Nuffnang Advertisement

Wednesday, November 7, 2012

Trend katanya....

Tak faham aku budak2 zaman sekarang kocik2 dah pandai nak bergaya. Aku dulu darjah 3 dapat pakai t-shirt Milo pun dah cukup bangga. Itulah baju tidur, itulah baju main petang2, kadang2 berjalan pun pakai t-shirt milo tu. Tak ada pun rasa malu.

Budak2 zaman sekarang baju jalan lain, baju duduk rumah lain, baju tidur lain. Mengada betulkan...kalau ingatkan balik aku dulu2 baju share adik beradik kadang2 baju bapak aku pun aku pakai. Dunia mmg dah berubah...dulu2 kalau petang penuh padang budak2 bermain. Sekarang ni nando aku nampak yang penuh kat padang orang2 tua bersenam sambil buat taichi. Budak2 zaman sekarang sibuk ngan Ipad, PS3, Video Game mana nak kembang otak tu. Aku dulu main kat longkang paling best sekali. Giler seronok menyorok kat longkang confirm tak dapat cari punya.

Hari tu aku nampak Yaya berbisik2 dekat En Win sambil disokong oleh adiknya...lepas tu tersenyum2. Aku nampak En Win dah angguk2 kan kepala. Ini mesti diorang ada mintak sesuatu kat En Win. Diorang cuma berani cakap ngan aku bila nak beli buku kalau nak beli mainan atau benda2 lain aku mmg x approve. En Win senang kau mintak apa jer mesti dapat kadang2 malam tu jugak dia ajak pergi beli. Cuba kalau aku mintak handbeg dia buat dengar tak dengar jer....venchi terasa berat sebelah disitu.

Rupanya dia mintak En Win belikan spek mata yang x ada glass tu....apa ke jadah spek tak ada glass....ker aku yang bodoh tak reti berfesyen. Pelik lah budak2 sekarang. Especially kalau jalan kat area Sungei Wang tu macam2 fesyen aku tgk sebelah rambut colour merah sebelah lagi warna hijau itu belum lagi tindik kat lidah dengan bibir. Selesa ker makan?? tak tersangkut ker. Kalau makan mee macam mana kang terselit mee tu nanti kan dah malu...hahahaha. Betul pelik lah budak2 zaman sekarang. Paling aku tak boleh terima fesyen gotic...bibir hitam, eye shadow itam, kuku itam dah macam setan aku tgk...bagi korang cantik ker....trendy ker. I cannot go u know....sah aku dah jadi makcik2 sekarang.




Rupanya ada yer jual spek tak ada glass ni. Tujuan pakai adalah utk berfesyen. Kalau mak aku nampak mesti dia membebel knp tak sakit mata nak pakai spek lepas tu tak ada glass pulak tu...mesti orang tua tu tak faham!! hahaha aku pun dah jadi macam mak aku jugak rasa macam pelik jer spek mata tak ada glass.



Ishhh....risau aku macam2 perangai pelik aku tgk. Yaya siap pesan ngan aku kalau beli cadar dia dah tak nak kartun2 nak yang plain jer sekarang.

Semakin lama semakin banyak pulak perubahan aku tgk sekarang kat anak2 aku terutama Yaya yang  semakin membesar tu.

- Sekarang kalau lepas mandi nak pakai baju tutup pintu. Dulu boleh lari2 bogel sebelum pakai baju
- Duduk dalam bilik sepanjang masa sambil baca novel or tengok laptop
- dah tak layan cite2 kartun layan tgk cite2 remaja
- kalau keluar berjalan dah pandai pilih baju sendiri, letak lips gloss, perfume
- kasut kena sesuai dengan baju
-tukar2 baju dlm bilik sambil tangkap gambar sendiri depan cermin
- suka dengar lagu sambil menari2 dalam bilik

mcm2 lagi lah....aku pulak yang tak boleh terima rasa macam tak puas bermanja dengan diorang, cepat betul masa berlalu jalan pun dah tak nak pimpin tangan nak jalan sendiri adik beradik,mama tak suka lah mcm ni. Mama nak korang macam dulu2...kecik jer boleh gomol2. Bila mengadu ngan En Win mmg kena sedass lah "beranak lah lagi"...ok zip mulut jgn mengadu.




