Nuffnang Advertisement

Thursday, November 1, 2012

Day 9 - Asisi

Hai! berjumpa lagi dalam rancang Cuti2 bersama Elly dan Aaron.....hahahaha! Korang jangan nak gelak2 sambil geleng kepala mana tak tup2 tgh jalan2 kat KL Aaron terpandang muka aku terus idea datang nak buat rancang bersama....aaaaauuuuwww sila lempang muka aku laju2 berangan pepagi ni!

Day 9 kami menuju ke Asisi pula dan ini lawatan kami yang terakhir bersama Group sbb esok ramai dah berangkat pulang ke negara memasing termasuklah aku. Sedih lah rasa macam 10 hari tu sekejap sangat tapi bila teringatkan nasi rasa lama pulak 10 hari ni. Aku mmg dah set kat kepala awal2 sampai jer rumah nak masak nasi, goreng telur mata kerbau lepas tu letak kicap. Makan tengah nasi berasap2 terus masuk dalam mulut lepas tu muncungkan sikit mulut tu buang wap panas....perggggghhhh terangkat.

Asisi kawasan perkampungan terpencil terletak di pergunungan. Fresh mata aku sikit kiri kanan tengok kehijauan pokok2, angin sepoi2 bahasa membuat diri ini terasa seperti diawang2an. Sambil menikmati keindahan alam sambil mulut aku terkumat kamit mendendangkan lagu cinta kami berdua. Tangan ku dan dia tergengam erat sambil ayat2 cinta diluahkan ke telinga ku....hahahahaha lempang sekali lagi berangan mcm vavi.



Bila tengok tempat macam ni selalu idea bodoh aku laki bini datang
"Pa kalau anak dah besar dan berkawin kita tinggal berdua jer kan...apakata kita duduk tempat2 mcm ni habis sisa2 hidup kita" (dengan nada yang cukup sedih dan sayu)

"Bestkan Ma kalau kita banyak duit...kita beli rumah kat sini lepas tu berehat dari kesibukan kota"

Itulah angan2 kami berdua...lepas tu tersenyum2 sambil otak ligat memikirkan angan2 tu. Jadilah berangan pun dah seronok bukan bayar pun.

 


Jiwa sensitif macam aku ni mmg sesuai duduk tempat2 macam ni. Cantik lah tempat ni....aku suka...suka sangat....macam mana tu??? Nak lah....nak lah...hahahaha.


Building kat Europe ni mana boleh lawan mmg semua unik dan menarik.


Dekat Asisi kita orang diberi masa selama 3 jam utk berjalan without group...lagi lah seronok tak payah dengar tour guide tu bercakap...boleh jalan laju2...boleh stop mana2 aku suka.

 


Selama 9 hari berada di Europe, Asisi tempat yang paling terkesan dalam hati aku. Cantik sangat tempat ni...cool jer. Fresh otak sekejap sebab rasa tengang sangat. Letih berjalan pun tak terasa..



En Win mmg tak boleh nampak gerai2 macam ni....dia excited terlebih.


Tapi yang kelakar teruja nak membeli bukan main beli tgk cop kat beg tu balik "Made in China"....hahahah baik aku beli kat Guangzhou jer terus.




Satu yang aku perasan kat Europe ni pintu diorang mmg bersaiz tinggi dan besar...motif????


Bila tempat cool....jadi bila bergambar pun kena cool

 

Sempat tengok wedding kat sini...holloh3 romantik nyer




Waktu ni ada pertunjukan kereta2 antik. Yang warna merah tu diorang pinjam kereta Haji Bakhil...hahaha


Motif tangkap gambar kaki bengkok???




Kesian adik...waktu aku packing2 baju aku tersilap ambik seluar jean...terambik seluar jeans waktu dia umur 3 tahun...dah senteng. Takpe2 dik tempat ni cool orang tak perasan pun.




Cantik nyer....

 


Aku ker Yaya ni!! Suara pun dah hampir sama ngan aku. Tang mana sama nyer...aku tengok macam lain jer. Pandai2 jer korang.



Anak bapak...jln berkepit jer. Peluk2 pinggang...mak kau ni tgk jer dari belakang. Makan pun bersuap2...duduk dalam bas sampai bergaduh ngan aku sbb dia nak duduk ngan En Win. Mana boleh aku pun nak peluk laki aku jugak.


Bye2 Asisi...on day balik semua diam...semua orang sedih sbb kami akan meninggalkan Europe esok hari. I don't like...tapi billa tgk duit kat pocket....ok2 elok balik besok!!

Sambung esok....our Farewell Dinner

10 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Adik punya seluar nampak elok je, style seluar tiga suku :)

anna hashim said...

kakak...actualy saya baru je baca belog akak, sebelum ni biasa nampak muka akak kt belog kak filla..uhuhuhuuu dan x sangka rupanya anak akak dah 2 org, and da gadis2 semuanya..tp akak nampak muda hokey..ingat anak dara n x kawen lagi...T__T menangis je tgk, anak da besar2 tp badan still hanak2 dareee....jelesss hokey..anyway, best baca belog akak..keep it up! :-)

genuine1224 said...

yep! sungguh cantik.. mana h nak cari tempat camtu kat msia?

Tihara said...

as salam

sonoknya baca entry ni, macam ada kat sana jugak

salam kenal :)

Farrah nofal said...

Masyaallah, yaya is so pretty, kecik2 lagi dah nampak beauty dia. Just like you!

Anonymous said...

kak elly x buat anak ke kt sne?huhu

dee said...

bes nyee k.elly. tp nak tanya la kan kalo g tour gruoup ceni, akan cari tmpt solat kat camne ye??

aynadys said...

yaya memang cantik natural beauty mcm kak elly :)

Irfa said...

bab borak laki bini tu aku penah berangan lepas pencen nak beli umah kat New Zealand duk sana abiskan masa tua..gila jauhnya

suerynn.adie said...

Nice travel post elly.. tggu next year insyallah my turn...

Dee... tempat solat tak susah nk carik... jgn solat dlm jamban sudah... jgn susahkan benda yg senang...