Nuffnang Advertisement

Monday, December 10, 2012

Harimau Malaya....Aaaaaauuuummmm!!

Selamanya....selamanya....selamanya Harimau Malaya!!!

Inilah barisan kita
yang ihklas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi

Korang ni boleh tak nyanyi kuat sikit...mulut jer kumat kamit suara tak keluar...ishhhh mananya kesungguhan korang cintakan Malaysia. Cewah!!!!...Hahahaha baru jer sekali pergi stadium kecoh je lebih.

Semalam kitaorang gi Stadium tengok perlawanan bola diantara Malaysia vs Thailand. Berkobar2 semangat anak beranak. Paling teruja anak2 aku sebab first time gi Stadium tgk perlawanan bola...tapi sebenarnya dalam diam aku yang paling teruja. Giler tak teruja selama ni tgk kat TV pun aku dah macam monyet terlompat2 ni nak tgk live kat stadium harus kepala En Win aku panjat nanti...hahahaha.

En Win: Ma..malam nanti I nak gi uptown nak cari baju Malaysia

Aku: Nak ikut....nak ikut

Nampak tak betapa terujanya aku.




Wah!! adik muka garang giler...hahaha.
Pukul 5.30pm dah bertolak dari rumah...hujan lebat pulak waktu. Aku dah start cuak takut budak2 demam nanti. Tapi dengan semangat yang berkobar tadi redah jer lah.



Vogue tak I...Hahaha.
 "Malaysia Boleh".



Jalan jem giler vavi tak ingat. Parking tak ada. En Win park kat atas divider jer. Polis sampai tak terkata tgk kitaorang. Berani tegur...I penyokong tegar Harimau Malaya tau. Dalam pukul 7.30pm baru dapat masuk stadium. Ya Rabbi ramai giler penyokong Malaysia. Tiba2 semangat Cintakan Malaysia berkobar2. Semua lagu aku join nyanyi, sukalah buat ombak2 tu...selalu tgk jer kat TV...hahahaha.



Tak sangka anak2 aku semangat giler kat situ. Join jer orang terjerit2 kat sana.


Aku lagi.....ehem2



Kau mampu pakai rambut trojan. Semangatkan diorang ni. Next perlawan kitaorang anak beranak decide nak pakai rambut ni. Tak cayakan tunggu.....



Penyokong Malaysia



Pukul 7.50 pm...pemain2 dari Malaysia dan Thailand ke luar dan berdiri di tengah pandang utk menyanyikan lagu kebangsaan negara masing2. Bila pasukan Malaysia keluar jer sorakan giler hebat dari penyokong. "Malaysia!! Malaysia!!Malaysia"



Pa....tolong berdiri tegak boleh tak?. Hormat sikit lagu Negaru ku!!



Tepat pukul 8.00 mlm permainan bermula. Respect dengan penyokong2 tak henti menyanyi dan memberi semangat kepada pasukan Malaysia. Kalau tgk bola kat rumah aku boleh lari2 sambil tutup telinga kadang2 tu channel takut tgk pihak lawan jaringkan gol....hahaha. Tapi kat sini I jadi Raja Gopal uolls bagi arahan bukan main kuat suara aku "Pass kat tepi tu tak ada orang jaga tu"...."La tak nak nampak ker sana kosong tak ada orang"...Hahaha tanjat En Win tgk semangat bini dia.

Separuh masa kedua...minit tak ingat...Malaysia berjaya menjaringnkan gol pertama.



GOL!!! GOL!! GOL!!

Sabar Pa!! Apa yang teruk sangat gaya u ni. Tgk I lompat setempat jer. Itu pun tak berani tinggi2 sbb ada 2 bola kat badan kena jaga...hahahaha.



Sorakan penyokong jgn cakap lah...bergegar stadium. Sukalah tgk semangat anak2 muda macam ni. Lepas jer Malaysia menjaringkan gol...meletup2 bunyi bunga api.

Tapi sayang...Thailand dapatkan samakan kedudukan seri 1 - 1. Khamis ni perlawanan di Thailand pulak untuk menetukan siapa masuk ke Final nanti. Harap sangat Malaysia menang. Kita sama2 doakan yer.



Good experience utk kami sekeluarga. Having so much fun kat stadium, menyanyi, menari, buat ombak...kitaorang suka tau. InsyaAllah kalau Malaysia masuk final kami akan datang lagi utk penyokong Malaysia.



Menjawab nak keluar Stadium!!!


Malaysia BOLEH!!!!

12 comments:

liza♥aufa said...

yeahh,

saya pon nak tgk tp x dpt tiket free ag,

dapat tiket free masa msia lawan spore je hehe

nifalnin... said...

caya lah kak elly

hidup harimau malaya...

yatie said...

cayalah...gollll

Q_La NaNa said...

kak elly...kite pun pegi....syok kan masa buat ombak tuu...me also 1st time g stadium tgk match.

cinta03 said...

nasib baik akak tak duduk dengan penyokong2 malaysia yang buka baju tue...huhuhu..

Cik Teratai said...

bestnya kak elly dpat tgok bola kat stadium..sy melonjak2 kat rumah je hehehe

anna hashim said...

kak elly, saya duduk kt tingkat bawah kak elly, kat area WSG ( sponsor ) coz kawan saya kerja ngan SUZUKI..x pernah miss setiap perlawanan ( ticket free )..kalaulah dapat jumpa akak time tu kan best..dlm byk2 game malaysia, game semalam adalah yg paling best..penyokong malaysia pun paling best semalam, x sama mcm games pembukaan haritu..anyway next time saya berharap dpt jumpa kak elly..hehehehehe

Irfa said...

hebat ko elly..aku layan kat tv je smbil baring2 ngan somi n anak2 :)
sayang kan sebab seri..aku membayangkan atleast 3:1 malam tadi

Anonymous said...

Bestlah family Kak Elly, benda simple ja tapi boleh buat bagi jadi fun!!! Hehe.

-Teta.

Anonymous said...

asal jauh na kat atas elly? klu saya tau u nak gi SN, i kasik tiket VIP, dok kat corp box... sana pon derang layan ombak gak tau... ada makan2 lagik...he...

mrs kayrul said...

tunggu anak bujang besar baru leh bawa g stadium..harapnya masa tue harimau malaya masih gah main bola la...

Anum said...

salam kat mane nak beli jersi macam nie, emel anum plz
satanic.soap@gmail.com