Nuffnang Advertisement

Monday, December 3, 2012

Happy Birthday Darling, Papa n En WIn!!

Happy Birthday Darling!!

Happy Birthday Darling...I doakan semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagian selama2nya. Sayang u sangat2. En Win dia seorang suami yang baik. Walau bagaimana besar masalah yang kitaorang hadapi dia tak pernah lari dari tanggungjawab. Seorang yang kelakar dan bapa yang penyayang. En Win jugak seorang pendengar yang baik dan dialah tempat aku mengadu segala masalah. Dia tak suka tengok aku bersedih atau berdiam diri. Dia akan pastikan aku dan anak2 sentiasa gembira.

Alhamdullilah aku pertemukan jodoh dengan insan yang bernama Mohamad Yazwin Irfan. Walaupun kadang2 dia menyakitkan jiwa aku tapi dialah jodoh yang terbaik utk aku. Dia selalu setkan kat kepala aku macam mana besar atau kecilnya masalah itu InsyaAllah ada cara penyelesaian. Tak guna nak menjerit2 dan merajuk utk menyelesaikan sesuatu masalah. Perbincangan dan berdepan adalah jalan terbaik. Alhamdullilah itu lah cara yang kami cuba pratikan sepanjang perkawinan ini. Sebesar mana kesalahan suami isteri itu kami sentiasa berpegang kepada  peringatan Allah SWT bahawa jodoh pertemuan ditangan tuhan dan peta hidup kita ditentukan oleh sebahagian kecil hidup kita usaha kita, tapi sebahagian besarnya adalah dibawah kententuan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita tidak akan kekal bahagia selamanya kerana kita hamba Allah SWT dan oleh itu kita tidak dapat terlepas dari ujian-Nya.

Darling!! kalau u baca blog ni I dan anak2 luv u so much dan hope kita akan kekal bahagia selamanya.

Ok2 cukup membebel jiwang2 pepagi buta ni...aku kalau menulis ayat2 sedih ni mmg terror tapi bila ada masalah aku yang over meroyan. Birthday En Win sabtu lepas (1st December) tapi seperti biasa kitaorang 4 beranak keluar Jumaat malam sbb nak celebrate tetap pukul 12 malam. Macam seronok jer 30 kali tgk jam sbb nak makesure jerit and nyanyi birthday song tepat pukul 12...hahahaha giler2. Malam tu we all lepak kat Sold Out, Mon't Kiara.


Tempat ni mmg happening. Lepak makan sambil badan goyang2 dengar muzik.


Disebabkan kitaorang datang lewat malam food yang tinggal cuma Pizza and Indian food. Belasah jerlah Tandori and Salmon Pizza.


Kiddos yang tak sabar nak menyanyi birthday song malam tu!!


Tepat 12 malam "Happy Birthday Papa". Maka terjerit lah kami anak beranak di Restaurant itu. Belum habis nyanyi telefon En Win dah berdering2. Family En Win call...aku blh dengar suara diorang nyanyi lagu birthday utk En Win....so cute!!


Sessi suapan cake!! ngada...


Kiss from Kiddos!!


Kiss from Me!!!

Next

Esok pepagi kitaorang satu keluarga gi keluar bekpes pulak. Buat kelainan sikit celebrate waktu pagi pulak. Makan di La Bodega Bangsar. 


La Bodega


Bekpes set!!


Manja giler En Win ni kan!!


Us!!
Ok settled celebrate anak beranak & family sekarang masa bersama dengan kawan2. Giler melampau birthday sambut dengan ramai orang mcm fofular giler....hahahaha.

Sepanjang aku berkawin dengan En Win tak pernah pun buat suprise birthday utk En Win. Cuma makan dinner biasa2 jer. Tapi tahun ni aku rasa nak buat kelainan sikit. En Win terlalu busy kesian aku tengok masa utk kawan2 tak ada langsung. Dia selalu mengadu kat aku yang dia dah jarang lepak ngan kawan2. Rindu nak gelak2 dengan kawan sekolah dia.

Idea sudah mari aku call Alang mintak dia tolong call semua kawan2 kelas yang rapat dgn En Win.

Aku: Alang nak mintak tolong. Birthday Win Sabtu ni tolong jemput kawan baik Win kat kelas dulu. Ajak diorang datang Sabtu ni dekat Concorde. Husband n wife yer.

Alang: Ok nanti aku confirm balik.

Lepas dah pakat2 alhamdullilah kawan rapat seramai 4 orang semuanya dapat datang.


Baju dari Tsugoi Peplum

Aku: Ok Alang, aku ngan Win akan sampai pukul 8.30pm...makesure korang semua datang awal.

Alang: Set

OMG!! boleh pulak malam tu hujan lebat jalan giler vavi jem. Bila aku sampai sorang pun tak ada lagi. Alang dah kelam kabut. En Win dah muka pelik. Kata dinner 2 orang tapi kenapa ada meja utk 10 orang siap baloon bagai....hahahah suprise tak menjadi.

En Win: U jemput siapa ma?

Aku: Adalah (sambil mata melilau cari Alang)

Dan akhirnya 8.40mlm semua kawan2 En Win muncul. Terperanjat giler En Win. So happy berpeluk2 diaorang kat tempat tu. Aku pulak rasa nak nangis.


Kawan2 En Win ni semua aku kenal rapat cuma dah lama tak berjumpa jer. Memasing anak dah ramai.


Makan2.


Ada berani tambah lagi satu!!!! hahahahah


Kawan sekolah yang dah lama tak berjumpa. Happy for u darling!!


3 comments:

D' Hasnie Aini said...

happy bufday encik win

Lynn Hamzah said...

seronok la en win dapat jumpa kawan2 lama dia...akak pun tentu happy kan dapat buat surprise party walaupun x menjadi...huhuhu...

MyraQhairel said...

kak,pics ko dgn baby tu dah cantekk dah kak...apalagii... kasi up lagi sorang....huhu..