Nuffnang Advertisement

Thursday, November 22, 2012

Anak angkat....

Ada cerita aku nak share dengan korang dan mintak pendapat dari korang....bolehkan!!

Kak Yah (bukan nama sebenar) ni ada ambik anak angkat lelaki. Lepas jer bersalin umur budak tu 1 hari dia serahkan baby tu dekat Kak Yah. Kak Yah ni dah kawin 10 tahun tapi tak ada rezeki lagi dapat zuriat sendiri. Jadi bila ada orang nak bagi baby ni dia ambik dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran.

Budak perempuan ni sudah terlanjur dengan teman lelaki dia. Bila dah mengandung teman lelaki lepas tangan tak nak bertanggungjawab . Dia suruh gugurkan. Tapi budak perempuan ni nak teruskan kandungan ni sbb dia rasa dengan meneruskan kandungan ni lelaki ini akan bertanggungjawab dan akan menerima dia nanti. Mmg tak adalah jawabnya....yang sengsara budak perempuan ni. Balik kampung dengan harapan family akan terima. Mmg kena marah teruk lah perempuan ni. Bapak dia tak nak cucu luar nikah. Suruh dia lahirkan dan serahkan kat orang lain. Kesian baby yang tak bersalah tu. Yang salah orang yang  melakukan zina tu. Lepas budak ni bersalin terus serahkan anak tu dekat Kak Yah dengan perjanjian tak akan jenguk anak ini dan tak boleh ambik baby ni balik bila besar nanti. Tak ada pun perjanjian hitam putih dan nama dalam sijil kelahiran tu pun bin Abdullah. Mereka cuma berpegang pada janji...janji sesama Islam.

Kak Yah ni bekerja so dia hantar baby ni kat baby sitter iatu mak aku lah. Maknanya mak aku mengjaga budak tu dari umur dia satu hari sampailah budak tu sekarang dah berusia 7 tahun. Dan menjadi masalahnya sekarang.....Mak budak yang tak bertanggung jawab termasuk bapak dia yang konon2 nya tak nak cucu luar nikah nak budak ni balik. Dengan alasan nak menebus dosa kembali. Tiap2 hari datang kat rumah mak aku lepak luar pagar konon nak tgk anak dan cucu dari jauh. Bila Kak Yah lawan dan tak bersetuju nak serahkan anak tu boleh pulak dia nak bawak kes ni ke Mahkamah.

1. Waktu kau beromen dengan teman laki kau ada fikir tak keburukan yang akan terjadi. Tuhan bagi otak fikir sebelum buat sesuatu. Inilah kalau nafsu dah menguasai diri semua benda korang anggap remeh. Sanggup korang menconteng arang ker muka bapak demi menangkan nafsu. Perempuan benda yang penting perlu di jaga adalah maruah diri...kalau maruah ni hilang orang akan senang2 letak kita dibawah kaki. maruah kita akan dipijak2 selama2nya.  Lelaki senang kau kangkang mmg dia tak tolak punya. Jadi cuba tutupkan kangkang tu sikit jaga maruah dah kawin nanti nak beround2 pun boleh. Kalau kes dirogol aku bolehlah terima tapi ini suka sama suka bila dah mengandung takut rasa bersalah...waktu buat tak takut pulak.

2. Mak bapak yang dah nampak anak buat kesilapan jgn biarkan dia terus buat kesilapan kali kedua lagi. Baby tu tak bersalah kenapa nak benci dan tolak dia kat orang lain. Bukan ker itu darah daging dari anak kita sendiri. Bagi pendapat aku buat perbincangan diantara dua belah pihak keluarga. Cuma selesai dengan cara baik kalau tak boleh jugak baru fikir jalan yang seterusnya.

