajin dan gigih menjalankan tanggungjawab disini ahaks! Tiap2 hari masuk bilik boss lap meja, lap2 komputer, check pen, tiup2 habuk...tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Disebabkan sexytary nyer terlalu bertanggungjawab dan rajin boss telah membeli hadiah dari London utk sexytary kesayangan nyer.....(sila muntah darah 6 kali). Boss aku mmg baik hati kalau pergi mana2 mesti ada jer dia bawak balik barang utk aku. Thank you so much....lepas ni saya akan bekerja dengan lebih gigih  tanpa mengira malam dan siang. Waktu hadiah diserahkan kembang2 hidung aku....hati berdebar2 nak tgk isi dalam paper beg tu. Tapi depan boss buat2 cool lah....giler nak tunjuk excited....malu lah aku.


Jom kita tgk....




Muahahahaha....Longcham Beg. Rasa nak lompat tinggi2....yang ni anak boss aku bagi Puan Wawa...ala yang kawin haritu. Tak silap aku harga beg ni kat Pavillion yang kecik RM500 kalau yang besar macam dalam gambar ni RM700....sekali lagi rasa nak terjun bangunan (Harga kat London murah banyak kot). Thank you so much Wawa's.....flying kiss 700 kali ikut harga beg.

Sekarang mari kita lihat apa boss aku belikan pulak......



jeng3










PRADA....sila tikam dada korang dengan pisau! Meletup idung aku kejap....peluk boss aku dari jauh. Toche boss.

Complete set perfume, lotion, powder.....sangat2 teruja.


Tanpa membuang masa terus teruja memakai Longcham Beg sewaktu berjalan2 di Lot 10. Patutlah ramai orang suka pakai beg ni....selesa lepas tu boleh sumbat apa saja sbb ruang dia besar. Sesiapa yang ada anak kecik sangat sesuai pakai beg ni....boleh letak pampers, botol susu, puting, baju, lampin....segala benda lah.

Agak2 kalau Syarikat Longcham ni nampak gambar aku ni....rasanya diorang offer tak jadi model beg. Paper beg sampah bolehlah kan....perasan!! PANG sila sedar diri.....

Friday, January 27, 2012

Orchestra...

Sekolah yang anak aku belajar sekarang SK Setiawangsa adalah salah satu Sekolah yang telah dipilih oleh Kerajaan utk mendidik murid2 dari awal utk melatih mereka menyertai Orchestra. Guru yang diambil utk melatih murid2 ini adalah dari Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Segala yuran dan perbelanjaan akan ditanggung Kerajaan sepenuhnya.

Aku kan dari keluarga seni....ahaks! Harus tak lepaskan peluang keemasan ni. Sabtu lepas cepat2 gi sekolah buat pendaftaran utk anak aku Yaya. Terbuka dari kanak usia 8 - 12 tahun. Sebelum pendaftaran tu adalah sedikit keterangan diberikan kepada ibubapa. Sekolah ni dah pergi merata-rata tempat untuk buat persembahan....Sarawak, Johor, Istana Budaya, MATIC macam2 lagi lah. Hari pendaftaran tu jugak ada Edry Hashim dan Fiz Mentor buat persembahan. Lagi lah aku teruja....rasa macam nak naik pentas menyumbangkan suara bersama-sama...hahaha.

Aku mmg suka main alat muzik....tu sbb dulu aku sertai band sekolah. After form five tak dapat terus kan pembelajaran sbb mana lah bapak aku cukup duit nak hantar kelas luar dah lah alat muzik tu mahal. Jadi tiup recorder jer lah jawabnya. Korang percaya tak aku boleh buat macam2 lagu dgn hanya menggunakan recorder....betul tak caya tanya En Win.

