Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 19, 2012

My paberet product

Kalau En Win baca entry ni mesti dia kutuk aku kata mengelabah! Suka hati i lah....ni blog i yang u sibuk baca kenapa....biar arrrrr. 24 jam mengutuk blog aku tapi bila baca senyum sorang2 suka lah maknanya  kan....hahahaha. U kan peminat tegar I lagi tak nak mengaku.

Just nak share ngan korang paberet product yang aku pakai. Aku ni jenis setia pada product...kalau aku rasa sesuai memang sampai bila2 aku akan setia. Aku jenis tak berani cuba atau campur2 dengan produk baru melainkan aku nampak kesan kaw2 dekat pengguna baru aku akan cuba.




Ini set penjagaan muka Dermalogica. Aku selalu buat facial kat dermalogica ni jadi senang harung sekali beli produk dia. Produk ni aku memang dah pakai lama tapi dulu stop sekejap sebab pakai Tabita. Since pakai tabita kulit aku dah ok dan warna kulit dah jadi sekata. Tabita ni agak kuat sikit bahan2 dia so x blh pakai selalu. Bila betul2 dah puas hati dengan produck tabita dah capai kepuasan aku ambil keputusan stop tabita n continue produck dermalogica. Aku akan continue tabita bila tgk kulit menjadi kusam balik.



Umur dah meningkat jadi kena lah ambik cream ni utk hilangkan garisan2 halus di muka. Kang bersepah line2 kat muka tak vogue lah pulak. Kecantikan bukan sahaja utk suami tapi juga untuk kepuasan diri. Tak kisah produk mahal atau murah janji barangan yang digunakan sesuai utk kita. Produk ni aku baru cuba 2 bulan tapi kesan agak ketara especially garisan kat hidung, tepi mata dan mulut.



Make up

Kalau dulu waktu remaja make up paberet aku MAC dan Bobby Brown. Tapi bila dah remaja dewasa ni aku rasa Chanel lebih sesuai kot untuk aku. Chanel foundation ni giler smooth. Banyak2 produk kecantikan the best foundation aku rasa chanel kot (bagi aku lah) sebab tak sticky kalau berpeluh macam mana pun kulit korang tetap smooth. Pakai foundation chanel ni macam tak nampak pun korang pakai foundation sbb betul2 masuk dalam kulit nampak sekata jer....cewah!!

Since dah sesuai pakai foundation chanel jadi  aku beli sekali barang2 lain senang kerja sikit. Malas aku nak merayau sana sini untuk mix n match kan.



Product kesihatan.

Sekarang tengah cari2 vitamin yang sesuai utk dimakan. Dah terlalu banyak kat pasaran sampai tak tahu nak pilih mana satu. Masih survey...kalau korang rasa ada vitamin yang betul bagus share ngan aku ya. For the being aku cuma maka Kinohimitsu dan Monavie.

Kinohimitsu ni collegen utk penjagaan kulit. Movanie yang aku ambik ni pulak utk sendi2. Orang yang dah beranak ni badan rasa lain macam sikit sakit sana sikit. So far bila makan monavie tak lah rasa sakit2 sendi dan letih badan.



Penjagaan Rambut.

Dulu aku banyak Dandruff. Kalau pakai baju hitam amat memalukan. Gugur jer salji putih atas baju. Tokei saloon rambut aku nasihatkan tukar ker syampu Redken. Aku tak boleh pakai syampu biasa nanti dandruff kembali menyerang. Syampu ni kalau beli kat saloon mahal sikit. Terpaksa lah rajinkan diri pergi Sungei Wang tingkat 3 ada banyak kedai  produk rambut. Harga jauh lebih murah dan boleh  beli botol yang bersaiz besar. Berbulan tak habis2.

Gambar sebelah tu product utk hair growth. Sejak anak kedua rambut aku banyak gugur. Dari tebal sekarang kalau ikat sejemput jer rambut aku. Since pakai product ni rambut aku dah kembali lebat balik. Produck L'oreal tu pulak utk diletak kan kat hujung2 rambut yang kering. Agak2 nampak ketara sangat kering kat rambut tu cepat2 letak minyak L'oreal ni.



Perfume

Aku tak suka tukar2 perfume. Kalau dah suka satu bau tu sampai ketua aku akan setia. Utk kepejabat aku suka wangian dari Gucci. Utk keluar bersuka ria aku suka wangian Davidof.  Malam sebelum tidur aku suka semburkan seluruh badan dengan wangi dari produk L'occitane.



Wangian dirumah.

Aku ni mmg suka kalau rumah sentiasa wangi. Memang aku mengaku banyak sikit berhabis duit beli wangian2 utk rumah. Bila balik penat2, badan letih pasang benda2 wangian rasa macam lega jer kepala otak ni.

Gambar yang ada api tu nama dia Lampe Berger. Ini mmg paberet aku ngan En Win sebelum masuk tidur aku akan pasang. Nyalakan api dalam 5 minit tiup api tu dan wangian tu akan keluar.Perggghhh! aku tak tipu kalau korang letih ker, pening kepala ker, ada masalah ker kalau  bau jer wangian Lamp berger ni rasa tenang jer tidur nyenyak jer. Ini aku tak tifu.Tapi ubat wangian ni agak mahal sikit. Aku ngan En Win akan pasang wangian ni bila kitaorang betul2 letih atau nak ON mlm tu....hahahaha. 