3. Ok jalan yang terbaik serahkan budak ni dekat orang yang boleh menjaga baby ni dgn baik demi  menjaga maruah dan nama baik keluarga. Alhamdullilah sbb dia tak buang budak ni kat tepi jalan. Tapi once kau dah tekad serahkan budak ni pegang janji tu. Ini waktu kau serahkan baby tu dah macam menyampah sangat kat baby ni macam dialah punca segala masalah. Padahal kau lupa masalah tu datang dari diri kau sendiri. Sekarang bila budak tu dah besar baru kau rasa berdosa dan bersalah. Dengan mengambil budak tu kembali dan mejaganya balik rasa dosa kau dapat diampunkan. Tapi kau lupa perasaan orang yang menjaga anak kau selama ni dan perasaan anak kau sendiri. Kau hancurkan hati dan jiwa mereka berdua...dengan alasan ini darah daging kau aku berhak mendapatkanya kembali.

Mak aku kata kesian Kak Yah ni hari2 menanggis, hari2 dalam ketakutan takut anak dia di bawa lari. Kak Yah suami isteri berapa kali merayu supaya jgn ganggu mereka dan berjanji akan menjaga dengan baik dan beri pelajaran terbaik tapi tetap tidak diendahkan. Sekarang kes ni dah masuk mahkamah. Tergamak betul mereka. Aku rasa kalau dia berbincang cara baik dengan Kak Yah mintak kebenaran nak tgk budak ni sekali sekala aku rasa Kak Yah ni ok kot sbb Kak Yah ni orangnya lemah lembut. Tapi tak nak diorang nak ambik terus dengan kata kasarnya nak rampas terus dari Kak Yah.

Hmmmm susahlah macam ni....kau dah serahkan budak tu  sbb nak menutup aib dan menjaga maruah korang sekarang bila semua dah ok kau nak budak tu balik. Tak ker orang akan bertanya jugak siapa budak ni tiba2 muncul...rosak tak jiwa budak...rosak kan!! Manusia berpegang pada janji....bincanglah cara baik....kita kan sesama Islam.

Inilah budak2 zaman sekarang tahu fikir keseronakan jer...keseronakan dunia yang akhirnya menyusahkan kehidupan orang lain...aku harap Kak Yah kuat menghadapai cabaran ni....InsyAllah kalau rezeki berpihak kepada Kak Yah tuhan akan buka pintu hati mereka. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini...

Aku pulak yang berdebar-debar tunggu keputusan mahkamah....



44 comments:

mamawaiz said...

kesiannya..budak tu pon dah baik dgn family kak yah, kesian kalau kena pisah pulak

mama maman aka yana said...

kesian kat kak yah

Akal yang panjang said...

itu namenye kueng ajo..skang budak tu dah comel pandai terurus segala senang2 nak amek atas dasar kauorg darah daging sebenar budak tu. budak tu dah 7 tahun ,dalam hidup dia dunia dia mak bapaknya keluarganya adalah kak yah dan famili.xke haru biru hidup budak tu nnti. bengong namenye ni. Emo betol rasa. kesian gila kat budak tu kak yah n fam. apalah manusia ni suka sangat tngk org lain sedih. kalau nak mengaku parents sekalipun tgulah budak tu dah besar pjg, boleh nilai baik buruk, ni bru 7 thn. pentingkan diri betoi!!!

cik pelangi said...

mcm berdebar gak sama tggu keptusan mahkamah tu cmne... aku plak yg hangin cmni.. nti kak elly update eh pasai result court cemane.. harap2 berpihak pd kak yah..

aminnn

Irfa said...

sedihnya..
sian kak yah..aku dpt bygkan mesti sayang gila kat budak tu sbb dah jaga dari umur 1hari lagi.doa2 moga2 baik penyelesaiannya

aku risau penerimaan budak itu nanti

Mimy Hamid said...

aku pumn berdebar...statement pendapat ko dah jawab....sama je pandangan aku jugak...dah nama bebudak ..hilang waras...sesuka hati nak balik..tak patut...dulu ko pandai tutup aib kan...hamsap tul

Anonymous said...

elly... ni pendapat i yg tak berapa pandai ni lah.. suruh je kak yah tu buat tuntutan kos yg dia bela anak tu dari kecik sampai skrg ni.. biar mak bpak budak tu ada akai skit.. dulu kecik..tak nak dah besar ni nak pulah..tebus dosa mende gitu.. duit tuntutan tu pun i rsa bukan la kak yah tu nak sgt..tapi utk skolah kan mak pak budak tu je.. biar dia tau susah payah.. kalau dpt duit tu.. sedekah la pada yg memerlukan..kalau dpt n tak nk duit tu la..