Lepas perbincangan dgn Cikgu dari Aswara aku memilih alat muzik violin utk anak aku mainkan....cutekan. Tak sabar nak dengar dia gesek violin tu ala2 macam cite Anak ku Sazali....Sebelum aku buat pendaftaran hari tu adalah dekat 10 kali aku tanya Yaya dia minat ker tak....kang aku yang lebih2 dia tak minat pulak. Yaya kata ok dia nak cuba....fine aku bagi dia peluang dalam setahun ni. Muzik ni korang tak boleh paksa dia kena ada minat yang mendalam mcm aku (nak juga babitkan diri sendiri). Aku kalau ada masa terluang memang masih menyimpan hasrat utk sambung berlajar bermain drum atau saxophone. Dulu dalam band aku main horn jadi rasa nak berlajar tiupan alat muzik yg lain pulak. Harap cita2 ni tak terkubur.


Ini lah rupa Horn...mula2 berlajar sampai bengkak2 lah bibir aku. Note dia dah ingat2 lupa. Lagu Ramlah Ram pun aku boleh main tau dulu....



Kata2 aluan dari Guru Besar Sekolah SK Setiawangsa

Edry Hashim menceritakn pengalaman beliau sebagai seorang pemuzik.

Persembahan dari Fiz Mentor. 3 malam tanpa bintang....terus aku jadi rock sekejap.

Ini nama dia Chello

Violin

Saxophone

Trumpet

Trombone

Marilah kita tunggu dan lihat....ada kah anak aku meneruskan pejuang ini....atau melalak dan berhenti sekerat jalan. Baru daftar laki aku dah nak beli violin utk dia praktis kat rumah. Jangan nak mengada selagi tak pandai gesek, tanpa pandai baca note....ko pakailah dulu sekolah punya. Good Luck Yaya!

Wednesday, January 25, 2012

Slow Dance....aaaaauuuuwww

Korang ni nampak jer topik slow dance terus klik cepat2.....aaaaauuuuwwwww suka yer topic2 macam ni!! Hahahaa....mak pun suka!!

Rasanya dah lama bebenor aku ngan En Win tak melonggar kan tulang2 dibadan...dah lama tak tunjuk kat orang2 bakat terpendam kami berdua. Entah2 orang dah step baru yang guna kaki jer....aku ttp step goyang Inul....tapi ko mampu goyang Inul 360 D.....aku mampu tapi 90 D jer......muahahahaha

Sabtu lepas aku ngan En Win spent time together2. Rasa lama benar tak keluar berdua2an, lama benar tak feeling remaja, lama benar rasa nya jalan tak peluk pinggang lentuk kepala kat bahu....aaauuuwww asal buat depan anak jer sure kena dipisahkan atau ditolak. Dulu kalau nak keluar berdua kena cari alasan bagi tahu kat mak bapak aku. Sekarang kena cari alasan yang bagus utk kasi tahu kat anak2 pulak....kalau tidak memanjang nak ikut.

Yaya: Mama n Papa nak gi mana?

Aku: Nak gi rumah boss mama...ada kerja

Yaya: Kenapa papa kena ikut....mama kan boleh drive.

Aku: Tangan mama sakit (bengkok kan sikit tangan sambil muka sedih)

Yaya: Balik cepat...

Wah! tak agak jaga mak bapak ko ni.

Yaya: Mama kenapa nak jumpa boss pakai baju seksi

Aku: Diam tak terjawab...buat kelam kabut keluar cepat2.

Aku ngan En Win.....zasssss gi Zeta Bar kat Hilton KL. Bila dah jadi remaja tua ni malas nak layan disco...prefer gi tempat yang ada Live Band. Ingat kan tak ramai sbb CNY sekali bila masuk berlaga tetek bila berjalan. Korang i sedih lah....semua kat sini slim2...pakai dress...perut leper jer. Tapi aku siap pakai korset nak tutup perut buncit ni...pakai jeans sbb tak berani pakai dress....kang diorg ingat perempuan mengandung pulak. tapi sekejap jer sedih....bila dengar jer lagu aku ngan En Win macam ulat beluncas goyang badan. Tapi 10 minit jer kat dance floor dah keluar cari tempat duduk.... maklum lah remaja tua...nari 10 minit kaki dah lenguh. Happening and really enjoy that nite.

