Nuffnang Advertisement

Thursday, December 6, 2012

Semangat berkobar-kobar!!

Hari ni tak ada gambar nak dijajakan utk korang. Ada sebenarnya tapi malas nak upload. Aku sendiri pun menyampah nak tepek muka sendiri. Dah blog aku takan nak tepek muka orang lain pulak. Harus tuan belog mendahului carta...hahahaha. Bagus sendiri komplain sendiri pertahankan diri. Kau mampu!!! Jadi marilah kita borak2 kosong. Agak2 korang rasa aku merepek mcm perempuan giler korang tutup jer lah ya!

Nak masuk tahun baru ni semangat aku semakin berkobar2. Banyak perancangan kat kepala ni. Perancang yang mengunung tinggi yang tak tahulah boleh capai ker tidak tapi janji semangat tu ada. Pasal semangat tahun baru ni kita KIV sekejap. Jom kita borak2 pasal sejarah dan pencapaian aku tahun ni.

2012 banyak kenangan pahit berbanding manis terjadi dalam diri aku. Tapi pahit ini menjadikan aku semakin kuat dan berani menempuhi kehidupan yang mendatang. Kalau manis jer sepanjang tahun tak fear factor namanya. Aku ni jenis yang tak suka luahkan perasaan...sukalah pendam sorang2 lepas tu meroyan senyap kat bucu katil. Aku tak suka kongsi masalah dengan orang luar sampai kadang2 orang tak tahu pun aku ada masalah besar sebenarnya. Ada setengah orang tu dia suka luahkan sebab lepas tu dia akan rasa tenang. Aku pulak cuma akan kongsi masalah aku dengan En Win jer sbb dia sorang jer aku boleh membebel2, melayan aku menanggis meraung sambil peluk dia kuat2 dan menjerit secara tiba2...hahaha. Aku rasa selamat berkongsi dengan suami sendiri dari orang lain. Kompem masalah kau tak bocor kat tangan orang lain. Kadang2 kawan ni mmg pendengar yang baik ttp kalau gaduh sok2 nanti habis masalah korang dijaja sekeliling (bukan semua macam tu ya).

2012 - Bermula dengan mak yang tak berapa sihat, aku kena operate sbb mengidap penyakit Endo, Adik operation tangan, Sister in law operation perut, FIL mengidap kencing manis, Orang luar yang sentiasa dengki dengan kebahagian kami dapat ugutan baling asidlah, nak bomohkan kitaorang lah, nak runtuhkan rumahtangga pun ada. Perrrggghhhh!!! peningkan tapi Alhamdullilah satu2 kami dapat selesaikan dengan sebaik mungkin.

Kadang2 aku berterima kasih kerana dengan dugaan ini yang aku semakin kuat, semakin berhati dengan orang sekeliling. Kalau dulu aku tak pedulikan pasal kesihatan tapi tidak lagi sekarang segala vitamin aku telan. Of courselah waktu ditimpa masalah aku rasa macam kenapa benda ni terjadi kat diri. Tapi bila aku duduk dan fikir secara positif ini semua adalah peringatan dari Allah jadi dia turunkan sedikit dugaan kepada aku kerana mungkin aku telah menyimpamg jauh jadi dia bagi sedikit kesedaran kat aku supaya berubah kearah yang lebih baik, Itu tanda Dia masih sayangkan aku sebagai umatnya. Alhamdullilah.

Bagi orang yang dengki dan ingin meruntuhkan kebahagian kami aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana kasih sayang kami semakin kuat sikit pun tak rasa tergugat dengan ugatan2 yang bodoh dan fitnah yang kau sendiri buat. Buat apa susah kacau kehidupan orang lain baik kau betulkan kehidupan kau sendiri bersih kan jiwa dan rohani tu ya. Aku nak kategorikan kan kau orang saiko...jadi jgn dilayan sbb kalau dilayan aku juga akan menjadi saiko jugak.

2012 - kenangan manis percutian kami sekeluarga ker Europe. Percutian yang aku dan En Win nantikan selama ini. Alhamdullilah tecapai impian kami. Perniagaan En Win semakin berkembang, Bisnes aku dengan kawan2 pun berjalan lancar, percutian dengan budak2 tsugoi. Allah tu maha adil kan. Dia beri kita dugaan Dia juga lah beri kita kesenangan. Syukur kpdmu YaAllah.

Tak sampai sebulan lagi tinggallah sejarah 2012...sejarah yang banyak memantangkan aku erti kehidupan sebenar dan banyak memberikan aku kekuatan dalam hidup. Kita DELETE button yang merosakkan kehidupan kita dan kita ON button semangat dan jiwa yang baru.


7 comments:

liza♥aufa said...

saya pon semangat nak jadi mcm akak!!!!!

my name is ivana said...

Kak Elly,

saya suka dengan ayat ni "Kita DELETE button yang merosakkan kehidupan kita dan kita ON button semangat dan jiwa yang baru."
Marilah bersama-sama melangkah tahun baru dgn semangat yg baru!

nifalnin... said...

fuhhh kak elly...

ayat last tu dah mcm pakar motivasi pulak... hiks..


thanks sebab kak elly share kisah best n sedih kak elly... jd semangat utk sy terus berusaha... caiyok.. caiyok...

momnsofea said...

Fuyoo...cayalah kak elly ...all the best to you, to me and we all.moga kita jadi insan yg lebih baik ,lebih bersyukur apa yg ada sekarang dan diberkati setiap langkah kita yg akan dtg.renung renungkan...

momnsofea said...

Fuyoo...cayalah kak elly ...all the best to you, to me and we all.moga kita jadi insan yg lebih baik ,lebih bersyukur apa yg ada sekarang dan diberkati setiap langkah kita yg akan dtg.renung renungkan...

momnsofea said...

Cayalah kak elly...moga kita menghargai apa yg ada,tabah hadapi dugaan yg mdtg dan setiap langkah kita diberkati.Amin.

Anonymous said...

"Dia masih sygkan aku sebagai umatnya"..bkn umatnyelah kak elly syg.hambaNya.kita kan umat nabi Muhammad.. Hehe..motivational entry.suke sgt!.. ;)