Nuffnang Advertisement

Thursday, October 18, 2012

Venice - Day 1


Yehaaa! hari yang ditunggu2. Tujuan aku gi Rome ni pun salah satu sebabnya nak sangat pergi ke Vanice. Masih terbayang2 sampai sekarang keindahan tempat tu. Kalau ada rezeki 5 tahun lagi aku nak pergi ke Vanice balik....cuma Vanice sahaja. Nak duduk lama2 tapi bawak bekal banyak2...hahahaha.

Kitaorang duduk kat Vanice ni selama 2 hari....mmg mintak lebihkan masa disini. Jadi melambak lah gambar dah terpaksa aku asingkan menjadi 2 entry ini pun banyak aku tapis kerana terdapat gambar banyak gambar lucah didalam camera....ahaks!!

Selalunya sepanjang jalan aku tidur....tetapi disebabkan excited boleh pulak mata aku terbeliak...lepas tu senyum2 kat tingkap....dah terbayang2 duduk atas gendola. Yes! gendola selalu tgok orang kissing2 atas gendola...i pun nakkk...agak2 anak aku sporting tak?



Perjalanan ke Vanice mengambil masa selama 1 jam.


Vanice ni terletak di tengah2 pulau so kemana-mana korang nak pergi kena naik bot. Hehehe...muka teruja!!


Nak nangis...so nice kan!!



En Win ni ada kelemahan sikit naik bot sbb dia mabuk laut. Dia tak boleh duduk dalam bot lama2 kalau tak bergerak...nanti kau boleh nampak muka dia pucat tahan muntah. Kalau bot tu bergerak je dia ok!! Jadi dia orang terakhir naik...bot start enjin jer baru terhegeh2 nak naik...aku kat dlm tu risau jer dia kena tinggal.



Excited yer laling! Me tooooo



Bot bergerak jer masing2 tak tentu arah....sibuk keluarkan kepala.



Our group also!! Satu boat cuma buat 10 orang.




Permandangan di sepanjang jalan utk ke Vanice. "Pa jom kita pergi lagi".




Over kan!!! Lihatlah dunia.




Sumpah korang....bila korang sampai kat sini rasa macam berbaloi lah selama ni aku berhempas pulas mencari dunia, kumpul duit. Rasa berbaloi dengan apa yang kitaorang usahakan selama ni. Bisik kat telinga En Win "Thank You Sayang....I love u so much". Terus jiwa romantik tu datang secara tiba2. Tu sbb kau boleh nampak kiri kanan orang bercium jer. Sekarang aku dapat rasakan macam mana diorang rasa...cewah!!

Masing2 kerja teruk...sampai nak jumpa each other pun susah dan sekarang macam rasa terbayar segalanya. Aku tak tipu...mmg cantik kumpul duit cepat2 datang dengan somi memasing. Sekali seumur hidup apa salahnya kerja keras sikit.




OMG!! masih terbayang2 kecantikan Vanice. Malam lagi cantik!!




Holloh3....tengok anak2 happy, teruja....sejuk hati aku ngan En Win. Kesian diorang bila mak bapak busy pandai anak2 aku  berdikari. Tak pernah merungut.



Dari jeti utk ke Vanice mengambil masa dalam 20 minit tapi tak terasa sangat sbb kepala korang sibuk memandang kekiri ke kanan. Kecoh ngan mulut aku jer..."Pa tgk tu cantik"...."Mama2 adik suruh tgk kat sana tu lagi cantik"...angin pulak kuat rambut terbang2 lagi lah eksyen... hahaha.



Dah sampai!!!




Muka aku waktu ni control jer kan...tapi dalam hati meloncat2 kegembiraan.



Tepi2 gerai tu macam2 diorang jual dan kebanyakannya jual topeng ngan Fridge Magnet.



Malam2 kalau lepak kat restaurant tepi laut tu mesti bestkan tapi sayang malam tu tour guide aku ada arrange party kat Hotel.




Aku sibuk bergambar anak2 sibuk kejar burung.