Oklah mama akan belajar berfesyen macam korang jugak. Mama akan buang lagu Ramlah Ram dan Nasir Wahab. Mama akan cuba dengar lagu Big Time Rush, Selena Gomez dan Justin Bieber...supaya senang aktiviti dapat dijalankan bersama. Mulai esok no more magazine NONA or WANITA. Kita beli magazine REMAJA pulak.




"Betul Ma...I setuju"



" Tapi I suka dengar lagu Ramlah Ram n Fauziah Latif". I suka magazine Nona....macam mana tu????

Korang anak lelaki senang tak jaga!!!

18 comments:

C!kpuanmuda® said...

aku suka betul tgk muka yaya ni.. sejuk perut aku. eh.


anak laki pun sama je pe'el. dah reti jugak nak pilih baju sendiri. tak nak itu, tak nak ini.. demand macam-macam.. toys lagi.. gadjet lagi... *lap airmata*

sHeeMa DeaN said...

heheheh.. begitu laaa anak pompuan.. nak lagi kalau tetiap hari tengok mak nyaa bersiap depan cermin.. sure terikut.. heheheh...

anak saya yg 2 tahun pun dah pandai bergaya.. kalau pakai baju ala kadar.. nanti dia kata.. 'ma tak antik arr'.. kalau baju yg dia suka..
errrmmm 'maaa !! antikkk.. inces.. (princess)... '

kalau anak jantan 2 orang tu senang jerk.. ko bagi apa semua dia pakai.. apa mak dia pilih dia redha jerk.. senang... bila mak masih berkuasa vetho... :))

Lynn Hamzah said...

anak-anak lynn kedua-duanya perempuan...baru 5 tahun n 1 thn setengah...nanti bila dah besar sket mesti jadi mcm anak2 akak juga kut...

Anonymous said...

Hi Elly,

Specs takde cermin ni actually sangat famous kat China. Ada kawan saya balik kampung dari China, kasi saya 1. Pun tak tahu nak buat apa, saya buang je :)

Sally

genuine1224 said...

hahaa..ok la tu anak dah makin dewasa.pasni bule geng dgn mak.i ni xsabar tunggu anak besar, nak buat geng.nak gomol2, branak lagi.. kann?

Anonymous said...

anak laki2....
ank aku kembar dua2 laki....
wlu pun bru 3 tahun...
aku da mcm pontianak harum sundal malam....

tiap2 hr menjerit....
so ank2 kene redho n kne ikut je je ape mak dia nak.....

twins mom said...

kak elly.adik sebijik cam En. WIn.. Kalau En. Win rambut panjang, sure jadi adik dah.. hehe.. Anak kembar perempuan i yg umo 3 thn tu pun dah pandai nak berfesyen dah.. Pening pala...

Nurul Zayana said...

akak.. suka tgok yaya..muka soft je..iras2 akak...

Irfa said...

comel la Yaya..mcm muka ko sebijik sebijan..adik pulak sebijik copy paste muka en win ;)

SURIA AMANDA said...

suka tgok anak2 ko nok..aku xde anak laki..sama la kita senasib...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

anak dah membesar kak.

Elly said...

CPM: Anak lelaki pun sama yek!! Tak jadi lah mcm tu

Sheema & Lynn: Tungu lagi 3 tahun lagi pening

Genuine: Geng En Win nampak!!

Anony & Twin Mom: Kembar?? bagus korang kan kalau aku mesti dah kejung kepenatan. Aku bukan jadi pontianak jer pontianak pun tak nak dekat ngan aku

Nurul & Irfa: Thanks...aaaauuuwww

Intan ~ Nur Azlina said...

suka betul tengok muka yaya, cantik.
si adik kalau senyum makin sebijik cam en.win esp tang mata...

adriyan said...

elly,

caption gambar encik wan xleh blah.mmg lawak la.haha

Yati Ali said...

yaya tu sangat lawa...airmuka dia lembut sangat...

Yati Ali said...

yaya tu sangat lawa...airmuka dia lembut sangat...

mrs kayrul said...

comelnya yaya...fesyen kekanak sekarang nie memang pelik2 susah mak2 nak masuk...huhuhu

Izzan Yong Rosdin said...

bersalinlah sorang lagi sis....