Utk setakat ni jer ya perkongsian aku nanti kalau free aku kongsi lagi ngan korang ya.

25 comments:

Lynn Hamzah said...

wah kak elly...lengkap...penjagaan diri dan terus sekali penjagaan rumah....

Somel-somel Adliza Azilda said...

Kak Elly, yg hair growth tu bape ringgit? nak try juga la sbb rambut gugut teruk...

fyza said...

Salam sis..untuk vitamin..tak nak try produk dari Shaklee ke?..kalo nak saya bagi specil price kat akak...tp akak bagitau akak nak makan vitamin untuk apa..mungkin saya boleh suggestkan yang terbaik untuk akak..boleh email saya fizasalleh83@gmail.com..maaf menyibuk..saya silent reader blog akak

liza♥aufa said...

wah patut le cun melecun~

liyana said...

kak..yg kepala ijo bentuk mcm daun tu nama dia ape ek? ada tgk kat umah member tapi lupa pulak nak tanya. tapi masuk umah dia mmg wangi la. tapi dia guna kaler purple. lavender kot.

Irfa said...

amboi2..pasang utk ON yg tak tahan baca tu.hihi

suka baca blog elly..wajib baca setiap posting.apdet hari2 pun @ 1 jam sekali pun xpe

Anonymous said...

Kak elly... Yg foundation chanel 2 bape rm? Nk korek duit tabung nie tengok ckup x nk beli..... Sobs...... Nk cantik cm kak elly gak.... Walaupon hujung2 bwk bekal gi opis.... Haha.....

Elly said...

Somel2: Hair growth tu RM128.00 kalau tak silap tapi tahan lama

Liyana: Yupe i pun guna lavender

Anony: Foundation chanel tu RM158 tapi tahan lama sbb tak yah pakai banyak2

Somel-somel Adliza Azilda said...

tq kak elly =) nnt nak cari.. alang2 da dpt bonus ni

Anonymous said...

ehhh..bukan ke sebelom ni elly pakai tabita?

Anonymous said...

Elly.. Tri aktiline tu beli kt mana..

Somel-somel Adliza Azilda said...

Eh lupe... beli kat mner kak? ade jual kat hair saloon o memaner?

ezass said...

Hi elly

i silent reader blog u.. suka baca sbb best hehehe!!! u nak cari vitamin eh? y not try produk Beutskin Essence n SNE kapsul dari SNE Marketing. Produk ni ramai artis da mkn such as Adira AF, Isma AF, even Scha AlYahya sendiri da mkn produk ni n will be our duta next year. If u interested u can contact me Faizah 017 301 3105 by whats up/sms... by the way our birthday same date 22feb.....

Twins said...

kak elly nak tanya tg shampoo redken tu berape rm?sebab saya pun ada dandruff yg teruk jugak

sepet a.k.a zack_u said...

Kak Elly, boleh tak letak harga dia sekali. Saya seperti nak jugak beli kesemuanya, tapi tak tau nak kumpul duit sampai berapa baru boleh beli ni. Huhu!

Elly said...

Anony : Tri Aktiline to blh beli kat kedai SASA

Somel2: Hair Growth blh beli kat tempat jual produk penjagaan rambut or kadang2 saloon pun ada jual

Twins: Redken tu sebotol dala3 RM4kalau tak silap. Kat saloon rambut ada jual

Sepet: Akak kau ni pemalas tahap maximum cuba kasi tahu mana yang kau nak tahu harga dulu nak list semua malas akak ko ni ha.

Anonymous said...

Hai k.elly..i'm ur SR..

Nak tnya Lampe Berger tu harga berapa..mcm teruja jer nak guna wangian tu..hehe

zaza

qaseh zara said...

kak elly....saya pun macam sepet..nak tahu rega....pls kak....

nurul H.A.J.A.R. mahyudin said...

akak yg monavie 2 bli ktne n bpe rm?

Elly said...

Anony: lamb berger tu one set rm238
Nurul : monavie rm130

Somel-somel Adliza Azilda said...

da jumpe dah hair growth tu... ade jual dekat the mines.. kedai jual brg@ saloon...tQ kak elly

Anonymous said...

Kak ely lamp berger beli kat mana?

Aisoice Hitado said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.

Parfum Ori
Chanel Parfum.

----------

Zakaria Mahuddin said...

Dermalogica adalah produk terbaik muka yang pernah saya digunakan. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda bahawa saya mendapat Dermalogica produk wajah dari LahBeauty.com. Mereka menawarkan harga yang terbaik di bandar.

Zakaria Mahuddin said...

Dermalogica adalah produk terbaik muka yang pernah saya digunakan. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda bahawa saya mendapat Dermalogica produk wajah dari LahBeauty.com. Mereka menawarkan harga yang terbaik di bandar.