Anonymous said...

Kak elly...saya punya cerita pun lebih kurang mcm kak yah tu..ambik anak angkat yg mak dia kena rogol...tp masa ambik tu kak yah xde buat surat perakuan ke dgn mak budak tu? Kalau ada mak bapak budak tu dah xboleh nak rebut semula dah budak tu...

yayang laling said...

kesian kat kak yah, sbb ingat senang ke nak jaga baby masa kecik

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Mcm drama apa? ??.cerita lbi kurg la....last2 bapak pompuan tu nak anak tu blik...sbb dia urg tau bapak budak tu byk harta....so snggup nak rampas ank yg x d mau sblm tu sbb nak tuntut harta dr bapak budak tu...emooo plk..jgn psl tu sda....tp in shaa allah...k.yah x brsalah akn dpt blik hak nya....

Anonymous said...

mst budak tu da x nak kt parents kandung die.. sbb die da biase ngan kak yah.. siannye budak tu if tpakse hidup ngan mak kandung die.. kak elly.. nnt update ek mahkamah result.. hope berpihak kt kak yah..

Anonymous said...

salam kak elly..

saya pn baru amik anak angkat bln 5 aritu..bb boy..tp waktu wat surat beranak mmg sy trus wt angkat sumpah terus..sbb sy takot benda2 cmni trjadi..if ada duit lbh,baik pasang lawyer trus utk wat perjanjian..tapi kalo ikotkan prosedur bio mum mmg blh amik anak tu sblm umur 2 tahun, if dah 7 thn ni mmg xblh..itu apa yg diberitahu olh org pesuruhjaya sumpah tulah....huhuhuhu...saya xdpt bygkn if sy ditempat kak yah ni :'(

Anonymous said...

Adoiii kak elly tajuk suspen ingat kak elly yg nak amik anak angkat baby boy.... Hehe..... Ape2 pon harap keputusan mahkamah menyebelahi kak yah..... Yer la, dah jaga dr kecik, merah ag budak tu smpai dah besar suka hati jer buat muka xmalu nk amik plak..... Haiissshhhh..... Geram....

Anonymous said...

silapnya dekat hitam puteh 2 la...kalau ada terjamin sikit... btol ckap akak 2, mintak duit tuntutan 7 tahun tu...bukan apa,bg pengajaran...

~pUaN nAd~ said...

kak elly, drama camni la paling sy menyampah skali.arap2 kak yah tu dpt menang kes mahkamah tu.dpt hak penjagaan budak tu.haish! emo pulak.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kalau takde hitam putih susah jugakkan. buat nya dia cas kakyah tu yang culik anak dia selama ni.. lain plak masalah nya. Hurm. Dah nama pun bukan anak kita, benda2 macam ni lah yang kita tak boleh elakkan.. Kalau dapat orang yang okay2 lah... Semoga KakYah dapat pregnant dan bersalin sendiri lepas ni.

Anonymous said...

Hi Elly,

Patut masa ambil tu buat perjanjian. Kan bagus kalau Kak Yah duduk jauh2 dari keluarga asal baby tu. Dah lah masuk 7 tahun, baru nak datang menyibuk. Bukan saja kasi kak yah susah, tapi menyusahkan budak tu yang kecil lagi.


pasti kak yah dah jaga budak tu macam anak sendiri. 7 tahun sangat lama. kalau boleh, saya harap mahkamah kasi kak yah je jaga. tapi kena berhati2. jangan family budak tu larikan dia.