Band ni mmg best....superb suara sedap. Korang jangan main2 ngan aku dia start jer nyanyi jer lagu Waka Waka....terus aku gi depan pentas tinggal kan En Win...apa lagi terus tak sedar diri sekejap...hahahaha....matilah perasan muda. Biar ahhhh.....janji happy. Ko mampu! nari depan pentas.

*gambar tak clear sbb guna phone jer*

Semua slim kan termasuk aku...slim chubby. En Win ckp "ma....u cute lah kalau debab...i suka. Sedap jer peluk"...Wah! laki bagi pujian terus tambah nasi 2 kali.  (jangan muntah)


Masih berjiwa remaja

Di sebabkan hari sabtu hari tu macam tak puas jer bercinta....ahaks! kitaorg sambung lagi hari Isnin pulak. Tapi kali ni pergi Concorde pulak....Cross Road....check in sekali. Wah! dah melampau pulak. Sejak inlaw duduk sama ngan kitaorang rasa malu pulak nak duduk berdua2an dlm bilik...malam pulak anak2 tidur ngan kitaorg...jadi paham2 lah kenapa kitaorg check in...ahaks!

Korang nak tahu tak...band ni main lagu Ombak Rindu...terus aku perasan jadi Izzah....En Win jadi Aaron. Aaauuuwwww....terus slow dance...mata bertentang mata....terus turun kehati. Bukan kitaorg jer slow dance yer....ramai gaks pasangan lain yang slow dance. Jadi x ada lah malu sangat. Apa lagi peluk erat lah...ahaks! Sambil slow dance sambil nyanyi...En Win jadi Hafiz aku jadi Adira....giler jiwang. Lawak2! feeling tak ingat.

Sekali sekala best gaks yer....tapi tak boleh selalu anja2 macam ni kang bergaduh pulak. Sekali sekali tu yang cinta mendalam.....muahahahahah


Cross Road....band malam tu pun boleh tahan gak!



Ceria kan muka aku...hahahaha...dipenuhi kasih sayang (sila muntah dalam baldi)

Sugar Glider

Gong Xi Fa Cai....Happy Chinese New Year uolls!!!!

Korang terima kasih lah banyak2 kepada sesiapa yang mendoakan ibu saya . Alhamdullilah....mak dah keluar pun dari hospital dan sekarang sedang berehat dirumah. Tenang sikit hati ni....baru lah boleh berblog dengan ceria kembali.

Korang buat apa cuti2 ni....aku tak pergi mana2 pun....giler nak bercuti lagi mahu En Win hantuk kepala aku kat dinding. Tapi tak pergi mana pun....jadual aku penuh dari pagi sampai malam. Jalan2 cari makan malam aktiviti beronggeng. Tu nanti2 aku cite kan.

Ni nak tanya satu soalan....korang suka bela binatang tak? Terus terang aku cakap aku mmg x suka bela binatang....tengok2 macam tu boleh tapi nak bela mmg malas. Diri aku sendiri pun tak terurus lagi nak urus binatang.  Kucing aku takut, arnab aku geli.....apa2 jer lah binatang yg berbulu mmg aku tak suka. Bulu manusia jer aku tak takut...eh!

Tapi hari tu En Win mmg sudah kasi darah aku naik....entah apa dia anak-beranak berpakat.....keluar senyap2 sampai jer rumah aku tgk kat tangan anak aku tgh pegang sangkar. Aku dah agak ini mesti hamster.....ishhh nak marah kesian pulak. Tapi bila aku tgk betul2 bukan hamster bila tanya anak aku apa nama binatang ni dia cakap Sugar Glider. Mahal giler pulak tu.....seekor RM270. Eeeeeeee......geli korang mcm tikus mondok. Terus aku keluarkan syarat ....aku tak nak ambik tahu pasal binatang ni korang jaga lah dan jangan sekali kali libatkan aku dalam soal permakanan atau pencucian.



