Nuffnang Advertisement

Tuesday, November 20, 2012

Best Friend Wedding!!

So far aku tak pernah cerita kat korang yang aku dan En Win ada kawan baik dan satu kepala giler vavi. Cerita dia macam ni 'Alang' ni kawan En Win masa sekolah lagi. Lepas bersekolah En Win bekerja ditempat yang sama dengan Alang ni kat OCBC Bank. Aku kan kenal En Win zaman sekolah so aku mmg kenal rapat dengan Alang ni. Alang mula berkenalan dan bercinta dengan girlfriend dia tempat mereka bekerja. Jadi En Win, aku, alang dan girlfriend dia mmg rapat. Lepas En Win decide nak bukak perniagaan sendiri maka hubungan dia dengan Alang ni agak renggang sbb masing2 busy . Contact number hilang sbb phone kena curi. Agak lama lah diorang tak berhubung rasanya lebih 10 tahun. Tup2 2 bulan lepas terjumpa balik maka persahabatan terjalin kembali.

Banyak2 kawan En Win...Alang ni jer yang boleh ngam ngan aku mungkin sbb dah kenal lama kot jadi aku cakap tak ada cover2 malu punya main belasah jer. Dia pun sama rasa nak kutuk aku....kutuk giler kaw2. Sakit jiwa aku ngan jantan kaberet ni. Last month setelah 10 tahun tak berjumpa kitaorang keluar dinner bersama...giler seronok aku tgk muka En Win. Tergelak2 bila bercerita sampai kul 1 pagi tak habis2 lagi.



Ini lah girlfriend Alang....Kim. Yes dia chinese tapi sekarang dah masuk Islam...alhamdullilah. Waktu berjumpa kitaorang dikejutkan dgn berita gembira mereka akan berkawin tak lama lagi. Korang tahu kan aku bercinta dengan En Win 8 tahun dan sudah berkawin 10 tahun. Tapi diorang bercinta 17 tahun ok baru decide nak kawin. Giler kan!!!

Alang ni perangai ni agak pelik sikit.....dia macam En Win tak suka ada masalah. Semua benda dia anggap ringan, malas nak kusutkan kepala otak. Tapi Alang ni lagi sempoi giler...sempoi tahap maximum sampai girlfriend dia mengadu selalu boleh jadi giler dgn perangai si setan ni! hahahaha
"U cuma boleh call hari Sabtu dan Ahad jer....hari lain i busy tak ada masa nak jawab phone" kalau korang boleh tahan ker balak mcm ni. Giler punya Alang. Tapi awek dia sempoi jer janji jujur aku tak ada hal. Alang ni workaholic dengan boleh bekerja 24 jam tampa berhenti...that way dia tak suka fikir benda2 berat

Aku: Kim macam mana Alang boleh ajak u kawin

Kim: Aku pun terkejut, waktu tu birthday I dia suruh tunggu kat LRT stesen kata nak bawak I gi dinner, tgk2 dia sampai dengan 40 staff dan melamar i kat situ.

Hahahaha....tak cute OK!! melamar kat LRT kau ingat kau sempoi haktuiiiii!!!.



Sorry gambar tak clear guna phone jer waktu tu.

En Win selesa dengan Alang sbb diorang mempunyai minat yang sama dan boleh berkongsi apa sahaja masalah yang ada. Tak selindung punya.




2nd November 2012. Inilah tarikh pernikahan mereka. Happy sangat bila tgk percintaan diorang sampai kejinjang pelamim. Di sebabkan Alang yang terlalu sempoi tak bertempat  majlis nikah ni yang datang cuma parents dan En Win jer. Ada lah 4 orang macam tu!! giler tak....mmg giler. Tak yah ajak ramai2 esok kenduri datanglah satu kampung pun aku tak kisah. Dan paling aku rasa nak pitam hari pernikahan dia tak beli baju melayu lagi dan diaorang berdua masih bekerja (majlis sebelah petang). Mmg tak sempat gamaknya cari baju....baju pengantin lelaki pinjam baju abang! korang rasa nak lempang tak muka Alang ni. Aku dengar pun sakit jantung!!!

Yang penting kawin...pakai baju kemeja tak ada hal lah!!! pitam2



17th November 2012. Hari persandingan. Alang request En Win jadi pengapit hari tu. Seawal 7.30 pagi aku hantar En Win kerumah Alang utk "tea ceremony" sebelah perempuan. Aku tak join sbb tengahari nanti kena siap kan budak2. Kereta pengantin ni kawan2 office dia yang buatkan kalau harap kan si Alang ni mmg kosonglah kereta pengantin ni.



Semua diminta memakai baju merah pagi tu!!



Rasa nak lempang kan!!!



Selamat pengantin Baru Alang!!!



Discuss about pantang larang kaum chinese. Jangan bagi pengantin buka pintu kereta, kena horn bila nak masuk jalan rumah pengantin perempuan, kereta yang ikut kena angka ganjil...blablabla2. Banyak jugak pantang larang diorang.



Sampai rumah pengantin perempuan kena denda dan soal siasat dulu sebelum jumpa pengantin perempuan. Gambar tak banyak sbb En Win busy kehulur kehilir macam dia yg kawin. Bila En Win cerita balik pecah perut gelak dengar si Alang ni kena buli dgn keluarga pengantin perempuan.