Sally

NenetPenne (NP) said...

yang effect nanti budak tu sendiri... dah elok2 kakyah tu jaga bila dah besar umur 7 tahun, si biological mother tu nak tuntut pulak? eh apahal?

yang menjaga anak tu masa baby tu lagi susah oo kalau nak dibandingkan masa budak tu umur 7 tahun..

sakit hati i bila baca..kalau i yang jadi hakim tu, i tak akan bagi budak tu kat biological mother budak tu... ingat budak tu akan sayang kat mak betul dia? nooo NOOOOO NOO.. jangan haraplah..rasa kasih syang da tu akan lebih pada orang yang menjaganya sejak dari bayi lagi...silap2 haribulan budak tu lari dari rumah

dan pengajaran untuk kita semua jangan pecaya dengan janji yagn tidak bertulis even darah daging kita sendiri....janji mulut ni bukan boleh diharap sangat pun... kalau nak bawak ke mahkamah pun susah sebab tak ada bukti yang sah dan nyata.. dia boleh deny kata, eh saya tak cakap pun mcm tu... saya kata suruh jaga kejap jer...

Cik ina do do cheng said...

mak bapak terutama bangsa kita ni sekarang lebih menjaga hati orang sekeliling daripada ambik tahu pasal anak sendiri.

Anonymous said...

Salam, Elly kita ramai2 doakan Kak Yah menang yek. Elly kalo kes ini dah settle tolong war2 cerita ini kat kita orang ya. Dah penat2 Kak Yah membesarkan budak 2 senang2 nak ambil yek. Memang takut nanti ada tekanan pada budak tu. Nanti budak 2 leh kena depression kalo tahu siapa diri dia nanti. Memang baboon tul family budak perempuan yang nak ambil balik budak tu yek.

Anonymous said...

xbaiknya buat mcm tu kt org.7tahun dia susah pyh bsengkang mata,bhabis duit jaga budak tu... senang2 nk ambik mcm tu je.

klu pendapat sy la kak,budak perempuan tu dgn bapak dia mmg xda hati perut la.dulu xnak pun senang2 je bg kt org,pstu ble nk ambik balik pun nk rampas mcm tu je... lgsg xpikir perasaan org.

sy doakn kak yah menang la kes ni.smg Allah permudahkan...

farhani said...

kak elly.. ni saya bagi pendapat saya sebab family kitaorng mmg byk pengalamn pasal angkat mengangkat ni.. kak yah tu ada tak buat angkat sumpah masa dapat anak tuh? sbb patutnya dia buat, and mintak mak budak tu tandatangan jugak.. hmm kalau tak ada kan.. saya rasa kena pergi dekat jabatan kebajikan masyarakat mintak hak penjagaan sementara.. tapi tak tahu lah boleh ke tak.. sebab macam kes kakak saya.. anak tu budak indon so mmg dah ke mana dah mak bapak dia.. jadi mintak hak penjagaan sementara mmg terus boleh dapat...sementara tunggu dapatkan mykid budak tuh..

aida damia said...

bila dah masuk mahkamah, dia buka aib dia n dgn sendirinya bagitau rahsia anak luar nikah kat budak tu .. kalu saya jadi k.yah saya minta dia org bayar balik kos jaga budak tu dari 1 ari hingga 7 tahun, biar padan muka dia. actually saya ada jugak bela anak sedara dr umur 21 ari sampai kini 6 thn n dia x tahu siapa lagi ibunya yg sebenar. dlm dilema gak mcmn nak story kat dia.

laila74 said...

Suh je pempuan yg termengandung tu kawin n beranak sekali lg, jaga sendiri, dh besar cbuk nk ambik balik,buruk siku tul

ana said...

eh2..masa baby tu comot komot taknak pulak bela. dah org lain jaga elok2 sampai besar comel lote nak ambik pulak.

i taktau pasal undang2 mahkamah smua. tapi mak budak tu dah kawen ke ek. kalau i kat tempat kak yah mmg sedih kot. dah la takde zuriat sendiri. dah bela anak org penuh kasih syg nak dirampas balik pulak.

harapnya kak yah dapat hak jagaan. dia bela dari umur 1 hari kot. mak betul & family betul boleh datang lawat je. tu pun kalau kak yah & family ada. takut kalau blh bawak blk bermalam terus dibawak lari pulak.