Eeeee....takut aku tgk. Sugar Glider ni jinak....cuma mula2 ko pegang nanti mulut dia bising lepas tu nanti dia akan gigit2 jari korang. Dalam 1/2 jam nanti baru dia ok sikit. Lagi lah aku takut part gigit2 ni.


Cuba tgk hidung dia...meremang bulu tengkuk aku. Sekarang kalau aku menjawab jer ngan En Win.... dia akan gertak nak letak binatang ni kat badan aku. Setan! betul lah.....huahuahua tak suka lah. Aku dah tak ada  kuasa kat rumah sendiri...hidup aku dalam ketakutan. Takpe u buli lah I....jangan sampai I sedekah kan binatang ni kat budak2 kat luar tu nanti


Ko tengok mata Sugar Glider ni....macam nak attack sesuatu. Berani lompat lah kat badan aku....silap ada yang patah tengkuk nanti.






Jgn harap dapat lepak kat badan aku.


MIL aku pun suka binatang ni....


Mak ai.....merayap kat tetek pulak. Dalam rumah ni aku sorang jer yang takut....asal keluarkan binatang ni...aku kat dapur dah terjerit2....lepas tu cepat2 tutup pintu. Eeeeee.....tak suka.....tak suka.

Thursday, January 19, 2012

Mak cepat sembuh yer!!

Minggu ni minggu paling mencabar....minggu terkejar2.....minggu macam2 harus dipukul. dipikul.

Huaaaaaaaa huaaaaaaa.......korang mak kita sakit....kita sedih dan risau sesanggat. Mak aku kena Asma dan sakit kaki yang amat teruk. 3 hari mak di tempatkan di ICU....doktor kena monitor mak 24 hours. Darah mak terlalu pekat sehingga tidak dapat di salurkan ke paru2 dan jantung. Doktor terpaksa beri injection diperut untuk mencairkan darah mak. Hari ni syukur alhamdullilah mak dah masuk ke ward biasa....dapat kitaorang adik beradik menjaga mak. Waktu hari tu kitaorang x dibenarkan menunggu dan masa melawat sangat terhad. Susah hati....tapi tak boleh nak fikirkan sangat....sbb aku juga dan ada tanggungjawab yang harus dipikul.

Pagi aku akan rushing gi hospital melawat mak....lepas tu sambung kerja office. Petang ambik anak sekolah, bagi makan hantar tuisyen....rushing pergi hospital balik. Walaupun penat macam mana pun tapi bila tengok muka mak....lega hati aku. Sayang emak sanggat....tak terbalas budi mak selama ini. 

Korang tahu tak.....setiap kali melawat mak aku kena kental kan hati....tak sampai hati tgk kat badan mak wayar sana sini....masuk jer kereta kompen air mata aku meleleh. Aku kena sabar tak boleh tunjuk kesedihan kat mak.....nanti dia tak ada semangat untk lawan sakit tu. Syukur alhamdullilah.....sejak mak dah di masukan ke ward biasa.....mak dah boleh bercakap.....wayar2 kat badan mak dah di buka. Harap2 mak cepat sembuh dan keluar dari hospital. Korang doa kan mak aku yer!



Setiap kali tgk gambar ni mesti air mata aku berderai. Sayang mak.....cepat sembuh yer mak!

Tuesday, January 17, 2012

Persatuan dan Aktiviti Sekolah

Korang ingat lagi tak dahula kala waktu zaman persekolahan aktiviti or persatuan apa yang korang masuk?. Muahahahaha....mesti korang poyo kan pilih persatuan yang glamer2 yang ala2 ada aktiviti luar. Bila naik bas walaupun pergi Dataran Merdeka jer....tapi hidung kembang lambai2 kat tingkap bas sbb dapat keluar sekolah (aku lah tu....hahahahaha).

