Nuffnang Advertisement

Wednesday, November 28, 2012

MIL Birthday!!

Sabtu lepas 24th November birthday Mother in Law seperti biasa 12 malam aku  anak beranak akan called MIL utk wish and disusuli dengan nyanyian lagu birthday. Dah menjadi kebiasan tak ada party terkejut2 kau tunggu jer lah pukul 12 malam mesti anak menantu akan call punya.

MIL aku cuma ada 2 orang anak jer cucu pun 2 orang campur menantu yang meroyan ni sorang total keluarga Inlaw aku cuma ada 7 jer ahlinya. Apa ker sikit bebenor. Hahahah aku ckp macam anak aku sekarang ada sepuluh padahal 2 jugak macam inlaw aku. Boleh rasa perbezaan keriangan orang anak ramai dan sikit ni. Tapi apa kan daya pintu hati aku belum terbuka lagi utk mengandung. Rasa macam malas jer nak start semuanya balik mengandung, berpantang, berjaga malam, pam tetek....malas3. Nanti2 lah yer kalau datang semangat nak mengandung akan aku lakukan...hahahaha.

Korang ada satu malam tu tengah aku tidur aku macam dengar orang bercakap aku pandang muka En Win nak dengar apa biji butir dia membebel korang tau tak dia cakap apa....hahahah "Ma I nak anak ramai". OMG! dia mimpi ker atau pura2 mimpi supaya hint aku dalam tak sedar. Tapi tgk mata tutup rapat jer mcm betul2 tidur. Esok aku tanya "Sayang semalam kenapa u cakap nak anak ramai"...."Bila I cakap mana ada". Sah dia mimpi. "Aku tanya balik "Sayang u nak anak lagi ker"......"I tak kisah ada2 tak ada pun tak apa". Sekarang menjadi tanda tanya apakah motif mimpi itu.....ok kita biarkan benda itu berlalu tanpa perlu berfikir....muahahahahaha.

Apa pasal pulak merepek pasal mimpi ni...ok kita sambung cite birthday!!


Selalunya aku akan suruh anak2 buat birthday card utk nenek mereka menggunakan kreativiti sendiri. Kalau beli card tak touching sangat....kalau buat sendiri lagi bestkan!! Kat atas ni Yaya punya birthday Card!



Card Adik!!



Ok jom kita jumpa Nen...kiss2 n hugs.



Kesayangan Nen....inilah buah hati pengarang jantung In Law aku. Kalau dengan aku jangan harap boleh bully tapi kalau dengan nen dia siap jerit2 aku pulak yang angin.

"Nen nak sirap limau tapi yang sejuk2"....."Nen hari ni masak ayam rendang tapi tak nak pedas"...."Nen duduk sini main dengan kitaorang tak yah masak hari ni". Mak mertua ikut jer cakap anak2 aku. Cuti sekolah ni asyik nak tidur sana jer. Iyalah ingat mama tak tahu kat rumah nen korang bebaskan buat apa sahaja. Tak ada orang bebelkan. Buat sepah jer kerja korangkan!


MIL n FIL

Hari tu decide makan kat Kayu jer. MIL nak makan kari kepala ikan. Sejak pindah Keramat ni rasa lama bebenor tak makan kat sini. Oklah mari kita tunaikan permintaan birthday girl.


Keluarga kecil Inlaw aku.


Tu dia....Kari Kepala Ikan Merah....Sedap wei!!


Sotong Goreng


Papadum


Ayam Goreng


Ikan Bulus goreng!!

 

Sibbling!!

Setteled makan balik rumah membuta kejap...malam sambung makan lagi...hahahaha. Itu jerlah kerja kitaorang Birthday adalah hari untuk makan.


Chocolate dekat The Curve


Baru aku perasan cameraman selalu tak dapat bergambar ok kita kasi satu tepek kat sini. Kata tuan belog. Waktu ni rambut masih kerenting....hahahaha



Ice blended Chocolate



Hot Chocolate



Seafood Spagetti


Coklat Celup2...paling fames kat sini.


Waffles with Ice Cream


Beef Lasagnia
Really enjoy our food today....lepak2 borak2 sambung makan lagi. Tak selalu dapat berkumpul macam ni sekali sekala kita lepak cite2, gossip2, gelak2, kutuk2 barulah ceria hidupkan!!!


Holloh3 cutenya suapkan mak makan!!

Untuk mak yang tersayang...Happy Birthday!! Semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagian hingga keakhir hayat.

Dari

Anakmu Yazwin, Menantu kesayangan mu Elly dan Cucu2mu Danea n Ameera.

"We love u so much"

4 comments:

liza♥aufa said...

bestnya...!!!

Irfa said...

oh,mil ada sepasang anak
dulu aku igt anak aku sepasang jugak.lama2 bila tgk anak dah besar,dah x nak dicium2 lagi..keluar lagi sorang dah jadi sepasang setengah.kena tambah lagi la kot..supaya nanti jd 2 psang.hehe

hppu bday utk mil :)

Lynn Hamzah said...

happy birthday auntie...moga panjang umur n murah rezeki...

mrs kayrul said...

kompem la en win memang nak anak ramai tapi takut nak cakap kat kak elly tue yg sampai ngigau2...hahahha