Anonymous said...

kak elly jgn lupa update keputusan mahkamah ,moga2 berpihak pada Kak Yah .Amin

Anonymous said...

kak elly jgn lupa update keputusan mahkamah ,moga2 berpihak pada Kak Yah .Amin

ShahidaAzlini said...

salam kak elly,

shida rase bengang gile..bodoh nye budak..mase buat tak ingat..org dah tolong dah cukup baik..gi la beranak lg..

shida doakan kak yah akan menang..AMIN

MyraQhairel said...

kesian kak yah tuh..tapi klu masuk mahkamah..bole kan kita tanya kat budak tuh nak ikot sapa..sebab dah 7 tahun...biase tgk kat tv cenggitu..dorang akan tanya budak tuh nak ikot sape..tatau la skrg prosedur cemana plak..tapi pape pon saya respect kak yah..

nifalnin... said...

kejayaan akan berpihak pd yg ikhlas n luhur hatinya...
semoga ALLAH bukakan jalan utk kak yah... dan semoga ALLAH pelihara kehidupan anak bertuah itu dunia akhirat...

aminnn...

Anonymous said...

hohohohohiiii... sedap3 jek kau kan.. bodoh... mase bdak tu kecik, byk ragam, tak pulak ko pikir gitu,... mudah2an kak yah tu menang dlm kes ni... same2 kite doa...

kite kalau bela anak kucing ke, pokok ke... pon boleh sedih kalau hilang... ni kan pulak manusia.. bangannng... emo nii...

bye kak elly,,,

Aliah Nuqmans said...

salam kak elly.
surat beranak xde ke?
rasenye blh fight dengan saksi mak akak jada dr kecik tu. pahtu segala rekod mmbesarkn die dr kecik smpai besa.. g cocok ke.. register skolah ke..
kaka sy pon ade amek ank angkat. tp dah buat surat awal2.. sbb takut benda camni jadi la. cian kt kak yah tu

Nina Azhar said...

Kak , saya pernah ade soorg mmbr mcm ni.. . . Yg pelik nya bf dia tu nak ajak kawen tapi dia yg xnak . So lps bersalin dia serahkan kat org lain . Skrg ni budak tu dah 1 thn lbh , mak dia nampak comel je bila mak angkat tu upload pic kat facebook , baru terhegeh nak mintak anak dia blk.. alahai

Madam Casper said...

cisss jahat hati perut la budak perempuan tu. Takut nnt anak kak yah tu mahkamah decide letak kat JKM jer. Minta kak yah tu doa byk2, dah harap kak yah dan anak dia tak terpisah.

mrs kayrul said...

kesiannya kat kak yah..dah la tue tempat dia menumpang dan mencurahkan kasih sayang sekarang nak diambik pak..harap sangat keputusan mahkamah berpihak kepada kak yah...

Anonymous said...

haiiiseh hati aku sudah panas baca ini cerita...

hari2 aku gelak ketawa baca blog ini minah...

tp hari ni cerita ni bikin panas...

harap2 budak tu ngan bapak dia kasi produce lagi anak luar nikah supaya boleh kasi org n fight kat mahkamah

aku nak mandrem la kat hakim tu supaya dia tbuka hati nak kasi kak yah menang..... then lagi satu biar hakim tny sendiri tny budak tu nak ikut sape....

kepada budak yang buat anak luar nikah itu sila buat lagi ank byk2 supaya ko boleh susahkan org

dr lahir sampai besor mnyusahkan org

mama syg said...

salam elly, sampai termimpi2 saya tau bile baca. dlm mimpi tu siap saya bagi cadangan agar sekiranya keluarga biologi budak tu nk sgt dia, suh kak yah minta pampasan sejak mula dia jaga budak tuh. maknanya, semua dorg kene bayo, dari segi ubat2 bile sakit, bil2 klinik or spital, perbelanjaan makan minum, kos penjagaan bila sakit, kos perasaan risau time budak x sihat, kos hantar baby sitter sejak mula di hantar, kos baju, susu lampin, mainan dan semua termasuk perasaan kasih sayang dan rindu selepas budak tu di ambil.