Waktu aku form one....aku join Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Aku tak minat langsung jadi nurse tapi disbbkan uniform dia cantik laju jer aku tick ruang kotak PBSM tanpa minta kebenaran bapak aku. Menyirap jer bapak aku bila kasi tahu....uniform tu bukan nya murah mahal giler....ingat lagi beli kat Central Market. Asal hari sukan jer aku kena stand by luar padang takut ada orang pengsan. Kalau ingat balik tak masuk akal....setakat lari sekangkang kera....tiup tepung dalam pinggan bila nak pengsan nya. Tapi aku ttp berbangga memakai uniform berwarna putih itu di luar padang.

Form Two....dah besar sikit kan..... dah x join PBSM rasa macam poyo pulak. Pilih Persatuan yang senang dan x banyak aktiviti so Persatuan Puteri Islam....murah jer cuma beli kain warna pink. Aktiviti ceramah agama dan nyanyi nasyid sangat mudah.

Form Three.....rasa nak glamer sikit....sbb waktu ni dah start gatal ...pantang nampak jantan hati berdebar-debar. Padahal jantan tu lalu jer tepi ko...tapi excited macam perempuan giler. Masuk Pancaragam....aku suka main Clarinet tapi cikgu tu dengki sbb sure aku akan kelihatan comel bila main alat muzik tu...so dia suruh aku main Horn (ala2 trumpet tu). Dia kata mulut aku sesuai dgn tiupan tu. Lantak lah horn pun horn lah....janji glamer. Setiap tahun Sekolah aku terpilih buat persembahan pada Hari Merdeka. 1 bulan sebelum Hari Merdeka kitaorg kena training dekat Kem Askar semua sekolah akan berkumpul. Fulamak! sekolah lelaki banyak tu.....apa lagi Mak pun glamer nyah!!. Persatuan ni kekal sehingga aku Form Five.

Waktu aku join Pancaragam ni budak2 melayu mmg anti giler kat aku....diorang paksa aku masuk dikir barat. Tak kuasa aku menyanyi tengah2 padang....duduk pulak tu lepas tu tangan jer bergerak. Aku kalau menari kena bergerak satu badan tak main lah sekerat badan jer......muahahahahaha.

Jumaat lepas balik dari Sekolah terus Yaya datang kat aku.....

Yaya: Mama....cikgu suruh Yaya pilih persatuan apa nak masuk.

Mama: Yaya pilih Persatuan apa? Pilih lah Pandu Puteri boleh belajar buat Khemah.

Yaya: Tak nak lah....Yaya dah pilih pun. Yaya pilih Tunas Kadet Remaja

Hambek ko....tak agak2 pilih Persatuan. Tanjat Maimon!

Mama: Yaya tahu ker Kadet tu apa?

Yaya: Ntah....tapi nama Persatuan tu macam sedap jer.

YaAllah ko pilih Persatuan sbb nama dia sedap....sah dia main tick jer. Aku tahu sangat anak aku ni berat mulut nak bertanya cikgu. Ini mesti ikut kawan.....kawan tick Kadet....dia pun tick kadet. Aku suruh dia tukar dia takut. En Win tak kasi aku jangan masuk campur.....bagi sikit kebebasan untuk anak memilih. Ialah ...pandan muka aku....dulu aku nak masuk PBSM pun bukan aku tanya bapak aku pun. (Balasan yang sungguh cepat....aku tersedar sekarang).

Hari Ahad lepas kena lah cari baju Kadet....macam tak caya aku budak ni pilih Kadet.

Tunas Kadet Remaja....Wah! anak aku dah remaja.


Macam ni ker muka nak masuk Kadet...tak takut pun!


Aku masih tak percaya anak aku pilih Persatuan ni.....takpe2 kita tengok.....kita bagi dia peluang. Tahan tak dia berkawat tengah panas.