"First date u dgn Kim dia pakai kasut warna apa"?

"First kiss u dgn kim dekat mana"?

"Bagi 4 digit IC Kim yang terakhir"

"Kim bintang apa"

Satu soalan pun dia tak dapat jawab kecuali yang no.2 tu. Bila Alang salah jawab jer yang kena denda budak2 office jantan ni!! Mana aku nak ingat 17 tahun yag lepas. Giler susah soalan ni? hahaha. Selesai upacara dalam pukul 11.30 pagi jer lepas tu berkumpul kat rumat abang Alang utk upacara bersanding sebelah lelaki pulak.



Pengantin lama!

Aku: Darling! pengantin lelaki pakai baju apa?

En Win: U tahu lah si giler tu dia malas nak tukar baju...dia pakai baju pagi tadi. Dia kata pakai baju melayu dia nampak tak hensem!

Sekali lagi aku pitam!! apa sempoi sangat pengantin lelaki ni!!!!!!



Me n Yaya.


Hi Kim!!



Me n Kim. Jodoh diaorang mmg kuat dan aku rasa inilah satu2 perempuan yang boleh tahan perangai Alang yang sempoi ni. Mungkin sbb dua2 workaholic jadi masing2 faham tugas masing2.



Korang rasa pelik tak? patutnya pengantin pakai baju merah dan pengapit pakai baju putih. Actually En Win dah stand by bawak baju putih tapi Pengantin yang giler sempoi  ni boleh tak beli kemeja merah dia ckp susah cari jadi teruskan jer lah pakai baju ceremony pagi tadi. Hahaha macam laki aku pulak pengantin lelaki.

Tapi betul jugak cakap mamat sempoi ni....janji kawin!!!



Congrats!!!



Pelamin ni pun ada cerita. Dia tak nak bersanding dan tak nak ada pelamin. Sampai menanggis2 emak dia merayu sbb nak tgk anak kesayangan bersanding. Baru dia setuju!!

OMG budak ni!!!!


Cake ni wedding planner yang sediakan...kalau harap Alang aku rasa mmg tak ada.

Tapi apa2 pun mereka sudah pun bersatu. Percintaan 17 tahun telah diikat dengan sebuah perkawinan yang sempoi dan indah. Selamat Pengantin Baru Dari Kami sekeluarga.

Tak sabar tunggu bulan 12 nanti percutian kami ke Phuket. Ini hadiah perkawinan dari aku dan En Win utk mereka berdua.

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...Amin!

19 comments:

Atie said...

salam kak elly...salam kenalan..atie nak mintak izin ngan kak elly..nak copy gambar kak elly ngan pengantin pompuan tue...sbb nak ambik sample baju akak....cantik sangat la baju tue...bleh ker?

Elly said...

Aaauuuwww! Boleh laling!

Anonymous said...

nak tanya bole, sape nama pengantin lelaki ni

NenetPenne (NP) said...

i rasa mcm setuju dgn si alang tu.. yang penting nikahnya.. kenapa nak pening2 kepala nak fikir tema kahwin, kad nikah, bekas hantaran lah bunga lah itulah inilah ...kusut laaa..tu i punya opinion laa..orang lain punya, terserahlah..

Atie said...

huhuhu...thanks kakak cantik.... :)

kingdom of chromo said...

Eiii best lah baca blog ttg percintaaan dia dua orang, best sgt.... Semoga alang jaga kim baik baik, bukan senang nak bawak org asing masuk islam..... Cheers for both alan n kim..... Kekal sepanjang zaman.....

Ma, i dah bagitau alang pasal entry nie, siaplah u dia mengamuk...... Hahahahahahaha

Lynn Hamzah said...

memang arr sempoi giler alang nie...hehehe...

cik tudung senget said...

lawalah baju kak eli ni.apa ye nama fashion ni?ni tempah dgn tailor kak di ke?

Cik Syida said...

wah..17 thn kot. lamanye..

Kak, baju akk serius cantek oh!

Liyanaroxx said...

Cantiklaaaaa baju kak elly!
style kurung moden peplum kan?eeee suka!suka!suka! =)

Anonymous said...

En Win sebok ambik gambar Lori sampai tak sempat nak ambik gambar pengantin

Farah Iman said...

Ada jg couple mcm ni kan.. tp biasanya bila kita dah menerima pasangan kita baik dan buruk insyallah kita akan lebih memahami.. tp entry sgt2 best.. *bj u pun sangat gojes kak!!

rinn jeff said...

bestnya entry nie...i likeeee....to read their love story...

Irfa said...

perghhhhhhhh gila sempoi
apapun tahniah dan moga bahagia hingga akhir hayat

-ZaNnA- said...

Kak elly suka baceyour blog amd dee..salam kenal *salam meh ulu tgn dah nie * huhu

Anonymous said...

nak cakap juga ni...what a very nice family you are...

Anonymous said...

Alang tu Khairuddin kan? He's my ex boss a few years back when I worked at SC

my keyboardwriter said...

Alang tu Khairuddin kan? He's my ex boss a few years back when I worked at SC

my keyboardwriter said...

Send my regards to Alang aka En Din