mama syg said...

salam elly, sampai termimpi2 saya tau bile baca. dlm mimpi tu siap saya bagi cadangan agar sekiranya keluarga biologi budak tu nk sgt dia, suh kak yah minta pampasan sejak mula dia jaga budak tuh. maknanya, semua dorg kene bayo, dari segi ubat2 bile sakit, bil2 klinik or spital, perbelanjaan makan minum, kos penjagaan bila sakit, kos perasaan risau time budak x sihat, kos hantar baby sitter sejak mula di hantar, kos baju, susu lampin, mainan dan semua termasuk perasaan kasih sayang dan rindu selepas budak tu di ambil.

Zana Md Nordin said...

benda2 mcm nie ler yang ditakutkan..
time budak tu baru lahir...xde plak nak fikir dosa ke apa....nak fikir lepaskan diri sendiri jer...

supposed kak yah buat surat bersumpah..dari awal...since kak yah ambil jaga baby tu...utk mengelakkan perkara2 mcm nie ler....x susah pun...ambil surat sumpah tu kat JPN...suruh mak baby tu sign...then gi pesuruhjaya sumpah cop and sign...after 2 years...boleh terus daftarkan pengangkatan anak tersebut so secara rasminya anak tu nanti jadi anak kak yah...biological mother dia tak boleh tuntut apa2 dah bila buat macam tu.....

cuba kak yah refer pada peguam..insya allah ada jalannya....budak umur 7 tahun rasanya dah boleh buat pilihan...

kingdom of chromo said...

Ma kita kena buat bb boy kita sendiri tau....

Anonymous said...

Oh sedihnya dgr. Moga kptsn brpihak pd kak yah. Sya sndiri ambil anak angkat dan brusia 8bln. Sya pon xbuat apa2 hitam putih...takutnya...lps ni nak urus la. Ksian kak yah...harta bole d cari even kita mnta byr rm50k skalipun psti akn diusahakan...tp kasih syg thdp anak tu xbole dicari gnti. Xbole imagine khidupan sehari2 brsma anak di depan mata slma 7tahun...gelak ketawa dia...senyum dia... Tangis dia... Keletah dia....bolehkah dibyr dgn wang ringgit????

Lola said...

Out of curiosity, what is the verdict? Risau gak sbb my sister ada jugak ambil anak angkat... mmglah buat surat tapi masalahnya my sister dah bercerai lak dgn husband dia and dgr citer ex dia nak kahwin pulak ngan mak budak ni... dia ugut nak rampas anak tu... katanya dia pun layak sbb masa ambil budak tu, sama2 apply... Applied aje, tapi satu sen pun x pernah keluarkan duit, hanya my sister aje...

shasya lyana said...

kak elly> camne keputusan mahkamah tentang kes ni?

Saida Faisal said...

Salam, sy cuma ingin kongsi pengalaman sy..jgn 100% letakkan kesalahan atas biomum..ibu mana yg tidak sayangkan anak dia cuma kesilapan perempuan tu sbb tidak tunaikan janji,. mcm sy siap ada hitam putih tp malangnya psgn yg ambil anak sy tidak ikut agreement yg diorg create sendiri. wang saguhati sehingga skrg sy tak terima walhal ada dlm agreement. tp sy blh terima diorg x ikut perjanjian sbb memikirkn segala kos perubatan diorg tanggung. cuma sy agak terkilan sekeping gmbr pun diorg x kasi sy tgk, mungkin risau sy akan tuntut anak sy tp rasanya x perlu risau sbb sudah ada hitam putih. sy penah beberapa kali contact diorg cuma utk tnya khbar anak dan xda niat nk berjumpa. dpt tgk gmbr anak pun dh cukup tp sekali pun sy x penah dpt tgk gmbr anak sy. sblm baby keluar siap mengaku lg diorg anggap sy ni spt adik beradik diorg, spt saudara sendiri. hingga hari ni sy dah malu nk contact diorg sbb tahu diorg mmg x akan layan. mungkin ini balasan sy walaupun apa yg berlaku bkn atas kerelaan sy