Nuffnang Advertisement

Thursday, December 20, 2012

Honeymoon...

Esok blog cuti seminggu...tak dapatlah korang baca lawak bodoh aku  ni. Aku yang tulis aku sendiri gelak terbahak2. Orang sikit pun tak kelakar baca lawak aku. Tapi aku suka jer perasan jadi macam Maharaja Lawak...hahaha. Gelak sekali lagi dengan hasil tulisan sendiri. Giler!!!

Next  week kan kita nak honeymoon dengan suami. Percutian tanpa anak. Nak bermadu kasih lah katakan. Last aku bercuti ngan En Win dekat Sepang Gold Coast...Annivesary last year. Giler lama. Mmg sejak kawin setahun sekali  kitaorang mesti kena ada percutian berdua2an dengan kata kasarnya bercutian tanpa gangguan anak2.

Waktu bercuti berdua ni bolehlah jalan peluk2 pinggang, lentuk2 kepala kat bahu, mandi peluk2 kat swimming. Kalau tidak jgn harap asal nak peluk jer anak no.2 aku tu mencelah tengah2. Asal nak lentuk kepala kat bahu nanti sibuk jer nak selit duduk tengah2.Nak bercakap ngan En Win pun tak tenang. Aku nak bercerita...diorang pun sibuk sama nak bercerita. Redha jer lah...macam ni lah kehidupan kalau anak2 masih kecik. Esok diorang dah remaja dah tak peduli pun kat mak kau yang vogue ni...tetap nak vogue.

Aku ngan En Win mmg suka muzik...that way kalau bercuti kitaorang akan cari tempat yang happening sikit. Kali ni kitaorang pilih Phuket pulak. Percutian kali ni bukan pergi berdua tapi berempat. Pergi dengan kawan baik En Win si Alang tu...kitaorang sponsor couple ni as a wedding gift hari tu. Dah lama giler rasanya tak bercuti ngan kawan2 yang satu kepala....dah lama giler rasanya tak lepak minum2 sampai ke pagi...dah lama giler rasanya tak borak2 tahap gelak guling2 atas lantai. Really miss that moment...berkumpul dan bercuti ngan kawan2 sekepala.

Sebut jer Phuket otak dah set nak gi massage yang letop2 kan tulang tu, nak ronda2 naik motor berdua, nak gi PI PI Island, nak gi jln2 malam yang road dia giler happening tu....giler x sabar nak menari ngan En Win aktiviti yang dah lama kitaorang x buat. Aku mmg nak pulun makan seafood kaw2 kat sana nanti...hahaha makan jer aku ingatkan.

Aku rasa percutian berdua2an kena ada utk setiap pasangan yang berkawin. Setahun kita busy dengan anak2, tugas kat opis lah, tugas kat rumah jadi tak salah kot mintak cuti kat anak2 dalam 5 hari utk korang semarak kan cinta bersama suami...cewah!!

Ok2 korang doakan semuanya berjalan lancar kat sana nanti ya. Nanti balik aku story2 kat korang yer. Ta ta....

9 comments:

Irfa said...

jeles nga ko elly ;(
ada gak masa nak berdua2 dgn suami
harap masa aku akan tiba nanti
selamat bercuti-cutian ye
mesti aku rindu nak baca lawak bodoh ko ni..

Sue Echan said...

wow.. bestnya....

Anonymous said...

Hai sis Elly...

nanti citer eh pecutian bedua kat Phuket nun...sronok dengar..sonok lg nk baca..
teringin gak nak becuti bedua ni..tp belum tiba masanya..anak2 masih kecil dan takda org yg boleh diharap tuk care anak2..ermmm tunggu anak2 dh besola jawabnya...

Sue.

Filla ~ Kasihs said...

ko pegi berdua ngan Win, confirm ko balik bertiga ngan baby.. hahahahah...

sheisjaz said...

wowwwww!!!! seronoknya kak Elly...nak jugak.Tapi bila tgk Qaisara yg baru umo 1thn+ tu xsmpi ht plak xbwk dia..hehehe..anyway, selamat bercuti kak elly vogue!

strawberi said...

gi phuket ye
selamat bercuti

MyraQhairel said...

ni kes aritu yg en win mimpi sambil bercakap nak baby boy ler ..ehhehe..jejaga kak...nanti balik uwekk uwekkk..hahahhaha.have fun ! next week pon saya bercuti jgk...tpi dlm mesia jek..tpi bwk si kecik tu..sayanggg nak tinggal..tunggu la besor cam yaya n adik...sure mak pak dia neh berdua2 duaan cam ko kak....

Anonymous said...

don't worry kak Elly. saya ketawa pada lawak kak elly.

keep on writing ya.

A.

nurlita rustam said...

hye elly..happy holiday ya..:))...