Monday, January 16, 2012

Azam 2012

Azam aku tahun ni tak nak berlembut hati....tak nak cepat kesian kat orang2....tak nak hulurkan bantuan kalau orang susah (giler kejam azam aku tahun ni kan). Aku ngan En Win dah sebulat suara tahun ni tahun pentingkan diri sendiri.

Bukan apa korang....aku dah serik sesangat. Aku ni terlalu lembut hati....pantang orang susah aku ngan En Win mesti berusaha tolong....tapi by end of the day kitaorang dibalas taik. Ada satu kes kesian tak ada duit nak guna untuk raya....tanya pendapat En Win ...dia kata bagilah kita ada rezeki lebih apa salahnya tolong. Aku ni jenis kalau ko hutang kat aku...pandai2 lah bayar dan aku rasa itu tanggungjawab korang utk cari duit tu.....nak mintak atau nak call2 ni mmg aku malu. Dah 5 bulan benda ni berlalu tapi bila nampak muka aku kau cabut....kalau tak ada duit nak bayar pun kasi tau....at least aku faham yang ko ni ada masalah. Elok2 rapat  boleh jadi renggang persahabatan tu.

Aku cakap ngan En Win disuruh aku tepon and tanya.....ishhh segan betul lah aku nak tepon2 ni....aku kuat kan semangat tepon juga dan tanya pasal duit tu.....and u know what?????? dia boleh jawab yer ker I ada hutang u.....tak ingat lah. Terbakar tak hati korang.... ko hutang bukan sikit tapi banyak ok! eh.... boleh pulak cakap lupa.

En Win pun kena benda yang sama gaks....kesian kat pekerja memanjang tak cukup duit makan, duit mak sakitlah, sewa rumah tak cukuplah.....tapi bila dah bagi hujung bulan lepas gaji terus hilang macm tu jer. Lagi satu korang perasan tak perangai si peminjam ni..... kalau datang nak pinjam bila cakap lembut gigi dari lidah....mcm2 janji diaorang  bagi tapi bila time nak bayar....kita pulak di tengking2 macam dah jadi terbalik....macam kita pulak berhutang ngan dia.

Ada satu kes lagi. Pepagi jumpa aku ngan En Win nak berniaga baju.... nak tambah pendapatan keluarga katanyer. Seperti biasa sebelum dapat janji beriya2....jangan takut Bang....tak kan saya nak tipu...abang tahu rumah saya kat mana kan. Kita ni ingat jujur lah....lagipun kesian pulak bila dia cakap nak tambah pendapatan keluarga....lagipun kawan rapat dah kenal lama pun....dari baju tu duduk kat kedai tak bergerak...apa salahnya bagi dia peluang jual kat luar. Hujung bulan dia hantar balance baju tapi duit untung tak bagi....cabut lari....telepon x angkat....pergi rumah memanjang bini cakap tak ada. Ko nak cari rezeki aku tolong tapi bila dah untung ko lari. Ingat kitaorang beli baju ni dgn air liur ker....sewa kedai bayar ngan daun ker. Agak2 lah orang dah tolong....timbang rasa lah sikit.


Ada seorang hamba Allah ni datang nangis2 nak pinjam duit siap tunjuk bukti loan dia dah approved....dia nak pakai duit cepat sbb duit loan tu akan dapat minggu depan jer. Dia siap suruh aku pegang ATM card dan bagi pin no lagi. Aku kan lembut hati cepat kesian jadi bagi lah pinjam. Hambek ko sampai sekarang tak bayar....bila aku mintak memanjang tak ada duit. Tapi barang ko pakai bukan main branded aku tengok. Boleh pulak mintak bayar ansuran...First and last ko dapat pinjam kat aku lagi.

