Nuffnang Advertisement

Monday, November 5, 2012

Day 10 - Last Day (Farewell Dinner)

Entry terakhir di Europe!!!

Alhamdullilah akhirnya dapat aku menjejak kaki kat negara ni. Negara yang aku angan2 kan sejak kecil lagi. 10 hari perjalanan tak terasa...cepat masa berlalu. Masa bersama En Somi dan anak2 digunakan dengan dengan baik dan sempurnakan sekali. Syukur Alhamdullilah dengan rezeki yang dilimpahkaNya.

Malam terakhir di Europe sebelum kami bertolak pulang ke Negara masing2...Trafalgar ada buat Farewell Dinner utk kami semua. So sweeeeettttt....bertempat di Marriott Hotel, Rome.

Huhuhu sedihnya...sepanjang perjalanan selama 10 hari kat sini kitaorang mmg sangat rapat. Menari, menyanyi, bergelak ketawa, kongsi2 makanan dan berkongsi cerita antara satu sama lain. Jadi bila ada Farewell Dinner macam ni terasa sangat perpisahan akan berlaku.



Kiddos with our tour guide "Mr Amedio". Kesian dia selalu membebel kat depan aku sekeluarga membuta jer dalam bus. Amedio very friendly, very helpful...anak2 aku siap buat card utk Amedio. Gambar ni di ambil selepas anak2 serahkan Thank you card...so sweet tengok diaorang hug each other,



Tourist from Singapore. Cuma kitaorang jer yang muda dalam group ni yang lain semua above 50. Lelaki tu Pilot tak silap aku...dia mmg rapat dengan En Win kat sini. Kepala diorang ni pun boleh tahan giler gaks macam kitaorang...tak habis2 mengutuk omputih kat sini.

Malam tu jugak kitaorang bertukar2 email dan ambik gambar utk buat kenangan. Next year omputih2 ni ajak we all join tour ker Africa pulak....hahaha iyolah banyak sangat lah duit aku.

Seat down dinner tapi malam tu tak ada nari2 just sembang2 sambil menikmati makanan yang super sedap. Satu pengalaman yang sangat menarik sebab ini lah kali pertama aku ikut tour yang kita orang jadi sangat rapat diantara satu sama lain.



Omputih2 ni semua jalan bersama isteri memasing. Nampak very loving...tua2 jln pimpin tangan, hugs each other walaupun umur dah cecah 60 tahun. Kalau kat Malaysia mmg payah nak jumpa pasang yg tua2 berpimpin tangan mcm diorang. So sweet tgk diaorang nari2, happy2 walaupun dah berusia...hope aku ngan En Win pun macam tu jugak bila dah tua nanti.


 

Yang two couple tu from USA. Aku ngan En Win agak rapat dengan pasangan berdua ni. Dah bertukar2 alamat kalau datang Malaysia aku akan make sure diorang datang rumah aku. Next year kalau ada rezeki kitaorang nak gi US so boleh jln2 singgah kat rumah diorang....cewah2. Cakap macam laki cop duit.



Ada yang dari Canada, US dan UK.







Dari Canada. Tak kenal pun pada mulanya...diorang jumpa di Airport terus jadi kawan baik.



Malaysia vs Singapore


Us!!


Waktu ni rasa macam artis pun ada...sana sini sibuk nak bergambar ngan kitaorang.


Bob n Christ.


Christ with kiddos. Asal nak balik hotel jer bebudak ni mesti dapat chocolate dari couple ni. Waktu kat Vanice...Christ bangun and announce hari ni birthday dia yang ke 60 tahun...so apalagi terjerit2 nyanyi lagu Happy Birthday kat dalam kapal tu....sweeet sangat dia siap datang n peluk sorang2.

Rasa lain sangat bila ikut trip ni.....really enjoy dah lah tempat cantik....our group so happening!!


Eh! macam anak beranak pulak...hahahaha


Billy....pelawak dalam bas. Tengah jalan2 kau boleh dengan nama En Win kena panggil...rupanya Billy jerit lepas tu buat bodoh. Kalau duduk sebelah Billy ni sengaja jer dia mengumpat pasal aku ngan En Win lepas tu siap jeling2 kat kitaorang...mula2 aku tak faham dia gurau...angin aku satu badan.

Aku: Apa si Billy ni ngumpat kita depan2...kang ada yang kena sound dengan i ni kang

En Win: Ma...dia gurau lah. Boleh tak jangan nak mengamuk jer

Aku: Oh ye ker....hahahaha.



Jenny from US. Actually minah ni dari Beijing. Tapi disebabkan di bekerja dan berkawin dengan orang sana so kira orang US jugak lah. Jenny datang dengan Suami. Pasangan ni kelakar giler...suami jenny ni perisik so mana2 dia pergi mesti diakan catit waktu dan tempat. Bukan satu buku tapi 3 buku. Lepas tu Jenny tu membebel2 kat laki dia....Darling Enjoy ur holiday ok!!!


Us with Mr Amedio.

Malam tu Dinner habis pukul 11.00pm..selesai jer Mr Amedio announce percutian sudah berakhir everybody bangun and start hugs each other...sedih giler. Bila lagi dapat jumpa kan!!

Percutian yang tidak akan kami lupakan sampai bila2.




Bye2 Europe!!!!


4 comments:

SURIA AMANDA said...

wah...so sweet...i nak bawak anak dara i tu nanti..once in a whil..nak bawak dia pi oversea...dating berdua..

Irfa said...

watammat ;)
baca kisah ko ni rasa macam aku pun ada dalam trip ko sekali

supermommapots said...

Lain ekk satu group Dgn bangsa asing..Dapat yg gila2 sporting..McM saya Dulu group Dari Spanish yg ok sikit dari us tapi McM itek n ayam la..hahaha

GOLD FINGER said...

khatam jgk i baca all journey u kat sana..bestnyaa..sweett sgt..enjoy reading ur entry..salam kenal yaa...