Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 12, 2012

KidZania

12.12.12 korang ada tak apa2 yang special hari ni. Mana tahu ada lomantik dinner ker utk celebrate angka ni. Aku tak ada lah teruja mana pun dengan angka ni cuma tiba2 bangun jer semangat ceria tu datang...lepas tu tiba2 tanamkan dalam hati start from today nak jadi orang baru tak nak fikir negatif2 ni. Wah! gitu tiba2 ceria tak ingat tersenyum2 sambil nyanyi lagu Ramlah Ram dalam kereta "Diam2 berpanjangan mata bertentang mata:...hahaha.

Aku kalau mengarut no.1 dari pagi sampai petang pun aku boleh tulis. Antara sanggup ngan tak sanggup jer korang baca nanti. Segala isi perut korang kang terkeluar sebab meluat...hahahah. Ok2 mari kita cite pasal Kidzania. Jumaat lepas terpaksa aku ambil cuti sbb kesian kat budak2 ni duduk rumah jer. Asal aku balik kerja tgk muka diorang bonyok jer jelas terpancar keboringan diwajah memasing . Melepek jer depan tv jalan pun tak bermaya. Lepas tu asyik ulang jer "boringlah mama cuti sekolah ni". Holloh3 dah bawak merata pun boring lagi. Aku kan ibu yang prihatan keboringan anak2 dapat dirasai. Marilah anak2 kita bersuka ria. En Win tak dapat join sbb kerja Jumaat tu. Jadi ajaklah anak buah join sekali utk menceriakan keadaan.



Pukul 9.30 pagi aku dah sampai. Ya Rabbi ramai giler berbas2 datang. Aku dah tawar hati nak join tapi kesian pulak kat budak2 yang dah excited. Ok2 kita teruskan. Kidzania ni ada dua sessi. Pagi pukul 10 sampai 3.00 ptg. Sessi petang dari 3.00 ptg sampai 8 malam. Bayaran RM55.00 utk Children n RM35.00 utk Adult.



Bagi yang tak sure pasal Kidzania ni mari aku terangkan. Kidzania tempat korang expose kan anak2 korang dengan dunia pekerjaan yang sebenarnya. Contoh macam anak korang bercita2 nak nak jadi Lawyer di Kidzania ni diorang akan terangkan dan buat praktical macam mana nak jadi lawyer.

Masuk jer Kidzania anak2 akan di beri cash cheque sebanyak RM50.00. So diorang kena beratur dekat bank utk cash kan cheque tu. Giler sama korang dibuat CIMB tu siap ada kaunter lagi. Dengan adanya duit tu dia akan melatih2 budak utk menyimpan atau digunakan kearah kebaikan.

Contoh: Kalau korang memilih utk bekerja sebagai doktor so korang akan diberi upah kalau segala tugas yang diberikan selesai. So dengan duit upah tu korang boleh beli makanan di supermarket ataupun menyimpan. Ada juga pekerjaan yang memerlukan latihan. Contoh macam nak jadi model korang kena belajar cat walk dulu so kena upah cikgu mengajar. Lepas dah terror baru boleh join fashion show than baru dapat gaji.

Korang faham tak apa yang aku cuba nak explain ni...hahaha. Kalau tak faham tak apa aku tak marah.


Memamg teruja giler!! Aku yang teruja anak2 aku tgk relax jer. Tengah sibuk2 cari pekerjaan utk anak2 tiba2 hotel terbakar...tanjat aku. Dengan sepantas kilat ahli bomba dah datang padamkan kebakaran. Cutenya tgk budak2 kecik jadi bomba berlari nak padamkan api. Kenapa dulu tak ada benda2 macam ni. Tak ada lah aku susah2 main nyorok2 kat longkang.



First job aku paksa anak2 aku jadi ahli muzik hahaha...bengang giler Yaya sebab terpaksa buat persembahan depan orang ramai. Biarkan...asyik malu jer kali ni rasakan korang.

Aku: Lepas ni mama nak korang jadi Lawyer pulak.

Yaya: Ah tak ada...Yaya nak jadi Fashion designer. Kalau mama nak mama jadilah. Yaya x suka.

Cewah! melawan korang yer.



Cuma hasabnya kat sini korang kena beratur panjang giler. Satu pekerjaan mengambil masa 15-20 minit. Kat situ jer dah buang masa. Tapi suka tengok perangai budak2 kat sini. Korang tengah sibuk beratur tgk2 ada budak2 mintak cop jari korang...hahahah rupanya CSI tgh menyiasat kes pembunuhan. Tengah lepak2 tunggu giliran tiba ada posmen tgh tolak trolli nak hantar parcel macam busy bebenor bandar kidzania ni. Belum lagi ada budak yang sibuk panjat tiang rupanya tengah betulkan wayer telefon. Cutelah wei!!