Aku kalau aku cite pasal org pinjam2 ni sampai esok pun tak habis....so kesimpulanya tahun ni tahun pentingkan diri sendiri. Tahun cekal kan hati....tak ada masa nak kesian2 lagi. Pandai2 lah korang mintak Along. Gua nak jadi  Angah pulak.

Friday, January 13, 2012

Renovation....plus stress

Awal2 tahun tak suka lah stress2 ni....hidup mesti ceria barulah nampak muda remaja. Tapi tak dapat di elakan tetap lah akak ko ni stress.....over budget over ok!

Sepatutnya kitaorang pindah ke rumah baru hujung tahun haritu....tapi di sebabkan beberapa perkara tidak dapat di elakkan maka terpaksa lah di tunda sehingga hujung bulan satu or pertengahan bulan dua. Status renovation dah dekat 70% siap....itu tak jadi masalah.

Tetapi yang menjadi masalahnya....huhuhuhuhu..... rupanya banyak penambahan yang kecik2 sehingga dia menjadi besar. Contoh: korang dah budget nak buat curtain dalam RM1000 tapi bila sampai kat kedai curatain....tgk2 banyak benda2 yang cantik dan ada pernambahan aksesori yang mesti korang beli.....benda2 macam ni lah yang membuatkan kos harga meningkat sehingga menjadi RM2000. Itu baru curtain belum masuk lagi aksesori toilet, aksesori kitchen, lampu2.....huhuhuhu stress2. Hujung minggu haritu pilih tiles.....of course mata nampak yang cantik jer.....pun terover jugak. Sungguh jahat napsu ni. Tukar gate....pakai yang auto dah pilih2 harga dah cun rupanya itu harga gate jer tak masuk mesin moto gate tu lagi. Ko meng Arrrrrr.

Since budak2 dah start sekolah baru.....so in law berpindah... duduk sekali ngan aku sekarang.  Rumah aku mmg sempit giler kotak sana sini barang aku campur ngan barang in law. Kesian kat diorang baju pun x tahu nak letak mana.....nak pakai ambik dalam beg dulu. Sekarang dah kemas sikit2 letak dalam kotak.....tapi still kena letak dalam rumah gaks.....fuh! memang stress tengok rumah jadi kelam kabut macam ni. Semalam gi visit rumah diorg tengah pasang tiles and wardrobes. Minggu depan kitchen cabinet. Kalau x ada apa2 harap hujung bulan ni boleh pindah....tapi aku rasa mesti pertengahan bulan 2. Nasihat aku kalau korang nak pindah sok2 kalau buat budget extra kan dalam RM10K - RM15K mesti terover punya lah. Mesti ada jer lah korang nak buat nanti....percaya lah.


Area dining aku...lampu belum pilih lagi. Huhuhuhu


kitchen area

Area belakang rumah....Pa perut tu cover sikit.


Bahagian depan.

Hall....dalam kotak tu tiles

Permandangan dari atas

Tengah pasang auto gate....eh! cina ni....ko ingat ko artis tunjuk peace bagai. Kena pasang awal kilang dia tutup 2 minggu sempena CNY nanti.


Beli toilet aksesori....mana tak over budget....shower bukan main nak yg turun macam air hujan. Maklumlah kecik2 dulu tak puas main hujan. Laki bini sama jer bila pilih barang perasan duit berkepok dalam poket tak agak2.....lepas tu stress


Ini semua napsu ok! Siapa tak nak rumah cantik kan....kalau korang ada duit lebih apa salah nya. Paling penting sebelum korang buat sesuatu atau membeli sesuatu benda...perbincangan amatlah mustahak. Jangan bertekak atau menyesal di kemudian hari. Tipu lah kalau aku cakap aku tak bergaduh ngan En Win....dia suka macam ni ....tapi dari mata aku tak cantik pulak....kat sini korang kena lah bertolak ansur sikit. Jangan ko nak menang jer....sebab rumah bersama.

Tak sabar nya dah pindahhhhhhhh.