Wah! so romantik...tapi ini bukan gambar aku yer



Kita hug2 jer lah....malam kang jer lah...aaauuuwww



Gendola time!!!

Aku tak percaya wei!!! aku dapat naik gendola...hahaha angan2 di waktu remaja tengok cite kat wayang diorang naik gendola sambil dengar orang penyanyi. Very romantik. Anak aku Yaya mmg berbulu jer tgk aku berkepit ngan En Win sbb dia kalau jalan dengan En Win suka peluk2 pinggang. Kat sini jangan harap yer...jln lah ngan adik...mama kau ni nak bermesra alam sikit ngan En Win. Satu dua hari kat Europe mmg mulut dia bising dan berapa kali merajuk sbb tak dapat jln pegang2 tangan ngan bapak dia. Hari ketiga Yaya dah boleh terima hakikat terpaksa berjln dengan adik. Hahaha!



Are u ready!!! gelabahkan...



Suka yer sayang!!!



Mama pun suka!! Hahaha...




Mula2 bila nampak penyanyi dah down sikit sbb tuo..mesti nyantyi lagu tak sedap. Redha jer lah janji nyanyi. Sekali bila dia start jer menyanyi merdu giler...lagu very d jiwang karat. Senget sekejap bot aku sbb sibuk nak kepit2 ngan En Win.



Us!!!



Budak2 mmg happy waktu ni...boleh nampak hidung kembang kuncup!
Adalah dekat 1/2 jam dibawak kitaorang naik gendola ni. Sebenarnya sama jer macam naik sampan biasa tapi disbbkan aku excited tu yang jadi luar biasa...hahaha. Mau tak excited naik sampan Vanice tu. Harga Gendola tak silap aku Euro 80.00 tapi aku tak payah bayar sbb dah masuk dalam harga package.




Dah gerak...dah gerak...hahaha gelabah giler!!






Alo...cutenya tumpang dengar lagu penyanyi kat Gendola kitaorang.




Puas hati!! sukanya dia


Ok..jom jalan hajat dah tercapai.



Lepas dah puas jalan kat Vanice....pukul 6pm dah nak kena balik hotel sbb ada dinner lepas tu.


ok hari pertama done!! esok aku up another entry cite dinner n 2nd day di Vanice

12 comments:

Izzan Yong Rosdin said...

i dpt naik boat dkr melaka pon dh seronok sgt..hahaa

http://izzanyrosdin.blogspot.com/

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ingatkan ada aksi kiss2 tadi..heheee

Anonymous said...

yup! been there and mmg sgt romantik..antara byk2 tempat, venice mmg romantik and best. tp masa travel tuh sy pi sorang2. melayan perasaan teringatkan cik abg yg tertinggal dkt london. nk buat mcm mana, dia ada exam. sy yg habis awal ni ler pi sorang2..

genuine1224 said...

wahhh..syioknya..jeles ai.. naik sampan kat sungai depan umah jelah..huhu

ibuhebat said...

MasyaAllah.. memang cantik sesangat Venice ni... :)

Anonymous said...

suke tgk u n family

yatie said...

BEST!!!

MyraQhairel said...

wahhhh..bestnyerr...bangunan di kelilingi air...hanimun kat sana memang mengancam lerr....yaya kan ikot muka ko kak..tu yg dia jeles bila mak ayah dia peluk2..huhu..takper..next time pergi berdua jerr..leh hanimunnnnn....cepat2 next entri lagi..waahh tak saboo .....

Nurul Kadershians said...

after reading this entry, terus semangat nk keje lagi kuat for family mcm kak elly :)

Liyanaroxx said...

kak elly...cantiknyaaaaa venice!

hopefully one day dapatlah jejak kaki kat sini =)

aynadys said...

bestnye tgk akak jalan2 venice inspired me ^^

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Hi elly, suka tgk elly dan anak2 yg sweet...
everytime saya bukak blog elly, mesti kepala terus set teringat yg muka elly mcm wife Dr. Sheikh Muzaphar Shukor (Dr. Harlina tu) maybe ada iras2 la pada pandangan mata saya...especially tang senyuman tu....

hehe :D

regards,
Your readers.