Pekerjaan kedua jadi pelukis terkenal. Hahaha cita2 tak agak2. Anak aku sibuk melukis aku sibuk intai budak2 yang nak jadi pembaca berita. Melekat muka aku kat cermin sbb teruja. Itukan cita2 I dulu2. Macam nak beratur jer join budak2 tu sekali.



Macam2 pekerjaan ada Dentist, Beauty Saloon, Cashier, CSI, Doktor, Pilot, Deejay, Polis, Programmer, Fast Food, Ada kilang Oreo, Mineral Water, Pakar bedah, Pakar mata semua lah ada. Kenapa dia tak kasi adult join sekali...I nak lah...hahahaha


Job ketiga Yaya dan Adik memilih utk menjadi model dan fashion designer. So kena upah cikgu mengajar cara jalan cat walk yang betul. Dah terror baru boleh buat fashion show jalan depan orang ramai. Kat sini korang blh tengok level of confident budak2 ni. Ada yang nak jadi model tapi jalan tunduk kepala. Macam mana tu. Aku pun teruja tgk sambil cat walk sambil berkelip2 cameraman tangkap gambar. 


Job keempat jadi penari professional. Apa anak aku ni job semua yang glamer2. Mama tak suka tau. Lepas ni aku nak paksa diorang jadi pilot or doktor.


Berjaya paksa diorang jadi Pilot. "Bestlah mama bawa kapal terbang". "Tulah mama dah ckp so mulai sekarang cita2 kena jadi pilot tau"."Tak naklah nak jadi fashion designer jugak...asal mama dulu tak nak jadi pilot"..."mama tak pandai nak"

Lepas tu aku suruh diorang belajar macam mana nak isi minyak kereta...hahahah utk kesenangan aku kemudian hari.



Sekejap jer masa berlalu. Tup2 dah pukul 3. Tak sempat anak aku nak shopping beli barang. Penat jer bekerja tapi tak dapat belanjakan duit gaji.


So marilah kita habiskan duit gaji dengan dengan buat face painting kat muka. Penat jer korang kerja hujung2 duit gaji conteng muka.

Walaupun ramai giler kanak2 yang comel kat situ beratur sampai nak tercabut lutut tapi kitaorang tetap enjoy di Kidzania. So...apalagi jom korang!!


13 comments:

Anonymous said...

just wondering, pada pendapat akak age sesuai utk pegi kidzania ni berapa ye? mcm sesuai utk budak sekolah rendah je although they said umur 4 thn boleh. -Sarah.

Filla ~ Kasihs said...

alamakkkk teruja iolls ok.. hahah.. patutnya kena buat adultzania lah.. boleh aku apply jadi stewardess, model, pembaca berita, wartawan, pengacara..amboihhh yang glamour ajer..

Elly said...

Anoy - Budak kecik sangat tak enjoy. I rasa kalau 7 tahun ok kot sbb diaorang dah faham.

Filla: Kannnnn!!!

liza♥aufa said...

teringin nya nak pergiii!!!

ibuhebat said...

holoh comeynyaaa.. :)

sheisjaz said...

Kak Elly...sy tgk pun sy teruja..sy pasti,msti kak Elly tersenyum2 sorg2 tgk gelagat budak2 tu kan?hehehe..

mrs kayrul said...

naper la takde untuk mak2 budak nie...dah la kecik2 dulu tak merasa, kang mak budak join sekaki dah dikata buang tebiat plak...huhuhu

kak elly lepas nie baju2 tsugoi boleh la suruh yaya jer design...hehhee

Arni said...

Anak saya dah 2 kali ke.sini. tu pun tak habis lagi explore nya. kali pertama a saya excited la jugak follow dia.gi memvari nafkah. kali kedua saya dok je.dekat lounge minum kopi. pandai la korang nak cari kerja. tgk kejap mada dia jadi pembaca berita je. usia yg sesuai ni bila di dah start tadika dah boleh bagi dia explore.

kisskiut said...

huwaaaaaaa...
pesal best sgt weyyyy...
kak elly bestnyeeee...

Ms. Wanniey said...

comel giler... TNB pon ada.... eee best... tp x der anak nak bawk gi kidzania ni... hehe...

MISS DIVA said...

ya allah..teruja nye...zaman kt kanak2 dulu main masak2 pakai tanah je kak..abis dlm kuku msk pasir...pastu main panjat2 pokok..plg xtream main api...pastu kena rotan kat kaki..best nye jd kanak2 zaman skrg...

Irfa said...

eh bestnya..aku yang dh x berapa kanak2 pulak terlebih teruja.igt nak bawak la anak2 ke sini satu hari nanti

kipas putih said...

mak oih!
never know there is place like this.
wah.

cepatla kawen, nak jugak bawak anak pi sini.
muahahhaa